Thursday, February 12, 2015

Terlalu Hidup bergaya

Ada banyak orang tak mahu kalah didalam hal bergaya.  Sebab itu mereka banyak berbelanja membeli barangan yang berjenama dan mahal kerana gara-gara mahu bergaya. Mereka rasa Hidup Bergaya adalah suatu kemestian  supaya setanding dan setaraf dengan orang lain.

Mereka merasa dihormati orang kalau ada gaya. Tetapi didalam hal bergaya kita mestilah ada kemampuan. Jangan asyik bergaya tetapi poket kosong atau wang dipoket taklah seberapalah. Buat apa terlalu bergaya kalau kedudukan kewangan masih tak stabil. Gaji pun hanya cukup-cukup untuk diri sendiri. Tak pun mampu memberi sedikit wang kepada ibubapa setiap bulan. Malah adakalanya masih meminta bantuan kewangan daripada orang tua. Jadi didalam hal bergaya bersifatlah secara waras dan bijak.

Jangan gila bergaya sehingga tidak ada kesempatan untuk menabung atau menyimpang wang untuk keperluan dimasa akan datang. Terlalu bergaya ini banyak belanja dan boleh membawa kepada kesusahan  seperti kekurangan wang. Sebab itu, bergaya OK juga tetapi secara sederhana saja bah! Gaya yang simple dan memadai sudahlah. Jangan berlebih-lebih nanti belanja berlebih-lebihan sendiri juga yang menderita dan merana. Fikir-fikirlah.......jangan terlalu bergaya sehingga  menimbulkan kesesakan, kesempitan dan kesusahan dari segi kewangan. Pilihlah gaya yang sederhana tetapi penampilannya masih OK. Yang penting tak kena KO gara-gara terlalu bergaya. 

Sesungguhnya, tak ada gaya tetapi poket sentiasa tebal lebih baik daripada bergaya betul tapi poket bocor! Pendek kata, kita amalkanlah hidup bergaya sesuai dengan kedudukan kewangan  kita.