Sunday, April 28, 2013

Miskin;Kaya

Kebanyakan orang mahukan kemewahan dan kesenangan didalam hidup. Sebab itu, orang berusaha mengubah dan memajukan diri dengan rajin berkerja  dan tabah supaya mencapai apa yang mereka inginkan didalam hidup. Sesungguhnya, Semua orang mahu menjadi kaya!  Tetapi apa yang menyedihkan ialah apabila mereka menjadi orang kaya, mereka menjadi orang miskin didalam   bidang yang lain: Kaya tapi sombong; kaya tapi kedekut; kaya tapi malas sembayang; kaya tapi kaki judi, kaki botol; kaki perempuan., dan sebagainya. Inilah yang dinamakan miskin dengan nilai-nilai yang murni dan moral didalam hidup.
 
Kaya tetapi  tidak setia kepada Tuhan. Inilah yang dikatakan miskin rohani dan miskin nilai-nilai agama. Jadi,  didalam kontex ini,  kekayaan  yang dimiliki tidak menjadikan seseorang  sebagai orang kaya yang berhati  mulia dan beriman. Jestru, itu apbaila kita mahu mencari kekayaan, kita mestilah pastikan bahawa kita tidak lupa pada Tuhan dan tidak meninggalkan nilai-nilai yang murni dan bermoral didalam mencari kemewahan didalam hidup. Sebenarnya, kalau kita tidak dapat menjadi orang kaya tetapi dengan setia menjadi orang yang beriman kepada Tuhan Allah, kita sebenarnya adalah "Orang Kaya."  Kerana kalau Tuhan Allah ada didalam hidup kita, maka kita sebenarnya memiliki kekayaan  yang tidak terhingga. Kekayaan rohani sebenarnya,  lebih bernilai daripada  kekayaan duniawi. Jestru itu, jangan lupa pada Tuhan kalau dah menjadi orang kaya.

No comments: