Sunday, November 30, 2014

Buatlah sampai berjaya

Apakah anda mudah berputus asa? Gagal sekali dah angkat bendera putih? Tak  mahu mencuba untuk kedua kali? Kenapa tak mencuba lagi? Taku kecewa lagi? Takut gagal lagi? Sebenarnya didalam hidup ini kalau kita  mahukan kejayaan kegagalan dan kekecewaan adalah sebahagian daripada proses untuk mendapatkan kejayaan.  Seperti kalau kita  mahu menikmati durian, kulitnya yang berduri kita tak  perdulikan. Buka kulitnya barulah kita dapat menikmati kesedapan dan keenakan isi durian. Kalau terluka dari semasa membukanya, jangan putus asa cuba lagi dan cuba lagi sehinggalah Berjaya. Jangan mudah berputus asa nanti gagal menikmatinya.
 
Jadi, didalam hidup ini apa saja kita buat samada didalam bidang pelajaran atau menceburi dunia perniagaan kita mesti ada semangat berjuang sampai Berjaya. Jangan alang-alang didalam melakukan sesuatu yang baik. Ketabahan dan kerajinan didalam memperjuangkan sesuatu yang baik pasti akan menghasilkan kejayaan. Yang penting ialah jangan sekali-kali mudah berputus asa apabila mengalami kegagalan.
 
Kegagalan itu tidak berpanjangan tetapi kejayaan pasti dicapai jika berbekalkan kepada semangat yang tinggi untuk Berjaya. Jestru itu kalau mahu melakukan sesuatu untuk  memajukan diri dan untuk tujuan  bagi mengubah kehidupan yang lebih baik BUATLAH SAMPAI BERJAYA.
 
Selagi kejayaan itu belum berada didalam  genggaman anda, janganlah berhenti. Teruskan usaha dan ubah teknik  yang tak membawa hasil yangbaik. Cuba teknik yang baru yang mungkin boleh mendatangkan kejayaan. Jangan takut dan malu mencuba cara yang baru demi mengejar kejayaan dan kemajuan. BUATLAH SAMAPAI BERJAYA!

Wednesday, October 1, 2014

Besar atau Kecil? Yang penting mem....

Manusia memang selalu suka buat perkara atau acara yang besar-besar. Kenapa? Cari namakah? Gilakan pujiankah? Biasalah manusia memang suka dipuji dan diangkat-angkat meskipun tak seberapa. Pendek kata, kita selaku manusia suka sangat main besar-besar. Kalau boleh semua pun mahukan yang besar-besar. Kereta besar, rumah besar, gaji besar, harta besar dan sebagainya. Tapi kalau hal  yang melibatkan Tuhan dan agama macam kita suka pula main kecil-kecil. Misalnya hal sembayang, main kecil saja. Berapa lama kebiasaan kita berdoa kepada Tuhan?  1 minit? 5 minit? Kita tak suka main besar didalam hal berdoa. Berdoa lebih daripada 20 minit sudah dianggap berat. Demikian juga didalam hal membantu orang lain ang memerlukan bantuan. Berapa derma yang kita biasa berikan kepada orang yang mendapat kesusahan seperti kematian orang yang tersayang? Derma biasanya antara RM5-M10. Kenapa main kecil-kecil saja? Kenapa tak main besar seperti memberi derma RM10 keatas misalnya RM20 atau RM50 atau seratus ringgit.
 
Membantu orang lain dengan iklas dan dengan derma yang lumayan membawa bukan saja kelegaan di pihak si penerima tetapi ianya mendatangkan "rezeki dan berkat" kepada penderma. Kerana orang yang dermawan pasti diberkati  oleh Tuhan yang Maha Esa. Jestru itu, kita biasakanlah diri bermain besar didalam hal-hal yang melibatkan memberi kebajikan kepada orang lain dan berdoa kepada Tuhan. Janganlah asyik main kecil-kecil saja. Kerana pemberian yang sedikit  mendatangkan "rezeki dan berkat" yang sedikit juga. Jadi, kalau kita mempunyai kemampuan untuk memberi yang lebih banyak kerana kita mempunyai kemampuan, maka berilah besar sikit. Dan kalau kita mempunyai sedikit, maka berilah sesuai dengan kemampuan dan kedudukan kewangan peribadi. Didalam keadaan  sedemikian, kecil pun tak apa, yang penting didalam kesempitan pun kita  berjasa. Jangan malu memberi kecil kerana kemampuannya kecil kerana pemberian yang kecil pun boleh membawa keceriaan   dan senyuman  kepada penerimanya.
 

Saturday, August 30, 2014

Tips berniaga

1.Berniagalah dengan iklas dan jujur.
2.Perhatikan kebajikan pekerja dengan baik. Beri mereka gaji yang adil dan memadai.
3.Jangan main "kotor" didalam perniagaan.
4.Dapatkan lesen perniagaan secara bermoral.
5.Jangan elakkan cukai dan EPF.
6.Keuntungan itu rahsia didalam perniagaan.
7.Jangan  terlalu mementingkan keuntungan.
8.Jangan lupa  menggunakan keuntungan untuk melakukan kebaikan & kebajikan kepada sesame.
9.Jagalah hati para pelanggan dan pembeli dengan baik.
10.Jangan lupa Tuhan;Bersyukurlah dan bertakwalah kepada-Nya.

Monday, August 18, 2014

Tuai apa yang ditanam, betul atau salah?

Ungkapan  yang berbunyi:"Tuai apa yang ditanam." Kata-kata ini memang banyak kebenarannya. Kerana biasanya kita dapat apa yang kita tanam. Misalnya menanam biji rambutan. Pasti apa yang tumbuh adalah pokok rambutan bukan mangga. Walau bagaimana pun samada buahnya manis atau asam bergantung kepada jenis dan  baka biji yang ditanam. Kalau  biji itu daripada baka yang manis dan baik, maka buahnya adalah sedemikian juga. Tapi didalam masa yang sama adakalanya kita tidak mendapat apa-apa  sesuai dengan   apa yang diharapakan. Misalnya kita tidak mendapat apa-apa hasil daripada tanaman kita.   Kerana ianya tidak tumbuh atau tidak berbuah atau kerana sebelum kita sempat memetik buah-buahnya kerana diambil orang tanpa kebenaran. (Dicurilah bah tuu!). Rugi kan.....
 
Selain daripada itu, kualiti dan mutu buah berkenan juga bergantung kepada  beberapa factor yang lain seperti jenis tanah, keadaan cuaca dan penjagaan dan pemeliharaan  semasa ianya sedang tumbuh. Jestru itu,  kita dapat simpulkan bahawa kita  tidak semestinya menuai apa yang kita tanam terutama sekali didalam kontex dan  bidang pendidikan dan pembentukan anak-anak.
 
Ibubapa biasanya mencuba sedaya-upaya untuk mendidik anak-anak mereka dengan baik supaya anak-anak mereka manjadi manusia yang baik, berpendidikan, berdisiplin, berguna dan beriman. Tetapi adakalanya apa yang diharapan tidak menjadi kerana anak-anak berkenaan tidak begitu menghargai didikan dan asuhan ibubapa. Ini menyebabkan mereka bukan pula menjadi anak-anak yang bersifat baik tetapi menjadi "anak-anak nakal." 
Maka dengan itu, ungkapan yang menyatakan bahawa kita "Tuai apa yang ditanam," tak semestinya  selalu tepat dan  benar. Kerana "kepincangan" boleh terjadi pada bila-bila masa mengikut keadaan dan mengikut sifat dan tahap penerimaan anak-anak berkenaan. Dan ini adalah diluar kawalan kita. Apakan
 
Jadi, bagaimana sifat mereka menerima, mendalami dan  menghayati pendidikan yang diberikan oleh ibubapa adalah bergantung kepada sifat penerimaan, keterbukaan, dan  kerjasama mereka.  Keiklasan  dan kejujuran mereka dan  tanpa  memakai apa-apa topeng  kepura-puraan, kepalsuan, penipuaan, kejahatan dan ketidak-jujuran. Sifat mereka yang baik dan positif  adalah penentu utama  samada hasil pendidikan itu  baik atau pun  tidak.
 
Selain daripada itu, adakalanya  kita mendapat diluar jangkaan kita kerana hasilnya lebih baik daripada yang kita harapan. Misalnya anak yang tak begitu bijak didalam pelajaran  tetapi   menjadi seorang mekanik atau petani yang  Berjaya dan Bergaya.@ kaya.
 
Jadi, ungkapan bahawa kita "Tuai apa yang ditanam" tak semestinya selalu betul. Adakalanya ianya berlaku disebaliknnya. Mungkin buruk, atau baik  atau lebih baik dan mungkin lebih menakjubkan!
 
Akhir sekali, janganlah merasa kecewa dan marah seandainya apa yang kita harapan kita tak dapat. Apa yang penting ialah kita telah berusaha. Bersabarlah dan cuba lagi. Kalau hari ini, hasilnya tak baik,  cuba lagi dan cuba lagi sehinggalah mendapat hasil yang  baik dan lumayan. Jangan mudah berputus asa. Teruskan perjuangan sehingga Berjaya. Bah! Selamat Mencuba. Semoga Berjaya.
 
 

Saturday, August 16, 2014

Pedoman untuk Suami dan isteri


1. Hai suami, Janganlah memperlakukan  isteri mu  sebagai "amah". Ingatlah bahawa Kerja-kerja didalam rumah  adalah  tanggungjawap  bersama.  Ini adalah penting supaya tidak ada pihak yang merasa  keberatan  dan dibebani didalam perkahwinan.
 2. Bah....suami Janganlah  malu-malu bersifat  "romantic" kepada isteri. Kemesraan dan keromantikan didalam perkahwinan mestilah sentiasa diamalkan sepanjang hidup selaku pasangan suami-isteri.
3. Janganlah bersifat  kasar kepada isteri/suami.
4.Hai isteri, Janganlah  memperlakukan suami mu  sebagai "bodyguard dan handyman".
5.Jagalah kesehatan badan bersama.
6. Bersolek tuu OK bah. Tapi, jangan berlebih-lebihan"lah...
7.Wang pendapatan adalah milik bersama sebagai satu keluarga. Jangan bersifat "kedekut dan luki" bila  berbelanja demi keperluan  keluarga.
8.Jangan lupa berdoa bersama.
9.Hai isteri, janganlah terlalu membebel kepada suami.....cakap palan-palan bah...
10. Kuatkan dan mantap cintakasih bersama melalui perkataan, fikiran dan perbuatan.
11.Cintai dan sayangilah pasanganmu SE-ADA-NYA.
12. Sentiasa elakkan pergaduhan dan utamakan kebahagian bersama.
13.Buanglah tabiat dan sifat yang buruk demi kebaikan dan kebahagian bersama dan keluarga.
14.Apa lagi yaaa......Bah fikir-fikirlah........banyak lagi tuu....

Bah....fikir-fikirlah dan renung-renunglah pedoman yang dikatakan diatas semoga  ianya  membawa kesan yang baik didalam  kehidupan kamu.

Friday, July 18, 2014

Pandai-pandailah ......

Memang tidak dapat kita sangkal atau naftikan bahawa perbelanjaan sara hidup dah naik. Semuanya  Bukan macam dulu. Murah dan kenyang.Dulu pergi sekolah dengan wang saku 20 sen pun dah memadai. Tapi kini RM2.00 pun tak cukup kerana harga makanan dan minuman dah melambung tinggi. Mahal-mahallah barang sekarang. Walau bagaiman pun ada juga harganya tetap macam dulu cuma kuantiti  atau sais menjadi  menjadi kurang atau kecil. Kuih tetap harganya 20 sen tapi saisnya macam duit 20 sen juga!  Dulu kalau pergi makan di kedai atau di pasar, minuman air biasa atau teh adalah free. Kini ianya ada harga.-50 sen satu gelas! Kalau dulu minta tambah cili pun free. Kini ada harga. Tidak ada free sekarang. Boleh dikira semua barang-barang sekarang adalah mahal atau terlampau mahal.  
 
Dulu makan RM3-5, cukup. Boleh kenyang. Kini makanan RM10.00 belum tau kenyang kah tidak. Jadi, apa yang perlu kita buat........Minta naik gaji? Mustahil berkesan! Boikot tempat-tempat  perniagaan yang mengenakan harga yang mahal? Tak berkesanlah! Jadi,  apa yang kita boleh buat secari peribadi?
 
Saya fikir langkah yang mudah dan berkesan ialah mengubah sikap dan cara kita berbelanja. Misalanya pasal makan.Kurangkanlah tabiat pergi makan di kedai  makan. Mahal bah tuu. Jadi bawalah "tapau" atau  bekal makanan ke tempat  kerja. Jimatkan.
Hal minuman? Biasakan  diri meminum "air kosong" saja.  Dan bawa air bila pergi kemana-mana. Jadi tak payah membeli  minuman didalamtin atau botol. Jimat dan mudah diamalkan.
 
Kalau dikawasan rumah ada sedikit tanah kosong. Cuba usahakan dengan menanam perbagai jenis sayuran daun. Dengan ini dapat menjimatkan kos perbelanjaan membeli sayur-sayuran.
 
Jadi, didalam masa  "barang naik dan mahal" ini . pandai-pandailah sesuaikan perbelanjaan dan ubahlah cara  berbelanja. Belajarlah membeli apa yang benar-benar diperlukan dan bukan mengikut "sedap mulut." Maka dengan cara ini kita bukan saja dapat berjimat malah  merasa  lega dan tak begitu merasa beban gara-gara barang naik. Jadi, pandai-pandailah kita mengurus dan mengawal perbelanjaan kita masing-masing. Pendek kata, berbelanjalah sesuai dengna pendapatan anda. Jangan berbelanja melebihi pendapatan nanti hutang dan beban hidup mu adkan bertambah. Bijak berbelanja. Aman kehidupan!

Sunday, July 13, 2014

Bagaimana berjimat supaya dapat menyimpan wang lebih banyak

Menyimpang atau menabung wang adalah sangat penting didalam hidup kita. Kerana  kegagalan untuk menyimpan wang boleh menyebabkan masalah yang lebih besar dimasa akan datang terutama sekali disaat-saat kita memerlukan wang. Sebab itu berjimat-jimat dengan tujuan untuk menyimpan lebih banyak wang. Berikut adalah beberapa caranya berjimat supaya dapat menabung lebih banyak wang.
1.Jangan boros  atau terlalu berbelanja.
2.Beli apa yang penting dan diperlukan seperti  makanan dan pakaian.
3.Bukalah "Kebun Hijau." Tanamalah beberapa jenis sayuran dan lain-lain tumbuhan yang mudah ditanam dan dijaga seperti sayur, lada dan sebagainya.
4.Makan masakan dirumah. Kurangkan makan dikedai atau restaurant.
5.Jangan terlalu bergaya  dengan memakai pakaian-pakaian yang berjenama dan mahal.
6.Amalkan kesederhanaan didalam segala hal termasuklah dari segi pakaian.
7.Dapat gaji atau bila dapat wang, simpanlah dibank dahulu. Bila diperlukan baru ambillah sesuai dengan keperluan.
8.Jangan berjudi  dan jangan gila beli loteri atau nombor.
9.Bayar secara tunai;Elakkan berbutang dan kasi hutang.
10.Jangan  belanja orang berlebih-lebihan.
11.Jangan minum minuman yang mahal-mahal. Lebih minum air kosong!
12.Berbelanjalah sesuai dengan pendapatan.

Jadi .....pandai-pandailah  menjaga dan mengurus kewangan peribadi kita  masing-masing supaya kita dapat menyimpang wang lebih banyak untuk keperluan dimasa akan datang. Ingatlah bahawa kecuaian dan kegagalan  mengawal perbelanjaan kewangan  boleh menyebabkan kesusahan yang besar dimasa akan datang. Sebab itu, berjimat-jimatlah supaya dapat menabung wang lebih banyak demi kestabilan dan kekukuhan kewangan kita dimasa akan datang. Pendek kata, MENABUNGLAH WANG DEMI KEBAIKAN DIMASA AKAN DATANG.

Thursday, July 3, 2014

Perlu lagi kah?

Satu perkara yang pasti terjadi didalam hidup kita sebagai manusia ialah kita akan pergi suatu masa nanti. Meskipun kita tidak tahu dan tidak dapat meramal bila kita akan keluar selama-lama daripada bumi ini tetapi perkara ini pasti akan terjadi.
 
Yaaa...........suatu hari nanti kau  dan saya dan kita semua akan mati. Jadi, kalau beginilah yang akan terjadi didalam hidup kita, Perlu lagi lagi kah kita bertungkus-lumus untuk berkerja untuk mendapatkan lebih banyak wang dan mengumpul lebih banyak harta? Perlukah semua ini?
 
Perlu lagi kah kita membesarkan atau mengubah-suai rumah kita yang sudah besar dan cantik? Kerana bila kita mati, rumah kita tinggalkan.
 
Perlu lagi kah kita membeli dan menyimpan perbagai jenis barang dan harta semasa hidup didunia ini sedangkan bila kita mati semua barang-barang yang kita beli dan simpang tak satu pun kita bawa mati?
 
Perlu lagi kah kita membeli dan memiliki banyak kereta, pakaian, computer, Handphone dan lain-lain barang? Kerana semua ini akan kita lepaskan begitu saja apabila mati. Bila difikirkan secara mendalam MACAM TIDAK PERLU.  Tetapi secara logik dan waras, kita  perlu juga secara sikit-sikit tapi janganlah terlalu berlebih-lebihan sehingga membazir dan merugikan diri sendiri.
 
Ini bererti adalah lebih baik kita memilih cara hidup yang sederhana namun memiliki keperluan asas didalam hidup yang mencukupi seperti makanan, pakaian dan rumah tetapi tidak berlebih-lebihan. Kalau ada banyak lebih lebih baik didermakan atau diberikan kepada orang-orang yang kekurangan atau miskin. Dengan cara ini, kita bukan saja membawa berkat didalam hidup sendiri tetapi juga membawa kebaikan kepada orang yang lain yang memerlukan bantuan. Jadi, jangan simpan atau kumpul terlalu banyak harta didalam kehidupan. Pandai-pandailah memberi atau membagi-bagi kepada orang yang memerlukan. Pendek kata, simpan yang diperlukan dan yang tak diperlukan dermakanlah kepada orang lain.



Monday, May 12, 2014

Bangga atau sombong

Sifat berbangga dengan kejayaan atau kemajuan yang dicapai adalah satu sifat yang normal dan biasa. Bila kita berbangga dengan hasil titik peluh kita sendiri, ini mendatangkan satu kepuasan didalam diri sendiri.  Dan sekaligus meningkatkan keyakinan pada kemampuan untuk melakukan sesuatu  yang lebih mencabar. Tapi.......kita mestilah menjaga  sifat ini supaya tidak terlalu berbangga sehingga kita menjadi orang yang sombong dan bongkak. Ingatlah kejayaan atau kemajuan yang kita capai janganlah sampai membuat kita tinggi hidung kerana sifat seperti ini akan merugikan diri sendiri dan boleh mendatangkan kesan yang tidak baik kepada diri sendiri. Ia kan memakan diri sendiri. Misalnya orang mungkin akan membenci kita dan memulaukan kita. Malah mungkin tidak berkawan dengan kita lagi. Sebab itu, bila kita mendapat kejayaan atau kemajuan kita mestilah tetap bersifat humble atau rendah hati. Dan membuat kita lebih baik kepada semua orang terutama sekali yang berada disekeliling kita yang memerlukan bantuan.  Pendek kata, jadilah orang yang berbakti kepada sesame manusia dan janganlah menjadi orang sombong! 

Sunday, April 27, 2014

Jangan susah-susah bah!

Apakah anda terlalu sibuk dengan perbagai perkara atau projek? Apakah kesibukan anda setiap hari? Apakah ianya banyak kaitan dengan hal mencari lebih banyak wang? Ada kena mengena dengan hal mahu menjadi kaya? Apakah inilah yang menjadi kesibukan anda sehingga kurang masa untuk bersukan sehingga badan menjadi macam "ikan buntal".  Atau sehingga tidak ada masa yang lama untuk bersama-sama dengan orang yang tersayang isteri atau suami; Atau bersuka-ria bersama-sama dengan anak-anak sendiri? Bah......jangan susah-susah bah! Relax aje bah....luangkan masa bersama dengan orang yang tersayang dan dengan anak-anak dan jangan lupa jaga badan lah! Buat  apa kalau akhirnya anda Berjaya mencapai yang anda cita-citakan tetapi terlantar di hospital  nanti gara-gara tidak jaga kesihatan badan dengan baik. Atau Berjaya  bergelar "orang kaya" tetapi anak-anak anda sendiri tidak mesra dan rapat dengan anda. Dihari-hari tua anda kesepian dan kesunyian kerana tak menjaga hati orang yang menyayangi anda dahulu. Kini anda mungkin menerima kesan perbuatan anda dimasa yang lalu. Maka dengan itu, jangan terlalu menempuhkan perhatian kepada kekayaan duniawi sehingga isteri/suami dan anak-anak dipinggirkan atau  dilupakan.  Ingatlah, kekayaan duniawi mungkin membawa keselesaan dan keseronokan  didalam hidup  semasa didalam dunia ini. Tetapi ianya tidak membawa kebahagian abadi diakhirat nanti. Sebab itu, jangan terlalu ghairah mencari hal-hal duniawi tetapi carilah hal-hal yang berunsur Surgawi.

PENDEK KATA, JANGAN SUSAH-SUSAH BAH PASAL HAL DUNIAWI LEBIH BAIK BERSUSAH-PAYAH PASAL HAL SURGAWI.

Wednesday, March 5, 2014

Petua Bisnes @ Berniaga

Apakah anda mahu memulakan bisnes atau perniagaan? Besar atau kecil tak kisahlah. Yang penting buat bisnes untuk menambah pendapatan. Bah! Kalau mahu main bisnes mestilah tahu sekurang-kurang beberapa kunci atau teknik berniaga supaya dapat menikmati kejayaan atau keuntungan. Berikut adalah panduan asas untuk berniaga:
1.Modal wang yang mencukupi. Kalau tak cukup boleh pinjam dari bank mengikut kemampuan untuk membayar balik. Jangan pinjam terlalu banyaklah....nanti susah mau bayar. Ambil sikit-sikit dulu. Dah  bisnes maju atau pinjiman dah habis dibayar bolehlah pinjam lagi dengan jumlah yang lebih besar. Mau kasi besar bisnes memang begitulah....Tapi yang paling bagus tak berhutang. Tak payah pinjam wang dari bank. Jadi, kumpul-kumpul dulu. Dah cukup modal barulah buka bisnes secara sederhana dulu.
2.Pendapatan seharian hasil jualan barang-barang yang dijual, simpan didalam bank setiap hari. Jangan simpan didalam dompet nanti sekejap saja dah "hilang" kerana kena pakai untuk hal yang lain.
3.Bayar secara tunai dan jual secara tunai. Ini lebih selamat dan tidak memeningkan kepala. Main hutang atau kasi hutang bikin sakit kepala dan bikin sakit hati juga. Lebih baik main tunai.
4.Modal perniagaan mestilah dijaga dan dikekalkan. Dan keuntungan pula disimpan dengan baik. Tak bijak kalau baru untung sikit-sikit dah berpesta.
5.Kalau ada ambil pinjiman dari bank, bayarlah dengan tepat masa. Jangan tangguh-tangguh membayar. Bayar sesuai dengan perjanjian dengan pihak bank. Jangan juga lambat membayar nanti kena bayar "bunga" lebih.
6.Jaga hati pelanggan tetap dan pandai-pandailah "memikat hati pelanggan. Misalnya kalau ada pelanggan dating membeli, cakaplah dengan baik dan diiringi dengan senyuman yang manis...
7.Jangan marah atau bersifat kasar kepada pelanggan/pembeli.

Bah demikianlah serba sedikit petua untuk berniaga. Semoga petua-petua  ini membawa kebaikan kepada anda. Ok. Selamat berniaga dengan baik. Semoga mendapat kejayaan dan kemajuan.

Thursday, February 13, 2014

TAK perlu kebenaran..UNTUK MAJU

Jika anda ingin mahu didalam hidup anda tak perlu kebenaran dari sesiapa pun untuk melakukan sesuatu yang dapat memajukan dirimu sendiri. Buat saja asalakan jalan yang anda pilih untuk memajukan diri tidak melukakan sesiapa pun termasuk dirimu sendiri. Jangan takut untuk melakukannya asalkan anda pasti bahawa  cara yang anda pilih itu tidak merosakkan dan tidak membinasakan sesiapa pun. Mungkin jalan  anda pilih itu cara baru lalu timbullah keraguan tapi teruskan saja. Yang penting tujuan anda memilih jalan itu adalah bermaksud   yang baik dan jujur.  Dan bukan dengan tujuan yang jahat. Teruskan saja kerana anda tidak tahu samada cara itu berkesan atau tidak selagi anda tidak mencubanya. Seandainya menemui kegagalan sekurang-kurangnya anda tahu bahawa jalan yang anda pilih itu membawa kegagalan dan dengan ini anda dapat mencari cari yang lain dan baru untuk mencari kejayaan. Jangan takut mencuba sesuatu yang baru. Cuba dulu barulah tahu hasilnya.
 
Sesungguhnya  ketakutan untuk mencuba sesuatu yang baru melambatkan kemajuan diri sendiri. Ingatlah bahawa orang-orang yang mendapat kejayaan dan kemajuan didalam hidup mereka adalah orang-orang yang terus berusaha dan mencuba berkali-kali sehinggalah mereka mendapat apa yang mereka mahu capai didalam hidup mereka. Kegagalan tidak mematikan semangat mereka. Sebaliknya kegagalan itu mereka jadikan  sebagai "minyak pendorong" untuk terus  berusaha untuk mencapai apa yang mereka idam-idamkan didalam hidup. Maka dengan itu TERUSKANLAH PERJUANGAN UNTUK MEMAJUKAN DIRI SEHINGGA BERJAYA DAN BAHAGIA. 

Monday, January 6, 2014

Petua am menghadapinya kenaikan harga....

Apabila harga petrol atau minyak naik, semua barang-barang pun naik termasuklah harga makanan dan minuman. Kini secawan kopi tidak ada yang dibawah RM1.00 DAN  makanan pula tidak ada yang dibawah RM3.00. Kini semua pun mahal. Masuk tandas awam pun naik juga! Apa pun, beginilah kenyataan hidup dimasa kini. Barangan sentiasa naik dan bila naik tak pernah turun. Sementara itu, gaji tak naik-naik. Dan kalau esok-esok gaji naik, macam tidak ada erti juga. Kerana bila saja naik gaji, harga barang-barang pun naik juga. Jadi didalam keadaan seperti ini memang menyusahkan tetapi didalam masa yang sama kita harus berfikir dan bertindak bijak didalam hal berbelanja. Maka dengan itu baiklah sekali jika kita rancang baik-baik perbelanjaan kita. Beli apa yang benar-benar diperlukan. Dan jangan boros berbelanja. Selain daripada itu, elakkan makan dan minum ditempat-tempat perniagaan yang mahal-mahal. Dan untuk mengurangkan perbelanjaan terutama sekali sayur , cubalah menanam  perbagai jenis sayur dihalaman rumah. Jangan biarkan tanah terbiar begitu saja. Mulakanlah "Kebun hijau." Tanam sayuran yang mudah tumbuh dan senang dijaga. Tanam juga lada, halia, serai,  pokok limau, pisang dan betik dan sebagainya. Dan jika tidak menjadi masallah, boleh juga memelihara ayam dan ikan untuk keperluan keluarga. Maka, dengan cara ini perbelanjaan secara tunai boleh dikurangkan dan simpanan tunai boleh ditingkatkan demi kebaikan keluarga  sendiri.
 
Barang naik tapi jangan mengalahlah. Naikkan semangat untuk memulakan Kebun sendiri. Ini bukan saja untuk keperluan sendiri tetapi jika melebihi daripada keperluan sendiri yang lebih-lebih tuh bolehlah dijual. Maka dengan ini anda mendapat "wang tambahan."  Jadi pendapatan pun naiklah. Jadi kemelut naik harga boleh kita jadikan sebagai peransang dan penaik semangat untuk menaikkan pendapatan dan mengurang perbelanjaan agar tidak menjadi MANGSA KENAIKAN BARANG-BARANG.