Tuesday, April 8, 2008

Yang pasti didalam hidup ini.


Baru-baru ini pada hari Isnin yang lalu(24.3.08) saya memandu kereta menuju ke Keningau dan pada hari esok saya merancang akan meneruskan perjalanan ke Tenom. Entah kenapa, tiba-tiba saja timbul keinginanku untuk melawat seorang kenalan yang telah ku kunjungi beberapa kali di bulan Januari dan Februari 2008 di Hospital Keningau. Lalu apabila sampai di Bulatan Toboh Baru, saya langsung membelok ke kanan- masuk ke kawasan Hospital Keningau.
Saya naik ke tingkat satu dan dapati ada beberpa orang sudah berada disamping katil kawan saya ini. Dia didalam keadaan kritikal sekali, nafasnya tak begitu stabil dan suaranya tak begitu jelas. Susah difahami apa yang dituturkanya. Airmataku hampir menitik dan hanya mampu melihat....dan berdoa. Kulafaskan kata-kata perangsang, "Bah... Kuatkan hatimu pada Tuhan." Dan dia menjawab,"Ya..."
Pada hari Rabu...petang ketika ku berada di Airport Antarabangsa Kota Kinabalu Terminal 2, saya menerima SMS dari seseorang yang menyatakan bahawa dia sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pada jam 5.30 pm. Kesedihan menyelubungi seluruh diriku namun saya harus meneruskan perjalanan dengan hati yang berat. Tetapi tanpa menyesali apa-apa kerana tidak dapat menghadiri upacara pengkebumiannya kerana saya sudah melihatnya beberapa kali sebelum itu.
Semasa berasa diruangan angkasa saya terus merenung hal ini. Seseungguhnya peristiwa ini mengingatkan saya bahawa segala-gala didalam hidup ini tidak ada yang pasti! Wang, harta, perkerjaan, kereta, rumah, kawan, komputer, kereta, handphone, dan sebagainya. Semuanya akan ditinggalkan suatu hari ini iaitu apabila kita kembali kepada tanah.
Inilah kenyataan atau realiti kehidupan yang PASTI akan terjadi. Yaa.....inilah yang pasti didalam hidup ini: Saya akan mati, anda akan mati, dia pun akan mati dan mereka juga akan mati. Pendek kata, kita semua akan meninggalkan dunia ini. Jestu itu, marilah kita bersedia untuk menghadapi "Hari kematian" kita dengan baik. Bagaimana? Soalan ini memang sukar untuk dijawap secara memuaskankan tetapi saya percaya secara am, persiapan yang paling baik ialah percaya dan menyembah Tuhan Allah dengan sepenuh hati dan mengikuti segala pengajara-Nya; Disamping menjauhkan apa juga jenis kejahataan dan dosa; dan tanpa bosan melakukan kebaikan dan berbakti kepada sesama manusia dan rajin berdoa serta beribadat kepada Dia Yang Maha Pencipta adalah persiapan yang baik. Sebab itu marilah kita menjadi "Orang beriman yang mulia dan saleh." Semoga kita semua diberkati dan dirahmati oleh Tuhan yang Maha Esa. Amin.