Tuesday, July 7, 2009

Gara-gara bergaduh...


Tersebutlah kisah suami-isteri bergaduh disuatu petang. Kerana kejadian ini, mereka pun masing-masing merajuk dan tidak mau bercakap dengan sesama. Dua-dua diam-diam saja. Walau pun begitu mereka tidur juga sebilik tapi tidak lagi bertemu hidung tetapi "bantal peluk" dijadikan batas dan simpadan diantara mereka.


Tiba-tiba ditengah malam si suami terbangun dan teringat bahawa pada esok pagi dia harus bangun awal kerana mau pergi ke airport. Penerbangannya ialah pada jam 7.30 pagi. Jadi, dia perlu bangun pada jam 5.00 pagi. Tetapi kerana baru saja bergaduh dengan isteri, dia tidak berani kasih tau dan minta tolong isteri supaya bangunkan dia pada jam 5.00 pagi. Jadi dia secara senyap-senyap mengambil sekeping kertas dan menulis,"Darling.....TOLONG BANGUNKAN SAYA PADA JAM 5.00 PAGI KERANA SAYA MAU PERGI KE AIRPORT." Kemudian dia meletakkan kertas berkenaan diatas perut isterinya yang sedang tidur. Lalu dia tidur lagi….Pada keesokan harinya, si suami terbangun dan melihat didinding jam menunjukkan dah pun pukul 8.00 pagi. Ini membuat dia sangat marah. Kerana dia kini dah ketinggalan kapal terbang. Dia cepat-cepat bangun kerana mahu pergi ke dapur mencari isterinya. Tapi dia terasa seperti ada kertas melekat di baju tidurnya. Dia melihat dan ada TERTULIS: Darling....BANGUN! Darling! BANGUN! DAH JAM 5.00 PAGI NII. BANGUN!


(Nota: Suami merasa agak lucu sekali dan tak jadi marah-marah. Dia hanya mampu tersenyum dan merasa lega. Maklumlah awal pagi dah kena panggil "DARLING...."(Bah, kalau kamu bergaduh, cepat-cepatlah berdamai supaya cintakasih menjadi normal semula.He he he e….God bless all families. Amin.)