Sunday, September 29, 2013

Hal pakaian

Cuba berhenti sebentar dan fikirlah tentang pakaian. Berapa banyak pakaian yang anda ada? Cuba periksa almari pakaian anda. Cuba kira berapa helai pakaian yang anda miliki seperti baju-T, baju biasa, seluar panjang atau pendek, sapu tangan, sarung kaki dan sebagainya. Apakah tempat pakaian anda sudah penuh sesak dengan pakaian. Terlalu banyak? Sedikit saja atau cukup-cukup saja? 

Kalau cukup-cukup saja maka ini tidak menjadi hal dan tidak menjadi masalah. Kerana pakaian berkenaan anda perlukan. Tapi kalau banyak sekali mungkin sudah sampai masanya anda pilih yang benar-benar anda perlukan dan lebihannya anda boleh jual atau dermakan  kepada orang lain yang mungkin memerlukannya. Maka dengan ini anda bukan saja melakukan kebaikan dan kebajikan kepada orang lain, malah anda "meringankan" beban orang lain dan juga membuat hidup anda lebih "simple" dan bahagia. 

Sebenarnya didalam hal pakaian, kita tidak perlu menyimpan terlalu  banyak pakaian. Kita simpan apa yang kita perlukan dan gunakan. Jadi ini bererti,  kalau kita membeli pakaian yang baru maka ada baiknya pakaian yang lama dan masih baik, diberikan atau didermakan kepada orang lain yang memerlukan pakaian. Simpan banyak-banyak pun bukan kita pakai juga. Jadi lebih baik berikan kepada orang lainlah...Tapi ingatlah pakaian kita kita berikan atau dermakan mestilah didalam keadaan yang baik dan masih boleh dipakai. Jangan sekali-kali memberi pakaian yang  dah lapok dan buruk kepada orang lain. Berilah yang masih baik dan boleh dipakai. OK? Bah, selamat mencuba...


No comments: