Tuesday, October 9, 2007

Pedoman memilih pasangan hidup(suami/isteri)


Thursday, September 20, 2007

Jatuh cinta adalah satu pengalaman yang paling manis sekali. Perasaan sungguh-sungguh mengasyikan dan boleh menyebabkan seseorang melakukan apa saja demi mendapatkan orang yang dikasihinya. Namun didalam hal memilih pasangan hiudp untuk dijadikan isteri atau suami, kita mestilah jangan terlalu mengikut perasaan sehingga terburu-buru untuk mendirikan rumahtangga. Sebab itu kita mestilah bersikap rasional didalam hal ini. Kita mesti membuat pernilaian dan berfikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Jadi sebagai panduan am didalam hal ini, berikut adalah beberapa cadangan atau perkara yang perlu diambil-kira sebelum berkahwin. Bakal isteri atau suami anda sebaiknya memiliki ciri-ciri berikut:
1.Percaya kepada Tuhan: Dia bukan sekadar mempercayai Tuhan dimulut sahaja tetapi taat dan aktif didalam menghidupi ajaran-ajaran agama yang dia anuti. Dan ia rajin berdoa dan sentiasa menjauhkan apa juga jenis kejahatan, keganasan dan kejahilan.
2.Mempunyai pekerjaan: Apa jenis kerja tidak menjadi persoalan asalkan kerjanya halal atau baik. Kerana kalau ia tidak mempunyai pekerjaan ini besar kemungkinan ia adalah seorang pemalas.
3.Mencintai mu seperti seadanya: cinta yang suci dan iklas adalah orang yang dapat mencintai dirimu seperti seadanya. Ini bererti cintanya kepadamu bukan bergantung kepada seseutu yang anda miliki seperti kecantikan, kedudukan, kekayaan dan sebagainya. Ia mencintaimu tanpa apa-apa syarat dan inilah cintai sejati!
4.Sabar: Kesabaran didalam hidup adalah sangat penting seklai. Jika kekasih anda tidak memiliki sifat ini akibatnya anda aka nsentiasa dimarahi dan ditengkingnya apabila ada daha mendirikan rumah tangga. Ini pasti menghancurkan segala kebahagian didalam perkahwinan yang ingin anda kecapi.
5.Bukan Kaki botol dan Tahi Judi: Sekiranya kekasih anda menunjukkan dua perkara yang negatif ini lebih baik anda mengundurkan diri sebelum terlambat.
6.Penyayang dan pengampun: Dua sifat ini adalah penting sekali demi menjamin kebahagaian didalam perkahwinan yang berpanjangan. Kekasih yang mempunyai sifat yang mulia ini memang pantas hidup bersamamu selama-lamanya.
7.Suka berjenaka: Kekasih yang suka berjenaka atau pandai berjenaka menyebabkan hidup tidak diselebungi dengan ketegangan dan kesedihan. Tetapi sebaliknya dihiasi dengan wajah yang ceria dan gelak-ketawa.
8. Pemberi semangat dan pujian: Didalam hidup yang serba mencabar ini, anda perlukan dorongan, galakan dan sokongan terutama sekali daripada orang yang anda sayangi dan dari orang yang menyayangimu. Jadi, sifat ini sebaiknya dimiliki daripada bakal orang yang akan hidup dam semati denganmu.
Semoga pedoman ini dapat membantu anda didalam hal memilih pasangan hidup untuk dijadikan isteri atau suami. Semoga panduan ini, membawa kebahagian dan kebahagian kepadamu.

No comments: