Tuesday, June 30, 2009

Karud! Jangan begitu bah daling...


Tersebutlah kisah seorang isteri yang mengeluh kerana suaminya yang dia cintai sepenuh hati tidak lagi seperti dulu semasa mereka baru saja berkenalan. Kini sejak berkahwin dan mempunyai anak-anak, suaminya selalu menyakiti hatinya. Keluhanya:


"Dulu bila baru kita berkenalan, engkau bukan main romantik lagi! Sebutan "Daling. Ohhh....daling" Sentiasa keluar daripada mulutmu yang manis. Aku benar-benar merasa keindahan cinta diantara kita. Wah! Betapaku merasa sungguh-sunguh bertuah kerana dapat berkenalan dengan mu dan seterusnya mendirikan rumahtangga denganmu. Hidup bagaikan sebuah surga! TAPI kenapa kau berubah? Kenapa? Oh! Kenapa?!!! Kini........kau tidak lagi memanggilku "Daling. Ohh....daling." Kini kau selalu menyakiti hatiku setiap kali kau memanggilku. Hatiku benar-benar sakit dan terhiris pedih. Mengapa dan kenapa? Apa salahku? Apa dosaku? Seningga kau begitu tergamak memanggilku "KARUD! OH KARUD! Kau benar-benar menghinaku dan menjatuhkan maruhku. Sampai hati kau buatku begini. Perbuatanmu Ini membuatku berfikir, "Masihkah kau sayang kepadaku? Apakah kau masih cintaku? Hentikanlah perbuatanmu ini. Jangan panggil saya "KARUD LAGI!" Jangan begitu bah daling! Panggillah saya secara hormat agar aku merasa dihormati, dihargai dan merasa KEHANGATAN cintaMU lagi. Kalau tidak, jangan salahkan diriku jika aku meragui dan mempersoalkan kualiti cintamu? Sebab itu, sila hentikan panggilan mu ini. Biarlah panggilan "Darling atau Sayang atau Yang" berkumandang ditelingaku lagi. Please daling.........please! Apakah permintaan ini terlalu berat?


Moralnya: Janganlah bah panggil isteri/sumai dengan nama yang bikin sakit hati.

Cadangan: Panggil isteri/suami: "Sawo ku atau Savoo ku" Kanto bogia.

(Nota: "Karud" bererti Babi yang ada anak didalam bahasa Dusun/Kadazan. )

Monday, June 29, 2009

Pindah....gara-gara jatuh cinta?

Yaa...perasaan jatuh cinta kepada seseorang memang sungguh-sungguh indah! Dari senyumannya, keperibadiannya, caranya bercakap, gerak-gerainya; Semuanya manis dan menarik hati. Pendek kata segala-galannya indah. Kecacatan, kelemahan dan kekurangan pun dilihat indah. Yaa...begitulah keindahan bila jatuh cinta. Memang sungguh mengasyikkan dan diri bagaikan "terabung-apung di udara." Siokkkkkkkkkkk......bah!

Gara-gara jatuh cinta orang sanggup membuat apa saja. Malah rela berkorban apa saja asalkan dapat bersatu dengan kekasih yang menjadi idaman hati. Ada yang sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan; Ada yang sanggup menjadi miskin dan ada yang sunggup menyerahkan tubuh dan badannya meskipun belum lagi secara sah menjadi pasangan suami-isteri yang sah, demi "mengikat" kekasih dan membuktikan cintanya. Selain daripada itu ada yang rela menukar agama yang dipegangnya sejak dilahirkan dan memeluk agama baru meskipun tidak tahu apa-apa mengenai agama berkenaan atau tidak percaya dengan agama berkenaan. Kerana yang penting baginya ialah dapat berkahwin dengan kekasihnya. Begitulah "kehebatan dan kegilaan" bila jatuh cinta!

Tapi.....berpindah ke agama lain kerana gara-gara jatuh cinta dan seterusnya berkahwin adalah satu tindakan yang tidak bijak dan tindak manasabah. Kerana orang harus menganuti sesuatu agama yang dia benar-benar fahami, yakini dan imani secara perbadi. Jadi, berpindah agama kerana gara-gara jatuh cinta atau kahwin adalah suatu tindakan yang tidak bijak dan merugikan diri sendiri. Kerana aksi berpindah agama mengikut cara ini adalah tidak sah, tidak betul dan tidak adil kepada tubuh dan roh diri sendiri. Kerana tidak ada kejujuran, keiklasan dan kepercayaan yang sepenuhnya untuk mengikut agama berkenaan. Meskipun, perbuatan seperti ini mungkin menguntungkan diri sendiri semasa di dunia tetapi tidak akhirat nanti. Sebab itu, jangan main-main didalam hal berpegang kepada agama. Janganlah dengan sesuka hati berpindah tanpa berfikir semasak-masaknya dan tanpa penghayatan yang penuh dan mendalam.

Marilah kita sama-sama ingat dan menyedari bahawa Tuhan yang Maha Esa mengetahui isi hati kita. Kita tidak dapat menipu-Nya. Sebab itu, kalau mahu mengikuti suatu agama, ikutilah agama berkenaan kerana kita ada kefahaman, pengertian dan keyakinan yang penuh dan mantap pada agama berkenaan. Ini bererti, kita mengikutnya diatas kemahuan dan kehendak kita sendiri tanpa tekanan dan pengaruh dari mana-mana pihak dan orang. Pendek kata, kita dengan bebas, iklas dan jujur memilih agama berkenaan. Maka dengan ini pilihan kita diberkati dan diredai oleh Tuhan yang Maha Kuasa. Amin.