Ada orang gara-gara mau kahwin, sanggup berhutang sana sini kerana mahukan majlis perkahwinan yang meriah dan gemilang! Meskipun, tidak salah buat perkahwinan secara besar-besaran tapi kalau tak mampu, secara sederhana pun cukuplah bah! Yang penting sudah kahwin.
Bah, Kalau tidak cukup duit, bagus jangan kahwin dulu bah. Tunggu sehingga ada kewangan yang mantap, barulah kahwin. Tidak bagus bah main hutang-hutang didalam hal berkahwin. Nanti sudah kahwin tidak pula bahagia kerana asyik membayar hutang.
Biarlah majlis perkahwinan itu sederhana yang penting tidak berhutang. Maka dengan itu permulaan kehidupan suami-isteri dapat bermula dengan baik dan tanpa apa-apa kerisauan dan kebimbangan. Kerana semuanya "selesai" dan tidak ada apa-apa hutang selepas berkahwin.
Sesungguhnya, Hidup tanpa hutang menyenangkan hati dan menceriakan fikiran serta membahagiakan kehidupan.Amin.