Tuesday, January 5, 2010

Pedoman Kewangan

Kalau dapat gaji bulanan, apakah yang anda buat dengan wang berkenaan? Terus enjoy kah? Belanja-belanja kawan "Aramai Tii" kah? Atau anda sudah ada cara tersendiri bagaimana mengurus wang berkenaan? Kalau tidak ada berikut adalah pedoman am bagaimana anda mengurus Wang Masuk(gaji) anda dengan baik. Pedoman ini adalah berdasarkan kepada beberapa buku yang saya pernah baca.

1) Simpan 20% daripada gaji anda.Contohnya, jika gaji anda adalah RM800/= Ini bererti anda simpan RM160.Ini boleh disimpan di Bank atau dilaburkan dengan membeli saham misalnya saham ASB.
2) Ambil 10% untuk "enjoy" sendiri. Misalnya menggunakan wang ini memakan makanan yang paling anda suka.
3) 70% daripada gaji anda pula digunakan untuk membeli keperluan asas seperti barang-barang makanan. Misalnya beras, minyak, gas, gula dan lain-lain lagi keperluan dapur. Dan wang ini juga digunakan untuk  membuat pembayaran-pembayaran yang penting misalnya bil letrik, bil air, pinjaman atau loan dan sebagainya.

Ingatlah, bahawa sangat penting kita ada perancangan didalam hal menggunakan wang(gaji). Kita mesti pastikan bahawa kita berbelanja sesuai dengan pendapatan kita. Janganlah berbelanja lebih daripada pendapatan bulanan kita. Kerana ini akan menyebabkan masalah kewangan didalam hidup kita.

Berbelanja melebihi daripada gaji menyebabkan kita terpaksa berhutang kerana mahu menampung keperluan kewangan kita. Tetapi ini bukanlah cara yang baik  disudut kewangan. Kerana kalau kita biasa berhutang maka kita sentiasa akan dibebani dengan hutang dan ini menyebabkan hidup kita  tidak aman dan bahagia. Sebab itu elakkan berhutang dengan berbelanja sesuai dengan pendapatan kita. Jadi, dengan cara ini kita bebas daripada hutang dan ini menyebabkan kita dapat hidup dengan  tenang dan bahagia. Maklumlah tidak ada hutang!

Kalau ada perbelanjaan kita yang merugikan dan menyebabkan masalah kepada kewangan kita, hentikanlah atau buangkah perkara berkenaan. Misalnya merokok. Berhentilah merokok supaya wang untuk membeli rokok boleh digunakan untuk keperluan yang lebih penting dan baik. Disamping itu, jangan gila membeli loteri atau bermain judi. Buanglah tabiat-tabiat yang buruk dan merugikan diri sendiri.Kerana kecenderungan kepada perkara-perkara ini boleh membawa kepada masalah kewangan didalam hidup kita. Dan dalam jangka masa yang panjang, sangat merugikan kepada diri sendiri. Sebab itu, hentikan penggunaan wang kepada perkara-perkara yang kurang berfaedah dan tidak menguntungkan.

Pendek kata, pakailah wang pendapatan/gaji dengan bijak. Aturlah perbelanjaan  dengan baik Dahulukan perkara-perkara yang penting sekali dan utamakan perkara-perkara yang terutama dulu. Dan elakkan berhutang! Kalau perkara-perkara ini dapat kita lakukan maka kita dapat hidup tanpa masalah kewangan dan ini sudah tentu membawa ketenangan, dan kebahagian didalam hidup kita. Meskipun kita tidak kaya tetapi yang penting kita tidak berhutang dan tidak miskin papa kedana!

No comments: