Wednesday, October 1, 2014

Besar atau Kecil? Yang penting mem....

Manusia memang selalu suka buat perkara atau acara yang besar-besar. Kenapa? Cari namakah? Gilakan pujiankah? Biasalah manusia memang suka dipuji dan diangkat-angkat meskipun tak seberapa. Pendek kata, kita selaku manusia suka sangat main besar-besar. Kalau boleh semua pun mahukan yang besar-besar. Kereta besar, rumah besar, gaji besar, harta besar dan sebagainya. Tapi kalau hal  yang melibatkan Tuhan dan agama macam kita suka pula main kecil-kecil. Misalnya hal sembayang, main kecil saja. Berapa lama kebiasaan kita berdoa kepada Tuhan?  1 minit? 5 minit? Kita tak suka main besar didalam hal berdoa. Berdoa lebih daripada 20 minit sudah dianggap berat. Demikian juga didalam hal membantu orang lain ang memerlukan bantuan. Berapa derma yang kita biasa berikan kepada orang yang mendapat kesusahan seperti kematian orang yang tersayang? Derma biasanya antara RM5-M10. Kenapa main kecil-kecil saja? Kenapa tak main besar seperti memberi derma RM10 keatas misalnya RM20 atau RM50 atau seratus ringgit.
 
Membantu orang lain dengan iklas dan dengan derma yang lumayan membawa bukan saja kelegaan di pihak si penerima tetapi ianya mendatangkan "rezeki dan berkat" kepada penderma. Kerana orang yang dermawan pasti diberkati  oleh Tuhan yang Maha Esa. Jestru itu, kita biasakanlah diri bermain besar didalam hal-hal yang melibatkan memberi kebajikan kepada orang lain dan berdoa kepada Tuhan. Janganlah asyik main kecil-kecil saja. Kerana pemberian yang sedikit  mendatangkan "rezeki dan berkat" yang sedikit juga. Jadi, kalau kita mempunyai kemampuan untuk memberi yang lebih banyak kerana kita mempunyai kemampuan, maka berilah besar sikit. Dan kalau kita mempunyai sedikit, maka berilah sesuai dengan kemampuan dan kedudukan kewangan peribadi. Didalam keadaan  sedemikian, kecil pun tak apa, yang penting didalam kesempitan pun kita  berjasa. Jangan malu memberi kecil kerana kemampuannya kecil kerana pemberian yang kecil pun boleh membawa keceriaan   dan senyuman  kepada penerimanya.