Friday, April 3, 2009

Rokok lagi!

" Kau pandai merokokkah?" Ini pertanyaan yang saya rasa agak ganjil dan aneh. Kerana, kenapa pula merokok itu dianggap sebagai suatu kepandaian? Biasanya kalau kita pandai didalam suatu perkara, ini bererti kita memperolehi suatu kepakaran yang menguntungkan diri kita. Misalnya kepandaian memandu kereta, kepandaian membaca, mengira dan menulis; kepandaian membina rumah, kepandaian menanam dan sebagainya. Tapi.....merokok, apa keuntungannya? Membahayakan kesihatan badan dan membakar wang adalah! Ini suatu kerugian bah! Ini bukan keuntungan. Jadi, ubahlah itu cara bertanya. Contohnya," Kau boleh merokokkah?; Kau biasa merokokkah?" Ahh! Ini baru NGAM. Inilah cara yang betul bila bertanya dengan orang.
2.Sebab atau alasan merokok: Memang Banyak orang merokok? Kenapa? Ada macam-macam jawapan. Ada yang berkata "bikin halau nyamuk; Kasi mati nyamuk bah!" Saya rasa inilah jawapan yang agak melucukan juga kerana ianya tidak begitu logik bah! Kerana cara yang paling baik untuk menghalau dan mematikan nyamuk ialah dengan menggunakan racun penyembur(spray) nyamuk. Cara ini lebih berbisa dan lebih berkesan. Jadi, kalau mau kasi halau/mati nyamuk, pakailah spray racun nyamuk. Dan bawa-bawalah spray nini kemana saja anda pergi. (He he he he).
Ada pula yang berkata "Saya rasa lebih Macho dan macam lelaki bila merokok." Tapi.......kaukan sudah seorang lelaki bah! Percayalah, anda tidak perlu merokok untuk merasa bahawa anda lebih lelaki. Kerana jika kau "bersenjata dan berbiji" memang sah kau seorang LELAKI bah! Jadi, janganlah ragu-ragu dengan "kejantanan" anda(He he he).
Ada pula yang memberi alasan bahawa merokok membuat mereka senang mencari kawan. Tapi...kenapa cari kawan yang merokok saja? Bukankah lebih baik mencari kawan yang tidak merokok? Kerana anda tidak perlu belanja rokok dan tidak terdedah kepada bahaya asap rokok yang merbahaya kepada kesihatan badan anda. Pilihan ini lebih baik bah!
Ada pula yang berkata," Bikin panas-panas badan!" Kalau kesejukan dan anda ingin panaskan badan lebih baik minum minuman yang panas atau berendam dengan air suam-suam atau nyalakan api lalu duduk dekat dengannya supaya badan dipanas-panaskan(Magamut boh!). Ini lebih baik bah!
Sebenarnya, saudara dan saudari lebih banyak kebaikan tidak merokok daripada merokok. Sebab itu, marilah kita membuang tabit ini. Kerana ianya lebih merugikan daripada menguntungkan. Sebab itu, janganlah belajar merokok. Dan kalau dah merokok, berusahalah sungguh-sungguh untuk berhenti daripada perbuatan yang merugikankan ini. Seperti dikatakan oleh seorang yang bijak:" Merokok bukanlah suatu kepandaian tetapi suatu kebodohon. Kerana perbuatan ini bukannya menguntungkan tetapi merugikan diri sendiri. Kerana ianya bukan saja membazir dan membakar wang tetapi membahayakan dan memudaratkan kesihatan badan diri sendiri.

No comments: