Tuesday, April 24, 2012

Kerja

Kalau banyak kerja, memang baik sekali dikerjakan secepat yang mungkin agar ianya selesai dibuat.  Buat dgn baik supaya tak payah susah-susah buat kedua kali atua ketiga kali. Buat kerja balik-balik-itu bukan saja buang masa tetapi juga bikin penat bah! Sebab itu, apa saja kerja yg perlu diselesaikan buatlah yang terbaik.

Banyak kerja bukan bererti kita perlu bertungkus-lumus untuk menyiapkannya sehingga kita  "overtime" terlalu lama sehingga kesihatan pun terjejas dan hubungan kita dengan orang lain dan par ahli keluarga pun menjadi "sejuk."

Buat kerja, buat juga tapi berehatlah bila sampai masa berehat. Jangan terlalu berkerja sehingga rosak badan. Jaga-jagalah tu badan nanti sakit sendiri juga yang menderita dan kerja pun tergendala.

Ingatlah bahawa kerja yang kita tak dapat selesaikan aka diteruskan oleh orang lain sekiranya kita tiba-tiba "menyembah tanah" alias mati. Kerja tak dibawah mati bah!

Ingatlah juga bahawa berkerja tu penting tetapi ada perkara didalam hidup yang lebih penting daripada kerja iaitu beribadat & berdoa kepada Tuhan. Sebab itu, janganlah gara-gara sibuk berkerja LUPA PULA TUHAN! Maka dengan  itu, janganlah kerana gara-gara kesibukan berkerja, TUHAN  pula diabaikan dan diketepikan. sedangkan kerja pula diutamakan dan didahulukan. Ingatlah bahawa yang terpenting sekali didalam hidup kita selaku manusia ialah TUHAN.  Sebab itu, kerja boleh kita ketepikan buat sementara waktu demi meluangkan masa untuk berdoa kepda Tuhan dan untuk membaca serta merenung Firman Tuhan&Alkitab.

Kesimpulannya ialah,  KITA BOLEH ABAIKAN DAN KETEPIKAN KERJA KITA  TETAPI TUHAN, JANGANLAH SEKALI-KALI KITA ABAIKAN DAN KETEPIKAN. jESTRU ITU, DAHULUKAN  TUHAN DAN KEMUDIANKAN PERKERJAAN.