Showing posts with label Allah. Show all posts
Showing posts with label Allah. Show all posts

Thursday, April 15, 2010

Yang penting & Terpenting sekali...


Pernahkah anda bertanya apakah yang penting didalam hidup dan apa yang terpenting sekali didalam hidup ini? Yaaa......kalau difikirkan secara menyeluruh memang banyak sekali yang penting didalam hidup ini. Misalnya seperti kereta, wang, makanan, minuman, rumah, kawan, keluarga, pelajaran, pekerjaan, astro, HP, bahu, kasut, TV, CD, iPod, MP3, perhiasaan, minyak wangi, holiday, tanah, pelaburan, gaji, saudara-mara, anak, isteri, suami, dan banyak lagilah! Macam semua pun penting dan inilah yang bikin sakit kepala untuk menentukan mana yang penting. Walau bagaimana pun mengikut "pakar kehidupan", sekiranya keperluan didalam hiudp ini diringkaskan dan disederhanakan hanya tiga perkara asas yang penting. Satu, makanan(kalau tada makanan, kelaparan ooh; dan cepat mati bah!). Kedua, pakaian (Tidak bagus gia jalan-jalan telanjang). Dan ketiga, Rumah, tempat tinggal.Tidak bagus gia kalau berehat/ tidur kena hujan. Sejuk bah tuu! Atau kena matahari. Panas bah tuu. Perkara yang lain-lain seperti tanah, HP, TV, Kereta dan sebagainya, kita boleh terus hidup tanpa barang-barang berkenaan. Walau bagaimana pun bagus juga bah kalau mampu dapatkan barang-barang berkenaan. Kerana ada guna juga bah! Tapi kalau tak dapat, tak apa. Yang penting ada makanan, pakaian dan rumah. He he he...

Dan yang terpenting sekali didalam hidup  mengikut "pakar-pakar agama" ialah TUHAN ALLAH. Sebab itu, marilah kita mengimani TUHAN ALLAH  dengan segenap hati kita. Kerana tanpa TUHAN ALLAH, kita tidak sempat  "merayau-rayau" di muka bumi ini. Tapi kerana TUHAN ALLAH berikan kita kehidupan maka kita  bukan saja "merayau-rayau" di bumi ini tetapi "berkeliaran" bah! Jadi, janganlah kita lupa menyembah dan bersyukur kepada TUHAN ALLAH  setiap hari. AMIN.

Wednesday, August 27, 2008

10 Perintah Tuhan

Masih ingatkah kamu apa itu "Sepuluh Perintah Tuhan" ? Ingat? Kalau dah lupa-lupa berikut adalah hadiah untuk anda. Berdasarkan kepada Alkitab Kristian yang lengkap, terdapat SEPULUH PERINTAH TUHAN ALLAH YANG UTAMA:
01: Aku Allah, Tuhan mu. Sebab itu janganlah memuja berhala; Berbaktilah kepda-KU saja dan cintailah Aku lebih dari segala sesuatu.
02: Jangan menyebut Nama Allah, Tuhan mu tidak dengan hormat.
03: Kuduskankanlah hari Tuhan.
04: Hormatilah ibubapa mu.
05: Jangan membunuh.
06: Jangan berbuat cabul atau zina.
07: Jangan mencuri.
08: Jangan berbohong atau berdusta.
09: Jangan mengingini isteri(suami) orang lain.
10: Jangan mengingini harta-benda orang lain.

(Rujukan Kitab Keluaran 20:1-17; Kitab Ulangan 5:1-22).

Sesungguhnya, inilah yang menjadi Pedoman dan Pegangan didalam hidup kita selaku orang Kristian. Sebab itu, marilah kita bersama-sama berusaha sungguh-sungguh untuk melaksanakan Perintah-perintah Tuhan ini didalam kehidupan kita setiap hari. Jangan mudah berputus asa didalam hal melakukannya. Kuatkan hati dan tingkatkan semangat jati untuk menjadi umat Kristian yang lebih baik. Amin.

Thursday, August 14, 2008

Perintah Tuhan yang terpenting sekali



Pernahkah anda bertanya apakah Pengajaran atau Perintah Tuhan yang terpenting sekali? Dulu saya sering juga memikirkan hal ini dan tercari-cari jawapannya. Puas juga saya memeras otak untuk mendapatkan jawapan yang memuaskan. Tetapi, tidak dapat sehinggalah saya berjaya memiliki sebuah Alkitab yang lengkap. Jawapannya terdapat didalam Injil Markus yang berbunyi: " Kasihilah Tuhan, Allahmu dengan segenap hatimu, dan dengan segenap jiwamu, dan dengan segenap akal budimu dan dengan segenap kekuatanmu" (Mrk.12:30-31; Mat.22:34-38;Luk.10:10:25-28).
Saya fikir tidak adalah lagi Perintah yang lebih penting daripada ini. Inilah perintah yang harus kita usahakan didalam kehidupan agar dapat melakukannya didalam kehidupan kita setiap hari dan sepanjang kehidupan kita didunia ini. Kerana selaku manusia, tugas atau tanggungjawap kita yang terpenting sekali didalam hidup ini ialah mencintai Tuhan sepanjang hidup kita, kerana Dialah Pencipta kita.
Cinta kita kepada Tuhan mestilah mantap dan sepenuh hati. Kita haruslah sungguh-sungguh dan serious didalam perkara ini kecuali kalau kita tak kisah masuk neraka disuatu hari nanti. Tetapi, sebagai orang yang mahukan kebahagian sejati dan keselamatan serta merindukan kehidupan di Surga, kita tidak boleh bersikap separuh hati didalam hal mencintai Tuhan. Kita mesti mencintaiNya sepenuh hati dan sepanjang kehidupan kita didunia ini agar peluang kita untuk menikmati kehidupan disamping denganNya dimasa akan datang lebih cerah. Jestu itu, marilah kita mencintai Tuhan melalui fikiran, perkataan dan perbuatan sepanjangan hayat kita didunia ini. Disamping itu, jangan kita lupa menjauhi apa juga jenis kejahatan dan kekejian yang boleh membawa dosa. Kerana upah dosa ialah maut iaitu kesengsaraan ke dalam api neraka. Jestru itu, marilah melakukan apa yang diberkati dan diredai oleh Tuhan demi cinta kita yang sejati kepadaNya; dan demi mendapat kebahagian dan keselamatan kita diakhir zaman nanti. Semoga kepenuhan dan kejujuran kita mencintai Tuhan, diberkatiNya dengan kehidupan abadi bersama-sama denganNya didalam Surga.Amin.

Tuesday, April 8, 2008

Yang pasti didalam hidup ini.


Baru-baru ini pada hari Isnin yang lalu(24.3.08) saya memandu kereta menuju ke Keningau dan pada hari esok saya merancang akan meneruskan perjalanan ke Tenom. Entah kenapa, tiba-tiba saja timbul keinginanku untuk melawat seorang kenalan yang telah ku kunjungi beberapa kali di bulan Januari dan Februari 2008 di Hospital Keningau. Lalu apabila sampai di Bulatan Toboh Baru, saya langsung membelok ke kanan- masuk ke kawasan Hospital Keningau.
Saya naik ke tingkat satu dan dapati ada beberpa orang sudah berada disamping katil kawan saya ini. Dia didalam keadaan kritikal sekali, nafasnya tak begitu stabil dan suaranya tak begitu jelas. Susah difahami apa yang dituturkanya. Airmataku hampir menitik dan hanya mampu melihat....dan berdoa. Kulafaskan kata-kata perangsang, "Bah... Kuatkan hatimu pada Tuhan." Dan dia menjawab,"Ya..."
Pada hari Rabu...petang ketika ku berada di Airport Antarabangsa Kota Kinabalu Terminal 2, saya menerima SMS dari seseorang yang menyatakan bahawa dia sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pada jam 5.30 pm. Kesedihan menyelubungi seluruh diriku namun saya harus meneruskan perjalanan dengan hati yang berat. Tetapi tanpa menyesali apa-apa kerana tidak dapat menghadiri upacara pengkebumiannya kerana saya sudah melihatnya beberapa kali sebelum itu.
Semasa berasa diruangan angkasa saya terus merenung hal ini. Seseungguhnya peristiwa ini mengingatkan saya bahawa segala-gala didalam hidup ini tidak ada yang pasti! Wang, harta, perkerjaan, kereta, rumah, kawan, komputer, kereta, handphone, dan sebagainya. Semuanya akan ditinggalkan suatu hari ini iaitu apabila kita kembali kepada tanah.
Inilah kenyataan atau realiti kehidupan yang PASTI akan terjadi. Yaa.....inilah yang pasti didalam hidup ini: Saya akan mati, anda akan mati, dia pun akan mati dan mereka juga akan mati. Pendek kata, kita semua akan meninggalkan dunia ini. Jestu itu, marilah kita bersedia untuk menghadapi "Hari kematian" kita dengan baik. Bagaimana? Soalan ini memang sukar untuk dijawap secara memuaskankan tetapi saya percaya secara am, persiapan yang paling baik ialah percaya dan menyembah Tuhan Allah dengan sepenuh hati dan mengikuti segala pengajara-Nya; Disamping menjauhkan apa juga jenis kejahataan dan dosa; dan tanpa bosan melakukan kebaikan dan berbakti kepada sesama manusia dan rajin berdoa serta beribadat kepada Dia Yang Maha Pencipta adalah persiapan yang baik. Sebab itu marilah kita menjadi "Orang beriman yang mulia dan saleh." Semoga kita semua diberkati dan dirahmati oleh Tuhan yang Maha Esa. Amin.

Tuesday, October 23, 2007

Percaya kepada Tuhan

Anda percaya atau tidak pada kewujudan Tuhan? Inilah yang menjadi persoalan setengah-tengah orang. Mereka ragu-ragu dengan kewujudan Tuhan kerana melihat banyak kejahatan dan kekejaman yang berlaku didunia ini. Mereka menyatakan bahawa jika ada Tuhan Dia sepatutnya menghapuskan segala kejahatan dan kekejaman yang berleluasan dimana-mana. Mereka mempersalahkan Tuhan. Tetapi, adakah Tuhan menyuruh sesama manusia untuk melakukan kejahatan dan kekejaman? Bukankah perintah Tuhan yang utama ialah mencintai sesama manusia dan termasuklah musuh-musuh kita? Aneh juga, samaada mereka sedar atau tidak dengan menyatakan bahawa Tuhan sepatutnya menghapuskan segala jenis kejahatan dan kekejaman yang terdapat didunia ini, sebenarnya menunjukkan bahawa mereka mengakui kewujudan Tuhan.

Sebenarnya, jika kita kaji dan selediki sepenuhnya, kejahatan dan kekejaman yang terdapat didalam dunia adalah hasil daripada perbuatan manusia sendiri. Biasanya perkara ini terjadi disebabkan oleh sikap yang mementingkan diri sendiri. Sikap ini membuat manusia menjadi luki dan tamat dan kurang cintakasih dan tidak ada sifat perikemanusiaan. Maka, wujudlah pergaduah, pertengkaran dan peperangan. Semuanya gara-gara sifat manusia yang terlalu mementingkan kepentingan diri sendiri.
Kalaulah manusia membuang sikap yang tamak, sudah tentu mereka akan saling bantu membantu dan saling memperhatian keperluan sesama. Dengan ini cintakasih menjadi pegangan mereka dan perpaduan serta perdamaian menjadi teras kehidupan mereka. Dan ini membuat segala pergaduhan, pertengkaran dan peperangan dapat dielakan dan dihentikan.

Sesungguhnya, Tuhan itu wujud dan kita tidak perlu bersikap bodoh dengan menyanggkal kewujudan-Nya. Kerana Tuhan adalah pencipta an pemberi kehidupan kepada kita. Sebab itu, marilah mengakui kewujudan Tuhan dan seterusnya menyembahnya an mengikuti segala pengajaran-Nya agar kita mendapat keselamatan kebahagian sejati.

Sesungguhnya, lebih baik percaya kepada Tuhan. Ini adalah pilihan yang bijak dan yang paling terbaik. Kerana suatu hari nanti kita akan meninggalkan dunia dan bersemadi ditanah perkuburan. siapakah yang akan kita jumpa diakhir hidup kita? Bukankah Dia yang mencipta dan memberi kita kehidupan? Dialah yang akan menghakimi kita. Sebab itu, marilah dengan rendah hati mengakui kewujudan Tuhan dan menyembahnya sepenuh hati kita. Amin.

Sunday, September 16, 2007

Hidup Ini...


Hidup ini...adalah anugerah dari Dia yang Mahakuasa. Kita selalu manusia sungguh-sungguh bertuah kerana diberi kehidupan didunia ini. Kita dari TIADA kepada ADA. Kita diwujudkan oleh Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Siapalah kita tanpa Tuhan! Sesungguhnya kita selaku manusia adalah buatanNya. Kita adalah ciptaanNya dan DIA adalah pencipta kita.

Menyedari hakikat ini, marilah kita memelihara dan menjaga hidup kita dengan baik. Jangan sia-siakan kehidupan yang diberikan oleh Tuhan. Kerana hidup didalam dunia ini adalah hanya sekali sahaja. Sebab itu, marilah menikmati hidup ini dengan penuh kesyukuran didalam hati kita. Disamping memastikan bahawa kita tidak melakukan apa-apa yang boleh merosakkan dan memusnahkan kebahagian hidup kita didunia ini.
Hidup ini...akan berakhir. Masanya akan tiba untuk kita pergi dan meninggalkan dunia yang indah ini. Semua kita akan mati suatu hari nanti. Satu persatu daripada kita akan pergi. Bila? Ini tidak ada siapa pun yang dapat meramalnya atau menetapkannya. Kerana didalam hal panjang atau pendeknya hidup kita didunia hanya DIA yang Mahakuasa yang menentukan. Hanya Tuhan yang tahu dan rashia tidak pernah diketahui oleh sesiapa pun manusia didunia ini. Inilah mysteri kehidupan tapi yang pasti ialah masanya akan tiba untuk kita pergi dari muka bumi ini dan bersemadi di tanah perkuburan yang sunyi dan sepi...
Sesungguhnya, segala-gala didalam didalam hidup kita tidak pasti. Pangat, wang, harta, kesihatan badan, kedudukan dan sebagainya adalah tidak pasti akan menjadi milik kita selama-lamanya. Tetapi satu hal yang pasti ialah kematian. Ya! Suatu hari nanti saya akan mati. Anda juga akan mati; Dia pun akan mati dan mereka juga akan kembali kepada tanah. Kita semuanya akan mati pada suatu hari nanti. Meskipun masa dan cara kita mati mungkin berlainan tetapi semua kita akan mati. Inilah yang pasti akan terjadi kepada kita didunia ini. Kita akan meninggal dunia. Badan kita akan kembali kepada tanah!
Menyedari akan kenyataan ini, marilah bersedia untuk menghadapi hari-hari yang akan mendatang dengan penuh hati-hati agar hidup sesuai dengan kehendak dan petunjuk Tuhan. Janganlah kita menunjukkan "ketuanan" kita tetapi marilah memupuk "ketuhanan" didalam kehidupan kita setiap hari. Marilah menjadi orang-orang yang beriman yang jujur dan iklas; dan marilah menjauhkan apa saja jenias keganasan dan kejahatan yang membawa kita kepada dosa. Tetapi, marilah tanpa bosan melakukan yang terbaik didalam hidup kita tanpa merasa bosan dan jema. Kerana Tuhan yang Maha Esa layak kita sembah dan puji kerana Dia adalah Tuhan kita dan kita adalah manusia ciptaanNya.
Inilah hakikat kehidupan bahawa hidup ini adalah pemberian Tuhan dan kita akan mati suaut hari ini. Perkara ini tidak dapat kita naftikan. Apa lagi kalau mahu membatalkannya. Kita tidak ada kuasa untuk membatalkan perkara ini. Kerana kita adalah sekadar ciptaan Tuhan dan Dialah yang berkuasa keatas hidup kita. Sebab itu marilah menjadi insan yang beriman dan murni.
Sebagai tanda kita berterima-kasih dan penghargaan kita kepada Tuhan diata segala kurniaNya, marilah kita hidup tanpa kesombongan dan ketamakan. Marilah merendahkan hati dihadapan Tuhan. Marilah menjalani hidup ini dengan baik dan murni. Marilah melakukan yan terbaik setipa hari demi kemuliaan Tuhan dan marilah sentiasa menjauhkan apa juga jenis kejahata dan keganasan. Marilah hidup sebagai seorang yang beriman yang setia dan jujur berpegang kepada pengajaran-pengajaran Tuhan yang Maha Esa.