Sunday, September 29, 2013

Hal pakaian

Cuba berhenti sebentar dan fikirlah tentang pakaian. Berapa banyak pakaian yang anda ada? Cuba periksa almari pakaian anda. Cuba kira berapa helai pakaian yang anda miliki seperti baju-T, baju biasa, seluar panjang atau pendek, sapu tangan, sarung kaki dan sebagainya. Apakah tempat pakaian anda sudah penuh sesak dengan pakaian. Terlalu banyak? Sedikit saja atau cukup-cukup saja? 

Kalau cukup-cukup saja maka ini tidak menjadi hal dan tidak menjadi masalah. Kerana pakaian berkenaan anda perlukan. Tapi kalau banyak sekali mungkin sudah sampai masanya anda pilih yang benar-benar anda perlukan dan lebihannya anda boleh jual atau dermakan  kepada orang lain yang mungkin memerlukannya. Maka dengan ini anda bukan saja melakukan kebaikan dan kebajikan kepada orang lain, malah anda "meringankan" beban orang lain dan juga membuat hidup anda lebih "simple" dan bahagia. 

Sebenarnya didalam hal pakaian, kita tidak perlu menyimpan terlalu  banyak pakaian. Kita simpan apa yang kita perlukan dan gunakan. Jadi ini bererti,  kalau kita membeli pakaian yang baru maka ada baiknya pakaian yang lama dan masih baik, diberikan atau didermakan kepada orang lain yang memerlukan pakaian. Simpan banyak-banyak pun bukan kita pakai juga. Jadi lebih baik berikan kepada orang lainlah...Tapi ingatlah pakaian kita kita berikan atau dermakan mestilah didalam keadaan yang baik dan masih boleh dipakai. Jangan sekali-kali memberi pakaian yang  dah lapok dan buruk kepada orang lain. Berilah yang masih baik dan boleh dipakai. OK? Bah, selamat mencuba...


Monday, August 19, 2013

Terus-teranglah!

Kenapa tak datang? Sibuk bah! Kenapa tak siap kerja? Sibuk bah! Kenapa lambat datang? Sibuk bah! Kenapa tak sembayang? Sibuk bah!  Apakah anda biasa menggunakan perkataan "sibuk"  sebagai alasan untuk menutup kelemahan atau kesalahan  sendiri? Kenapa tak berterus-terang saja?  Tak berani? Takut jatuh maruah? Takut dihukum? Apa pun alasan anda, sebenarnya lebih baik berterus-terang saja supaya anda tidak dihantui dengan perasaan bersalah. Dam ini mengangguh ketenteraman jiwa dan hidup anda gara-gara tak berterus-terang. Jadi, Biarlah anda mungkin dipandang rendah atau dihukum kerana bercakap benar tetapi apa yang penting ialah anda mempunyai ketenangan dan kedamaian didalam hidup. Ini yang lebih mulia dan lebih penting.

Sunday, June 23, 2013

Pengorbanan...

Mengalah demi kebahagiannya....
Memberi laluan demi kemenangannya....
Menderita demi kebahagiannya...
Menangis demi kegembiraanya....
Inikah yang dinamakan Pengorbanan?
Atau satu kebodohan?
Apapun...gara-gara berkorban
pasti diri sendiri menjadi korban.

Biarlah......asalkan dia bahagia....
dan puas hati.....
demikianlah erti pengorbanan
bagi seorang yang rela berkorban.

Friday, May 17, 2013

Pantang mengalah!

Ada kata-kata hikmat yang berbunyi: Orang yang benar-benar kalah adalah orang yang tidak belajar daripada kesilapannya sendiri. Jestru itu, kalau kita kalah didalam sesuatu pertandingan atau permainan atau pilihanraya, janganlah menyalahkan orang lain gara-gara kecewa tidak menang. Tetapi, Ingatlah bahawa disebalik kegagalan atau kekalahan   ada juga sesuatu yang dapat kita pelajari.  Kerana peristiwa pahit ini boleh dijadikan sebagai satu kesempatan dan  peluang untuk  menilai diri kita sendiri secara jujur dan dengan kerendahan hati. Luangkan masa yang baik untuk menilai apa punca kegagalan diri sendiri.  Cuba renung secara mendalam supaya kelemahan itu  dapat diperbaiki. Selepas mengenal pasti puncanya, maka rancanglah  satu langkah yang baru yang bukan saja lebih berkesan dan lebih berbisa  tetapi juga lebih menarik yang mugkin dapat membawa kejayaan dan kemenangan dimasa akan datang. Pendek kata, belajarlah daripada kesilapan. Jangan  bersedih hati kerana gagal atau kalah; Jangan juga marah dan meresa kecewa. Tetapi Bangkitlah dan teruskan perjuangan. Kerana esok masa ada bah! Ini bererti masih ada  harapan dan peluang untuk berjaya. Pandanglah ke hadapan kerana dihadapan masih banyak peluang untuk mencapai kejayaan dan kemenangan. BAH! Biarlah kalah hari ini tapi sifat jangan  mengalah itu mesti diteruskan. Pantang mengalah selagi badan bernyawa! Perjuangan mesti diteruskan.............sehingga mendapat kejayaan! Tapi....berjuanglah dengan cara yang baik dan mulia supaya kejayaan yang bakal dikecapi bermakna dan diberkati Tuhan.

Sunday, May 5, 2013

Ikutlah baik-baik...

Kalau kita tidak mengikut peraturan dan undang-undang jalanraya semasa memandu kereta, kita bukan saja membahayakan diri sendiri tetapi juga nyawa orang lain. Sebab itu, kita mestilah mematuhi undang-undang dengan baik supaya kita selamat dan selesa. Nah! Begitu juga didalam hal berpegang kepada suatu agama yang kita yakini dan ikuti. Jangan lalai dan jangan berpura-pura didalam hal berpegang kepada semua ajaran yang diajar oleh agama yang anda ikuti. Kerana tidak ada guna menjadi pengikut kalau tidak  setia mengikuti apa yang diajar oleh agama sendiri. Kalau main-main saja, lebih baik tidak menjadi pengikut. Jestru, itu jadilah pengikut yang baik, setia, mulia dan kudus.

Thursday, May 2, 2013

Kata-kata hikmat

Orang selalunya tidak munasabah, tidak logik dan mementingkan diri; ampunilah sahaja.Jika kita baik hati, orang mungkin menuduh kita memiliki motif tertentu, teruskan berbuat baik.Jika kita berjaya, kita akan mendapat beberapa kawan palsu dan beberapa musuh sebenar; teruskan kejayaan kita.Jika kita jujur dan ikhlas, orang mungkin akan menipu kita; teruskan bersikap jujur dan ikhlas.Apa yang kita bina selama bertahun-tahun boleh dimusnahkan oleh seseorang dalam sekelip mata; teruskan membina.Jika kita menemui ketenangan dan kebahagiaan, mereka mungkin cemburu; teruskanlah berbahagia.Kebaikan yang kita lakukan hari ini mungkin akan dilupai esok; teruskan berbuat baik.Berikanlah kepada dunia yang terbaik dan usaha kita mungkin tidak pernah memadai; teruskanlah memberi yang terbaik kepada dunia.Dalam analisis terakhir, ia adalah antara kita dan Tuhan; ia sebenarnya bukan di antara kita dan mereka.(Mother Theresa of Kalkuta,India).

Sunday, April 28, 2013

Miskin;Kaya

Kebanyakan orang mahukan kemewahan dan kesenangan didalam hidup. Sebab itu, orang berusaha mengubah dan memajukan diri dengan rajin berkerja  dan tabah supaya mencapai apa yang mereka inginkan didalam hidup. Sesungguhnya, Semua orang mahu menjadi kaya!  Tetapi apa yang menyedihkan ialah apabila mereka menjadi orang kaya, mereka menjadi orang miskin didalam   bidang yang lain: Kaya tapi sombong; kaya tapi kedekut; kaya tapi malas sembayang; kaya tapi kaki judi, kaki botol; kaki perempuan., dan sebagainya. Inilah yang dinamakan miskin dengan nilai-nilai yang murni dan moral didalam hidup.
 
Kaya tetapi  tidak setia kepada Tuhan. Inilah yang dikatakan miskin rohani dan miskin nilai-nilai agama. Jadi,  didalam kontex ini,  kekayaan  yang dimiliki tidak menjadikan seseorang  sebagai orang kaya yang berhati  mulia dan beriman. Jestru, itu apbaila kita mahu mencari kekayaan, kita mestilah pastikan bahawa kita tidak lupa pada Tuhan dan tidak meninggalkan nilai-nilai yang murni dan bermoral didalam mencari kemewahan didalam hidup. Sebenarnya, kalau kita tidak dapat menjadi orang kaya tetapi dengan setia menjadi orang yang beriman kepada Tuhan Allah, kita sebenarnya adalah "Orang Kaya."  Kerana kalau Tuhan Allah ada didalam hidup kita, maka kita sebenarnya memiliki kekayaan  yang tidak terhingga. Kekayaan rohani sebenarnya,  lebih bernilai daripada  kekayaan duniawi. Jestru itu, jangan lupa pada Tuhan kalau dah menjadi orang kaya.

Wednesday, April 24, 2013

Berdoa..

Meluangkan masa untuk berdoa bererti " Tuhan adalah yang  terpenting sekali didalam hidupku." Sebab itu, didalam hal berdoa, kita haruslah menjadikan aksi berdoa sebagai satu perkara yang tidak dapat kita lepaskan. Kerana bila kita berdoa, kita menempatkan Tuhan yang pertama sekali didalam hidup kita setiap hari. Jestu itu, rajin-rajinlah berdoa dan berdoalah secara tetap. Janganlah kita lupakan Tuhan. Amin.

Saturday, April 20, 2013

Sentiasa bersifat adil


Sentiasa bersifat adil melibatkan tiga  perkara, pertama sentiasa bersifat kepada Tuhan Allah. Ini bererti sentiasa memberi apa yang sepatutnya diberikan kepada Tuhan iaitu menyembah-Nya, mengikut semua ajaran-Nya, melakukan yang baik dan menjauhkan apa juga jenis  kejahatan dan dosa. Kedua, sentiasa menghormati orang lain dan sentiasa menghormati milik dan hak orang lain dan tidak melakukan kejahatan kepada orang lain. Dan ketiga melibatkan diri sendiri. Ini bererti menjaga dan memelihara diri dengan baik. Ini termasuklah tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan dan membahayakan diri sendiri. Jestru itu, sentiasalah berlaku ADIL kepada Tuhan Allah, kepada orang lain dan kepada diri sendiri. 

Monday, April 15, 2013

Jangan terlalu bergantung...

Kita janganlah terlalu bergantung kepada orang lain untuk berjaya didalam kehidupan ini. Kita mestilah berusaha sendiri dan berkerja keras untuk mencapai keselesaan didalam hidup.  Jangan pula mengharapkan "takdir atau nasip" semata-mata untuk menikmati kebahagian didlam hidup. Kerana Tuhan memberkati  orang-orang yang bertakwa dan rajin berusaha untuk memajukan diri. Jestru itu, jangan tunggu nasip dan jangan juga main nasip didalam hal untuk memajukan diri. Kerana kejayaan didalam hidup sentiasa akan dinikmati oleh orang-orang yang tabah, jujur dan setia untuk berusaha. Jestru itu, janganlah terlalu bergantung kepada nasip atau menanti durian runtuh di depan mata kita. Berusahalah dengan tabah. Jangan malas tetapi mengharapkan kesenangan didalam hidup. Usaha yang gigih mesti ada jika kita mahu menikmati  kebahagian dan kesenangan didalam hidup.

Tuesday, April 9, 2013

Kejujuran berkerja....

Apakah anda seorang  pekerja yang rajin dan jujur? Apakah anda dengan setia dan iklas melaksanakan kerja yang anda pohon  dahulu dan menerima gaji kerja membuat kerja berkenaan?
Jam berapa anda datang ke pejabat atau tempat kerja? Dan pulang pula jam berapa anda berangkat daripada pejabat atau tempat kerja?

Kalau lambat datang ke pejabat  sekali-sekala, ini dapat kita fahami dan dapat diterima. Tetapi kalau balik-balik lambat atau hari-hari lambat datang maka, inilah yang dikatakan kurang komitment dan kurang iklas didalam melaksanakan kerja yang diamanahkan. Begitu juga kalau selalu  keluar pejabat atau hari-hari pulang awal daripada kerja. Alasan? Konon-konon mau menggelak "trafik jam".  Sifat seperti ini  mengambarkan etika bekerja yang salah. Kalau dah  ditetapkan masa pulang ialah jam 5.00 petang. Maka seorang pekerja yang jujur akan keluar daripada pejabat tetap pada jam 5.00 petang.Dan bukannya jam 4.30 pm dah berada  dijalanraya.....siok-siok(senang) memandu kereta yang berhawa dingin. Sifat seperti ini tak baik dan memang melambangkan ketidak-jujuran dan tidak bermoral.

Seorang pekerja dibayar gaji sesusai dengan perjanjian yang dipersetujuhi bersama. Pekerja dibayar gaji untuk melakukan kerja yang dia setuju untuk melakukannya dan  majikannya  pula membayar gaji berdasarkan kepada ikatan perjanjian berkenaan. Jadi kalaulah seorang perkerja selalu lambat datang kerja atau selalu sangat pulang awal, mungkin lebih baik dan adil jika gaji yang dibayar kepada pekerja berkenaan dikaji semula.

Pekerja yang malas lebih baik diberhentikan dan biarkan dia pergi mencari kerja yang lain. Rugi saja membawa gaji pekerja yang malas dan tidak jujur! Walau bagaimana pun pekerja yang rajin dan jujur sebaiknya diberi "BONUS" atau kenaikan pangkat atau gaji atau kedua-duanya sesuai dengan "terma dan syarat" yang dipersetujui bersama.

Bah.....kalau dah dapat kerja, baik-baiklah bekerja Jangan malas. Jangan curi tulang  nanti kena  potong gaji atau lebih teruk nanti  kena buang kerja pula.! Sendiri juga yang menderita dan susah.  Ingatlah bahawa adalah menjadi satu kerugian  bagi majikan atau tokey untuk membayar gaji  pekerja yang malas dan tak amanah. Tambahan pula, seorang pekerja yang menerima gaji penuh tanpa bekerja dengan baik dan jujur adalah satu  kerugian kepada diri sendiri. Kerana gaji yang diterimanya  bukanlah  "gaji bersih" tetapi "gaji kotor." Ianya tidak membawa  berkat dan  kebaikan kepada diri sendiri kerana menipu didalam pekerjaaan tetapi menerima gaji yang penuh. Jestru itu, bekerjalah dengan baik, jujur dan iklas supaya gaji yang diterima adalah halal, bersih dan diberkati oleh Tuhan yang Maha Esa..

Sunday, April 7, 2013

Jangan Putus Asa bah!

Kalau kalah didalam pertandingan. Jangan lemah semangat. Berlatih lagi dan lagi...kemudian ikut lagi pertandingan. Cuba lagi. Jangan putus asa bah!
Kalau gagal didalam perniagaan. Jangan berhenti buat bisnes. Cuba lagi secara-cara kecil-kecilan. Jangan putus asa bah!
Kalau gagal didalam perkahwinan. Jangan terlalu risau. Carilah yang lain. Jangan Putus asa bah!
Kalau tak lulus peperiksaan. Belajar lagi dan ikut peperiksaan lagi samapi lulus! Jangan mudah putus asa bah!
Kalau tak kena hari ini. Cuba lagi sehingga kena bah. Jangan mudah putus harapan bah..
Kalau gagal bertobat, cuba lagi.Perbaiki diri dengan lebih berdispilin dan buang  perkara dan sifat yang menghalang pertobatan. Jangan mudah berputus asa bah.
Kalau selalu gagal berdoa. Cuba lagi sehinggalah sifat berdoa setiap hari  itu menjadi pegangan utam didalam hidup.
Pendak kata, apa juga kegagalan yang kita alami didalam kehidupan, jangan mudah berputus
 asa. Cuba lagi dan lagi sehinggalah berjaya. Kerana kecekalan, kesabaran dan semangat perjuangan yang tinggi akan membawa kejayaan dan kebahagiaan.

Tuesday, March 26, 2013

Yang penting....

Yang penting didalam hidup ini ialah anda bahagia meskipun tak punya kekayaan duniawi yang bertimbun-timbun. Ingatlah, Janganlah terlalu gila mengumpul harta dan kekayaan duniawi kerana bila  kena timbun tanah alias mati, harta yang bertimbun-timbun tuu tak berguna juga. Sebenarnya, lebih baik menimbun harta surgawi seperti rajin berdoa, melakukan kebaikan seperti membantu orang miskin dan susah, menjauhkan dosa dan kejahatan, menderma, dan lain-lain lagi  aktiviti atau perbuatan yang bukan saja membawa kebaikan kepada orang lain tetapi juga kepada diri sendiri Sebab itu, rajin-rajinlah mengumpul harta surgawi ..........Berkat Tuhan pasti menyertai anda sekiranya semua perbuatan yang mulia itu dilakukan dengan iklas dan jujur. Amin.

Friday, March 8, 2013

Barabut/berebut

Suka barabut? Buat apa berabut-rabut? Tidak sabarkah? Ikutlah bah giliran atau barisan. Janganlah main rabut dan janganlah barabut-rabut. Bikin malu!
Ambil nombor bah dan tunggu giliran anda dengan sabar. Barulah aman dan bahagia. Ingatlah semua orang mau cepat. Itulah sebab orang datang awal supaya dapat nombor yang awal. Jadi, kalau dah lambat, janganlah main potong jalan. Nanti ada orang yang geram betul, dia ":potong" atau marah kau, baru kau tau. Memang padan muka kena maki-hamun kerana mau rabut tempat orang. Kalau binjul mata, itulah hadiah bagi orang yang tidak sabar dan tamak. Pikir diri sendiri saja. Ingatlah...kalau berada di bank kah atau di pejabat pos kah.. atau di pejabat......bah! Jangan min rabut-rabut dan jangan juga barabut. Jadilah manusia yang baik dan bersopan. Hormatilah hak orang lain dan jangan pentingkan diri sendiri saja. Ikut giliran kio....barulah kita semua aman dan damai.