Friday, June 22, 2012

Penggunaan duit

Duit atau wang adalah salah satu daripada keperluan yang penting didalam kehidupan kita setiap hari. Kita perlukan wand hampir didalam segala hal. Dari membeli bahan makanan, membayar bil-bil sehinggalah kepada bayaran untuk menggunakan tandas!
Meskipun wang adalah baik namun cara kita menggunakannya boleh mendatangkan  banyak kebaikan dan juga keburukan. Sebab itu, kita mestilah menggunakkannya untuk tujuan yang baik dan bukannya untuk kejahatan.

Jika kita gunakan wang untuk membeli  keperluan dapur atau barang-barang makanan, membayar bil letrik dan air, membayar wang pinjaman atau loan bank atau membayar hutang, dan melakukan kebajikan seperti memberi derma kepada orang yang memerlukan bantuan maka, ini bererti kita menggunakkan wang kita dengan baik. Dan ini bukan saja membawa kebaikan kepada diri kita sendiri tetpi juga kepada orang lain.  Tetapi sekiranya kita menggunakan wang kita untuk melakukan kejahatan seperti membeli dadah, arak, rokok, membayar upah kepada para penjahat untuk melakukan kejahatan seperti membunuh maka, ini bererti kita bukan saja bersalah malah berdosa didalam hal kerana menggunakan wang untuk melakukan kejahatan dan keganasan.

Jestru itu, kita mesti ingat bahawa wang mestilah digunakan untuk melakuan kebaikan dan bukannya untuk melakuankan kejahatan, keganasan dan kekerasan.  Sebab itu, marilah kita menggunakan wang yang kita miliki untuk melakukan kebaikan dan kebajikan.