Friday, July 18, 2014

Pandai-pandailah ......

Memang tidak dapat kita sangkal atau naftikan bahawa perbelanjaan sara hidup dah naik. Semuanya  Bukan macam dulu. Murah dan kenyang.Dulu pergi sekolah dengan wang saku 20 sen pun dah memadai. Tapi kini RM2.00 pun tak cukup kerana harga makanan dan minuman dah melambung tinggi. Mahal-mahallah barang sekarang. Walau bagaiman pun ada juga harganya tetap macam dulu cuma kuantiti  atau sais menjadi  menjadi kurang atau kecil. Kuih tetap harganya 20 sen tapi saisnya macam duit 20 sen juga!  Dulu kalau pergi makan di kedai atau di pasar, minuman air biasa atau teh adalah free. Kini ianya ada harga.-50 sen satu gelas! Kalau dulu minta tambah cili pun free. Kini ada harga. Tidak ada free sekarang. Boleh dikira semua barang-barang sekarang adalah mahal atau terlampau mahal.  
 
Dulu makan RM3-5, cukup. Boleh kenyang. Kini makanan RM10.00 belum tau kenyang kah tidak. Jadi, apa yang perlu kita buat........Minta naik gaji? Mustahil berkesan! Boikot tempat-tempat  perniagaan yang mengenakan harga yang mahal? Tak berkesanlah! Jadi,  apa yang kita boleh buat secari peribadi?
 
Saya fikir langkah yang mudah dan berkesan ialah mengubah sikap dan cara kita berbelanja. Misalanya pasal makan.Kurangkanlah tabiat pergi makan di kedai  makan. Mahal bah tuu. Jadi bawalah "tapau" atau  bekal makanan ke tempat  kerja. Jimatkan.
Hal minuman? Biasakan  diri meminum "air kosong" saja.  Dan bawa air bila pergi kemana-mana. Jadi tak payah membeli  minuman didalamtin atau botol. Jimat dan mudah diamalkan.
 
Kalau dikawasan rumah ada sedikit tanah kosong. Cuba usahakan dengan menanam perbagai jenis sayuran daun. Dengan ini dapat menjimatkan kos perbelanjaan membeli sayur-sayuran.
 
Jadi, didalam masa  "barang naik dan mahal" ini . pandai-pandailah sesuaikan perbelanjaan dan ubahlah cara  berbelanja. Belajarlah membeli apa yang benar-benar diperlukan dan bukan mengikut "sedap mulut." Maka dengan cara ini kita bukan saja dapat berjimat malah  merasa  lega dan tak begitu merasa beban gara-gara barang naik. Jadi, pandai-pandailah kita mengurus dan mengawal perbelanjaan kita masing-masing. Pendek kata, berbelanjalah sesuai dengna pendapatan anda. Jangan berbelanja melebihi pendapatan nanti hutang dan beban hidup mu adkan bertambah. Bijak berbelanja. Aman kehidupan!

Sunday, July 13, 2014

Bagaimana berjimat supaya dapat menyimpan wang lebih banyak

Menyimpang atau menabung wang adalah sangat penting didalam hidup kita. Kerana  kegagalan untuk menyimpan wang boleh menyebabkan masalah yang lebih besar dimasa akan datang terutama sekali disaat-saat kita memerlukan wang. Sebab itu berjimat-jimat dengan tujuan untuk menyimpan lebih banyak wang. Berikut adalah beberapa caranya berjimat supaya dapat menabung lebih banyak wang.
1.Jangan boros  atau terlalu berbelanja.
2.Beli apa yang penting dan diperlukan seperti  makanan dan pakaian.
3.Bukalah "Kebun Hijau." Tanamalah beberapa jenis sayuran dan lain-lain tumbuhan yang mudah ditanam dan dijaga seperti sayur, lada dan sebagainya.
4.Makan masakan dirumah. Kurangkan makan dikedai atau restaurant.
5.Jangan terlalu bergaya  dengan memakai pakaian-pakaian yang berjenama dan mahal.
6.Amalkan kesederhanaan didalam segala hal termasuklah dari segi pakaian.
7.Dapat gaji atau bila dapat wang, simpanlah dibank dahulu. Bila diperlukan baru ambillah sesuai dengan keperluan.
8.Jangan berjudi  dan jangan gila beli loteri atau nombor.
9.Bayar secara tunai;Elakkan berbutang dan kasi hutang.
10.Jangan  belanja orang berlebih-lebihan.
11.Jangan minum minuman yang mahal-mahal. Lebih minum air kosong!
12.Berbelanjalah sesuai dengan pendapatan.

Jadi .....pandai-pandailah  menjaga dan mengurus kewangan peribadi kita  masing-masing supaya kita dapat menyimpang wang lebih banyak untuk keperluan dimasa akan datang. Ingatlah bahawa kecuaian dan kegagalan  mengawal perbelanjaan kewangan  boleh menyebabkan kesusahan yang besar dimasa akan datang. Sebab itu, berjimat-jimatlah supaya dapat menabung wang lebih banyak demi kestabilan dan kekukuhan kewangan kita dimasa akan datang. Pendek kata, MENABUNGLAH WANG DEMI KEBAIKAN DIMASA AKAN DATANG.