Thursday, September 20, 2007

Cinta...

Cinta adalah anugerah Tuhan yang paling istimewa kepada setiap manusia. Kita semua mempunyai keupayaan untuk mencintai, dicintai dan bercinta. Siapa yang kita cintai dan bagaimana kita mencintai, ini adalah bergantung kepada beberapa faktor. Sejauh mana kita mencintai adalah terserah kepada kita untuk menentukannya. Tetapi pada amnya cara untuk mencintai itu ada empat cara. Pertama, Mencintai Sebab/Kerana: Cinta ini menekankan mengapa seseorang itu mencintai seseorang. "Saya cinta padamu sebab kau baik; Saya cinta padamu kerana mukamu yang ayuh; Saya cinta kepadamu sebab kau canitk." Jadi, cinta jenis ini bergantung kepada "sebab atau kerana" sebagai alasan untuk mencintai. Ini bererti orang yang mencintai cara ini tidak dapat mencintai sekiranya tidak ada yang menarik atau berguna yang menyebabkannya untuk mencintai. "Sebab" itu mesti ada. Kalau tidak ada "Sebab" maka cinta juga tidak ada.
Cuba kita lihat diri kita sendiri, bukankan kita sering mencintai seperti ini? Sedarkan kita bahawa mencintai cara ini adalah tidak baik? Kerana cinta jenis ini meletakkan syarat mengapa ia mencintai. Sebab itu, kita harus berusaha supaya dapat mencintai sesama insan tanpa sebab atau syarat. Kita mencintai seseorang seperti apa yang ada pada dirinya. Ini bererti kita mencintai tanpa dipengaruhi oleh apa-apa sebab dan kita tidak mengenakan apa syarat atau sebab untuk mencintai seseorang. Kerana cinta tanpa syarat adalah cinta yang iklas, murni dan sempurna.

Kedua, Mencintai Kalau: Cinta jenis ini mengutamakan apa yang saya dapat dulu. Apa keuntungan atau kebaikan yang saya dapat dahulu sebelum mencintai orang berkenaan. Ini bererti ia membalas cinta seseorang berdasarkan kepada kepentingan diri sendiri. Inilah yang dinamakan cinta yang paling teruk! Cinta ini bukan saja mementingkan syarat, tetapi ianya jelas sekali mementingkan diri sendiri. Orang yang mengamalkan cinta jenis ini memang tamak sekali. Kalau syarat itu tidak diikut maka cintanya tidak ada. "Bah! Kalau kau benar-benar cinta padamu, benarkanlah saya menciummu!; Kalau kau bantu saya, barulah saya sayang padamu; kalau kau baik dengan saya, maka saya pun akan berlaku baik kepadamu." Jadi, apa yang jelas cinta jenis ini ialah syarat harus dipenuhi dahulu barulah ada cinta.
Marilah kita tanya pada diri sendiri. Adakah kita selalu mencintai cari ini. Kalau jawapannya ialah YA, maka kita harus keluar daripada kebiasaan mencintai cara ini. Kerana cinta jenis ini tidak baik. Jestru itu, kita mesti belajar mencintai tanpa meletakkan apa-apa syarat dahulu. Jadi, janganlah kita amalkan cinta jenis ini. Kerana cinta jenis bukan saja tidak adil dan berat sebelah tetapi ianya juga jelas menunjukkan "ketamakan" diri kita sendiri.
Ketiga, Mencintai Terpaksa: Cinta jenis ini biasanya diamalkan kerana termakan budi kepada orang berkenaan. "Saya terpaksa menerimanya dan setuju berkahwin dengannya kerana dialah yang membantu keluarga saya selama ini; Saya terpaksa menerima cintanya kerana dialah yang membayar segala perbelanjaan saya semasa bersekolah dulu. Saya terpaksa mengikut kehendaknya kerana dia adalah boss saya; Saya terpaksa bersikap baik kepadanya kerana dia seorang YB." Apa yang jelas dengan mencintai cara inilah, cinta jenis ini tidak jujur dan tidak iklas. Pendek kata, cinta ini tidak sempurna.
Mari kita bertanya kepada diri sendiri, Bukankah kita sering juga mengamalkan cinta cara ini?
Sekiranya, kita selalu mencintai mengikut cara ini, marilah berusaha agar kita dapat mencintai dengan iklas dan jujur dan bukan kerana terpaksa mencinta. tetapi, sungguh-sungguh mencintai tanpa terikat kepada apaapa syarat atau dipengaruhi oleh sesuatu.
Keempat, Mencintai Walaupun/Meskipun: Cinta jenis ini adalah cinta yang murni dan sempurna. Kerana pengamalnya tidak meletakkan apa-apa syarat didalam hal mencintai. Dan cintanya juga tidak bergantung kepada faktor "sebab atau kerana." Kerana cintanya adalah iklas dan jujur. Ia tidak mengharapkan apa-apa. Ia tetap mencintai meskipun orang yang dia cintai itu mempunyai kelemahan, kekurangan dan kesalahan. Cintanya tidak dipengaruhi oleh apa-apa faktor atau sebab. Ia tetap mencintai walaupun ada yang terjadi. " Cintaku padamu tetap seperti dulu walaupun kau telah berlaku curang kepadaku; Aku tetap sayang kepadamy meskiun kau telah mungkir janji; Cintaku kepadamu tidak bergantung kepada kecantikan atau kekayaanmu." Aku cinta padamu walaupun kau tidak ada apa-apa. Aku mencintaimu seperti seadanya dirimu."
Sesungguhnya, inilah yang dikatakan mencintai tanpa batas dan tanpa syarat. Inilah jenis cinta yang harus kita pejuangkan didalam hidup kita setiap hari. Marila kita berusaha agar kita sentiasa dapat mencintai seperti ini kepada sesama dan lebih-lebih lagi kepada Tuhan yang Maha Esa.


Dari ketiga-tiga jenis cinta yang disebutkan tadi, marilah tanya diri kita masing-masing dimanakah kedudukan kita. Dimanakah kecenderungan hati kita? Dimanakan letaknya cinta kita kepada sesama manusia dan kepada Tuhan yang Maha Esa. Apakah kita sering sekali mencintai berdasarkan kepada "Sebab atau Kalau atau Walaupun." Jawapannya terletak ditangan kita sendiri. Sekiranya, kita terlalu mengamalkan cinta jenis "sebab dan kalau" maka, kita harus berusaha dengan gigih untuk memperjuangkan cinta "Walaupun" agar ianya menjadi amalan kita setiap hari. asih Kita perlu berusaha dan memperjuangakan cinta yang murni dan suci ini. Semoga kita tidak mudah berputus asa didalam memperjuangkan cinta ini.
Saudara dan saudari, marilah menjauhkan cinta yang bersyarat iaitu cinta jenis"Sebab dan Kalau." Marilah kita belajar mencintai seperti Tuhan, Pencipta kita. Kerana DIA menurunkan hujan dan menyinarkan matahari kepada semua orang termasuklah kepada orang-orang yang jahat dan lalim. Sesungguhnya, cinta yang sempurna ini harus kita perjuangkan didalam hidup kita agar ianya menjadi pegangan dan amalan kita setiap hari dan sepanjang hidup kita. Amin.

Tuesday, September 18, 2007

Kenalan, Kawan & Sahabat

Sepanjang perjalanan hidup kita selaku manusia kita berpeluang berkenalan dan mengenali banyak orang. Orang-orang ini pada amnya dapat dikatogeri kepada tiga kumpulan: Kenalan, Kawan dan Sahabat.

1.Kenalan(Known): Orang-orang ini adalah mereka yang kita kenali nama atau ingat nama mereka namun kita tidak rapat dengan mereka. Perhubungan adalah berputar sekitar "Hai atau Hello" lalu berjabat tangan dan bersoal-jawap beberapa soalan dan meminta diri. "Bah, minta maaf, saya ada urusan. Sampai jumpa lagi. Ok, bye..." Pendek kata, kita saling mengenali tetapi tidak rapat dan tidak merasa apa-apa meskipun tak berhubungan sekalian lama. Kerana mereka tidak mempangaruhi dan tidak menyentuh hidup kita. Tidak ada kerinduan untuk bertemu. Tapi kalau terjumpa secara tiba-tiba berteguran juga. Namun tidak dapat bercerita panjang. Macam mau cepat-cepat pergi saja dengan alasan ada urusan. Rasa seperti tidak enak bercakap lama-lama. Kalau dibawa pergi makan dan minum pun tidak mahu. Pasti menolak dengan alsan sudah "baru juga makan dan minum nii." Inilah yang dikatakan orang-orang yang kita kenali namun tidak rapat. Tetapi bagi orang-orang yang tiba-tiab kita jumpa dan mereka masih mesra dengan kita, mereka inilah yang dikatakan kawan atau "Companions".


2.Kawan(Companions): Mereka ini adalah orang-orang yang bersama-sama dengan kita terutama sekali semasa bersekolah, atau menuntut di pengajian tinggi atau sama mengikuti kursus atau latihan untuk suatu aktiviti. Malah sama sama membesar dan bersukan seperti bermain bolasepak. Dimasa-masa tersebut kita rapat sekali tetapi bila dah tamat sekolah, atau pengajian atau kursus dan masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan kehidupan sendiri maka perhubungan itu menjadi renggang. "Lost contact" dah. Walau bagaimana pun kalau terjumpa dikedai atau dimana-mana pasti panjang cerita. Disamping meluangkan masa untuk makan dan minum. Inilah yang dikatakan kawan. Pendek kata, jarang-jarang berjumpa tetapi kalau tiba-tiba berjuma pasti ramai juga! Kisah-kisah lalu terungkit kembali. Kisah yang manis dan lucu pasti menjadi bahan percakapan. Tapi apa yang jelas ialah kawan biasanya tidak "keep in touch" dengan kita. Tetapi bagi beberapa orang yang "stay in touch" dengan kita meskipun pun tak selalu tetapi mereka tetap bertanya khabar sekali-sekala, orang-orang seperti inilah yang dikatakan Sahabat atau "Friends."

3.Sahabat(Friends): Orang-orang yang kita kenali dari dulu lagi sampailah sekarang. Meskipun tak selalu berjumpa tetapi rapat. Kalau ada apa masalah seperti merekalah yang kita cari dan mereka sedia membantu. Dan kalau ada keramaian seperti perkahwinan mereka pasti kita jemput. Walaupun tidak selalu bertemua namun sekurang-kurangnya ada beberapa kali bertemu didalam setahun. Misalnya pada hari-hari perayaan. Mereka pandai datang sendiri ke rumah atau tiba-tiba muncul dihadapan rumah kita. Kalau berjumpa pasti panjang sekali cerita dan makan bersama. Mereka ini kalau mendengar kita ada masalah besar mereka pasti datang dan memberi bantuan meskipun kita tidak meminta. dan mereka ini juga tidak meminta-minta daripada kita. Mereka iklas dan jujur didalam persahabatan.Inilah yang kita kenali sebagai sahabat sejati atau "best friend."

Memang banyak sekali orang yang kita temui didalam hidup kita. Namun bukan semua orang boleh dianggap sebagai sahabat. Sebenarnyanya kebanyakan ynag kita kenal sekadar menjadi kenalan dan kawan sahaja. Walau bagaimana pun, samada seseorang itu sekadar kenalan atau kawan atau sahabat, perkara ini terserahlah kepada kita untuk menilai orang-orang yang kita temui didalam hidup kita. Namun kalau kita telah berjanji kepada seseorang bahawa kita akan menjadi sahabatnya selama-lamanya maka kita ada kewajipan untuk membukitkan janji kita ini. Jangan hanya manis dimulut sahaja tetapi dihati lain-lain. Pendek kata, bersahabat biarlah selama-lamanya.

Sunday, September 16, 2007

Hidup Ini...


Hidup ini...adalah anugerah dari Dia yang Mahakuasa. Kita selalu manusia sungguh-sungguh bertuah kerana diberi kehidupan didunia ini. Kita dari TIADA kepada ADA. Kita diwujudkan oleh Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Siapalah kita tanpa Tuhan! Sesungguhnya kita selaku manusia adalah buatanNya. Kita adalah ciptaanNya dan DIA adalah pencipta kita.

Menyedari hakikat ini, marilah kita memelihara dan menjaga hidup kita dengan baik. Jangan sia-siakan kehidupan yang diberikan oleh Tuhan. Kerana hidup didalam dunia ini adalah hanya sekali sahaja. Sebab itu, marilah menikmati hidup ini dengan penuh kesyukuran didalam hati kita. Disamping memastikan bahawa kita tidak melakukan apa-apa yang boleh merosakkan dan memusnahkan kebahagian hidup kita didunia ini.
Hidup ini...akan berakhir. Masanya akan tiba untuk kita pergi dan meninggalkan dunia yang indah ini. Semua kita akan mati suatu hari nanti. Satu persatu daripada kita akan pergi. Bila? Ini tidak ada siapa pun yang dapat meramalnya atau menetapkannya. Kerana didalam hal panjang atau pendeknya hidup kita didunia hanya DIA yang Mahakuasa yang menentukan. Hanya Tuhan yang tahu dan rashia tidak pernah diketahui oleh sesiapa pun manusia didunia ini. Inilah mysteri kehidupan tapi yang pasti ialah masanya akan tiba untuk kita pergi dari muka bumi ini dan bersemadi di tanah perkuburan yang sunyi dan sepi...
Sesungguhnya, segala-gala didalam didalam hidup kita tidak pasti. Pangat, wang, harta, kesihatan badan, kedudukan dan sebagainya adalah tidak pasti akan menjadi milik kita selama-lamanya. Tetapi satu hal yang pasti ialah kematian. Ya! Suatu hari nanti saya akan mati. Anda juga akan mati; Dia pun akan mati dan mereka juga akan kembali kepada tanah. Kita semuanya akan mati pada suatu hari nanti. Meskipun masa dan cara kita mati mungkin berlainan tetapi semua kita akan mati. Inilah yang pasti akan terjadi kepada kita didunia ini. Kita akan meninggal dunia. Badan kita akan kembali kepada tanah!
Menyedari akan kenyataan ini, marilah bersedia untuk menghadapi hari-hari yang akan mendatang dengan penuh hati-hati agar hidup sesuai dengan kehendak dan petunjuk Tuhan. Janganlah kita menunjukkan "ketuanan" kita tetapi marilah memupuk "ketuhanan" didalam kehidupan kita setiap hari. Marilah menjadi orang-orang yang beriman yang jujur dan iklas; dan marilah menjauhkan apa saja jenias keganasan dan kejahatan yang membawa kita kepada dosa. Tetapi, marilah tanpa bosan melakukan yang terbaik didalam hidup kita tanpa merasa bosan dan jema. Kerana Tuhan yang Maha Esa layak kita sembah dan puji kerana Dia adalah Tuhan kita dan kita adalah manusia ciptaanNya.
Inilah hakikat kehidupan bahawa hidup ini adalah pemberian Tuhan dan kita akan mati suaut hari ini. Perkara ini tidak dapat kita naftikan. Apa lagi kalau mahu membatalkannya. Kita tidak ada kuasa untuk membatalkan perkara ini. Kerana kita adalah sekadar ciptaan Tuhan dan Dialah yang berkuasa keatas hidup kita. Sebab itu marilah menjadi insan yang beriman dan murni.
Sebagai tanda kita berterima-kasih dan penghargaan kita kepada Tuhan diata segala kurniaNya, marilah kita hidup tanpa kesombongan dan ketamakan. Marilah merendahkan hati dihadapan Tuhan. Marilah menjalani hidup ini dengan baik dan murni. Marilah melakukan yan terbaik setipa hari demi kemuliaan Tuhan dan marilah sentiasa menjauhkan apa juga jenis kejahata dan keganasan. Marilah hidup sebagai seorang yang beriman yang setia dan jujur berpegang kepada pengajaran-pengajaran Tuhan yang Maha Esa.