Thursday, July 1, 2010

Berpihak kpd Tuhan?

Bila kita mempunyai kesusahan atau masalah, kita barulah berjinak-jinak dengan Tuhan. Kita mula berdoa atau bersembayang kepada-Nya. Malah kita mula membaca Kitab Suci  dengan tujuan untuk mengetahui lebih mendalam menganai pengajaran dan suruhan Tuhan. Kita tiba-tiba ingin tahu apakah kehendak Tuhan didalam hidup kita. Kita mahu mengenal-Nya lebih dekat. Inilah "kebaikannya" bila mendapat kesusahan atau masalah. Ingat Tuhan bah! Sesungguhnya, Tuhan itu sentiasa berada disamping kita.  Dia tidak pernah meninggalkan kita.  Inilah hakikat kehidupan yang perlu kita sematkan sedalam-dalamnya didalam hati kita. Kita mesti belajar untuk mempercayai bahawa Tuhan itu sentiasa berada di pihak kita. Jangan kita ragui kesetiaan Tuhan yang sentiasa berdampingan dengan kita. Dia disamping kita dimana juga kita berada. Apakah kita menyedari kehadiran-Nya didalam hidup kita? Marilah kita belajar untuk lebih  peka dan sensintif dengan kehadiran Tuhan didalam kehidupan kita setiap hari.

Sebenarnya, meskipun penting untuk mengetahui dan merasakan bahawa Tuhan sentiasa berada dipihak  kita. Tetapi yang lebih penting ialah memastikan bahawa kita sentiasa berada di pihak Tuhan. Ini dapat kita buktikan dengan mengikuti segala perintah dan pengajaran-Nya serta sentiasa menjauhkan perkara-perkara yang jahat dan dosa. Sebab itu, marilah menjadi pengikut Tuhan yang taat dan setia. Amin.