Wednesday, November 4, 2015

Bertanya...

Tidak salah bertanya kalau tidak tahu jalannya. Maka tanyalah baik-baik supaya mendapat petunjuk yg baik. Kalau tak faham, memohon penerangan kembali  pun tidak salah. Yang penting, mohon dengan hormat. Tapi kadang-kadang didlm hidup ini, kita janganlah terlalu banyak bertanya, cubalah cari jawapannya dulu barulah mendapat keseronokan didlm hal mencari jawapannya. Jgn sikit-sikit Tanya, nanti org fikir kita tak pandai berusaha. Dan ingat-ingatlah juga, jangan sembarangan Tanya. Tanyalah pada orang yang sesuai dan kena pada masa dan tempatnya.

Pantang yg penting kita ingat apabila bertanya ialah: 1. Tanya dgn sopan dan hormat; 2. Jgn bertanya dengan muka yg asam; 3.Senyum dulu sebelum bertanya; 4.Samada jawapan itu baik atau tidak, jgn marah; 5. Jgn lupa mengucapkan "Terima Kasih" apabila menerima jawapan; 6.Jgn memaksa org menjawap. Kalau dia diam & tak menjawap, pergi saja dengan senyuman; 7.Jgn balik-balik bertanya kpd org yg sama. Nanti di bosan.

Apa pun, kalau benar-benar ada keperluan JANGANLAH MALU BERTANYA NANTI SESAT JALAN DAN MENJADI BODOH! Bertanya tidak salah yg penting jujur bertanya dan dgn hormat bertanya.

Friday, August 7, 2015

Pinjam lah tapi...

Pinjam itu, pinjam ini adalah satu perkara biasa didalam hidup ini. Kerana kebanyakkan kita serba kekurangan dan tak mampu memilik semua yang kita perlukan atau gunakan. Jadi cara singkat untuk menyelesaikan masalah dan kekurangan ini ialah "MAIN PINJAM." Biasalah.....kan. Memang tak salah meminjam barang /benda  orang. Tapi.....kalau pinjam barang/harta orang, jagalah dan gunakan  barang  dengan cermat dan baik supaya  bila ianya dikembalikan ianya  tidak kotor dan tak rosak TETAPI didalam keadaan yang baik dan bersih. Ini barulah dikatan Peminjam yang berhemah dan bertanggungjawap!

Kalau benda itu rosak, kita mestilah bertanggunjawap sepenuhnya. Jangan buat banyak alasan. Benda tuu rosak semasa ditanganmu maka   kena kasi ganti-rugilah. Tak cukup sekadar meminta maaf. Mestilah kasi pampasan, barulah adil.  Kalau tak mampu bayar sepenuhnya sebagaimana yang diminta pemilik, Bah...bincang dan runding dengan baik-baik dan secara "gentleman.". Jangan main kasar dan elakkan aksi bertinju atau bertumbuk. Pendek kata, selesaikan perkara itu dengan aman dan dengan senyuman terukir dimuka masing-masing diakhir perbincangan. Jangan pula  muka macam "bulldog."

Dan....kalau pinjam barang orang, kasi baliklah itu benda dengan cepat. Jangan berbulan-bulan ditempat sendiri. Benda itu bukan milik anda, jadi tak elok disimpan lama-lama. Janganlah tunggu sehingga tuan punya datang meminta baik barulah... bertindak. Jadi, baiklah sekali sekiranya benda/barang yang dipinjam dikembalikan sebaik saja selesai digunakan. Dan jangan lupakan berkata "TERIMA KASIH" kepada pemiliknya. Nanti kalau lupa, lain kali mungkin tak kena kasi pinjam lagi.(KOTOH! BARU TAU! PADAN MUKA YANG TAK TAHU BERSYUKUR.)  BAH....APA PUN ...baik-baiklah bila pinjam dan pakai barang/harta orang lain.

Friday, May 15, 2015

Amalkan kesederhanaan

Kita tidak perlu mengikut atau meniru cara dan gaya kehidupan orang lain yang mengikut keadaan semasa. Kerana ini boleh menelan belanja yang agar besar. Misalnya orang lain membeli kereta mahal-mahal, kita beli kereta yang sederhana saja. Yang penting ada kereta untuk pergi ke mana saja kita mahu pergi. Kalau jiran kita membina rumah besar-besar kerana mungkin nak tunjukkan kekayaan kepada orang lain, kita bina rumah yang sederhana saja. Yang penting ianya  memadai dan memenuhi keperluan kita. Orang beli handphone yang canggih-canggih dan mahal kerana ada kemampuan, kita berbahagialah dengan handphone yang sederhana saja. Yang penting kita  boleh berkomunikasi atau bercakap dan menerima panggilan dari  orang.  Kalau orang selalu makan di kedai semasa masa rehat bekerja, kita makan saja makanan yang dibawa dari rumah. Jangan malu-malu makan. Begitu juga dengan hal minuman. Lebih baik membawa air dari rumah daripada membeli dari kedai kerana koas atau harga makanan dan minuman sekarang dah  meningkat garagara GST(Goods and Services Tax).
 
Didalam hal pakaian juga tak perlu memakai pakaian yang berjenama kerana ianya mahal-mahal.(Kalau mampu tak apa lah...). Kita berbahagialah memilih pakaian yang sederhana tetapi tahan dan ada kualiti juga. Begitu juga dengan hal yang lain seperti kasut, kamera, jam, computer dan sebagainya. Pilih yang tahan dengan harga yang berpatutan dan tak berapa mahal.
 
Kebaikan mengamalkan "Simple Life" ialah kita dapat berjimat dan menabung wang lebih banyak demi keperluan di masa akan datang. Disamping  itu, kita juga dapat hidup dengan lebih ringgan dan lebih selesa kerana tidak dibebani perbagai perkara yang membuat hidup kita "stress and tension" kerana terlalu banyak barang-barang yang kita simpan. Jadi,  marilah kita amalkan kehidupan yang sederhana tanpa kekurangan keperluan-keperluan yang asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal(rumah kecil pun OK bah!).

Saturday, May 2, 2015

GST BAH!

Kerajaan bilang GST bererti "Goods and Service Tax". Kita kena bayar cukai hampir apa saja barangan kita beli sebanyak 6%. Jadi kalau harga barang tuu R10.00 maka kena bayar  GST RM0.60. Maka jumlah yang harus dibayar termasuk GST ialah RM10.60 sahaja. Walaupun kita mungkin tak suka dengan GST tapi bila dibandingkan dengan negara-negara yang lain seperi Canada dimana GSTnya 20% dan Singapura 8% maka kita merasa taklah keberatan sangat. Sebenarnya lebih daripada seratus buah negara diseluruh dunia ada GST masing-masing dan dah lama GST dilaksanakan di negara-negara berkenaan. Kita nii baru aje mula.....Jadi tak hairanlah kalau ada sifat "marah-marah" dan merungut. Tapi lama-lama terbiasa juga bah tuu dan perasaan melawan GST akan pelahan-lahan akan turun juga bah tuu.

Apa pun yang baik mengenai GST ialah semua orang kena bayar GST. Sistem cukai dulu tuu banyak orang yang terlepas atau tidak membayar cukai atau pandai mengelak membayar cukai. Kini dengan system baru ini(GST) semua orang terkenalah. Kini setiap kali membeli sesuatu mesti  terkena GST. Tapi ada juga barang-barang dikecualikan dari  GST seperti beras, minyak masak, dan gula dan sebagainya. Adil juga macam nii...kan?

Sekarang yang orang kaya, sederhana atau miskin semua pun kena bayar GST. Memanglah bah.....GST ini agak membebankan dan menyakiti hati  banyak orang terutama sekali yang berpendapatan rendah tapi GST ini membuat kita berhati-hati dan berjimat-jimat bila membeli sesuatu. Kini kita belajar membeli barang atau benda yang asas, penting dan yang diperlukan saja dan tak ada GST seperti beras dan minyak masak. Jadi, kalau tak mahu bayar GST maka, belilah barang-barang yang dikecualikan daripada GST. Pembeli yang bijak......memilih barangan yang NO GST. Atau kalau tidak mahu membayar banyak GST maka kurangkanlah membeli barang-barang yang ada GST. Jadi dengan ini kita menjadi pembeli yang pandai dan bijak berbelanja.

Kerajaan memang suka dengan system baru ini. Itulah sebab GST itu boleh juga sefahami sebagai singkatan untuk Government Suka Tax rakyat. Tapi kita juga akan menikmati hasil GST. Kerana mengikut cakap Kerajaan wang GST ini akan digunakan untuk kebajikan dan kebaikan rakyat juga. Kerana hasil GST ini akan digunakan untuk membina kemudahan dan  membuat pembangunan untuk rakyat. Ini  cakap Perintahlah! Samada terlaksana atau tidak, sama-sama kita lihat nanti.

Jadi, bila dilihat secara mendalam GST ini membawa kebaikan kepada Kerajaan dan juga kepada rakyat juga. Jadi macam "Win-win situation".(Keadaan menang-menang). Dua-dua untung kan?

Bagi orang yang  nakal GST ini bererti  GATAL, SUNDAL DAN TEMBERANG(PEMBOHONG). Jadi, kita hati-hatilah supaya tidak menjadi orang yang gatal, sundal dan temberang. Dan seandaikan kita dah menjadi salah seorang daripadanya maka, mungkin dah sampai masa kita ubah arah hidup kita dan bertobat dan mengamalkan GST KONSEP BARU dengan menjadi orang yang GEMBIRA SEMBAH TUHAN. Semoga kita menjadi orang yang baik-baik dan rajin menyembah Tuhan. Hehehe.......Puji Tuhan. Amin.

Tuesday, March 10, 2015

Bila dapat gaji..



Kalau dapat gaji atau wang apa anda buat? Makan besar? Bayar hutang? Bayar loan? Belanja kawan-kawan? Beri derma? Main judi? Atau buat Aramai Tii? Beli baju baru? Set rambut? Kasut baru? Handphone baru? Yaa....memang banyak idea baru timbul didalam kepala bila dapat gaji atau bila ada duit. Macam-macam mau beli. Tapi, jangan ikutkan perasaan. Berfikirlah baik-baik dan rancang cara penggunaan wang. Berikut adalah beberapa pedoman yang mungkin baik dijadikan panduan bila dapat gaji atau bila ada duit.

1) Bayar dulu perkara-perkara yang penting seperti bayar hutang, sewa/loan rumah, loan kereta, bil letrik, bil air, tambang kereta/bas anak-anak ke sekolah;

2) Beli keperluan asas iaitu keperluan setiap hari terutama barang-barang makanan dan dapur. Misalnya beras, gula, kopi, susu anak, garam, ikan, daging, gas, minyak makan, roti/biskut dan lain-lain.

3) Simpan wang di Bank: Simpan bah sikit-sikit. Kalau ada "lebihan" simpan banyak sikit.

Hal-hal yang lain seperti membeli baju dan seluar baru, TV baru, handphone baru, kasut baru dan lain-lain yang dianggap sebagai "perhiasaan" dikurangkan atau dibelakangkan. Kerana boleh hidup tanpa benda-benda berkenaan. Tak payahlah bulan-bulan membeli baju, kasut, make-up, dan lain-lain. Utamakan membeli barang-barang atau benda yang benar-benar diperlukan. Selain daripada itu, buatlah beberapa langkah untuk berjimat-cermat dan mengurangkan aliran wang keluar. Contohnya, tanam-tanamlah perbagai jenis sayuran disekeliling rumah, buat kolam ikan(kecil-kecil pun ok bah tuu!)berhenti merokok, jangan sikit-sikit beli gincu dan minyak wangi. Habis dulu, baru beli bah! Kurangkan membeli minuman yang alkohol(memabukkan), Selalu makan dan minum di rumah, bawa tapau pergi kerja, dan sebagainya.

Jangan ada saja duit, berbelanja macam  minum air! Ubahlah sikap. Bah! jimat-jimatlah. Fikirlah kepentingan keluarga, anak-anak dan dihari tua. Pendek kata, didalam hal duit, berjimat-cermatlah. Berhati-hatilah didalam hal menggunakannya dan jangan lupa simpanlah sikit-sikit wang di bank. Kalau tidak, nanti sendiri juga yang "susah dan sakit" di kemudian hari. Sebab itu, simpanlah sikit-sikit wang di bank. Lama-lama jadi bukit bah tuu dan bila dah jadi bukit, kau juga yang untung!

Thursday, February 12, 2015

Terlalu Hidup bergaya

Ada banyak orang tak mahu kalah didalam hal bergaya.  Sebab itu mereka banyak berbelanja membeli barangan yang berjenama dan mahal kerana gara-gara mahu bergaya. Mereka rasa Hidup Bergaya adalah suatu kemestian  supaya setanding dan setaraf dengan orang lain.

Mereka merasa dihormati orang kalau ada gaya. Tetapi didalam hal bergaya kita mestilah ada kemampuan. Jangan asyik bergaya tetapi poket kosong atau wang dipoket taklah seberapalah. Buat apa terlalu bergaya kalau kedudukan kewangan masih tak stabil. Gaji pun hanya cukup-cukup untuk diri sendiri. Tak pun mampu memberi sedikit wang kepada ibubapa setiap bulan. Malah adakalanya masih meminta bantuan kewangan daripada orang tua. Jadi didalam hal bergaya bersifatlah secara waras dan bijak.

Jangan gila bergaya sehingga tidak ada kesempatan untuk menabung atau menyimpang wang untuk keperluan dimasa akan datang. Terlalu bergaya ini banyak belanja dan boleh membawa kepada kesusahan  seperti kekurangan wang. Sebab itu, bergaya OK juga tetapi secara sederhana saja bah! Gaya yang simple dan memadai sudahlah. Jangan berlebih-lebih nanti belanja berlebih-lebihan sendiri juga yang menderita dan merana. Fikir-fikirlah.......jangan terlalu bergaya sehingga  menimbulkan kesesakan, kesempitan dan kesusahan dari segi kewangan. Pilihlah gaya yang sederhana tetapi penampilannya masih OK. Yang penting tak kena KO gara-gara terlalu bergaya. 

Sesungguhnya, tak ada gaya tetapi poket sentiasa tebal lebih baik daripada bergaya betul tapi poket bocor! Pendek kata, kita amalkanlah hidup bergaya sesuai dengan kedudukan kewangan  kita.