Friday, February 13, 2009

Hari Valentine

Baru-baru ini ada orang bertanya kepadaku," Bolehkah merayakan Valentine Day"? Boleh bah! Tidak salah merayakannya. Sebenarnya, mengikut cerita si Valentine nii kerana cintanya yang begitu besar dan mendalam dia sanggup berkorban dan dihukum demi cintanya kepada kekasihnya. Begitulah keagungan dan kesucian cintanya kepada kekasihnya. Tapi, harus diingatkan bahawa dia sanggup bertindak demikian kerana ia mencintai kekasihnya didalam nama Tuhan.
Pada masa kini, Valentine Day dirayakan bukan saja untuk mengingatkan kita semua betapa pentingnya mencintai orang yang benar-benar kita kasihi, tetapi kita juga diingatkan untuk mencintai sesama manusia dan yang paling penting ialah mencintai Tuhan yang Maha Esa. Jadi, Valentine Day bukanlah semata-mata untuk orang yang sedang "berkasih-kasih" sahaja. Ia sebenarnya untuk semua orang bagi mengingatkan kita betapa pentingnya MENCINTAI TUHAN DAN SESAMA INSAN!
Jadi, Valentine adalah contoh atau modal bagi kita semua didalam hal mencintai Tuhan dan sesama manusia. Ini bererti cinta kita kepada Tuhan haruslah suci dan sepenuh hati. Demikian juga kepada kekasih atau suami/ isteri atau anak-anak atau kepada sesama manusia. Itulah sebabnya didalam hal bercinta, cinta harus satu dengan satu. Jangan main "kayu tiga" atau tidak tidak setia kepada pasangan anda; Dan didalam hal perkahwinan, kesetiaan kepada suami/isteri adalah sampai mati. Jangan berlaku curang kepada pasangan anda. Dan kepada Tuhan, mestilah "dengan segenap hatimu dangn dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu dan dengan segenap kekuatanmu"(Injil Markus 12:30-31).
Nah, sekarang kalau kita mahu merayakan Valentine Day...rayakanlah dengan cara yang baik dan tidak bertentangan dengan nilai-nilai murni manusia dan yang paling penting tidak melanggar pengajaran Gereja yang berdasarkan kepada Alkitab. Jadi, janganlah terikut-ikut dengan cara duniawi untuk merayakan Valentine Day. Misalnya, berpeluk-pelukkan atau bercium-cium seperti pasangan suami-isteri padahal belum kahwin. Ini dah salah disisi moral dan agama. Malah melanggar saja "adat Kampung." Lainlah kalau dah kahwin. Tapi, kalau dah kahwin pun janganlah terlalu ghairah mau tayang keromantikan didepan umum. Nanti ada orang marah,"Hoi! Sundal!"; "Hoi! Gatal!" Nah! Kalau dah kena cakap macam nii, sendiri juga yang malu dan sakit hati. Dan yang paling teruk mungkin kena maki-maki dan kena pukul. Selain daripada itu, mungkin ada orang yang cemburu! (He he he...)
Jadi, kalau mahu merayakan Valentine Day(VD), peliharalah kesopanan diri dan jagalah maruah dan nama baik sendiri. Nanti, kalau ada apa-apa yang buruk terjadi, sendiri juga yang susah. Dan kalau ada terjadi yang teruk dan memalukan, bukan saja diri sendiri yang susah malah ibubapa turut menjadi malu. Jadi, pandai-pandailah menjaga diri dan agar nama ibubapa pun tidak tercemar. Elakkanlah perbuatan atau aktiviti yang boleh menconteng "arang" dimuka sendiri dan dimuka ibubapa yang telah bersusah-payah mendidik, menjaga dan membesarkan anda.
Hmmm....berikut adalah cadangan sederhana untuk merayakan Hari Valentine dengan baik. Cuba-cubalah mana yang boleh dilakukan:
1) Memberi hadiah (tidak semestinya bunga rosa merah) kepada orang yang tersayang seperti ibubapa, sumai, isteri, kekasih, para ahli keluarga, kawan, saudara-mara dan sebagainya);
2) Memberi ucapan "Selamat Hari Valentine"; "Happy Valentine Day" kepada orang-orang yang anda sayang seperti ibubapa, kekasih, suami, isteri, anak-anak, kawan-kawan, saudara-mara dan sebagainya. Ini boleh dilakukan dengan mudah dengan menggunakan talipon atau Handphone(SMS).
3)Mengadakan "Pesta Hari Valentine" secara sederhana tetapi tetap disertai dengan acara makan dan minum(tapi jangan terlalu minum minuman yang boleh memabuk) dan menari-nari sikit-sikitlah. Janganlah terlalu menari sehingga jauh malam. Kasihan bah itu para jiran yang ada anak-anak kecil terganggu. dan tidak dapat tidur. Lagi pun buat apa menari sampai pagi. Bikin sakit badan bah tuu! Silap-silap hari bulan BINGKUK itu kaki!(Baru tau!)
Akhir sekali, "Happy Valentine Day" kepada semua ahli keluaragku, kawan-kawan, saudara-mara, dan para peminat dan pembaca setia blogku. Semoga cintakasih kita kepada Tuhan, kepada sesama insan dan juga kepada diri sendiri akan bertambah suci dan mendalam. Tuhan memberkati kita semua. Amin.

No comments: