Kalau dapat gaji atau wang apa anda buat? Makan besar? Bayar hutang?
Bayar loan? Belanja kawan-kawan? Beri derma? Main judi? Atau buat Aramai Tii?
Beli baju baru? Set rambut? Kasut baru? Handphone baru? Yaa....memang banyak
idea baru timbul didalam kepala bila dapat gaji atau bila ada duit. Macam-macam
mau beli. Tapi, jangan ikutkan perasaan. Berfikirlah baik-baik dan rancang cara
penggunaan wang. Berikut adalah beberapa pedoman yang mungkin baik dijadikan
panduan bila dapat gaji atau bila ada duit.
1) Bayar dulu perkara-perkara yang penting seperti bayar hutang,
sewa/loan rumah, loan kereta, bil letrik, bil air, tambang kereta/bas anak-anak
ke sekolah;
2) Beli keperluan asas iaitu keperluan setiap hari terutama
barang-barang makanan dan dapur. Misalnya beras, gula, kopi, susu anak, garam,
ikan, daging, gas, minyak makan, roti/biskut dan lain-lain.
3) Simpan wang di Bank: Simpan bah sikit-sikit. Kalau ada
"lebihan" simpan banyak sikit.
Hal-hal yang lain seperti membeli baju dan seluar baru, TV baru,
handphone baru, kasut baru dan lain-lain yang dianggap sebagai
"perhiasaan" dikurangkan atau dibelakangkan. Kerana boleh hidup tanpa
benda-benda berkenaan. Tak payahlah bulan-bulan membeli baju, kasut, make-up,
dan lain-lain. Utamakan membeli barang-barang atau benda yang benar-benar
diperlukan. Selain daripada itu, buatlah beberapa langkah untuk berjimat-cermat
dan mengurangkan aliran wang keluar. Contohnya, tanam-tanamlah perbagai jenis
sayuran disekeliling rumah, buat kolam ikan(kecil-kecil pun ok bah
tuu!)berhenti merokok, jangan sikit-sikit beli gincu dan minyak wangi. Habis
dulu, baru beli bah! Kurangkan membeli minuman yang alkohol(memabukkan), Selalu
makan dan minum di rumah, bawa tapau pergi kerja, dan sebagainya.
Jangan ada saja duit, berbelanja macam minum air! Ubahlah sikap. Bah!
jimat-jimatlah. Fikirlah kepentingan keluarga, anak-anak dan dihari tua. Pendek
kata, didalam hal duit, berjimat-cermatlah. Berhati-hatilah didalam hal menggunakannya
dan jangan lupa simpanlah sikit-sikit wang di bank. Kalau tidak, nanti sendiri
juga yang "susah dan sakit" di kemudian hari. Sebab itu, simpanlah
sikit-sikit wang di bank. Lama-lama jadi bukit bah tuu dan bila dah jadi bukit,
kau juga yang untung!
No comments:
Post a Comment