Tuesday, August 14, 2012

Apa gunanya...

Kata orang apa guna kalau bercinta kalau tidak sampai ke jinjing pelamin? Apa guna kita bertungkus-lumus berkerja kalau tidak mendapat mendapat hasil yang setimpal dengan titik-peluh kita? Apa guna kita membeli kereta kalau tidak pandai memandunya? Demikinan juga dengan rumah. Buat apa membina sebuah rumah kalau tidak mendiami rumah berkenaan? Sudah tentu sia-sia saja. Rugi dan tak berfaedah.

Nah! Begitu juga dengan wang dan harta, buat apa kumpul banyak-banyak duit dan harta kalau tak dipakai dan tak digunakan? Lihatlah betapa banyak harta-benda yang kita miliki. Misalnya pakaian. Cuba periksa almari pakaian kita, ada berapa banyak pakaian kita? Lebih daripada yang kita perlukan?  Kenapa disimpan begitu saja? Bukankah lebih baik kalau pakaian yang tak sesuai atau tak ngam atau tak muat, kita berikan kepada orang lain yang memerlukannya. Kenapa disimpan? Untuk kenangan-kenangan? Untuk berbangga dengan orang lain bahawa kita ada banyak koleksi pakaian?

Lebih baik barang-barang yang tidak kita pakai dan tidak gunakan dilepaskan daripada tangan kita. Biarlah hidup kita lebih ringan dan lebih selesa. Kata orang," Amalkanlah kehidupan yang sederhana, dimana kita mempunyai keperluan asas yang mencukupi dan apa yang lebih kita berikan atau dermakan kepada orang lain yang memerlukannya. Sekurang-kurangnya kita dapat membantu meringgankan beban didalam kehidupan orang-orang yang susah disamping membawa keceriaan dan kebahagian didalam hidup mereka.

Mungkin yang kita berikan atau dermakan adalah kecil tetapi ianya cukup bermakna bagi orang-orang yang menerimanya kerana mereka  memerlukannya. Meskipun  ianya kecil tetapi ia tetap mendapat restu dan berkat daripada Dia Yang Maha Kuasa, iaitu Tuhan Allah. Jestru itu, marilah kita belajar bersifat dermawan kepada orang-orang yang  miskin dan susah. Jangan  tunggu sehingga mempunyai kelimpahan  untuk memberi kerana didalam "kesederhanaan dan kemiskinan" hidup pun kita boleh memberi sekadar yang mampun dengan hati yang iklas dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.