Thursday, February 11, 2010

Sebelum daun-daun berjatuhan....

Sebelum daun-daun berjatuhan ke tanah, mereka  berbakti sehinggalah sampai waktunya mereka layu, mati dan berjatuhan ke tanah. Tapi aksi berbakti  tidak tamat disini saja. Kerana mereka terus berbakti walaupun dah ampai-ampai di tanah dengan menjadi baja sehingga tanah menjadi subur! Ini bererti mereka telah berbakti sehingga tamat kehidupan mereka dibumi ini.

Sesungguhnya, kisah ini   memberi kita kesedaran dari kedegilan dan kemalasan kita untuk berbakti kepada sesama insan. Kisah ini memberi kita petunjuk didalam hal berbakti.  Jadi, kalau kita mahu berbakti dengan melakukan kebaikan kepada orang lain maka, kita lakukanlah perkara ini bukan sekadar sekali-sekala. Tetapi, sepanjang hidup kita didunia ini. Pendek kata, kalau mahu berbakti kepada sesama manusia, jangan alang-alang! Berbakti sepanjang masa sehingga mati! Dalam erti kata yang lain, Jangan bosan berbuat baik kepada sesama manusia.