Sunday, November 4, 2012

Malas

Malas adalah salah satu daripada sifat -sifat manusia yang sangat merugikan dan tidak mendatangkan apa-apa kebaikan dan keuntungan. Orang yang malas biasanya tidak berjaya didalam apa juga bidang dan aktiviti yang dia sertai kerana kurang berusaha dan mudah berputus asa. Misalnya seorang pelajar yang inginkan keputusan peperiksaan yang  terbaik mestilah rajin membaca dan mengulang-kaji  mata pelajarannya dengan tabah dan sabar. Kalau dia malas, maka  kegagalanlah yang menantinya. Demikian juga seorang petani. Kalau dia mahukan hasil tanaman yang lumayan dia mestilah rajin mengerjakan kebunnya. Jika tidak, maka ladangnya tidak akan menghasilkan apa-apa yang boleh membawa kebaikan dan keuntungan kepadanya.

Begitu juga dengan halnya dengan seorang pekerja. Kalau dia malas berkerja, dia pastikan akan  diberhentikan oleh majikannya daripada pekerjaannya atau gajinya mungkin dikurangkan kerana mutu kerja yang teruk dan buruk.

Sesungguhnya sifat yang malas adalah benar-benar merugikan pelakunya. Sebab itu, kita mesti keluar daripada sifat malas dan menjadi orang yang  rajin  berusaha dan kuat berkerja supaya kita menikmati  kejayaan  dan kebahagian serta keselesaan didalam hidup.  Sama-samalah kita ingatkan diri sendiri bahawa sifat yang malas itu merugikan diri sendiri. Sebab itu, janganlah menjadi orang yang malas tetapi jadilah orang yang rajin! Jangan malas-malas bah!

No comments: