Monday, October 21, 2013

Jangan jual..

Kalau ada sebidang tanah yang memang hak-milik keluarga sejak dahulu-kala maka baiklah dipertahankan dan dikekalkan. Jangan jual kerana bukan senang untuk mendapatkan tanah dimasa kini. Susah bah! Jadi, walau apapun masallah yang dihadapi didalam hidup, jangan sekali-kali jual tanah milik sendiri. Lebih baik tanah itu diusahakan sendiri dengan menanam sayur-sayuran dan buah-buahan. Atau  disewakan dengan perjanjian bertulis yang jelas dan betul. Ini adalah untuk mengelak daripada ditipu. Jangan main cakap saja kerana cara ini bila-bila boleh berubah  kerana dipertikaikan dari semasa ke semasa. Jadi, tulis itu perjanjian yang dipersetujui bersama. Lebih baik kalau pakai peguam atau lawyer. Lebih terjamin dan selamat. 

Janganlah kerana gara-gara mahu "cepat kaya" maka tanah pusaka menjadi mangsa. Ingatlah tanah yang dijual pergi selama-lamanya dan wang yang didapati hasil daripada jualan tanah takkan berkekalan. Ianya boleh habis dan lesap didalam sekelip mata saja. Maka dengan itu, jagalah tanah pusaka keluarga dengan baik. Jangan jual.

Bah! Sayangilah harta-pusaka yang diturunkan oleh nenek-moyang. Jangan sia-siakan pemberian dan titik-peluh mereka.

No comments: