Friday, November 9, 2012

Sifat Membaca

Sifat membaca adalah satu perbuatan yang boleh membawa banyak kebaikan kepada pembaca namun ianya bergantung kepada bahan yang dibaca. Kalau   membaca bahan-bahan bacaan yang membina dan meningkatkan pengetahuan dan kepakaran, maka ianya berbaloi dan tidak rugi meluangkan masa untuk membaca bahan-bahan bacaan seperti itu. Kerana ianya membawa banyak sekali kebaikan kepada pembaca. Tapi kalau terlalu asyik membaca  bahan-bahan bacaan yang tidaklah begitu membina dan tidak menambah pengetahuan dan tidak meningkatkan kepakaran, maka aksi membaca seperti ini adalah tidak menguntungkan. Malah boleh dianggap merugiakan dan sia-sia saja. Misalnya terlalu asyik membaca bahan-bahan yang berbentuk kartun, komik, hiburan, buruk dan lucah.

Jestru itu, kalau mahu membaca, bacalah bahan-bahan bacaan yang berguna dan menguntungkan  diri seperti buku-buku yang boleh menambah  ilmu pengetahuan dan meningkatkan mutu kepakaran. Selain daripada itu, jangan lupa meluangkan masa membaca bahan-bahan bacaan yang berunsur rohani dan keagamaan sesuai dengan kepercayaan sendiri.

Pendek kata, bacalah buku atau bahan bacaan yang membina dan berguna. Elakkan membaca bahan-bacan yang tidak membina dan tidak berguna terutama sekali bahan-bahan yang mengalakkan atau mengajar  membuat kejahatan dan keganasan. Jauhilah bahan-bahan seperti ini. Jadi, bacalah bahan-bahan bacaan yang berguna, bermutu dan berkualiti supaya aksi membaca itu tidak menjadi sia-sia. Bah! Rajin-rajinlah membaca buku-buku atau bahan-bahan bacaan yang benar-benar BERGUNA. Selamat membaca dan selalulah membaca.

Sunday, November 4, 2012

Malas

Malas adalah salah satu daripada sifat -sifat manusia yang sangat merugikan dan tidak mendatangkan apa-apa kebaikan dan keuntungan. Orang yang malas biasanya tidak berjaya didalam apa juga bidang dan aktiviti yang dia sertai kerana kurang berusaha dan mudah berputus asa. Misalnya seorang pelajar yang inginkan keputusan peperiksaan yang  terbaik mestilah rajin membaca dan mengulang-kaji  mata pelajarannya dengan tabah dan sabar. Kalau dia malas, maka  kegagalanlah yang menantinya. Demikian juga seorang petani. Kalau dia mahukan hasil tanaman yang lumayan dia mestilah rajin mengerjakan kebunnya. Jika tidak, maka ladangnya tidak akan menghasilkan apa-apa yang boleh membawa kebaikan dan keuntungan kepadanya.

Begitu juga dengan halnya dengan seorang pekerja. Kalau dia malas berkerja, dia pastikan akan  diberhentikan oleh majikannya daripada pekerjaannya atau gajinya mungkin dikurangkan kerana mutu kerja yang teruk dan buruk.

Sesungguhnya sifat yang malas adalah benar-benar merugikan pelakunya. Sebab itu, kita mesti keluar daripada sifat malas dan menjadi orang yang  rajin  berusaha dan kuat berkerja supaya kita menikmati  kejayaan  dan kebahagian serta keselesaan didalam hidup.  Sama-samalah kita ingatkan diri sendiri bahawa sifat yang malas itu merugikan diri sendiri. Sebab itu, janganlah menjadi orang yang malas tetapi jadilah orang yang rajin! Jangan malas-malas bah!