Thursday, May 27, 2010

Aramai Tii!

Bagi di Sabah ungkapan "Aramai Tii" adalah popular sekali dan ianya dikaitkan rapat dengan apa saja jenis perayaan atau pesta dimana minuman keras disajikan. Misalnya pesta perkahwinan dan pestam Kaamatan. Walau bagaimana pun ini bukan bererti minum sampai mabuk-mabukkan. Jadi sempena dengan bulan May ini dimana minuman tradisi seperti tapai, lihing, montoku, bahar dan minuman modern seperti beer, stout dan lain-lain lagi jenis minuman turut dihidangkan adalah diingatkan supaya jangan terlalu minum minuman keras yang boleh memabukkan. Kerana kemabukan boleh membahayakan diri sendiri terutama sekali jika kita memaandu kenderaan. Jestru itu, kalau mau minum, boleh juga bah tuu tapi sikit-sikitlah. Jangan terlalu banyak nanti mabuk, susah lagi.Dan INGATLAH kalau dah minum, janganlah memandu kereta. Bagus berehat saja. Tidur diam-diam. Nanti kalau anda memandu kereta, silap-silap haribulan nanti terus "berehat selama-lamanya(matlah) nanti. Kalau bukan kau sendiri mungkin orang lain yang kena gara-gara perbuatan anda yang tak bertanggungjawap. Sebab itu kalau ada minum minuman yang keras, JANGANLAH MEMANDU BAH! 

Bah.....Selamat menyambut Pesta Menuai. Kotobian Tadah Tagazo doh Kaamatan. Vanadan tokou noh dah nngaavi doh Kinoingan. Amin.

Tuesday, April 27, 2010

Sajak dulu-dulu

Hidup ini...


bagaikan roda yang berpusing

buruk dan baik akan ditempuh;

bagaikan laut ada pasang dan surut

kala bergelora dan tenang

demikianlah hidup.....



Pahit dan manis akan dikecap

dugaan dan cabaran ditempuh

pujukan dan godaan ditentang

setia dan jujur dipegang

Kehendak Tuhan harus dicuba dan diikut.



(Nukilan Patrick @ Pat Jerome,Tambunan, 28.2.1982)

Thursday, April 15, 2010

Yang penting & Terpenting sekali...


Pernahkah anda bertanya apakah yang penting didalam hidup dan apa yang terpenting sekali didalam hidup ini? Yaaa......kalau difikirkan secara menyeluruh memang banyak sekali yang penting didalam hidup ini. Misalnya seperti kereta, wang, makanan, minuman, rumah, kawan, keluarga, pelajaran, pekerjaan, astro, HP, bahu, kasut, TV, CD, iPod, MP3, perhiasaan, minyak wangi, holiday, tanah, pelaburan, gaji, saudara-mara, anak, isteri, suami, dan banyak lagilah! Macam semua pun penting dan inilah yang bikin sakit kepala untuk menentukan mana yang penting. Walau bagaimana pun mengikut "pakar kehidupan", sekiranya keperluan didalam hiudp ini diringkaskan dan disederhanakan hanya tiga perkara asas yang penting. Satu, makanan(kalau tada makanan, kelaparan ooh; dan cepat mati bah!). Kedua, pakaian (Tidak bagus gia jalan-jalan telanjang). Dan ketiga, Rumah, tempat tinggal.Tidak bagus gia kalau berehat/ tidur kena hujan. Sejuk bah tuu! Atau kena matahari. Panas bah tuu. Perkara yang lain-lain seperti tanah, HP, TV, Kereta dan sebagainya, kita boleh terus hidup tanpa barang-barang berkenaan. Walau bagaimana pun bagus juga bah kalau mampu dapatkan barang-barang berkenaan. Kerana ada guna juga bah! Tapi kalau tak dapat, tak apa. Yang penting ada makanan, pakaian dan rumah. He he he...

Dan yang terpenting sekali didalam hidup  mengikut "pakar-pakar agama" ialah TUHAN ALLAH. Sebab itu, marilah kita mengimani TUHAN ALLAH  dengan segenap hati kita. Kerana tanpa TUHAN ALLAH, kita tidak sempat  "merayau-rayau" di muka bumi ini. Tapi kerana TUHAN ALLAH berikan kita kehidupan maka kita  bukan saja "merayau-rayau" di bumi ini tetapi "berkeliaran" bah! Jadi, janganlah kita lupa menyembah dan bersyukur kepada TUHAN ALLAH  setiap hari. AMIN.

Saturday, April 10, 2010

Kawan atau pengawan?

Kata orang," Berkawan biarlah banyak tapi pilihan hanyalah satu." Begitulah kalau mahu mencari kawan untuk seumur hidup. Ini bererti kita berkenalan dan berkawan  dengan banyak-banyak orang dulu dan dimasa yang sama cubalah melihat dan menilai mana satu yang berkenan dihati. Kalau dah dapat yang NGAM dan sesuai dengan diri sendiri, maka rapatkan dan mantapkan persahabatan sehinggalah menjadi "Raja dan Permaisuri sehari."

Walau bagaimana semasa berkawan dengan banyak orang berhati-hatilah  dengan kawan-kawan, baik yang  kawan-kawan lama maupun dengan kawan-kawan yang baru. Kerana ada orang memang mencari  kawan tetapi bermotif jahat. Mereka pura-pura berkawan tetapi tujuan utama mereka untuk mendapatkan kawan-kawan bukanlah untuk berkawan tetapi  untuk mengawan mereka.

Mereka mahu memuaskan nafsu seks mereka  tanpa mahu terikat dengan apa tanggungjawap dan komitmen dengan orang yang mereka sasarkan. Target mereka adalah untuk main siok-siok saja. Lepas tuu, mereka tinggalkan kawan yang mereka dah curi keperawanannya dengan cara  yang licik sekali. Misalnya memberi berbagai-bagai hadiah yang mahal dan menarik, dengan berlagak sebagai orang baik dan alim, dengan kata-kata yang manis dan mendayu-dayu dan sebagainya. Jadi, bila kawan dah terpikat dan merasa terhutang budi, maka pada saat-saat seperti itulah mereka akan meminta  supaya si kawan membuktikan cinta mereka dengan menyerahkan tubuh mereka. Jadi, didalam keadaan serba-salah diantara mahu membuktikan cinta dan takut ditinggalkan oleh si kawan sekiranya permintaannya ditolak, maka terpaksalah mengadai badan dan maruah demi memuaskan hati si kawan. Sesungguhnya, Jangan menyerah dan jangan termakan dengan kata-katanya yang manis dan mendayu-dayu. Kuatkan hati dan pertahankan maruah dan harga diri sendiri. Jangan mudah mengalah dengan mengikut telunjuk si kawan mementingkan kepuasan dirinya sendiri.

Sesungguhnya kawan jenis seperti ini buang saja, tinggalkan saja tanpa menitiskan airmata. Kerana niatnya jahat dan tidak suci dan tidak iklas. Dia mahukan apa yang belum menjadi miliknya. Jadi, tak perlulah melayan kawan seperti ini. Kerana dia bukanlah  seorang kawan tetapi dia adalah seorang pengawan! Putuskan saja persahabatan. Jangan takut ditinggalkannya. Kerana bukan seekor ikan di laut dan bukan sekuntum bunga di taman.Jadi, tinggalkan dia, dan carilah  yang baru dan yang lebih baik. Kalau tak dapat pun, biarlah hidup membujang sampai akhir zaman asalkan bahagia dan aman  sepanjang hidup didunia ini. He he he.......

Wednesday, March 31, 2010

Cari Jalan;Buat jalan

Dimana ada kemahuan dan semangat yang mahu berjaya didalam hidup disitu ada jalannya. Kalau tak ada jalan, carilah jalan untuk maju. Kalau tak dapat cari jalan, BUATLAH jalan kearah kejayaan. Jangan terlalu mengharap orang lain bagi jalan. Berusahalah sendiri. DAN jangan belum lagi mencuba dah mengalah dan lemah semangat. Jangan sekali-kali membuat perbagai ramalan yang negatif dan prasangka yang jahat  kalau belum mencuba. Cuba dulu bah. Barulah tau. Kalau salah jalan, cari lagi  atau buat lagi jalan yang lain. Tapi jangan ulang jalan yang dah dicuba dan dilalui. Cari jalan baru sampai  mencapai kejayaan yang memuaskan hati.

Tuesday, March 30, 2010

Mau terkenal?

Tidak payah tunggu sehingga menjadi terkenal barulah

memulakan sesuatu. Tetapi kita perlu memulakan

sesuatu untuk menjadi terkenal.

Senang & Susah

                        Bukan senang untuk jadi orang senang;

dan bukan susah jadi orang susah.

Tapi, kalau mau senang, kita mestilah

bersusah-susah

dulu demi mencapai kejayaan.

Lepas tuu, barulah senang...

Monday, March 15, 2010

Pasal hutang.

"Tokey, seluar ini berapa harganya?"
"Dua puluh ringgit saja."
"Buli hutangkah?"
"Buli tapi ini seluar simpan dulu disini."

Yaa......manusia memang suka berhutang kerana ini adalah cara yang mudah dan jalan pintas untuk memiliki dan menikmati sesuatu yang diidam-idamkan selama ini. Kalau tungguh sampai ada wang yang cukup,  jangan-jangan sampai mati pun tak merasanya. Jadi, jalan yang mudah untuk mendapatkan sesuatu ialah main hutang. 

Tabiat berhutang ini tidak mengenal batas. TV hutang; Kereta hutang, rumah hutang,  peti sejuk hutang. Malah bini pun hutang kerana berian dibayar secara ansur-ansur. Maklumlah berian mahal bah! Mahal pun tak apa bah!  Yang penting dapat hidup bersama-sama. Lagi pun mentua boleh runding mah....(Hehehe..).

Sesungguhnya, tabiat berhutang ini  tidak baik dan tidak digalakkan. Kerana ini boleh memburukkan keadaan hidup dan  mengakibatkan kehidupan tidak tenteram dan tidak bahagia. Kerana asyik risau memikirkan bagaimana mahu membayar hutang. Sesungguhnya,  banyak sekali keburukan berhutang. Sebab itu, janganlah suka berhutang sini sana sehingga hutang keliling pinggang.

Kalau mahu berhutang, boleh juga tetapi berhutanglah sesuai dengan kemampuan untuk membayarnya kembali. Misalnya gaji anda RM800.00 sebulan, maka tindakan untuk  berhutang antara diantara RM50.00 sehingga RM300.00 adalah manasabah dan logik. Kerana ianya mampu  anda bayar apabila menerima gaji tanpa berhutang kembali. Tapi kalau  anda berhutang RM1000.00, jumlah ini besar daripada gaji anda. Ini bererti anda tidak mampu membayarnya  apabila anda menerima gaji. Tindakan berhutang melebihi daripada pendapatan adalah satu tindakan yang  bukan saja kurang  bijak tetapi bodoh! Sebab itu, kalau terpaksa berhutang kerana ada keperluan yang mendesak dan penting sekali maka, berhutang  dengan bijak. Dimana ianya mampu anda bayar didalam jangka masa yang dipersetujui bersama. Jangan sekali-kali berhutang melebihi  daripada wang pendapatan anda setiap bulan.

Walau bagaimana pun, yang paling baik ialah tidak berhutang. Ini bererti kita berbelanja sesuai dengan wang pendapatan kita setiap bulan. Sebab itu, janganlah suka berhutang. Dan kalau mau terpaksa berhutang pun, pastikan ianya mampu anda bayar tanpa berhutang kembali. Dan akhir sekali, elakkan berhutang untuk membayar hutang yang lain. Kalau ini diamalkan, akibatnya tak habis-habislah hutang anda. Sampai mati pun asyik aje membayar hutang. Jestru itu, amalkan cara pengurusan wang yang bijak. Rancang perbelanjaan sesuai dengan wang pendapatan(gaji) supaya tabiat berhutang boleh dielakkan. Kerana  hidup lebih bahagia dan aman tanpa hutang!

Thursday, March 4, 2010

I Love U

Ada orang yang dah lama berkahwin mengeluh dan berkata, " Kenapa tu ahh, susah betul mau cakap I LOVE U kalau sudah kahwin dan ada rayat(anak). Dulu sebelum kahwin, balik-balik cakap I LOVE U dan balik-balik juga kena cakap DARLING, I LOVE YOU. Rasa seronok dan siok pula tuu MASA tuu. Tapi kini setelah berkahwin, jarang sudah dengar ini perkataan keluar dari "Kekasih pujaan hatiku." Ada-ada pun, biasanya pada hari "Birthday" saya. Dan caranya diucapkan pun tidak bikin "kembang telinga" dan tidak menceriakan hati. Kenapa tuu ahh? Oh! Betapaku merindukan masa-masa yang lalu! Mungkin lebih baik kami tidak kahwin dulu supaya kami sentiasa ROMANTIK kerana asyik berkuntik-kuntik. Kini....sentiasa kena kritik saja. Kadang-kadang kena kick juga. Punyalah sakit!

Pernah saya cakap dia diawal pagi,"Darling, good morning, I love you..." Seperti mata pengganas dia memandang saya dan berkata,"Kau gilakah?" Punyalah... kecewa dan hancur hati saya. Rasa-rasa macam saya mau mati saja....Tapi terfikir pula anak-anak, jadi saya berfikir hidup ini harus diteruskan meskipun tidak ada lagi ke-romantik-kan lagi. " Kata orang yang penting Mencintai bukan dicintai. Tapi BEST lah bah kan! Jadi, meskipun tak cantik lagi pun tetapi kena sayang-sayang dah....Ini barulah dinamakan cinta sepanjang zaman!

Patutlah orang tua-tua cakap," Cinta yang suci dan agung adalah cinta tanpa syarat dan batas!" Inilah cinta yang perlu kita terus perjuangkan tanpa lelah dan tanpa bosan. Bah! Walau apa pun, kita semua harus belajar dan terus mencuba agar cintakasih kepada sesama insan terus berjalan tanpa henti. Dan ini termasuklah didalam hal mencintai Tuhan Yang Maha Esa. Jadi, marilah kita belajar lagi berkata I LOVE U tanpa ragu-ragu dan dengan diiringi senyuman yang manis supaya cinta itu lebih bermakna. Betul tak? He he he..

Wednesday, March 3, 2010

Bah! Janganlah....

Kalau orang bilang  tak suka. Bah! Janganlah paksa. Kalau paksa juga nanti bergaduh pula.

Kalau orang tak mau minum. Bah! Jangalahlah paksa nanti kalau dia mabuk, kau kena pukul baru tau!

Kalau orang tak sayang. Bah! Janganlah paksa-paksa. Kerana Cinta tidak boleh dipaksa bah! Kalau dipaksa juga, tidak ada kebahagiaan bah tuu. Dan akhir-akhirnya berpisah @ bercerai juga. Rugi saja keluar belanja! Semuanya hangus! Jadi, pendek kata kita tidak boleh main paksa-paksa. Maka dengan itu, Hormatilah hak dan kebebasan serta kemahuan orang lain. Lagi pun, kita sendiri pun tidak suka kena paksa-paksa. Jadi, janganlah bah paksa-paksa orang pula. Kalau dia OK, kita pun OK lah. Tapi kalau dia tak OK, kita jangan pula OK nanti kena KO baru tau! He he he...

Monday, February 22, 2010

Pasal duit mah...

Duit itu penting tapi Duit bukanlah segala-galanya. Walau bagaiman pun, kita perlukan duit. Kerana kalau ada duit banyak kita buli buat. Beli itu dan beli ini. Dan buli juga pakai itu duit untuk kasi senang kehidupan sendiri dan juga kehidupan orang lain dengan memberi bantuan/derma kepada mereka yang susah dan kekurangan. Jadi, OK bah kalau ada banyak duit. Yang penting carilah duit dgn cari yang baik dan Halal. Jangan dengan cara yang jahat dan Haram! Nanti susah mau tidur tuu. Hati pun tidak senang bah! Bukan itu saja, berdosa bah mcm tuu! Dan tampias-tampias berkat dari Tuhan pun tidak dapat. Jadi, carilah duit dgn cari yang Bagus supaya tidak Hangus di neraka nanti. He he he....

Bah, kalau tidak ada duit, cari kerja atau buat kerja. Kalau dah terdesak, pinjamlah tapi jangan dah dapat main lupa-lupa pula tidak mau bayar. Ingatlah, kalau dah tak mampu bayar balik, terus terang saja bah. Kasi tahu,"Saya minta wang, bulikah?" (Jangan hairan jika tidak kena kasi ahh.)

Jangan cakap,"Saya mau pinjam duit, bulikah?" Mungkin ini ada harapan dapat tapi kalau dah tau tak mampu membayar, bagus minta saja bah! Jadi, tidak juga susah-susah bayar balik dan orang pun tak tertungguh-tungguh mengharapkan bayaran.Pendek kata, jangan malu meminta sedekah atau derma secara iklas dan jujur. Tapi jangan pula balik-balik minta. Nanti orang pun bosan! Malu-malulah bah sikit. Biasanya orang tak berapa kisah kalau sekali-sekala meminta, tapi kalau bailk-balik orang pun pandai marah bah!

Ingat-ingatlah kalau masa ada duit pandai-pandailah berjimat. Gunakan wang dengan baik dan jangan boros berbelanja. Dan jangan lupa simpanlah sikit-sikit didalam bank supaya kalau ada masalah kewangan, korek aje bank sendiri, jangan korek poket orang atau rompak bank! Bah, pandai-pandailah didalam hal mengurus wang sendiri dan jangan asyik berhutang nanti kena "buang."(Sakit bah tuu kena tendang dan tumbuk gara-gara tak bayar hutang.) Kata Pak Janggut, "Kalau dah Kaya, jangan boros berbelanja dan jangan lokek!; Kalau Miskin pun, elakkan berhutang! Berbelanjalah sesuai dengan pendapatan anda." Nah! Kalau macam ini, pasti hidup aman dan bahagia. He he he ....

Thursday, February 11, 2010

Sebelum daun-daun berjatuhan....

Sebelum daun-daun berjatuhan ke tanah, mereka  berbakti sehinggalah sampai waktunya mereka layu, mati dan berjatuhan ke tanah. Tapi aksi berbakti  tidak tamat disini saja. Kerana mereka terus berbakti walaupun dah ampai-ampai di tanah dengan menjadi baja sehingga tanah menjadi subur! Ini bererti mereka telah berbakti sehingga tamat kehidupan mereka dibumi ini.

Sesungguhnya, kisah ini   memberi kita kesedaran dari kedegilan dan kemalasan kita untuk berbakti kepada sesama insan. Kisah ini memberi kita petunjuk didalam hal berbakti.  Jadi, kalau kita mahu berbakti dengan melakukan kebaikan kepada orang lain maka, kita lakukanlah perkara ini bukan sekadar sekali-sekala. Tetapi, sepanjang hidup kita didunia ini. Pendek kata, kalau mahu berbakti kepada sesama manusia, jangan alang-alang! Berbakti sepanjang masa sehingga mati! Dalam erti kata yang lain, Jangan bosan berbuat baik kepada sesama manusia.

Friday, January 29, 2010

Hujan di tengah hari...

Di awal-awal pagi matahari bersinar dengan terang dan di langit pula tak kelihatan awan-awan hitam. Semua ini memberi gambaran bahawa sepanjang hari cuaca adalah baik. Tapi kadang-kadang hujan pula di tengah hari dan ini merosakkan aktiviti atau agenda  yang sudah dirancang diawal-awal pagi lagi. Perkara seperti ini bukan suatu yang baru dan mengejutkan kerana ia dah beberapa kali terjadi. Maka tak perlulah bersedih, kecewa dan marah-marah. Keadaan seperti ini adalah diluar kuasa kita seperti  kata orang," Kita hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan."

Walau bagaiman pun apa yang penting ialah kita sentiasa membuat perancangan sebelum melakukan sesuatu perkara. Amalan ini memang baik sekali dan ini haruslah menjadi pegangan didalam hidup kita setiap hari. Jadi, rancang dulu, barulah buat. Jangan "main hantam" saja kerana ini boleh membawa keburukan dan kerugian kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Jadi, kalau mahu melakukan sesuatu, buat dulu perancangan atau persiapan sebaik-baik yang mungkin.. Lepas itu, barulah dilaksanakan berdasarkan kepada perancangan atau mengikut pelan tindakan. Jangan tukar-tukar pelan. Buat apa yang sudah dirancang supaya   kejayaan adalah  lebih cerah dan kegagalan dapat dielakkan. Nah! Inilah kebaikan ada persediaan dan perancangan. Jestru itu, selalulah membuat perancangan dan persiapan sebelum membuat sesuatu perkara atau kerja.

Tuesday, January 5, 2010

Pedoman Kewangan

Kalau dapat gaji bulanan, apakah yang anda buat dengan wang berkenaan? Terus enjoy kah? Belanja-belanja kawan "Aramai Tii" kah? Atau anda sudah ada cara tersendiri bagaimana mengurus wang berkenaan? Kalau tidak ada berikut adalah pedoman am bagaimana anda mengurus Wang Masuk(gaji) anda dengan baik. Pedoman ini adalah berdasarkan kepada beberapa buku yang saya pernah baca.

1) Simpan 20% daripada gaji anda.Contohnya, jika gaji anda adalah RM800/= Ini bererti anda simpan RM160.Ini boleh disimpan di Bank atau dilaburkan dengan membeli saham misalnya saham ASB.
2) Ambil 10% untuk "enjoy" sendiri. Misalnya menggunakan wang ini memakan makanan yang paling anda suka.
3) 70% daripada gaji anda pula digunakan untuk membeli keperluan asas seperti barang-barang makanan. Misalnya beras, minyak, gas, gula dan lain-lain lagi keperluan dapur. Dan wang ini juga digunakan untuk  membuat pembayaran-pembayaran yang penting misalnya bil letrik, bil air, pinjaman atau loan dan sebagainya.

Ingatlah, bahawa sangat penting kita ada perancangan didalam hal menggunakan wang(gaji). Kita mesti pastikan bahawa kita berbelanja sesuai dengan pendapatan kita. Janganlah berbelanja lebih daripada pendapatan bulanan kita. Kerana ini akan menyebabkan masalah kewangan didalam hidup kita.

Berbelanja melebihi daripada gaji menyebabkan kita terpaksa berhutang kerana mahu menampung keperluan kewangan kita. Tetapi ini bukanlah cara yang baik  disudut kewangan. Kerana kalau kita biasa berhutang maka kita sentiasa akan dibebani dengan hutang dan ini menyebabkan hidup kita  tidak aman dan bahagia. Sebab itu elakkan berhutang dengan berbelanja sesuai dengan pendapatan kita. Jadi, dengan cara ini kita bebas daripada hutang dan ini menyebabkan kita dapat hidup dengan  tenang dan bahagia. Maklumlah tidak ada hutang!

Kalau ada perbelanjaan kita yang merugikan dan menyebabkan masalah kepada kewangan kita, hentikanlah atau buangkah perkara berkenaan. Misalnya merokok. Berhentilah merokok supaya wang untuk membeli rokok boleh digunakan untuk keperluan yang lebih penting dan baik. Disamping itu, jangan gila membeli loteri atau bermain judi. Buanglah tabiat-tabiat yang buruk dan merugikan diri sendiri.Kerana kecenderungan kepada perkara-perkara ini boleh membawa kepada masalah kewangan didalam hidup kita. Dan dalam jangka masa yang panjang, sangat merugikan kepada diri sendiri. Sebab itu, hentikan penggunaan wang kepada perkara-perkara yang kurang berfaedah dan tidak menguntungkan.

Pendek kata, pakailah wang pendapatan/gaji dengan bijak. Aturlah perbelanjaan  dengan baik Dahulukan perkara-perkara yang penting sekali dan utamakan perkara-perkara yang terutama dulu. Dan elakkan berhutang! Kalau perkara-perkara ini dapat kita lakukan maka kita dapat hidup tanpa masalah kewangan dan ini sudah tentu membawa ketenangan, dan kebahagian didalam hidup kita. Meskipun kita tidak kaya tetapi yang penting kita tidak berhutang dan tidak miskin papa kedana!