Sunday, September 16, 2007

Hidup Ini...


Hidup ini...adalah anugerah dari Dia yang Mahakuasa. Kita selalu manusia sungguh-sungguh bertuah kerana diberi kehidupan didunia ini. Kita dari TIADA kepada ADA. Kita diwujudkan oleh Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Siapalah kita tanpa Tuhan! Sesungguhnya kita selaku manusia adalah buatanNya. Kita adalah ciptaanNya dan DIA adalah pencipta kita.

Menyedari hakikat ini, marilah kita memelihara dan menjaga hidup kita dengan baik. Jangan sia-siakan kehidupan yang diberikan oleh Tuhan. Kerana hidup didalam dunia ini adalah hanya sekali sahaja. Sebab itu, marilah menikmati hidup ini dengan penuh kesyukuran didalam hati kita. Disamping memastikan bahawa kita tidak melakukan apa-apa yang boleh merosakkan dan memusnahkan kebahagian hidup kita didunia ini.
Hidup ini...akan berakhir. Masanya akan tiba untuk kita pergi dan meninggalkan dunia yang indah ini. Semua kita akan mati suatu hari nanti. Satu persatu daripada kita akan pergi. Bila? Ini tidak ada siapa pun yang dapat meramalnya atau menetapkannya. Kerana didalam hal panjang atau pendeknya hidup kita didunia hanya DIA yang Mahakuasa yang menentukan. Hanya Tuhan yang tahu dan rashia tidak pernah diketahui oleh sesiapa pun manusia didunia ini. Inilah mysteri kehidupan tapi yang pasti ialah masanya akan tiba untuk kita pergi dari muka bumi ini dan bersemadi di tanah perkuburan yang sunyi dan sepi...
Sesungguhnya, segala-gala didalam didalam hidup kita tidak pasti. Pangat, wang, harta, kesihatan badan, kedudukan dan sebagainya adalah tidak pasti akan menjadi milik kita selama-lamanya. Tetapi satu hal yang pasti ialah kematian. Ya! Suatu hari nanti saya akan mati. Anda juga akan mati; Dia pun akan mati dan mereka juga akan kembali kepada tanah. Kita semuanya akan mati pada suatu hari nanti. Meskipun masa dan cara kita mati mungkin berlainan tetapi semua kita akan mati. Inilah yang pasti akan terjadi kepada kita didunia ini. Kita akan meninggal dunia. Badan kita akan kembali kepada tanah!
Menyedari akan kenyataan ini, marilah bersedia untuk menghadapi hari-hari yang akan mendatang dengan penuh hati-hati agar hidup sesuai dengan kehendak dan petunjuk Tuhan. Janganlah kita menunjukkan "ketuanan" kita tetapi marilah memupuk "ketuhanan" didalam kehidupan kita setiap hari. Marilah menjadi orang-orang yang beriman yang jujur dan iklas; dan marilah menjauhkan apa saja jenias keganasan dan kejahatan yang membawa kita kepada dosa. Tetapi, marilah tanpa bosan melakukan yang terbaik didalam hidup kita tanpa merasa bosan dan jema. Kerana Tuhan yang Maha Esa layak kita sembah dan puji kerana Dia adalah Tuhan kita dan kita adalah manusia ciptaanNya.
Inilah hakikat kehidupan bahawa hidup ini adalah pemberian Tuhan dan kita akan mati suaut hari ini. Perkara ini tidak dapat kita naftikan. Apa lagi kalau mahu membatalkannya. Kita tidak ada kuasa untuk membatalkan perkara ini. Kerana kita adalah sekadar ciptaan Tuhan dan Dialah yang berkuasa keatas hidup kita. Sebab itu marilah menjadi insan yang beriman dan murni.
Sebagai tanda kita berterima-kasih dan penghargaan kita kepada Tuhan diata segala kurniaNya, marilah kita hidup tanpa kesombongan dan ketamakan. Marilah merendahkan hati dihadapan Tuhan. Marilah menjalani hidup ini dengan baik dan murni. Marilah melakukan yan terbaik setipa hari demi kemuliaan Tuhan dan marilah sentiasa menjauhkan apa juga jenis kejahata dan keganasan. Marilah hidup sebagai seorang yang beriman yang setia dan jujur berpegang kepada pengajaran-pengajaran Tuhan yang Maha Esa.

No comments: