Tidak salah bah bergaya sikit tapi.....fikir-fikirlah dan pakai otak sikitlah. Janganlah terlalu bergaya sedangkan berhutang sini sana. Janganlah terlalu mementingkan penampilan luar seperti memakai pakaian yang berjenama dan kasut yang berjenama, jam yang mahal-mahal, handphone yang terlalu mahal sedangkan makan dan minum masih lagi bergantung kepada ibubapa. Patut dah ada kerja, pandai-pandailah belanja ibubapa seperti membeli keperluan didalam rumah seperti membeli beras, sayur-sayuran, ikan dan sebagainya. Dan tolong-tolonglah bayar bil letrik dan air. Jangan asyik terlalu bergaya dengan belanja yang mahal dengan balik-balik makan ditempat-tempat yang mahal. Bah! Ubahlah sifat dan perangai. Uruslah hal kewangan dan pendapatan dengan baik. Ingat-ingatlah.........simpan wang dan jangan terlalu pakai duit. Kerana kalau dah tak ada duit yang cukup nanti merana dan susah. Takkanlah asyik pinjam wang orang lain saja! Malulah sikit. Kasi nipis itu kulit muka sikit. Hutang dulu belum bayar, masih nak berhutang?!
Sebenarnya, biarlah tidak ada gaya. Main-main biasa-biasa saja. Tak payah ikut-ikut gaya orang lain yang memang berada dan berduit. Yang penting hati senang dan fikiran pun aman dan yang paling penting tidak ada hutang. Jadi, hidup pun RELAX saja...Inilah kebahagian hidup yang patut kita kecapi. Tidak ada gaya tapi bahagia. Hehehe........Tapi kalau mau bergaya juga, boleh bah tuu.....yang penting mengikut kedudukan kewangan sendiri dan jangan terlalu bergayalah......banyak belanja bah tuu.
Jadi, bergaya secara sederhana sajalah.....SIMPLE AND HAPPY.
Ruangan bagiku untuk memberi SHARING atau PERKONGSIAN mengenai beberapa Pedoman dan Inspirasi yang mungkin berguna kepada sesama insan. Semoga sharing ini membawa sesuatu yang baik kepada setiap pembaca.
Monday, October 14, 2013
Thursday, October 10, 2013
Sewa rumah
Kalau anda sewa rumah atau bilik sebanyak RM300.00 sebulan maka didalam satu tahun anda berbelanja RM3600.00 setahun. Dan didalam 5 tahun, RM18,000.00 DAN untuk 10 tahun anda "kehilangan" RM36,000.00(Tiga puluh enam ribu). Dan yang paling teruk lagi ialah rumah atau bilik yang anda sewa bukan milik anda walaupun dah membayar RM36,000.00! Jestru itu adalah lebih baik pinjam wang dari bank sesuai dengan kemampuan untuk membayar dan membina rumah sendiri. Sama juga bulan-bulan membayar tetapi bezanya ialah rumah yang anda bina dengan wang pinjaman dari bank adalah MILIK ANDA SENDIRI. Sedangkan rumah/bilik sewa yang anda bayar bulan-bulan tetap bukan milik anda selama-lamanya. Jadi, adalah lebih baik dan lebih bijak meminjam wang dari bank untuk membina rumah daripada menyewa rumah/bilik.
Bah.....fikir-fikirlah dan bertindaklah sesuai dengan kebaikan dan keuntungan dimasa hadapan. Bijak bertindak sekarang, bahagia dimasa akan datang. Buatlah yang terbaik bukan yang sekadar baik sahaja.

Sunday, September 29, 2013
Hal pakaian
Cuba berhenti sebentar dan fikirlah tentang pakaian. Berapa banyak pakaian yang anda ada? Cuba periksa almari pakaian anda. Cuba kira berapa helai pakaian yang anda miliki seperti baju-T, baju biasa, seluar panjang atau pendek, sapu tangan, sarung kaki dan sebagainya. Apakah tempat pakaian anda sudah penuh sesak dengan pakaian. Terlalu banyak? Sedikit saja atau cukup-cukup saja?
Kalau cukup-cukup saja maka ini tidak menjadi hal dan tidak menjadi masalah. Kerana pakaian berkenaan anda perlukan. Tapi kalau banyak sekali mungkin sudah sampai masanya anda pilih yang benar-benar anda perlukan dan lebihannya anda boleh jual atau dermakan kepada orang lain yang mungkin memerlukannya. Maka dengan ini anda bukan saja melakukan kebaikan dan kebajikan kepada orang lain, malah anda "meringankan" beban orang lain dan juga membuat hidup anda lebih "simple" dan bahagia.
Sebenarnya didalam hal pakaian, kita tidak perlu menyimpan terlalu banyak pakaian. Kita simpan apa yang kita perlukan dan gunakan. Jadi ini bererti, kalau kita membeli pakaian yang baru maka ada baiknya pakaian yang lama dan masih baik, diberikan atau didermakan kepada orang lain yang memerlukan pakaian. Simpan banyak-banyak pun bukan kita pakai juga. Jadi lebih baik berikan kepada orang lainlah...Tapi ingatlah pakaian kita kita berikan atau dermakan mestilah didalam keadaan yang baik dan masih boleh dipakai. Jangan sekali-kali memberi pakaian yang dah lapok dan buruk kepada orang lain. Berilah yang masih baik dan boleh dipakai. OK? Bah, selamat mencuba...
Monday, August 19, 2013
Terus-teranglah!
Kenapa tak datang? Sibuk bah! Kenapa tak siap kerja? Sibuk bah! Kenapa lambat datang? Sibuk bah! Kenapa tak sembayang? Sibuk bah! Apakah anda biasa menggunakan perkataan "sibuk" sebagai alasan untuk menutup kelemahan atau kesalahan sendiri? Kenapa tak berterus-terang saja? Tak berani? Takut jatuh maruah? Takut dihukum? Apa pun alasan anda, sebenarnya lebih baik berterus-terang saja supaya anda tidak dihantui dengan perasaan bersalah. Dam ini mengangguh ketenteraman jiwa dan hidup anda gara-gara tak berterus-terang. Jadi, Biarlah anda mungkin dipandang rendah atau dihukum kerana bercakap benar tetapi apa yang penting ialah anda mempunyai ketenangan dan kedamaian didalam hidup. Ini yang lebih mulia dan lebih penting.
Sunday, June 23, 2013
Pengorbanan...
Mengalah demi kebahagiannya....
Memberi laluan demi kemenangannya....
Menderita demi kebahagiannya...
Menangis demi kegembiraanya....
Inikah yang dinamakan Pengorbanan?
Atau satu kebodohan?
Apapun...gara-gara berkorban
pasti diri sendiri menjadi korban.
Biarlah......asalkan dia bahagia....
dan puas hati.....
demikianlah erti pengorbanan
bagi seorang yang rela berkorban.
Memberi laluan demi kemenangannya....
Menderita demi kebahagiannya...
Menangis demi kegembiraanya....
Inikah yang dinamakan Pengorbanan?
Atau satu kebodohan?
Apapun...gara-gara berkorban
pasti diri sendiri menjadi korban.
Biarlah......asalkan dia bahagia....
dan puas hati.....
demikianlah erti pengorbanan
bagi seorang yang rela berkorban.
Friday, May 17, 2013
Pantang mengalah!
Ada kata-kata hikmat yang berbunyi: Orang yang benar-benar kalah adalah orang yang tidak belajar daripada kesilapannya sendiri. Jestru itu, kalau kita kalah didalam sesuatu pertandingan atau permainan atau pilihanraya, janganlah menyalahkan orang lain gara-gara kecewa tidak menang. Tetapi, Ingatlah bahawa disebalik kegagalan atau kekalahan ada juga sesuatu yang dapat kita pelajari. Kerana peristiwa pahit ini boleh dijadikan sebagai satu kesempatan dan peluang untuk menilai diri kita sendiri secara jujur dan dengan kerendahan hati. Luangkan masa yang baik untuk menilai apa punca kegagalan diri sendiri. Cuba renung secara mendalam supaya kelemahan itu dapat diperbaiki. Selepas mengenal pasti puncanya, maka rancanglah satu langkah yang baru yang bukan saja lebih berkesan dan lebih berbisa tetapi juga lebih menarik yang mugkin dapat membawa kejayaan dan kemenangan dimasa akan datang. Pendek kata, belajarlah daripada kesilapan. Jangan bersedih hati kerana gagal atau kalah; Jangan juga marah dan meresa kecewa. Tetapi Bangkitlah dan teruskan perjuangan. Kerana esok masa ada bah! Ini bererti masih ada harapan dan peluang untuk berjaya. Pandanglah ke hadapan kerana dihadapan masih banyak peluang untuk mencapai kejayaan dan kemenangan. BAH! Biarlah kalah hari ini tapi sifat jangan mengalah itu mesti diteruskan. Pantang mengalah selagi badan bernyawa! Perjuangan mesti diteruskan.............sehingga mendapat kejayaan! Tapi....berjuanglah dengan cara yang baik dan mulia supaya kejayaan yang bakal dikecapi bermakna dan diberkati Tuhan.
Sunday, May 5, 2013
Ikutlah baik-baik...
Kalau kita tidak mengikut peraturan dan undang-undang jalanraya semasa memandu kereta, kita bukan saja membahayakan diri sendiri tetapi juga nyawa orang lain. Sebab itu, kita mestilah mematuhi undang-undang dengan baik supaya kita selamat dan selesa. Nah! Begitu juga didalam hal berpegang kepada suatu agama yang kita yakini dan ikuti. Jangan lalai dan jangan berpura-pura didalam hal berpegang kepada semua ajaran yang diajar oleh agama yang anda ikuti. Kerana tidak ada guna menjadi pengikut kalau tidak setia mengikuti apa yang diajar oleh agama sendiri. Kalau main-main saja, lebih baik tidak menjadi pengikut. Jestru, itu jadilah pengikut yang baik, setia, mulia dan kudus.
Thursday, May 2, 2013
Kata-kata hikmat
Orang selalunya tidak munasabah, tidak logik dan mementingkan
diri; ampunilah sahaja.Jika kita baik hati, orang mungkin menuduh kita memiliki
motif tertentu, teruskan berbuat baik.Jika kita berjaya, kita akan mendapat
beberapa kawan palsu dan beberapa musuh sebenar; teruskan kejayaan kita.Jika
kita jujur dan ikhlas, orang mungkin akan menipu kita; teruskan bersikap jujur
dan ikhlas.Apa yang kita bina selama bertahun-tahun boleh dimusnahkan oleh
seseorang dalam sekelip mata; teruskan membina.Jika kita menemui ketenangan dan
kebahagiaan, mereka mungkin cemburu; teruskanlah berbahagia.Kebaikan yang kita
lakukan hari ini mungkin akan dilupai esok; teruskan berbuat baik.Berikanlah
kepada dunia yang terbaik dan usaha kita mungkin tidak pernah memadai;
teruskanlah memberi yang terbaik kepada dunia.Dalam analisis terakhir, ia adalah
antara kita dan Tuhan; ia sebenarnya bukan di antara kita dan mereka.(Mother
Theresa of Kalkuta,India).
Sunday, April 28, 2013
Miskin;Kaya
Kebanyakan orang mahukan kemewahan dan kesenangan didalam hidup. Sebab itu, orang berusaha mengubah dan memajukan diri dengan rajin berkerja dan tabah supaya mencapai apa yang mereka inginkan didalam hidup. Sesungguhnya, Semua orang mahu menjadi kaya! Tetapi apa yang menyedihkan ialah apabila mereka menjadi orang kaya, mereka menjadi orang miskin didalam bidang yang lain: Kaya tapi sombong; kaya tapi kedekut; kaya tapi malas sembayang; kaya tapi kaki judi, kaki botol; kaki perempuan., dan sebagainya. Inilah yang dinamakan miskin dengan nilai-nilai yang murni dan moral didalam hidup.
Kaya tetapi tidak setia kepada Tuhan. Inilah yang dikatakan miskin rohani dan miskin nilai-nilai agama. Jadi, didalam kontex ini, kekayaan yang dimiliki tidak menjadikan seseorang sebagai orang kaya yang berhati mulia dan beriman. Jestru, itu apbaila kita mahu mencari kekayaan, kita mestilah pastikan bahawa kita tidak lupa pada Tuhan dan tidak meninggalkan nilai-nilai yang murni dan bermoral didalam mencari kemewahan didalam hidup. Sebenarnya, kalau kita tidak dapat menjadi orang kaya tetapi dengan setia menjadi orang yang beriman kepada Tuhan Allah, kita sebenarnya adalah "Orang Kaya." Kerana kalau Tuhan Allah ada didalam hidup kita, maka kita sebenarnya memiliki kekayaan yang tidak terhingga. Kekayaan rohani sebenarnya, lebih bernilai daripada kekayaan duniawi. Jestru itu, jangan lupa pada Tuhan kalau dah menjadi orang kaya.
Wednesday, April 24, 2013
Berdoa..
Meluangkan masa untuk berdoa bererti " Tuhan adalah yang terpenting sekali didalam hidupku." Sebab itu, didalam hal berdoa, kita haruslah menjadikan aksi berdoa sebagai satu perkara yang tidak dapat kita lepaskan. Kerana bila kita berdoa, kita menempatkan Tuhan yang pertama sekali didalam hidup kita setiap hari. Jestu itu, rajin-rajinlah berdoa dan berdoalah secara tetap. Janganlah kita lupakan Tuhan. Amin.
Saturday, April 20, 2013
Sentiasa bersifat adil
Sentiasa bersifat adil melibatkan tiga perkara, pertama sentiasa bersifat kepada Tuhan Allah. Ini bererti sentiasa memberi apa yang sepatutnya diberikan kepada Tuhan iaitu menyembah-Nya, mengikut semua ajaran-Nya, melakukan yang baik dan menjauhkan apa juga jenis kejahatan dan dosa. Kedua, sentiasa menghormati orang lain dan sentiasa menghormati milik dan hak orang lain dan tidak melakukan kejahatan kepada orang lain. Dan ketiga melibatkan diri sendiri. Ini bererti menjaga dan memelihara diri dengan baik. Ini termasuklah tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan dan membahayakan diri sendiri. Jestru itu, sentiasalah berlaku ADIL kepada Tuhan Allah, kepada orang lain dan kepada diri sendiri.
Monday, April 15, 2013
Jangan terlalu bergantung...
Kita janganlah terlalu bergantung kepada orang lain untuk berjaya didalam kehidupan ini. Kita mestilah berusaha sendiri dan berkerja keras untuk mencapai keselesaan didalam hidup. Jangan pula mengharapkan "takdir atau nasip" semata-mata untuk menikmati kebahagian didlam hidup. Kerana Tuhan memberkati orang-orang yang bertakwa dan rajin berusaha untuk memajukan diri. Jestru itu, jangan tunggu nasip dan jangan juga main nasip didalam hal untuk memajukan diri. Kerana kejayaan didalam hidup sentiasa akan dinikmati oleh orang-orang yang tabah, jujur dan setia untuk berusaha. Jestru itu, janganlah terlalu bergantung kepada nasip atau menanti durian runtuh di depan mata kita. Berusahalah dengan tabah. Jangan malas tetapi mengharapkan kesenangan didalam hidup. Usaha yang gigih mesti ada jika kita mahu menikmati kebahagian dan kesenangan didalam hidup.
Tuesday, April 9, 2013
Kejujuran berkerja....
Apakah anda seorang pekerja yang rajin dan jujur? Apakah anda dengan setia dan iklas melaksanakan kerja yang anda pohon dahulu dan menerima gaji kerja membuat kerja berkenaan?
Jam berapa anda datang ke pejabat atau tempat kerja? Dan pulang pula jam berapa anda berangkat daripada pejabat atau tempat kerja?
Kalau lambat datang ke pejabat sekali-sekala, ini dapat kita fahami dan dapat diterima. Tetapi kalau balik-balik lambat atau hari-hari lambat datang maka, inilah yang dikatakan kurang komitment dan kurang iklas didalam melaksanakan kerja yang diamanahkan. Begitu juga kalau selalu keluar pejabat atau hari-hari pulang awal daripada kerja. Alasan? Konon-konon mau menggelak "trafik jam". Sifat seperti ini mengambarkan etika bekerja yang salah. Kalau dah ditetapkan masa pulang ialah jam 5.00 petang. Maka seorang pekerja yang jujur akan keluar daripada pejabat tetap pada jam 5.00 petang.Dan bukannya jam 4.30 pm dah berada dijalanraya.....siok-siok(senang) memandu kereta yang berhawa dingin. Sifat seperti ini tak baik dan memang melambangkan ketidak-jujuran dan tidak bermoral.
Seorang pekerja dibayar gaji sesusai dengan perjanjian yang dipersetujuhi bersama. Pekerja dibayar gaji untuk melakukan kerja yang dia setuju untuk melakukannya dan majikannya pula membayar gaji berdasarkan kepada ikatan perjanjian berkenaan. Jadi kalaulah seorang perkerja selalu lambat datang kerja atau selalu sangat pulang awal, mungkin lebih baik dan adil jika gaji yang dibayar kepada pekerja berkenaan dikaji semula.
Pekerja yang malas lebih baik diberhentikan dan biarkan dia pergi mencari kerja yang lain. Rugi saja membawa gaji pekerja yang malas dan tidak jujur! Walau bagaimana pun pekerja yang rajin dan jujur sebaiknya diberi "BONUS" atau kenaikan pangkat atau gaji atau kedua-duanya sesuai dengan "terma dan syarat" yang dipersetujui bersama.
Bah.....kalau dah dapat kerja, baik-baiklah bekerja Jangan malas. Jangan curi tulang nanti kena potong gaji atau lebih teruk nanti kena buang kerja pula.! Sendiri juga yang menderita dan susah. Ingatlah bahawa adalah menjadi satu kerugian bagi majikan atau tokey untuk membayar gaji pekerja yang malas dan tak amanah. Tambahan pula, seorang pekerja yang menerima gaji penuh tanpa bekerja dengan baik dan jujur adalah satu kerugian kepada diri sendiri. Kerana gaji yang diterimanya bukanlah "gaji bersih" tetapi "gaji kotor." Ianya tidak membawa berkat dan kebaikan kepada diri sendiri kerana menipu didalam pekerjaaan tetapi menerima gaji yang penuh. Jestru itu, bekerjalah dengan baik, jujur dan iklas supaya gaji yang diterima adalah halal, bersih dan diberkati oleh Tuhan yang Maha Esa..

Sunday, April 7, 2013
Jangan Putus Asa bah!
Kalau kalah didalam pertandingan. Jangan lemah semangat. Berlatih lagi dan lagi...kemudian ikut lagi pertandingan. Cuba lagi. Jangan putus asa bah!
Kalau gagal didalam perniagaan. Jangan berhenti buat bisnes. Cuba lagi secara-cara kecil-kecilan. Jangan putus asa bah!
Kalau gagal didalam perkahwinan. Jangan terlalu risau. Carilah yang lain. Jangan Putus asa bah!
Kalau tak lulus peperiksaan. Belajar lagi dan ikut peperiksaan lagi samapi lulus! Jangan mudah putus asa bah!
Kalau tak kena hari ini. Cuba lagi sehingga kena bah. Jangan mudah putus harapan bah..
Kalau gagal bertobat, cuba lagi.Perbaiki diri dengan lebih berdispilin dan buang perkara dan sifat yang menghalang pertobatan. Jangan mudah berputus asa bah.
Kalau selalu gagal berdoa. Cuba lagi sehinggalah sifat berdoa setiap hari itu menjadi pegangan utam didalam hidup.
Pendak kata, apa juga kegagalan yang kita alami didalam kehidupan, jangan mudah berputus
asa. Cuba lagi dan lagi sehinggalah berjaya. Kerana kecekalan, kesabaran dan semangat perjuangan yang tinggi akan membawa kejayaan dan kebahagiaan.

Subscribe to:
Posts (Atom)