Dimasa muda, ingat-ingatlah masa akan datang iaitu masa tua. Sebab itu, dimasa muda jagalah kesihatan supaya tidak ada masalah kesihatan dimasa tua nanti. Ini bererti kita mesti mengambil beberapa langkah yang asas bagi menjaga kesihatan kita. Jadi, untuk tujuan ini tiga perkara yang penting perlu kita jaga: Pertama, jagalah makanan dan minuman. Jangan terlalu memakan makanan yang boleh menyebabkan kesihatan kita terjejas misalnya makanan yang berminyak dan masin-masin. Makanlah mengikut keperluan bukan mengikut sedap mulut. Demikian juga dengan minuman, jangan terlalu meminum minuman yang manis-manis dan yang beralkohol atau yang "bikin mabuk" nanti rosak badan. Maka dengan itu, kalau makan, pandai-pandailah mengawal itu "nafsu makan" dan kalau mau minum sikit-sikit bah!
Kedua, jangan malas bersukan. Aktiviti untuk mengeluarkan peluh badan adalah penting sekali. Sebab itu luangkanlah masa sekurang-kurangnya 30 minit dan 3 kali seminggu untuk tujuan ini. Tapi lebih baik jika kita dapat bersenam atau bersukan setiap hari. Kita perlu bersenam demi memastikan kesihatan terjamin. Dan akhir sekali, berhentilah "main asap." Tidak bagus bah itu merokok. Didalam jangka masa yang panjang perbuatan merokok ini bukan saja merosakkan kesihatan tetapi membazir wang. Jestru itu, berhentilah merokok dan kalau belum pandai "main asap", jangan belajar merokok.
Jestru itu, marilah kita menjaga kesihatan badan kita. Kerana kalau kita sakit bukan saja diri sendiri yang menderita dan susah tetapi kita juga menyusahkan orang lain terutama sekali ahli-ahli keluarga. Ingatlah bahawa banyak belanja bah tu kalau sakit.
Jadi, dimasa-masa muda dan apa lagi kalau dah tua jaga-jagalah diri agar sentiasa sihat dan walafiat. Kerana kalau badan sihat hati pun senang bah!!
No comments:
Post a Comment