Suka barabut? Buat apa berabut-rabut? Tidak sabarkah? Ikutlah bah giliran atau barisan. Janganlah main rabut dan janganlah barabut-rabut. Bikin malu!
Ambil nombor bah dan tunggu giliran anda dengan sabar. Barulah aman dan bahagia. Ingatlah semua orang mau cepat. Itulah sebab orang datang awal supaya dapat nombor yang awal. Jadi, kalau dah lambat, janganlah main potong jalan. Nanti ada orang yang geram betul, dia ":potong" atau marah kau, baru kau tau. Memang padan muka kena maki-hamun kerana mau rabut tempat orang. Kalau binjul mata, itulah hadiah bagi orang yang tidak sabar dan tamak. Pikir diri sendiri saja. Ingatlah...kalau berada di bank kah atau di pejabat pos kah.. atau di pejabat......bah! Jangan min rabut-rabut dan jangan juga barabut. Jadilah manusia yang baik dan bersopan. Hormatilah hak orang lain dan jangan pentingkan diri sendiri saja. Ikut giliran kio....barulah kita semua aman dan damai.
Ruangan bagiku untuk memberi SHARING atau PERKONGSIAN mengenai beberapa Pedoman dan Inspirasi yang mungkin berguna kepada sesama insan. Semoga sharing ini membawa sesuatu yang baik kepada setiap pembaca.
Friday, March 8, 2013
Monday, February 25, 2013
Miskin tapi bahagia. Kenapa yaaa....?
Apakah anda bahagia bila melihat orang lain lebih maju daripada dirimu?
Apakah anda cemburu melihat orang lain lebih berjaya daripada dirimu?
Apakah anda iri hati dengan pangkat dan kedudukan yang dimiliki oleh orang lain?
Kalau jawapan anda adalah YA.................maka belajarlah menerima kelebihan orang lain dengan rendah hati. Dan berusahalah dengan sabar dan tabah untuk memajukan diri sendiri tetapi dengan cara yang senyap. Janganlah baru maju sikit dah cakap besar. Janganlah seperti ayam betina, baru bertelur sebiji dah riau sekampung. Diam-diam berusaha bah! Ikutilah ibu kayu. Diam-diam berisi...Diam-diam berusaha......
Tapi kalau jawapan anda adalah TIDAK. Maka ini menandakan bahawa anda adalah seorang yang BAHAGIA meskipun belum lagi bergelar jutawan. Mungkin didalm proses menjadi salah satu daripadanya. Betulkah? Ada harapan?
Sebenarnya...memang baik kalau dapat menjadi jutawan. Tapi kalau tak sampai ke tahap itu pun tak apa bah tuu. Yang penting.....kita ADA makanan yang cukup, ada pakaian yang diperlukan dan ada tempat tinggal(rumah) untuk berteduh.
Hidup kita mungkin sederhana saja tapi bahagia. Kenapa? Kerana tidak ada sebarang kerisauan dan kesusahan dan tak berhutang kepada sesiapa pun DAN setia beriman kepada Tuhan. Inilah yang membahagiakan didalam hidup bukan harta dan wang yang bertimbun-timbun. Pendek kata, KeBahagiaan didalam hidup bukan bergantung kepada banyaknya harta-benda kita. Kerana kita boleh hidup dengan bahagia tanpa bergelar JUTAWAN. Hehehe......
Ada satu cerita pasal seorang yang miskin ditanya kenapa dia sentiasa senang hati dan happy meskipun dia tak punya banyak wang dan harta. Dia menjawap: "Aku bahagia meskipun miskin, kerana saya bukanlah orang yang termiskin didalam dunia ini. Tetapi yang benar-benar membuat saya HAPPY ialah saya tak ada hutang dengan sesiapa pun," katanya sambil mengukir sebuah senyuman yang manis dan lebar sekali......

"BE HAPPY AND DON'T WORRY! "
Wednesday, December 5, 2012
Demi Kemuliaan-NYA.
Kalau kita meminjam sesutau barang maka barang berkenaan perlu kita kembalikan pemiliknya'. Demikian juga kalau kita berhutang wang dari seseorang, wang berkenaan perlukan kita kembalikan kepadanya bersama-sama dengan "bunganya". Tetapi kalau kita terhutang budi, jasa, bakti, dan sebagainya daripada PENCIPTA kita iaitu TUHAN ALLAH, bagaimanakah kita dapat membalasnya? Pastinya sulit dan susah sekali! Tetapi, DIA tidak meminta apa-apa secara material atau benda daripada kita, DIA hanya mahu kita menghargai apa yang diberikan-NYA kepada kita dengan menyembah-NYA, mengikuti semua ajaran-Nya dengan setia dan tidak melakukan kejahatan dan dosa. Itu saja yang DIA MAHUKAN DARIPADA KITA SUPAYA DIA DAPAT MEMBERI "HADIAH" YANG LEBIH HEBAT DAN LEBIH ISTIMEWA KEPADA KITA IAITU KEHIDUPAN BERSAMA-SAMA DENGAN-NYA DIDALAM KERAJAAN SURGA.
Sebab itu, marilah buat dan lakukan yang terbaik untuk-NYA demi KEMULIAAN-NYA dan juga untuk keselamatan dan kebahagian abadi kita.Amin.
Tuesday, November 27, 2012
Kadang-kadang
Kadang-kadang ada orang dah berkahwin pun masih berlagak seperti orang bujang. Bah! Jangan membahayakan diri sendiri dan jangan rosakkan perkahwinan yang sudah dilangsungkan. Jagalah maruah diri sebagai orang yang dah berkahwin. Pendek kata, kalau dah kahwin, hiduplah sebagai orang yang dah kahwin BUKAN berlagak sebagai orang bujang yang "gatal." Jaga dan peliharalah perkahwinan yang sudah dilangsungkan sampai selama-lamanya. Amin.
Friday, November 9, 2012
Sifat Membaca
Sifat membaca adalah satu perbuatan yang boleh membawa banyak kebaikan kepada pembaca namun ianya bergantung kepada bahan yang dibaca. Kalau membaca bahan-bahan bacaan yang membina dan meningkatkan pengetahuan dan kepakaran, maka ianya berbaloi dan tidak rugi meluangkan masa untuk membaca bahan-bahan bacaan seperti itu. Kerana ianya membawa banyak sekali kebaikan kepada pembaca. Tapi kalau terlalu asyik membaca bahan-bahan bacaan yang tidaklah begitu membina dan tidak menambah pengetahuan dan tidak meningkatkan kepakaran, maka aksi membaca seperti ini adalah tidak menguntungkan. Malah boleh dianggap merugiakan dan sia-sia saja. Misalnya terlalu asyik membaca bahan-bahan yang berbentuk kartun, komik, hiburan, buruk dan lucah.
Jestru itu, kalau mahu membaca, bacalah bahan-bahan bacaan yang berguna dan menguntungkan diri seperti buku-buku yang boleh menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan mutu kepakaran. Selain daripada itu, jangan lupa meluangkan masa membaca bahan-bahan bacaan yang berunsur rohani dan keagamaan sesuai dengan kepercayaan sendiri.
Pendek kata, bacalah buku atau bahan bacaan yang membina dan berguna. Elakkan membaca bahan-bacan yang tidak membina dan tidak berguna terutama sekali bahan-bahan yang mengalakkan atau mengajar membuat kejahatan dan keganasan. Jauhilah bahan-bahan seperti ini. Jadi, bacalah bahan-bahan bacaan yang berguna, bermutu dan berkualiti supaya aksi membaca itu tidak menjadi sia-sia. Bah! Rajin-rajinlah membaca buku-buku atau bahan-bahan bacaan yang benar-benar BERGUNA. Selamat membaca dan selalulah membaca.

Sunday, November 4, 2012
Malas
Malas adalah salah satu daripada sifat -sifat manusia yang sangat merugikan dan tidak mendatangkan apa-apa kebaikan dan keuntungan. Orang yang malas biasanya tidak berjaya didalam apa juga bidang dan aktiviti yang dia sertai kerana kurang berusaha dan mudah berputus asa. Misalnya seorang pelajar yang inginkan keputusan peperiksaan yang terbaik mestilah rajin membaca dan mengulang-kaji mata pelajarannya dengan tabah dan sabar. Kalau dia malas, maka kegagalanlah yang menantinya. Demikian juga seorang petani. Kalau dia mahukan hasil tanaman yang lumayan dia mestilah rajin mengerjakan kebunnya. Jika tidak, maka ladangnya tidak akan menghasilkan apa-apa yang boleh membawa kebaikan dan keuntungan kepadanya.
Begitu juga dengan halnya dengan seorang pekerja. Kalau dia malas berkerja, dia pastikan akan diberhentikan oleh majikannya daripada pekerjaannya atau gajinya mungkin dikurangkan kerana mutu kerja yang teruk dan buruk.
Sesungguhnya sifat yang malas adalah benar-benar merugikan pelakunya. Sebab itu, kita mesti keluar daripada sifat malas dan menjadi orang yang rajin berusaha dan kuat berkerja supaya kita menikmati kejayaan dan kebahagian serta keselesaan didalam hidup. Sama-samalah kita ingatkan diri sendiri bahawa sifat yang malas itu merugikan diri sendiri. Sebab itu, janganlah menjadi orang yang malas tetapi jadilah orang yang rajin! Jangan malas-malas bah!

Tuesday, October 23, 2012
Hujan...
"Bapa, hujan. Kita berhenti berteduh kio?"
"Kita teruskan' perjalanan."
"Basah nanti..."
"Sampai rumah tak payahlah mandi. Jimat air. Kuranglah bil air bulan nii..."
"Betul juga, ya Bapa.."
"Bah...ingat-ingatlah nak, didalam hidup sesuatu yang susah atau buruk yang kita alami, ada juga kebaikan yang dapat kita pelajari.
Marilah kita belajar sesuatu yang baik didalam setiap pengalaman yang pahit yang kita alami. Ingatlah hanya setelah guruh, kilat dan hujan berlalu barulah timbul pelangi yang indah sekali.

Monday, October 1, 2012
Perlukah...
Kita berlumba-lumba mengejar kekayaan di dunia ini tetapi sedarkah kita bahawa semua yang kita dapat didalam dunia ini akan kita tinggalkan? Harta-benda yang kita kumpulkan, wang yang banyak yang kita simpan di bank, pangkat dan gelaran yang kita dapat dan lain-lain lagi....SEMUA INI akan kita tinggalkan apabila kita meninggal dunia. Inilah perkara yang pasti akan terjadi kepada diri kita tanpa mengira bangsa, kedudukan, agama dan pangkat. Malah badan kita yang segak dan cantik akan hilang. Reput dan menjadi tanah.
Bila difikirkan secara mendalam, perlukah kita mengumpul harta-benda begitu banyak? Perlukah kita membina rumah begitu besar? Perlukah kita memiliki wang berjuta-juta? Begitu juga denga kereta, handphone, komputer dan lain-lain lagi benda, perlukah kita memiliki begitu banyak harta benda?
Macam tak perlukan! Maka dengan itu, beli dan miliki apa yang kita perlukan sahaja sementara berada didalam dunia ini. Tak perlulah memiliki terlalu banyak harta-benda. Cukupkan diri dengan apa yang diperlukan kerana semua harta kita akhirnya akan kita tinggalkan juga. Jadi, Janganlah kita gilakan mengumpul terlalu banyak harta duniawi. Kerana ianya bukan dibawa mati. Jestru itu, amalkanlah kehidupan yang sederhana dengan memiliki keperluan-keperluan asas yang mencukupi seperti pakaian, makanan dan tempat tinggal yang sesuai dan memadai. Yang lain-lain tuu bolehlah dilupakan atau tangguhkan.

Monday, September 24, 2012
Melakukan KEADILAN.
Melakukan KEADILAN adalah satu perkara yang baik dan murni untuk dilakukan. Sebagai manusia kita mestilah sentiasa bersifat adil dan mempertahankan prinsip-prinsip keadilan. Bersifat berat-sebelah atau pilih-kasih adalah bertentangan dengan prinsip keadilan. Sebab itu kita mestilah menjadi perkara yang berunsur tidak adil dan tidak baik.
Misalnya orang-orang yang berada dan kaya yang menindas dan memeras para pekerjanya yang tak berpelajaran dengan tidak memberi layanan dan kemudahan yang baik kepada mereka seperti pemberian gaji yang tak berpatutan, tak memberi EPF dan insuran kepada para pekerjanya. Para "tokey" dan majikan ini mestilah diberi kesedaran mengenai tanggungjawap mereka kepada pekerja mereka.
Demikian juga dengan orang-orang yang memperalatan dan mengeksploitasi orang-orang yang miskin mestilah didakwa sesuai dengan Undang-undang yang sedia-ada. Mereka perlu diadil demi memberi keadilan kepada orang-orang yang menjadi mangsa kejahatan dan ketidak-adilan mereka.
Walau bagaimana pun perlu kita ingat bahawa Melakukan KEADILAN bukanlah bertujuan untuk membalas dendam tetapi melakukan apa yang benar dan patut dilakukan demi KEADILAN. Jestru itu, marilah kita sentiasa berlaku adil kepada sesama manusia tanpa mengenal latarbelakang, bangsa, pangkat, kedudukan dan agama orang.
Tuesday, August 14, 2012
Apa gunanya...
Kata orang apa guna kalau bercinta kalau tidak sampai ke jinjing pelamin? Apa guna kita bertungkus-lumus berkerja kalau tidak mendapat mendapat hasil yang setimpal dengan titik-peluh kita? Apa guna kita membeli kereta kalau tidak pandai memandunya? Demikinan juga dengan rumah. Buat apa membina sebuah rumah kalau tidak mendiami rumah berkenaan? Sudah tentu sia-sia saja. Rugi dan tak berfaedah.
Nah! Begitu juga dengan wang dan harta, buat apa kumpul banyak-banyak duit dan harta kalau tak dipakai dan tak digunakan? Lihatlah betapa banyak harta-benda yang kita miliki. Misalnya pakaian. Cuba periksa almari pakaian kita, ada berapa banyak pakaian kita? Lebih daripada yang kita perlukan? Kenapa disimpan begitu saja? Bukankah lebih baik kalau pakaian yang tak sesuai atau tak ngam atau tak muat, kita berikan kepada orang lain yang memerlukannya. Kenapa disimpan? Untuk kenangan-kenangan? Untuk berbangga dengan orang lain bahawa kita ada banyak koleksi pakaian?
Lebih baik barang-barang yang tidak kita pakai dan tidak gunakan dilepaskan daripada tangan kita. Biarlah hidup kita lebih ringan dan lebih selesa. Kata orang," Amalkanlah kehidupan yang sederhana, dimana kita mempunyai keperluan asas yang mencukupi dan apa yang lebih kita berikan atau dermakan kepada orang lain yang memerlukannya. Sekurang-kurangnya kita dapat membantu meringgankan beban didalam kehidupan orang-orang yang susah disamping membawa keceriaan dan kebahagian didalam hidup mereka.
Mungkin yang kita berikan atau dermakan adalah kecil tetapi ianya cukup bermakna bagi orang-orang yang menerimanya kerana mereka memerlukannya. Meskipun ianya kecil tetapi ia tetap mendapat restu dan berkat daripada Dia Yang Maha Kuasa, iaitu Tuhan Allah. Jestru itu, marilah kita belajar bersifat dermawan kepada orang-orang yang miskin dan susah. Jangan tunggu sehingga mempunyai kelimpahan untuk memberi kerana didalam "kesederhanaan dan kemiskinan" hidup pun kita boleh memberi sekadar yang mampun dengan hati yang iklas dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Friday, July 27, 2012
Bodoh!
"Bodoh!" Inilah perkataan yang sering kita dengar daripada beberapa orang yang mungkin kehilangan kesabaran atau marah. Kenapa sampai mengucapkan perkataan yang tidak baik dan tidak mesra ini? Marah? Bah...belajarlah bersabar kepada orang yang melakukan kesalahan atau kesilapan.; Kecewa? Bah....belajarlah tidak terlalu menaruh harapan yang tingggi daripada orang lain.
Apa pun alasan kita sehingga mengucapkan perkataan,"Bodoh!" hal ini perlulah kita tangani dengan baik. Kerana kalau kita terkena dengan orang yang kurang sabar atau panas-berang, ada kemungkinan dia akan bertindak ganas sehingga kita menerima "balasan" yang teruk diatas kelancangan mulut kita. Jestru itu, kita mestilah berhati-hati. Jangalah sampai mengucapkan perkataan ini kerana boleh menimbulkan kemarahan orang lain dan juga kepada diri kita sendiri. Nah...ngamlah apa yg dikatakan orang, "Kerana mulut, badan binasa." Ini memang benar terutama sekali kalau kita tidak menjaga mulut kita daripada mengeluarkan kata-kata yang kesat dan jahat kepada orang lain.
Sesungguhnya, bila kita menyatakan "Bodoh!" kepada orang lain, sebenarnya kita sendirilah yang lebih "bodoh!" kerana tidak berhemah dan tidak ada kesopanan bila bercakap dengan orang lain. Maka dengan itu, marilah kita sentiasa menggunakan perkataan-perkataan yang baik didalam pertuturan kita agar orang lain tidak tersinggung atau marah. Elakkanlah penggunaan perkataan yang tak senonoh dan jahat supaya diri kita dihormati dan disayangi orang kerana kita dianggap orang yang baik dan sopan.
Friday, June 22, 2012
Penggunaan duit
Duit atau wang adalah salah satu daripada keperluan yang penting didalam kehidupan kita setiap hari. Kita perlukan wand hampir didalam segala hal. Dari membeli bahan makanan, membayar bil-bil sehinggalah kepada bayaran untuk menggunakan tandas!
Meskipun wang adalah baik namun cara kita menggunakannya boleh mendatangkan banyak kebaikan dan juga keburukan. Sebab itu, kita mestilah menggunakkannya untuk tujuan yang baik dan bukannya untuk kejahatan.
Jika kita gunakan wang untuk membeli keperluan dapur atau barang-barang makanan, membayar bil letrik dan air, membayar wang pinjaman atau loan bank atau membayar hutang, dan melakukan kebajikan seperti memberi derma kepada orang yang memerlukan bantuan maka, ini bererti kita menggunakkan wang kita dengan baik. Dan ini bukan saja membawa kebaikan kepada diri kita sendiri tetpi juga kepada orang lain. Tetapi sekiranya kita menggunakan wang kita untuk melakukan kejahatan seperti membeli dadah, arak, rokok, membayar upah kepada para penjahat untuk melakukan kejahatan seperti membunuh maka, ini bererti kita bukan saja bersalah malah berdosa didalam hal kerana menggunakan wang untuk melakukan kejahatan dan keganasan.
Jestru itu, kita mesti ingat bahawa wang mestilah digunakan untuk melakuan kebaikan dan bukannya untuk melakuankan kejahatan, keganasan dan kekerasan. Sebab itu, marilah kita menggunakan wang yang kita miliki untuk melakukan kebaikan dan kebajikan.

Tuesday, April 24, 2012
Kerja
Kalau banyak kerja, memang baik sekali dikerjakan secepat yang mungkin agar ianya selesai dibuat. Buat dgn baik supaya tak payah susah-susah buat kedua kali atua ketiga kali. Buat kerja balik-balik-itu bukan saja buang masa tetapi juga bikin penat bah! Sebab itu, apa saja kerja yg perlu diselesaikan buatlah yang terbaik.
Banyak kerja bukan bererti kita perlu bertungkus-lumus untuk menyiapkannya sehingga kita "overtime" terlalu lama sehingga kesihatan pun terjejas dan hubungan kita dengan orang lain dan par ahli keluarga pun menjadi "sejuk."
Buat kerja, buat juga tapi berehatlah bila sampai masa berehat. Jangan terlalu berkerja sehingga rosak badan. Jaga-jagalah tu badan nanti sakit sendiri juga yang menderita dan kerja pun tergendala.
Ingatlah bahawa kerja yang kita tak dapat selesaikan aka diteruskan oleh orang lain sekiranya kita tiba-tiba "menyembah tanah" alias mati. Kerja tak dibawah mati bah!
Ingatlah juga bahawa berkerja tu penting tetapi ada perkara didalam hidup yang lebih penting daripada kerja iaitu beribadat & berdoa kepada Tuhan. Sebab itu, janganlah gara-gara sibuk berkerja LUPA PULA TUHAN! Maka dengan itu, janganlah kerana gara-gara kesibukan berkerja, TUHAN pula diabaikan dan diketepikan. sedangkan kerja pula diutamakan dan didahulukan. Ingatlah bahawa yang terpenting sekali didalam hidup kita selaku manusia ialah TUHAN. Sebab itu, kerja boleh kita ketepikan buat sementara waktu demi meluangkan masa untuk berdoa kepda Tuhan dan untuk membaca serta merenung Firman Tuhan&Alkitab.
Kesimpulannya ialah, KITA BOLEH ABAIKAN DAN KETEPIKAN KERJA KITA TETAPI TUHAN, JANGANLAH SEKALI-KALI KITA ABAIKAN DAN KETEPIKAN. jESTRU ITU, DAHULUKAN TUHAN DAN KEMUDIANKAN PERKERJAAN.

Monday, March 12, 2012
Gara-gara kahwin.
Ada orang gara-gara mau kahwin, sanggup berhutang sana sini kerana mahukan majlis perkahwinan yang meriah dan gemilang! Meskipun, tidak salah buat perkahwinan secara besar-besaran tapi kalau tak mampu, secara sederhana pun cukuplah bah! Yang penting sudah kahwin.
Bah, Kalau tidak cukup duit, bagus jangan kahwin dulu bah. Tunggu sehingga ada kewangan yang mantap, barulah kahwin. Tidak bagus bah main hutang-hutang didalam hal berkahwin. Nanti sudah kahwin tidak pula bahagia kerana asyik membayar hutang.
Biarlah majlis perkahwinan itu sederhana yang penting tidak berhutang. Maka dengan itu permulaan kehidupan suami-isteri dapat bermula dengan baik dan tanpa apa-apa kerisauan dan kebimbangan. Kerana semuanya "selesai" dan tidak ada apa-apa hutang selepas berkahwin.
Sesungguhnya, Hidup tanpa hutang menyenangkan hati dan menceriakan fikiran serta membahagiakan kehidupan.Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)