Kerajaan bilang GST bererti "Goods and Service Tax". Kita kena bayar cukai hampir apa saja barangan kita beli sebanyak 6%. Jadi kalau harga barang tuu R10.00 maka kena bayar GST RM0.60. Maka jumlah yang harus dibayar termasuk GST ialah RM10.60 sahaja. Walaupun kita mungkin tak suka dengan GST tapi bila dibandingkan dengan negara-negara yang lain seperi Canada dimana GSTnya 20% dan Singapura 8% maka kita merasa taklah keberatan sangat. Sebenarnya lebih daripada seratus buah negara diseluruh dunia ada GST masing-masing dan dah lama GST dilaksanakan di negara-negara berkenaan. Kita nii baru aje mula.....Jadi tak hairanlah kalau ada sifat "marah-marah" dan merungut. Tapi lama-lama terbiasa juga bah tuu dan perasaan melawan GST akan pelahan-lahan akan turun juga bah tuu.
Apa pun yang baik mengenai GST ialah semua orang kena bayar GST. Sistem cukai dulu tuu banyak orang yang terlepas atau tidak membayar cukai atau pandai mengelak membayar cukai. Kini dengan system baru ini(GST) semua orang terkenalah. Kini setiap kali membeli sesuatu mesti terkena GST. Tapi ada juga barang-barang dikecualikan dari GST seperti beras, minyak masak, dan gula dan sebagainya. Adil juga macam nii...kan?
Sekarang yang orang kaya, sederhana atau miskin semua pun kena bayar GST. Memanglah bah.....GST ini agak membebankan dan menyakiti hati banyak orang terutama sekali yang berpendapatan rendah tapi GST ini membuat kita berhati-hati dan berjimat-jimat bila membeli sesuatu. Kini kita belajar membeli barang atau benda yang asas, penting dan yang diperlukan saja dan tak ada GST seperti beras dan minyak masak. Jadi, kalau tak mahu bayar GST maka, belilah barang-barang yang dikecualikan daripada GST. Pembeli yang bijak......memilih barangan yang NO GST. Atau kalau tidak mahu membayar banyak GST maka kurangkanlah membeli barang-barang yang ada GST. Jadi dengan ini kita menjadi pembeli yang pandai dan bijak berbelanja.
Kerajaan memang suka dengan system baru ini. Itulah sebab GST itu boleh juga sefahami sebagai singkatan untuk Government Suka Tax rakyat. Tapi kita juga akan menikmati hasil GST. Kerana mengikut cakap Kerajaan wang GST ini akan digunakan untuk kebajikan dan kebaikan rakyat juga. Kerana hasil GST ini akan digunakan untuk membina kemudahan dan membuat pembangunan untuk rakyat. Ini cakap Perintahlah! Samada terlaksana atau tidak, sama-sama kita lihat nanti.
Jadi, bila dilihat secara mendalam GST ini membawa kebaikan kepada Kerajaan dan juga kepada rakyat juga. Jadi macam "Win-win situation".(Keadaan menang-menang). Dua-dua untung kan?
Bagi orang yang nakal GST ini bererti GATAL, SUNDAL DAN TEMBERANG(PEMBOHONG). Jadi, kita hati-hatilah supaya tidak menjadi orang yang gatal, sundal dan temberang. Dan seandaikan kita dah menjadi salah seorang daripadanya maka, mungkin dah sampai masa kita ubah arah hidup kita dan bertobat dan mengamalkan GST KONSEP BARU dengan menjadi orang yang GEMBIRA SEMBAH TUHAN. Semoga kita menjadi orang yang baik-baik dan rajin menyembah Tuhan. Hehehe.......Puji Tuhan. Amin.
Ruangan bagiku untuk memberi SHARING atau PERKONGSIAN mengenai beberapa Pedoman dan Inspirasi yang mungkin berguna kepada sesama insan. Semoga sharing ini membawa sesuatu yang baik kepada setiap pembaca.
Saturday, May 2, 2015
Tuesday, March 10, 2015
Bila dapat gaji..
Kalau dapat gaji atau wang apa anda buat? Makan besar? Bayar hutang?
Bayar loan? Belanja kawan-kawan? Beri derma? Main judi? Atau buat Aramai Tii?
Beli baju baru? Set rambut? Kasut baru? Handphone baru? Yaa....memang banyak
idea baru timbul didalam kepala bila dapat gaji atau bila ada duit. Macam-macam
mau beli. Tapi, jangan ikutkan perasaan. Berfikirlah baik-baik dan rancang cara
penggunaan wang. Berikut adalah beberapa pedoman yang mungkin baik dijadikan
panduan bila dapat gaji atau bila ada duit.
1) Bayar dulu perkara-perkara yang penting seperti bayar hutang,
sewa/loan rumah, loan kereta, bil letrik, bil air, tambang kereta/bas anak-anak
ke sekolah;
2) Beli keperluan asas iaitu keperluan setiap hari terutama
barang-barang makanan dan dapur. Misalnya beras, gula, kopi, susu anak, garam,
ikan, daging, gas, minyak makan, roti/biskut dan lain-lain.
3) Simpan wang di Bank: Simpan bah sikit-sikit. Kalau ada
"lebihan" simpan banyak sikit.
Hal-hal yang lain seperti membeli baju dan seluar baru, TV baru,
handphone baru, kasut baru dan lain-lain yang dianggap sebagai
"perhiasaan" dikurangkan atau dibelakangkan. Kerana boleh hidup tanpa
benda-benda berkenaan. Tak payahlah bulan-bulan membeli baju, kasut, make-up,
dan lain-lain. Utamakan membeli barang-barang atau benda yang benar-benar
diperlukan. Selain daripada itu, buatlah beberapa langkah untuk berjimat-cermat
dan mengurangkan aliran wang keluar. Contohnya, tanam-tanamlah perbagai jenis
sayuran disekeliling rumah, buat kolam ikan(kecil-kecil pun ok bah
tuu!)berhenti merokok, jangan sikit-sikit beli gincu dan minyak wangi. Habis
dulu, baru beli bah! Kurangkan membeli minuman yang alkohol(memabukkan), Selalu
makan dan minum di rumah, bawa tapau pergi kerja, dan sebagainya.
Jangan ada saja duit, berbelanja macam minum air! Ubahlah sikap. Bah!
jimat-jimatlah. Fikirlah kepentingan keluarga, anak-anak dan dihari tua. Pendek
kata, didalam hal duit, berjimat-cermatlah. Berhati-hatilah didalam hal menggunakannya
dan jangan lupa simpanlah sikit-sikit wang di bank. Kalau tidak, nanti sendiri
juga yang "susah dan sakit" di kemudian hari. Sebab itu, simpanlah
sikit-sikit wang di bank. Lama-lama jadi bukit bah tuu dan bila dah jadi bukit,
kau juga yang untung!
Thursday, February 12, 2015
Terlalu Hidup bergaya
Ada banyak orang tak mahu kalah didalam hal bergaya. Sebab itu mereka banyak berbelanja membeli barangan yang berjenama dan mahal kerana gara-gara mahu bergaya. Mereka rasa Hidup Bergaya adalah suatu kemestian supaya setanding dan setaraf dengan orang lain.
Mereka merasa dihormati orang kalau ada gaya. Tetapi didalam hal bergaya kita mestilah ada kemampuan. Jangan asyik bergaya tetapi poket kosong atau wang dipoket taklah seberapalah. Buat apa terlalu bergaya kalau kedudukan kewangan masih tak stabil. Gaji pun hanya cukup-cukup untuk diri sendiri. Tak pun mampu memberi sedikit wang kepada ibubapa setiap bulan. Malah adakalanya masih meminta bantuan kewangan daripada orang tua. Jadi didalam hal bergaya bersifatlah secara waras dan bijak.
Jangan gila bergaya sehingga tidak ada kesempatan untuk menabung atau menyimpang wang untuk keperluan dimasa akan datang. Terlalu bergaya ini banyak belanja dan boleh membawa kepada kesusahan seperti kekurangan wang. Sebab itu, bergaya OK juga tetapi secara sederhana saja bah! Gaya yang simple dan memadai sudahlah. Jangan berlebih-lebih nanti belanja berlebih-lebihan sendiri juga yang menderita dan merana. Fikir-fikirlah.......jangan terlalu bergaya sehingga menimbulkan kesesakan, kesempitan dan kesusahan dari segi kewangan. Pilihlah gaya yang sederhana tetapi penampilannya masih OK. Yang penting tak kena KO gara-gara terlalu bergaya.
Sesungguhnya, tak ada gaya tetapi poket sentiasa tebal lebih baik daripada bergaya betul tapi poket bocor! Pendek kata, kita amalkanlah hidup bergaya sesuai dengan kedudukan kewangan kita.

Sunday, November 30, 2014
Buatlah sampai berjaya
Apakah anda mudah berputus asa? Gagal sekali dah angkat bendera putih? Tak mahu mencuba untuk kedua kali? Kenapa tak mencuba lagi? Taku kecewa lagi? Takut gagal lagi? Sebenarnya didalam hidup ini kalau kita mahukan kejayaan kegagalan dan kekecewaan adalah sebahagian daripada proses untuk mendapatkan kejayaan. Seperti kalau kita mahu menikmati durian, kulitnya yang berduri kita tak perdulikan. Buka kulitnya barulah kita dapat menikmati kesedapan dan keenakan isi durian. Kalau terluka dari semasa membukanya, jangan putus asa cuba lagi dan cuba lagi sehinggalah Berjaya. Jangan mudah berputus asa nanti gagal menikmatinya.
Jadi, didalam hidup ini apa saja kita buat samada didalam bidang pelajaran atau menceburi dunia perniagaan kita mesti ada semangat berjuang sampai Berjaya. Jangan alang-alang didalam melakukan sesuatu yang baik. Ketabahan dan kerajinan didalam memperjuangkan sesuatu yang baik pasti akan menghasilkan kejayaan. Yang penting ialah jangan sekali-kali mudah berputus asa apabila mengalami kegagalan.
Kegagalan itu tidak berpanjangan tetapi kejayaan pasti dicapai jika berbekalkan kepada semangat yang tinggi untuk Berjaya. Jestru itu kalau mahu melakukan sesuatu untuk memajukan diri dan untuk tujuan bagi mengubah kehidupan yang lebih baik BUATLAH SAMPAI BERJAYA.
Selagi kejayaan itu belum berada didalam genggaman anda, janganlah berhenti. Teruskan usaha dan ubah teknik yang tak membawa hasil yangbaik. Cuba teknik yang baru yang mungkin boleh mendatangkan kejayaan. Jangan takut dan malu mencuba cara yang baru demi mengejar kejayaan dan kemajuan. BUATLAH SAMAPAI BERJAYA!
Wednesday, October 1, 2014
Besar atau Kecil? Yang penting mem....
Manusia memang selalu suka buat perkara atau acara yang besar-besar. Kenapa? Cari namakah? Gilakan pujiankah? Biasalah manusia memang suka dipuji dan diangkat-angkat meskipun tak seberapa. Pendek kata, kita selaku manusia suka sangat main besar-besar. Kalau boleh semua pun mahukan yang besar-besar. Kereta besar, rumah besar, gaji besar, harta besar dan sebagainya. Tapi kalau hal yang melibatkan Tuhan dan agama macam kita suka pula main kecil-kecil. Misalnya hal sembayang, main kecil saja. Berapa lama kebiasaan kita berdoa kepada Tuhan? 1 minit? 5 minit? Kita tak suka main besar didalam hal berdoa. Berdoa lebih daripada 20 minit sudah dianggap berat. Demikian juga didalam hal membantu orang lain ang memerlukan bantuan. Berapa derma yang kita biasa berikan kepada orang yang mendapat kesusahan seperti kematian orang yang tersayang? Derma biasanya antara RM5-M10. Kenapa main kecil-kecil saja? Kenapa tak main besar seperti memberi derma RM10 keatas misalnya RM20 atau RM50 atau seratus ringgit.
Membantu orang lain dengan iklas dan dengan derma yang lumayan membawa bukan saja kelegaan di pihak si penerima tetapi ianya mendatangkan "rezeki dan berkat" kepada penderma. Kerana orang yang dermawan pasti diberkati oleh Tuhan yang Maha Esa. Jestru itu, kita biasakanlah diri bermain besar didalam hal-hal yang melibatkan memberi kebajikan kepada orang lain dan berdoa kepada Tuhan. Janganlah asyik main kecil-kecil saja. Kerana pemberian yang sedikit mendatangkan "rezeki dan berkat" yang sedikit juga. Jadi, kalau kita mempunyai kemampuan untuk memberi yang lebih banyak kerana kita mempunyai kemampuan, maka berilah besar sikit. Dan kalau kita mempunyai sedikit, maka berilah sesuai dengan kemampuan dan kedudukan kewangan peribadi. Didalam keadaan sedemikian, kecil pun tak apa, yang penting didalam kesempitan pun kita berjasa. Jangan malu memberi kecil kerana kemampuannya kecil kerana pemberian yang kecil pun boleh membawa keceriaan dan senyuman kepada penerimanya.
Saturday, August 30, 2014
Tips berniaga
1.Berniagalah dengan iklas dan jujur.
2.Perhatikan kebajikan pekerja dengan baik. Beri mereka gaji yang adil dan memadai.
3.Jangan main "kotor" didalam perniagaan.
4.Dapatkan lesen perniagaan secara bermoral.
5.Jangan elakkan cukai dan EPF.
6.Keuntungan itu rahsia didalam perniagaan.
7.Jangan terlalu mementingkan keuntungan.
8.Jangan lupa menggunakan keuntungan untuk melakukan kebaikan & kebajikan kepada sesame.
9.Jagalah hati para pelanggan dan pembeli dengan baik.
10.Jangan lupa Tuhan;Bersyukurlah dan bertakwalah kepada-Nya.

Monday, August 18, 2014
Tuai apa yang ditanam, betul atau salah?
Ungkapan yang berbunyi:"Tuai apa yang ditanam." Kata-kata ini memang banyak kebenarannya. Kerana biasanya kita dapat apa yang kita tanam. Misalnya menanam biji rambutan. Pasti apa yang tumbuh adalah pokok rambutan bukan mangga. Walau bagaimana pun samada buahnya manis atau asam bergantung kepada jenis dan baka biji yang ditanam. Kalau biji itu daripada baka yang manis dan baik, maka buahnya adalah sedemikian juga. Tapi didalam masa yang sama adakalanya kita tidak mendapat apa-apa sesuai dengan apa yang diharapakan. Misalnya kita tidak mendapat apa-apa hasil daripada tanaman kita. Kerana ianya tidak tumbuh atau tidak berbuah atau kerana sebelum kita sempat memetik buah-buahnya kerana diambil orang tanpa kebenaran. (Dicurilah bah tuu!). Rugi kan.....
Selain daripada itu, kualiti dan mutu buah berkenan juga bergantung kepada beberapa factor yang lain seperti jenis tanah, keadaan cuaca dan penjagaan dan pemeliharaan semasa ianya sedang tumbuh. Jestru itu, kita dapat simpulkan bahawa kita tidak semestinya menuai apa yang kita tanam terutama sekali didalam kontex dan bidang pendidikan dan pembentukan anak-anak.
Ibubapa biasanya mencuba sedaya-upaya untuk mendidik anak-anak mereka dengan baik supaya anak-anak mereka manjadi manusia yang baik, berpendidikan, berdisiplin, berguna dan beriman. Tetapi adakalanya apa yang diharapan tidak menjadi kerana anak-anak berkenaan tidak begitu menghargai didikan dan asuhan ibubapa. Ini menyebabkan mereka bukan pula menjadi anak-anak yang bersifat baik tetapi menjadi "anak-anak nakal."
Maka dengan itu, ungkapan yang menyatakan bahawa kita "Tuai apa yang ditanam," tak semestinya selalu tepat dan benar. Kerana "kepincangan" boleh terjadi pada bila-bila masa mengikut keadaan dan mengikut sifat dan tahap penerimaan anak-anak berkenaan. Dan ini adalah diluar kawalan kita. Apakan
Jadi, bagaimana sifat mereka menerima, mendalami dan menghayati pendidikan yang diberikan oleh ibubapa adalah bergantung kepada sifat penerimaan, keterbukaan, dan kerjasama mereka. Keiklasan dan kejujuran mereka dan tanpa memakai apa-apa topeng kepura-puraan, kepalsuan, penipuaan, kejahatan dan ketidak-jujuran. Sifat mereka yang baik dan positif adalah penentu utama samada hasil pendidikan itu baik atau pun tidak.
Selain daripada itu, adakalanya kita mendapat diluar jangkaan kita kerana hasilnya lebih baik daripada yang kita harapan. Misalnya anak yang tak begitu bijak didalam pelajaran tetapi menjadi seorang mekanik atau petani yang Berjaya dan Bergaya.@ kaya.
Jadi, ungkapan bahawa kita "Tuai apa yang ditanam" tak semestinya selalu betul. Adakalanya ianya berlaku disebaliknnya. Mungkin buruk, atau baik atau lebih baik dan mungkin lebih menakjubkan!
Akhir sekali, janganlah merasa kecewa dan marah seandainya apa yang kita harapan kita tak dapat. Apa yang penting ialah kita telah berusaha. Bersabarlah dan cuba lagi. Kalau hari ini, hasilnya tak baik, cuba lagi dan cuba lagi sehinggalah mendapat hasil yang baik dan lumayan. Jangan mudah berputus asa. Teruskan perjuangan sehingga Berjaya. Bah! Selamat Mencuba. Semoga Berjaya.
Saturday, August 16, 2014
Pedoman untuk Suami dan isteri
1. Hai suami, Janganlah memperlakukan isteri mu sebagai "amah". Ingatlah bahawa Kerja-kerja didalam rumah adalah tanggungjawap bersama. Ini adalah penting supaya tidak ada pihak yang merasa keberatan dan dibebani didalam perkahwinan.
2. Bah....suami Janganlah malu-malu bersifat "romantic" kepada isteri. Kemesraan dan keromantikan didalam perkahwinan mestilah sentiasa diamalkan sepanjang hidup selaku pasangan suami-isteri.
3. Janganlah bersifat kasar kepada isteri/suami.
4.Hai isteri, Janganlah memperlakukan suami mu sebagai "bodyguard dan handyman".
5.Jagalah kesehatan badan bersama.
6. Bersolek tuu OK bah. Tapi, jangan berlebih-lebihan"lah...
7.Wang pendapatan adalah milik bersama sebagai satu keluarga. Jangan bersifat "kedekut dan luki" bila berbelanja demi keperluan keluarga.
8.Jangan lupa berdoa bersama.
9.Hai isteri, janganlah terlalu membebel kepada suami.....cakap palan-palan bah...
10. Kuatkan dan mantap cintakasih bersama melalui perkataan, fikiran dan perbuatan.
11.Cintai dan sayangilah pasanganmu SE-ADA-NYA.
12. Sentiasa elakkan pergaduhan dan utamakan kebahagian bersama.
13.Buanglah tabiat dan sifat yang buruk demi kebaikan dan kebahagian bersama dan keluarga.
14.Apa lagi yaaa......Bah fikir-fikirlah........banyak lagi tuu....
Bah....fikir-fikirlah dan renung-renunglah pedoman yang dikatakan diatas semoga ianya membawa kesan yang baik didalam kehidupan kamu.
Friday, July 18, 2014
Pandai-pandailah ......
Memang tidak dapat kita sangkal atau naftikan bahawa perbelanjaan sara hidup dah naik. Semuanya Bukan macam dulu. Murah dan kenyang.Dulu pergi sekolah dengan wang saku 20 sen pun dah memadai. Tapi kini RM2.00 pun tak cukup kerana harga makanan dan minuman dah melambung tinggi. Mahal-mahallah barang sekarang. Walau bagaiman pun ada juga harganya tetap macam dulu cuma kuantiti atau sais menjadi menjadi kurang atau kecil. Kuih tetap harganya 20 sen tapi saisnya macam duit 20 sen juga! Dulu kalau pergi makan di kedai atau di pasar, minuman air biasa atau teh adalah free. Kini ianya ada harga.-50 sen satu gelas! Kalau dulu minta tambah cili pun free. Kini ada harga. Tidak ada free sekarang. Boleh dikira semua barang-barang sekarang adalah mahal atau terlampau mahal.
Dulu makan RM3-5, cukup. Boleh kenyang. Kini makanan RM10.00 belum tau kenyang kah tidak. Jadi, apa yang perlu kita buat........Minta naik gaji? Mustahil berkesan! Boikot tempat-tempat perniagaan yang mengenakan harga yang mahal? Tak berkesanlah! Jadi, apa yang kita boleh buat secari peribadi?
Saya fikir langkah yang mudah dan berkesan ialah mengubah sikap dan cara kita berbelanja. Misalanya pasal makan.Kurangkanlah tabiat pergi makan di kedai makan. Mahal bah tuu. Jadi bawalah "tapau" atau bekal makanan ke tempat kerja. Jimatkan.
Hal minuman? Biasakan diri meminum "air kosong" saja. Dan bawa air bila pergi kemana-mana. Jadi tak payah membeli minuman didalamtin atau botol. Jimat dan mudah diamalkan.
Kalau dikawasan rumah ada sedikit tanah kosong. Cuba usahakan dengan menanam perbagai jenis sayuran daun. Dengan ini dapat menjimatkan kos perbelanjaan membeli sayur-sayuran.
Jadi, didalam masa "barang naik dan mahal" ini . pandai-pandailah sesuaikan perbelanjaan dan ubahlah cara berbelanja. Belajarlah membeli apa yang benar-benar diperlukan dan bukan mengikut "sedap mulut." Maka dengan cara ini kita bukan saja dapat berjimat malah merasa lega dan tak begitu merasa beban gara-gara barang naik. Jadi, pandai-pandailah kita mengurus dan mengawal perbelanjaan kita masing-masing. Pendek kata, berbelanjalah sesuai dengna pendapatan anda. Jangan berbelanja melebihi pendapatan nanti hutang dan beban hidup mu adkan bertambah. Bijak berbelanja. Aman kehidupan!
Sunday, July 13, 2014
Bagaimana berjimat supaya dapat menyimpan wang lebih banyak
Menyimpang atau menabung wang adalah sangat penting didalam hidup kita. Kerana kegagalan untuk menyimpan wang boleh menyebabkan masalah yang lebih besar dimasa akan datang terutama sekali disaat-saat kita memerlukan wang. Sebab itu berjimat-jimat dengan tujuan untuk menyimpan lebih banyak wang. Berikut adalah beberapa caranya berjimat supaya dapat menabung lebih banyak wang.
1.Jangan boros atau terlalu berbelanja.
2.Beli apa yang penting dan diperlukan seperti makanan dan pakaian.
3.Bukalah "Kebun Hijau." Tanamalah beberapa jenis sayuran dan lain-lain tumbuhan yang mudah ditanam dan dijaga seperti sayur, lada dan sebagainya.
4.Makan masakan dirumah. Kurangkan makan dikedai atau restaurant.
5.Jangan terlalu bergaya dengan memakai pakaian-pakaian yang berjenama dan mahal.
6.Amalkan kesederhanaan didalam segala hal termasuklah dari segi pakaian.
7.Dapat gaji atau bila dapat wang, simpanlah dibank dahulu. Bila diperlukan baru ambillah sesuai dengan keperluan.
8.Jangan berjudi dan jangan gila beli loteri atau nombor.
9.Bayar secara tunai;Elakkan berbutang dan kasi hutang.
10.Jangan belanja orang berlebih-lebihan.
11.Jangan minum minuman yang mahal-mahal. Lebih minum air kosong!
12.Berbelanjalah sesuai dengan pendapatan.
Jadi .....pandai-pandailah menjaga dan mengurus kewangan peribadi kita masing-masing supaya kita dapat menyimpang wang lebih banyak untuk keperluan dimasa akan datang. Ingatlah bahawa kecuaian dan kegagalan mengawal perbelanjaan kewangan boleh menyebabkan kesusahan yang besar dimasa akan datang. Sebab itu, berjimat-jimatlah supaya dapat menabung wang lebih banyak demi kestabilan dan kekukuhan kewangan kita dimasa akan datang. Pendek kata, MENABUNGLAH WANG DEMI KEBAIKAN DIMASA AKAN DATANG.

Thursday, July 3, 2014
Perlu lagi kah?
Satu perkara yang pasti terjadi didalam hidup kita sebagai manusia ialah kita akan pergi suatu masa nanti. Meskipun kita tidak tahu dan tidak dapat meramal bila kita akan keluar selama-lama daripada bumi ini tetapi perkara ini pasti akan terjadi.
Yaaa...........suatu hari nanti kau dan saya dan kita semua akan mati. Jadi, kalau beginilah yang akan terjadi didalam hidup kita, Perlu lagi lagi kah kita bertungkus-lumus untuk berkerja untuk mendapatkan lebih banyak wang dan mengumpul lebih banyak harta? Perlukah semua ini?
Perlu lagi kah kita membesarkan atau mengubah-suai rumah kita yang sudah besar dan cantik? Kerana bila kita mati, rumah kita tinggalkan.
Perlu lagi kah kita membeli dan menyimpan perbagai jenis barang dan harta semasa hidup didunia ini sedangkan bila kita mati semua barang-barang yang kita beli dan simpang tak satu pun kita bawa mati?
Perlu lagi kah kita membeli dan memiliki banyak kereta, pakaian, computer, Handphone dan lain-lain barang? Kerana semua ini akan kita lepaskan begitu saja apabila mati. Bila difikirkan secara mendalam MACAM TIDAK PERLU. Tetapi secara logik dan waras, kita perlu juga secara sikit-sikit tapi janganlah terlalu berlebih-lebihan sehingga membazir dan merugikan diri sendiri.
Ini bererti adalah lebih baik kita memilih cara hidup yang sederhana namun memiliki keperluan asas didalam hidup yang mencukupi seperti makanan, pakaian dan rumah tetapi tidak berlebih-lebihan. Kalau ada banyak lebih lebih baik didermakan atau diberikan kepada orang-orang yang kekurangan atau miskin. Dengan cara ini, kita bukan saja membawa berkat didalam hidup sendiri tetapi juga membawa kebaikan kepada orang yang lain yang memerlukan bantuan. Jadi, jangan simpan atau kumpul terlalu banyak harta didalam kehidupan. Pandai-pandailah memberi atau membagi-bagi kepada orang yang memerlukan. Pendek kata, simpan yang diperlukan dan yang tak diperlukan dermakanlah kepada orang lain.
Monday, May 12, 2014
Bangga atau sombong
Sifat berbangga dengan kejayaan atau kemajuan yang dicapai adalah satu sifat yang normal dan biasa. Bila kita berbangga dengan hasil titik peluh kita sendiri, ini mendatangkan satu kepuasan didalam diri sendiri. Dan sekaligus meningkatkan keyakinan pada kemampuan untuk melakukan sesuatu yang lebih mencabar. Tapi.......kita mestilah menjaga sifat ini supaya tidak terlalu berbangga sehingga kita menjadi orang yang sombong dan bongkak. Ingatlah kejayaan atau kemajuan yang kita capai janganlah sampai membuat kita tinggi hidung kerana sifat seperti ini akan merugikan diri sendiri dan boleh mendatangkan kesan yang tidak baik kepada diri sendiri. Ia kan memakan diri sendiri. Misalnya orang mungkin akan membenci kita dan memulaukan kita. Malah mungkin tidak berkawan dengan kita lagi. Sebab itu, bila kita mendapat kejayaan atau kemajuan kita mestilah tetap bersifat humble atau rendah hati. Dan membuat kita lebih baik kepada semua orang terutama sekali yang berada disekeliling kita yang memerlukan bantuan. Pendek kata, jadilah orang yang berbakti kepada sesame manusia dan janganlah menjadi orang sombong!
Sunday, April 27, 2014
Jangan susah-susah bah!
Apakah anda terlalu sibuk dengan perbagai perkara atau projek? Apakah kesibukan anda setiap hari? Apakah ianya banyak kaitan dengan hal mencari lebih banyak wang? Ada kena mengena dengan hal mahu menjadi kaya? Apakah inilah yang menjadi kesibukan anda sehingga kurang masa untuk bersukan sehingga badan menjadi macam "ikan buntal". Atau sehingga tidak ada masa yang lama untuk bersama-sama dengan orang yang tersayang isteri atau suami; Atau bersuka-ria bersama-sama dengan anak-anak sendiri? Bah......jangan susah-susah bah! Relax aje bah....luangkan masa bersama dengan orang yang tersayang dan dengan anak-anak dan jangan lupa jaga badan lah! Buat apa kalau akhirnya anda Berjaya mencapai yang anda cita-citakan tetapi terlantar di hospital nanti gara-gara tidak jaga kesihatan badan dengan baik. Atau Berjaya bergelar "orang kaya" tetapi anak-anak anda sendiri tidak mesra dan rapat dengan anda. Dihari-hari tua anda kesepian dan kesunyian kerana tak menjaga hati orang yang menyayangi anda dahulu. Kini anda mungkin menerima kesan perbuatan anda dimasa yang lalu. Maka dengan itu, jangan terlalu menempuhkan perhatian kepada kekayaan duniawi sehingga isteri/suami dan anak-anak dipinggirkan atau dilupakan. Ingatlah, kekayaan duniawi mungkin membawa keselesaan dan keseronokan didalam hidup semasa didalam dunia ini. Tetapi ianya tidak membawa kebahagian abadi diakhirat nanti. Sebab itu, jangan terlalu ghairah mencari hal-hal duniawi tetapi carilah hal-hal yang berunsur Surgawi.
PENDEK KATA, JANGAN SUSAH-SUSAH BAH PASAL HAL DUNIAWI LEBIH BAIK BERSUSAH-PAYAH PASAL HAL SURGAWI.
PENDEK KATA, JANGAN SUSAH-SUSAH BAH PASAL HAL DUNIAWI LEBIH BAIK BERSUSAH-PAYAH PASAL HAL SURGAWI.
Wednesday, March 5, 2014
Petua Bisnes @ Berniaga
Apakah anda mahu memulakan bisnes atau perniagaan? Besar atau kecil tak kisahlah. Yang penting buat bisnes untuk menambah pendapatan. Bah! Kalau mahu main bisnes mestilah tahu sekurang-kurang beberapa kunci atau teknik berniaga supaya dapat menikmati kejayaan atau keuntungan. Berikut adalah panduan asas untuk berniaga:
1.Modal wang yang mencukupi. Kalau tak cukup boleh pinjam dari bank mengikut kemampuan untuk membayar balik. Jangan pinjam terlalu banyaklah....nanti susah mau bayar. Ambil sikit-sikit dulu. Dah bisnes maju atau pinjiman dah habis dibayar bolehlah pinjam lagi dengan jumlah yang lebih besar. Mau kasi besar bisnes memang begitulah....Tapi yang paling bagus tak berhutang. Tak payah pinjam wang dari bank. Jadi, kumpul-kumpul dulu. Dah cukup modal barulah buka bisnes secara sederhana dulu.
2.Pendapatan seharian hasil jualan barang-barang yang dijual, simpan didalam bank setiap hari. Jangan simpan didalam dompet nanti sekejap saja dah "hilang" kerana kena pakai untuk hal yang lain.
3.Bayar secara tunai dan jual secara tunai. Ini lebih selamat dan tidak memeningkan kepala. Main hutang atau kasi hutang bikin sakit kepala dan bikin sakit hati juga. Lebih baik main tunai.
4.Modal perniagaan mestilah dijaga dan dikekalkan. Dan keuntungan pula disimpan dengan baik. Tak bijak kalau baru untung sikit-sikit dah berpesta.
5.Kalau ada ambil pinjiman dari bank, bayarlah dengan tepat masa. Jangan tangguh-tangguh membayar. Bayar sesuai dengan perjanjian dengan pihak bank. Jangan juga lambat membayar nanti kena bayar "bunga" lebih.
6.Jaga hati pelanggan tetap dan pandai-pandailah "memikat hati pelanggan. Misalnya kalau ada pelanggan dating membeli, cakaplah dengan baik dan diiringi dengan senyuman yang manis...
7.Jangan marah atau bersifat kasar kepada pelanggan/pembeli.
Bah demikianlah serba sedikit petua untuk berniaga. Semoga petua-petua ini membawa kebaikan kepada anda. Ok. Selamat berniaga dengan baik. Semoga mendapat kejayaan dan kemajuan.

Subscribe to:
Posts (Atom)