Ada kata-kata hikmat yang berbunyi: Orang yang benar-benar kalah adalah orang yang tidak belajar daripada kesilapannya sendiri. Jestru itu, kalau kita kalah didalam sesuatu pertandingan atau permainan atau pilihanraya, janganlah menyalahkan orang lain gara-gara kecewa tidak menang. Tetapi, Ingatlah bahawa disebalik kegagalan atau kekalahan ada juga sesuatu yang dapat kita pelajari. Kerana peristiwa pahit ini boleh dijadikan sebagai satu kesempatan dan peluang untuk menilai diri kita sendiri secara jujur dan dengan kerendahan hati. Luangkan masa yang baik untuk menilai apa punca kegagalan diri sendiri. Cuba renung secara mendalam supaya kelemahan itu dapat diperbaiki. Selepas mengenal pasti puncanya, maka rancanglah satu langkah yang baru yang bukan saja lebih berkesan dan lebih berbisa tetapi juga lebih menarik yang mugkin dapat membawa kejayaan dan kemenangan dimasa akan datang. Pendek kata, belajarlah daripada kesilapan. Jangan bersedih hati kerana gagal atau kalah; Jangan juga marah dan meresa kecewa. Tetapi Bangkitlah dan teruskan perjuangan. Kerana esok masa ada bah! Ini bererti masih ada harapan dan peluang untuk berjaya. Pandanglah ke hadapan kerana dihadapan masih banyak peluang untuk mencapai kejayaan dan kemenangan. BAH! Biarlah kalah hari ini tapi sifat jangan mengalah itu mesti diteruskan. Pantang mengalah selagi badan bernyawa! Perjuangan mesti diteruskan.............sehingga mendapat kejayaan! Tapi....berjuanglah dengan cara yang baik dan mulia supaya kejayaan yang bakal dikecapi bermakna dan diberkati Tuhan.
Ruangan bagiku untuk memberi SHARING atau PERKONGSIAN mengenai beberapa Pedoman dan Inspirasi yang mungkin berguna kepada sesama insan. Semoga sharing ini membawa sesuatu yang baik kepada setiap pembaca.
Friday, May 17, 2013
Sunday, May 5, 2013
Ikutlah baik-baik...
Kalau kita tidak mengikut peraturan dan undang-undang jalanraya semasa memandu kereta, kita bukan saja membahayakan diri sendiri tetapi juga nyawa orang lain. Sebab itu, kita mestilah mematuhi undang-undang dengan baik supaya kita selamat dan selesa. Nah! Begitu juga didalam hal berpegang kepada suatu agama yang kita yakini dan ikuti. Jangan lalai dan jangan berpura-pura didalam hal berpegang kepada semua ajaran yang diajar oleh agama yang anda ikuti. Kerana tidak ada guna menjadi pengikut kalau tidak setia mengikuti apa yang diajar oleh agama sendiri. Kalau main-main saja, lebih baik tidak menjadi pengikut. Jestru, itu jadilah pengikut yang baik, setia, mulia dan kudus.
Thursday, May 2, 2013
Kata-kata hikmat
Orang selalunya tidak munasabah, tidak logik dan mementingkan
diri; ampunilah sahaja.Jika kita baik hati, orang mungkin menuduh kita memiliki
motif tertentu, teruskan berbuat baik.Jika kita berjaya, kita akan mendapat
beberapa kawan palsu dan beberapa musuh sebenar; teruskan kejayaan kita.Jika
kita jujur dan ikhlas, orang mungkin akan menipu kita; teruskan bersikap jujur
dan ikhlas.Apa yang kita bina selama bertahun-tahun boleh dimusnahkan oleh
seseorang dalam sekelip mata; teruskan membina.Jika kita menemui ketenangan dan
kebahagiaan, mereka mungkin cemburu; teruskanlah berbahagia.Kebaikan yang kita
lakukan hari ini mungkin akan dilupai esok; teruskan berbuat baik.Berikanlah
kepada dunia yang terbaik dan usaha kita mungkin tidak pernah memadai;
teruskanlah memberi yang terbaik kepada dunia.Dalam analisis terakhir, ia adalah
antara kita dan Tuhan; ia sebenarnya bukan di antara kita dan mereka.(Mother
Theresa of Kalkuta,India).
Sunday, April 28, 2013
Miskin;Kaya
Kebanyakan orang mahukan kemewahan dan kesenangan didalam hidup. Sebab itu, orang berusaha mengubah dan memajukan diri dengan rajin berkerja dan tabah supaya mencapai apa yang mereka inginkan didalam hidup. Sesungguhnya, Semua orang mahu menjadi kaya! Tetapi apa yang menyedihkan ialah apabila mereka menjadi orang kaya, mereka menjadi orang miskin didalam bidang yang lain: Kaya tapi sombong; kaya tapi kedekut; kaya tapi malas sembayang; kaya tapi kaki judi, kaki botol; kaki perempuan., dan sebagainya. Inilah yang dinamakan miskin dengan nilai-nilai yang murni dan moral didalam hidup.
Kaya tetapi tidak setia kepada Tuhan. Inilah yang dikatakan miskin rohani dan miskin nilai-nilai agama. Jadi, didalam kontex ini, kekayaan yang dimiliki tidak menjadikan seseorang sebagai orang kaya yang berhati mulia dan beriman. Jestru, itu apbaila kita mahu mencari kekayaan, kita mestilah pastikan bahawa kita tidak lupa pada Tuhan dan tidak meninggalkan nilai-nilai yang murni dan bermoral didalam mencari kemewahan didalam hidup. Sebenarnya, kalau kita tidak dapat menjadi orang kaya tetapi dengan setia menjadi orang yang beriman kepada Tuhan Allah, kita sebenarnya adalah "Orang Kaya." Kerana kalau Tuhan Allah ada didalam hidup kita, maka kita sebenarnya memiliki kekayaan yang tidak terhingga. Kekayaan rohani sebenarnya, lebih bernilai daripada kekayaan duniawi. Jestru itu, jangan lupa pada Tuhan kalau dah menjadi orang kaya.
Wednesday, April 24, 2013
Berdoa..
Meluangkan masa untuk berdoa bererti " Tuhan adalah yang terpenting sekali didalam hidupku." Sebab itu, didalam hal berdoa, kita haruslah menjadikan aksi berdoa sebagai satu perkara yang tidak dapat kita lepaskan. Kerana bila kita berdoa, kita menempatkan Tuhan yang pertama sekali didalam hidup kita setiap hari. Jestu itu, rajin-rajinlah berdoa dan berdoalah secara tetap. Janganlah kita lupakan Tuhan. Amin.
Saturday, April 20, 2013
Sentiasa bersifat adil
Sentiasa bersifat adil melibatkan tiga perkara, pertama sentiasa bersifat kepada Tuhan Allah. Ini bererti sentiasa memberi apa yang sepatutnya diberikan kepada Tuhan iaitu menyembah-Nya, mengikut semua ajaran-Nya, melakukan yang baik dan menjauhkan apa juga jenis kejahatan dan dosa. Kedua, sentiasa menghormati orang lain dan sentiasa menghormati milik dan hak orang lain dan tidak melakukan kejahatan kepada orang lain. Dan ketiga melibatkan diri sendiri. Ini bererti menjaga dan memelihara diri dengan baik. Ini termasuklah tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan dan membahayakan diri sendiri. Jestru itu, sentiasalah berlaku ADIL kepada Tuhan Allah, kepada orang lain dan kepada diri sendiri.
Monday, April 15, 2013
Jangan terlalu bergantung...
Kita janganlah terlalu bergantung kepada orang lain untuk berjaya didalam kehidupan ini. Kita mestilah berusaha sendiri dan berkerja keras untuk mencapai keselesaan didalam hidup. Jangan pula mengharapkan "takdir atau nasip" semata-mata untuk menikmati kebahagian didlam hidup. Kerana Tuhan memberkati orang-orang yang bertakwa dan rajin berusaha untuk memajukan diri. Jestru itu, jangan tunggu nasip dan jangan juga main nasip didalam hal untuk memajukan diri. Kerana kejayaan didalam hidup sentiasa akan dinikmati oleh orang-orang yang tabah, jujur dan setia untuk berusaha. Jestru itu, janganlah terlalu bergantung kepada nasip atau menanti durian runtuh di depan mata kita. Berusahalah dengan tabah. Jangan malas tetapi mengharapkan kesenangan didalam hidup. Usaha yang gigih mesti ada jika kita mahu menikmati kebahagian dan kesenangan didalam hidup.
Tuesday, April 9, 2013
Kejujuran berkerja....
Apakah anda seorang pekerja yang rajin dan jujur? Apakah anda dengan setia dan iklas melaksanakan kerja yang anda pohon dahulu dan menerima gaji kerja membuat kerja berkenaan?
Jam berapa anda datang ke pejabat atau tempat kerja? Dan pulang pula jam berapa anda berangkat daripada pejabat atau tempat kerja?
Kalau lambat datang ke pejabat sekali-sekala, ini dapat kita fahami dan dapat diterima. Tetapi kalau balik-balik lambat atau hari-hari lambat datang maka, inilah yang dikatakan kurang komitment dan kurang iklas didalam melaksanakan kerja yang diamanahkan. Begitu juga kalau selalu keluar pejabat atau hari-hari pulang awal daripada kerja. Alasan? Konon-konon mau menggelak "trafik jam". Sifat seperti ini mengambarkan etika bekerja yang salah. Kalau dah ditetapkan masa pulang ialah jam 5.00 petang. Maka seorang pekerja yang jujur akan keluar daripada pejabat tetap pada jam 5.00 petang.Dan bukannya jam 4.30 pm dah berada dijalanraya.....siok-siok(senang) memandu kereta yang berhawa dingin. Sifat seperti ini tak baik dan memang melambangkan ketidak-jujuran dan tidak bermoral.
Seorang pekerja dibayar gaji sesusai dengan perjanjian yang dipersetujuhi bersama. Pekerja dibayar gaji untuk melakukan kerja yang dia setuju untuk melakukannya dan majikannya pula membayar gaji berdasarkan kepada ikatan perjanjian berkenaan. Jadi kalaulah seorang perkerja selalu lambat datang kerja atau selalu sangat pulang awal, mungkin lebih baik dan adil jika gaji yang dibayar kepada pekerja berkenaan dikaji semula.
Pekerja yang malas lebih baik diberhentikan dan biarkan dia pergi mencari kerja yang lain. Rugi saja membawa gaji pekerja yang malas dan tidak jujur! Walau bagaimana pun pekerja yang rajin dan jujur sebaiknya diberi "BONUS" atau kenaikan pangkat atau gaji atau kedua-duanya sesuai dengan "terma dan syarat" yang dipersetujui bersama.
Bah.....kalau dah dapat kerja, baik-baiklah bekerja Jangan malas. Jangan curi tulang nanti kena potong gaji atau lebih teruk nanti kena buang kerja pula.! Sendiri juga yang menderita dan susah. Ingatlah bahawa adalah menjadi satu kerugian bagi majikan atau tokey untuk membayar gaji pekerja yang malas dan tak amanah. Tambahan pula, seorang pekerja yang menerima gaji penuh tanpa bekerja dengan baik dan jujur adalah satu kerugian kepada diri sendiri. Kerana gaji yang diterimanya bukanlah "gaji bersih" tetapi "gaji kotor." Ianya tidak membawa berkat dan kebaikan kepada diri sendiri kerana menipu didalam pekerjaaan tetapi menerima gaji yang penuh. Jestru itu, bekerjalah dengan baik, jujur dan iklas supaya gaji yang diterima adalah halal, bersih dan diberkati oleh Tuhan yang Maha Esa..

Sunday, April 7, 2013
Jangan Putus Asa bah!
Kalau kalah didalam pertandingan. Jangan lemah semangat. Berlatih lagi dan lagi...kemudian ikut lagi pertandingan. Cuba lagi. Jangan putus asa bah!
Kalau gagal didalam perniagaan. Jangan berhenti buat bisnes. Cuba lagi secara-cara kecil-kecilan. Jangan putus asa bah!
Kalau gagal didalam perkahwinan. Jangan terlalu risau. Carilah yang lain. Jangan Putus asa bah!
Kalau tak lulus peperiksaan. Belajar lagi dan ikut peperiksaan lagi samapi lulus! Jangan mudah putus asa bah!
Kalau tak kena hari ini. Cuba lagi sehingga kena bah. Jangan mudah putus harapan bah..
Kalau gagal bertobat, cuba lagi.Perbaiki diri dengan lebih berdispilin dan buang perkara dan sifat yang menghalang pertobatan. Jangan mudah berputus asa bah.
Kalau selalu gagal berdoa. Cuba lagi sehinggalah sifat berdoa setiap hari itu menjadi pegangan utam didalam hidup.
Pendak kata, apa juga kegagalan yang kita alami didalam kehidupan, jangan mudah berputus
asa. Cuba lagi dan lagi sehinggalah berjaya. Kerana kecekalan, kesabaran dan semangat perjuangan yang tinggi akan membawa kejayaan dan kebahagiaan.

Tuesday, March 26, 2013
Yang penting....
Yang penting didalam hidup ini ialah anda bahagia meskipun tak punya kekayaan duniawi yang bertimbun-timbun. Ingatlah, Janganlah terlalu gila mengumpul harta dan kekayaan duniawi kerana bila kena timbun tanah alias mati, harta yang bertimbun-timbun tuu tak berguna juga. Sebenarnya, lebih baik menimbun harta surgawi seperti rajin berdoa, melakukan kebaikan seperti membantu orang miskin dan susah, menjauhkan dosa dan kejahatan, menderma, dan lain-lain lagi aktiviti atau perbuatan yang bukan saja membawa kebaikan kepada orang lain tetapi juga kepada diri sendiri Sebab itu, rajin-rajinlah mengumpul harta surgawi ..........Berkat Tuhan pasti menyertai anda sekiranya semua perbuatan yang mulia itu dilakukan dengan iklas dan jujur. Amin.
Friday, March 8, 2013
Barabut/berebut
Suka barabut? Buat apa berabut-rabut? Tidak sabarkah? Ikutlah bah giliran atau barisan. Janganlah main rabut dan janganlah barabut-rabut. Bikin malu!
Ambil nombor bah dan tunggu giliran anda dengan sabar. Barulah aman dan bahagia. Ingatlah semua orang mau cepat. Itulah sebab orang datang awal supaya dapat nombor yang awal. Jadi, kalau dah lambat, janganlah main potong jalan. Nanti ada orang yang geram betul, dia ":potong" atau marah kau, baru kau tau. Memang padan muka kena maki-hamun kerana mau rabut tempat orang. Kalau binjul mata, itulah hadiah bagi orang yang tidak sabar dan tamak. Pikir diri sendiri saja. Ingatlah...kalau berada di bank kah atau di pejabat pos kah.. atau di pejabat......bah! Jangan min rabut-rabut dan jangan juga barabut. Jadilah manusia yang baik dan bersopan. Hormatilah hak orang lain dan jangan pentingkan diri sendiri saja. Ikut giliran kio....barulah kita semua aman dan damai.

Monday, February 25, 2013
Miskin tapi bahagia. Kenapa yaaa....?
Apakah anda bahagia bila melihat orang lain lebih maju daripada dirimu?
Apakah anda cemburu melihat orang lain lebih berjaya daripada dirimu?
Apakah anda iri hati dengan pangkat dan kedudukan yang dimiliki oleh orang lain?
Kalau jawapan anda adalah YA.................maka belajarlah menerima kelebihan orang lain dengan rendah hati. Dan berusahalah dengan sabar dan tabah untuk memajukan diri sendiri tetapi dengan cara yang senyap. Janganlah baru maju sikit dah cakap besar. Janganlah seperti ayam betina, baru bertelur sebiji dah riau sekampung. Diam-diam berusaha bah! Ikutilah ibu kayu. Diam-diam berisi...Diam-diam berusaha......
Tapi kalau jawapan anda adalah TIDAK. Maka ini menandakan bahawa anda adalah seorang yang BAHAGIA meskipun belum lagi bergelar jutawan. Mungkin didalm proses menjadi salah satu daripadanya. Betulkah? Ada harapan?
Sebenarnya...memang baik kalau dapat menjadi jutawan. Tapi kalau tak sampai ke tahap itu pun tak apa bah tuu. Yang penting.....kita ADA makanan yang cukup, ada pakaian yang diperlukan dan ada tempat tinggal(rumah) untuk berteduh.
Hidup kita mungkin sederhana saja tapi bahagia. Kenapa? Kerana tidak ada sebarang kerisauan dan kesusahan dan tak berhutang kepada sesiapa pun DAN setia beriman kepada Tuhan. Inilah yang membahagiakan didalam hidup bukan harta dan wang yang bertimbun-timbun. Pendek kata, KeBahagiaan didalam hidup bukan bergantung kepada banyaknya harta-benda kita. Kerana kita boleh hidup dengan bahagia tanpa bergelar JUTAWAN. Hehehe......
Ada satu cerita pasal seorang yang miskin ditanya kenapa dia sentiasa senang hati dan happy meskipun dia tak punya banyak wang dan harta. Dia menjawap: "Aku bahagia meskipun miskin, kerana saya bukanlah orang yang termiskin didalam dunia ini. Tetapi yang benar-benar membuat saya HAPPY ialah saya tak ada hutang dengan sesiapa pun," katanya sambil mengukir sebuah senyuman yang manis dan lebar sekali......

"BE HAPPY AND DON'T WORRY! "
Wednesday, December 5, 2012
Demi Kemuliaan-NYA.
Kalau kita meminjam sesutau barang maka barang berkenaan perlu kita kembalikan pemiliknya'. Demikian juga kalau kita berhutang wang dari seseorang, wang berkenaan perlukan kita kembalikan kepadanya bersama-sama dengan "bunganya". Tetapi kalau kita terhutang budi, jasa, bakti, dan sebagainya daripada PENCIPTA kita iaitu TUHAN ALLAH, bagaimanakah kita dapat membalasnya? Pastinya sulit dan susah sekali! Tetapi, DIA tidak meminta apa-apa secara material atau benda daripada kita, DIA hanya mahu kita menghargai apa yang diberikan-NYA kepada kita dengan menyembah-NYA, mengikuti semua ajaran-Nya dengan setia dan tidak melakukan kejahatan dan dosa. Itu saja yang DIA MAHUKAN DARIPADA KITA SUPAYA DIA DAPAT MEMBERI "HADIAH" YANG LEBIH HEBAT DAN LEBIH ISTIMEWA KEPADA KITA IAITU KEHIDUPAN BERSAMA-SAMA DENGAN-NYA DIDALAM KERAJAAN SURGA.
Sebab itu, marilah buat dan lakukan yang terbaik untuk-NYA demi KEMULIAAN-NYA dan juga untuk keselamatan dan kebahagian abadi kita.Amin.
Tuesday, November 27, 2012
Kadang-kadang
Kadang-kadang ada orang dah berkahwin pun masih berlagak seperti orang bujang. Bah! Jangan membahayakan diri sendiri dan jangan rosakkan perkahwinan yang sudah dilangsungkan. Jagalah maruah diri sebagai orang yang dah berkahwin. Pendek kata, kalau dah kahwin, hiduplah sebagai orang yang dah kahwin BUKAN berlagak sebagai orang bujang yang "gatal." Jaga dan peliharalah perkahwinan yang sudah dilangsungkan sampai selama-lamanya. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)