Showing posts with label percaya. Show all posts
Showing posts with label percaya. Show all posts

Monday, September 15, 2008

Beriman, percaya dan jahat.


Kebanyakan orang menyatakankan bahawa mereka percaya kepada Tuhan. Ini memanglah tidak dapat kita nafikan. Masalahnya, banyak orang yang tidak mempraktis atau menghidupi agama yang mereka anuti. Pengajaran agama, mereka tidak ikut sepenuh hati. Realiti ini atau perkara ini membawa kita berfikir bahawa kita boleh mengkategorikan manusia yang percaya kepada Tuhan kepada tiga kumpulan: Beriman, Percaya dan Jahat.



1) Beriman: Ini adalah orang-orang yang rajin dan sungguh-sungguh percaya kepada Tuhan dan sentiasa berusaha menghidupi apa yang diajar oleh agama yang ikutinya. Sebab itu, mereka sentiasa bersifat baik, rajin berdoa, menjauhkan kejahatan, iklas dan jujur. Mereka juga suka membantu orang-orang yang susah dan miskin. Mereka juga peramah dan tidak sombong, boleh diharap dan dipercayai; sabar, tidak pemarah, pengampun, tidak tamak, perhatin, dermawan, Tidak menipu dan beretika/bermoral didalam apa juga mereka lakukan didalam kehidupan mereka. Malah mereka sanggup berkorban demi kebaikan dan kepentingan orang lain. Mereka juga rajin pergi ke Gereja atau Rumah Ibadat untuk bersembayang disana bersama-sama dengan umat yang lain. Semunya dilakukan demi kemuliaan Tuhan dan bukan untuk kepentingan diri sendiri. Walau bagaimana pun, mereka yang berada didalam kategori ini haruslah terus berusaha memelihara dan mempertahankan cara kehidupan mereka yang baik ini. Kalau tidak, mereka mungkin akan terjatuh dan menjadi orang yang kurang baik. Sebab itu, ketaatan dan kecekalan hati utuk berdoa adalah penting sekali agar cara kehidupan mereka ini dapat dipertahankan dengan baik.



2) Percaya: Ini agdalah golongan orang yang percaya kepada Tuhan tetapi tidak mengikuti pengajaran agama yang mereka ikuti sepenuh hati. Boleh dikatakan 50/50. Itulah sebabnya orang yang berada didalam kategori ini jarang sekali berdoa, kadang-kadang melakukan kejahatan juga tetapi tidaklah terlalu teruk. Misalnya mereka melakukan kejahatan secara kecil-kecilan seperti mencuri kertas ditandas awam/pejabat dan dibawa pulang, mencuri duit secara kecil-kecilan; malas ke Gereja atau Rumah Ibadat, jarang-jarang berdoa, tidak begitu sabar, agak pemarah, dan kadang-kadang berbohong dan ada masanya tak begitu jujur dan iklas didalam menjalankan tugas. Ini adalah beberapa sifat orang yang berada didalam kategori ini. Golongan ini, bertobat bukanlah masalah besar. Bagi mereka bertobat adalah agak mudah jika mereka mahu berubah kepada kehidupan yang lebih baik. Tetapi, jika mereka terlalu sayang dengan cara kehidupan mereka ini maka, mereka akan terus berada didalam kategori ini sampai selama-lamanya.



3) Jahat: Ini adalah orang-orang yang ada tanda-tanda kepercayaan kepada Tuhan tetapi malas sekali memparktis apa yang mereka percayai. Jadi, tak hairanlah kalau mereka malas berdoa dan "takut melakukan kebaikan" tetapi dengan berani melakuakan kejahatan demi kepentingan diri sendiri. Misalnya menipu orang untuk mendapatkan keuntungan diri sendiri; pembohong, melakukan maksiat dan kejahatan. Mereka ini masih ada harapan untuk bertobat jika mereka berkerja keras untuk mengubah cara kehidupan mereka kepada yang lebih baik. Kerana mereka belum lagi jatuh kedalam kategori "setan atau Iblis." Jadi, masih ada harapan untuk bertobat dan kembali kepada Tuhan. Kalau mereka mahu bertobat, mereka boleh melakukannya tetapi harus berusaha keras untuk mencapainya dan memohon bantuan daripada orang lain agar mereka tabah didalam perjalanan mereka untuk menjadi manusia yang lebih baik.


Sekarang, marilah bertanya kepada diri kita masing-masing:"Saya ini berada dimana? Beriman? Percaya? Aatau Jahat? Jawapannya ditangan kita sendiri. Dimana juga kategori kita, pandai-pandailah kita mengurus diri agar lebih diberkati Tuhan dan beroleh kebahagian yang sejati apabila kita kembali kepada PENCIPTA kita. Amin.


Tuesday, April 8, 2008

Yang pasti didalam hidup ini.


Baru-baru ini pada hari Isnin yang lalu(24.3.08) saya memandu kereta menuju ke Keningau dan pada hari esok saya merancang akan meneruskan perjalanan ke Tenom. Entah kenapa, tiba-tiba saja timbul keinginanku untuk melawat seorang kenalan yang telah ku kunjungi beberapa kali di bulan Januari dan Februari 2008 di Hospital Keningau. Lalu apabila sampai di Bulatan Toboh Baru, saya langsung membelok ke kanan- masuk ke kawasan Hospital Keningau.
Saya naik ke tingkat satu dan dapati ada beberpa orang sudah berada disamping katil kawan saya ini. Dia didalam keadaan kritikal sekali, nafasnya tak begitu stabil dan suaranya tak begitu jelas. Susah difahami apa yang dituturkanya. Airmataku hampir menitik dan hanya mampu melihat....dan berdoa. Kulafaskan kata-kata perangsang, "Bah... Kuatkan hatimu pada Tuhan." Dan dia menjawab,"Ya..."
Pada hari Rabu...petang ketika ku berada di Airport Antarabangsa Kota Kinabalu Terminal 2, saya menerima SMS dari seseorang yang menyatakan bahawa dia sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pada jam 5.30 pm. Kesedihan menyelubungi seluruh diriku namun saya harus meneruskan perjalanan dengan hati yang berat. Tetapi tanpa menyesali apa-apa kerana tidak dapat menghadiri upacara pengkebumiannya kerana saya sudah melihatnya beberapa kali sebelum itu.
Semasa berasa diruangan angkasa saya terus merenung hal ini. Seseungguhnya peristiwa ini mengingatkan saya bahawa segala-gala didalam hidup ini tidak ada yang pasti! Wang, harta, perkerjaan, kereta, rumah, kawan, komputer, kereta, handphone, dan sebagainya. Semuanya akan ditinggalkan suatu hari ini iaitu apabila kita kembali kepada tanah.
Inilah kenyataan atau realiti kehidupan yang PASTI akan terjadi. Yaa.....inilah yang pasti didalam hidup ini: Saya akan mati, anda akan mati, dia pun akan mati dan mereka juga akan mati. Pendek kata, kita semua akan meninggalkan dunia ini. Jestu itu, marilah kita bersedia untuk menghadapi "Hari kematian" kita dengan baik. Bagaimana? Soalan ini memang sukar untuk dijawap secara memuaskankan tetapi saya percaya secara am, persiapan yang paling baik ialah percaya dan menyembah Tuhan Allah dengan sepenuh hati dan mengikuti segala pengajara-Nya; Disamping menjauhkan apa juga jenis kejahataan dan dosa; dan tanpa bosan melakukan kebaikan dan berbakti kepada sesama manusia dan rajin berdoa serta beribadat kepada Dia Yang Maha Pencipta adalah persiapan yang baik. Sebab itu marilah kita menjadi "Orang beriman yang mulia dan saleh." Semoga kita semua diberkati dan dirahmati oleh Tuhan yang Maha Esa. Amin.

Tuesday, October 23, 2007

Percaya kepada Tuhan

Anda percaya atau tidak pada kewujudan Tuhan? Inilah yang menjadi persoalan setengah-tengah orang. Mereka ragu-ragu dengan kewujudan Tuhan kerana melihat banyak kejahatan dan kekejaman yang berlaku didunia ini. Mereka menyatakan bahawa jika ada Tuhan Dia sepatutnya menghapuskan segala kejahatan dan kekejaman yang berleluasan dimana-mana. Mereka mempersalahkan Tuhan. Tetapi, adakah Tuhan menyuruh sesama manusia untuk melakukan kejahatan dan kekejaman? Bukankah perintah Tuhan yang utama ialah mencintai sesama manusia dan termasuklah musuh-musuh kita? Aneh juga, samaada mereka sedar atau tidak dengan menyatakan bahawa Tuhan sepatutnya menghapuskan segala jenis kejahatan dan kekejaman yang terdapat didunia ini, sebenarnya menunjukkan bahawa mereka mengakui kewujudan Tuhan.

Sebenarnya, jika kita kaji dan selediki sepenuhnya, kejahatan dan kekejaman yang terdapat didalam dunia adalah hasil daripada perbuatan manusia sendiri. Biasanya perkara ini terjadi disebabkan oleh sikap yang mementingkan diri sendiri. Sikap ini membuat manusia menjadi luki dan tamat dan kurang cintakasih dan tidak ada sifat perikemanusiaan. Maka, wujudlah pergaduah, pertengkaran dan peperangan. Semuanya gara-gara sifat manusia yang terlalu mementingkan kepentingan diri sendiri.
Kalaulah manusia membuang sikap yang tamak, sudah tentu mereka akan saling bantu membantu dan saling memperhatian keperluan sesama. Dengan ini cintakasih menjadi pegangan mereka dan perpaduan serta perdamaian menjadi teras kehidupan mereka. Dan ini membuat segala pergaduhan, pertengkaran dan peperangan dapat dielakan dan dihentikan.

Sesungguhnya, Tuhan itu wujud dan kita tidak perlu bersikap bodoh dengan menyanggkal kewujudan-Nya. Kerana Tuhan adalah pencipta an pemberi kehidupan kepada kita. Sebab itu, marilah mengakui kewujudan Tuhan dan seterusnya menyembahnya an mengikuti segala pengajaran-Nya agar kita mendapat keselamatan kebahagian sejati.

Sesungguhnya, lebih baik percaya kepada Tuhan. Ini adalah pilihan yang bijak dan yang paling terbaik. Kerana suatu hari nanti kita akan meninggalkan dunia dan bersemadi ditanah perkuburan. siapakah yang akan kita jumpa diakhir hidup kita? Bukankah Dia yang mencipta dan memberi kita kehidupan? Dialah yang akan menghakimi kita. Sebab itu, marilah dengan rendah hati mengakui kewujudan Tuhan dan menyembahnya sepenuh hati kita. Amin.