Friday, June 26, 2009

Berfikir sebelum bertindak

Hidup ini memang tidak selalunya indah dan senang. Adakalanya kita mengalami atau menghadapi kesusahan. Yaa.....hidup ini tidak pernah bebas daripada masalah dan kesusahan. Namun ini bukan bererti hidup ini adalah suatu yang menyusahkan, membosankan dan menyedihkan. Sebenarnya jika kita hayati, kehidupan ini bukanlah dipenuhi dengan kesusahan dan masalah setiap hari. Tetapi sebahagian besar daripada kehidupan kita adalah mengembirakan, membahagiakan dan "siok bah!"
Memang tidak kita nafikan bahawa kita selalu cenderung berkata "Hidup ini susah!" Tetapi bila diselediki sepenuhnya kita bukannya ada masalah yang besar-besar setiap hari. Masalah yang kita hadapi setiap hari biasanya "kecil-kecil" dan biasa-biasa saja bah! Dan kalau ada atau mendapat masalah yang besar-besar, ini biasanya datang sekali-kala saja dan ini pun kita sendiri yang menyebabkannya terjadi. Dan kadang-kadang orang lain yang menyebabkan dan kita pun turut menjadi susah. Tapi, pada amnya hidup kita adalah aman dan senang. Tiada masalah besar.
Masalah besar biasanya terjadi disebabkan oleh kita sikap kita yang terburu-buru untuk melakukan sesuatu yang penting dan ditambah dengan kelalaian kita sendiri serta tidak meluangkan masa yang banyak untuk berfikir sepenuh-penuhnya sebelum bertindak menyebabkan kita mengalami masalah. Pendek kata, masalah yang datang didalam hidup kita sebenarnya boleh dielakkan jika kita berhati-hati sebelum melakukan sesuatu kerja atau perkara.
Jadi, kalau kita mahu mengurungkan atau mengelak masalah didalam hidup apa yang perlu kita lakukan ialah mengubah sikap kita. Jestru itu sebelum melakukan sesutu perkara atau kerja dimana berfikirlah masak-masak. Buatlah pertimbangan sedalam-dalamnya sebelum bertindak untuk melakukan sesuatu. Dengan ini masalah dapat kita kurangkan atau elakkan sepenuhnya. Amin.

No comments: