Tuesday, November 5, 2013

Kepentingan Pelajaran...

Wahai para pelajar,  baik yang masih di sekolah rendah atau di sekolah menengah dan lebih-lebih lagi yang berada di Kolej atau Universiti, jangan anggap remeh atau bersifat seperti acuh tak acu  didalam hal pelajaran. Belajarlah dengan rajin dan timbalah ilmu sebanyak yang mungkin. Jangan sia-sia masa persekolahan. Masa pergi sekolah, pergilah. Jangan malas-malas. Masa masuk kuliah, pergilah jangan ponteng. Kerana kejayaan didalam pelajaran adalah banyak bergantung kepada sifat yang rajin untuk membaca bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan pelajaran.  Dan kalau menghadapi apa-apa masalah didalam pelajaran seperti tidak faham atau kurang memahani mana-mata matapelajara maka, janganlah malu-malu meminta bantuan daripada guru-guru atau professor atau daripada kawan-kawan yang pandai.

Buang sifat yang takut dan malu untuk bertanya. Beranikan diri kerana apa yang anda buat bukanlah suatu perbuatan yang jahat tetapi suatu perbuatan yang baik dan mulia. Kalau seorang tidak dapat membantu anda. Jangan putus asa. Tanya lagi lain orang sehinggalah anda mendapat jawapan pada soalan atau perkara yang anda tidak faham. Dan jangan lupa mengucapkan TERIMA KASIH  kepada orang yang telah berjasa dan berbakti kepadamu. 

Pelajaran adalah penting sekali didalam kehidupan terutama sekali untuk mengubah cara kehidupan keluarga terutama sekali dari segi ekonomoi dan kewangan. Kerana sekiranya anda berjaya didalam pelajaran maka, peluang untuk mendapat pekerjaan yang baik dan bergaji lumayan adalah cerah sekali. Sebab itu, jangan main-main semasa dialam persekolahan. Tumpuhkan perhatian kepada pelajaran. Luangkan masa yang lebih pada pelajaran. Jangan asyik ikut kawan-kawan jalan-jalan dengan agenda konon-konon mau "enjoy atau siok-siok." Boleh juga bah tuu tapi jangan terlalu membuang masa didalam perkara ini. Fokus pada pelajaran. Lain kali bila dah tamat pengajian barulah boleh "enjoy-enjoy."

Kegagalan didalam pelajaran boleh mengakibatkan kesusahan kepada diri sendiri di masa akan datang. Kerana susah mendapatkan pekerjaan yang bergaji lumayan gara-gara tidak habis sekolah. Jestru itu, belajarlah betul-betul dan jangan sia-siakan masa bersekolah. Biarlah bersusah-susah belajar dulu nanti di hari kemudian  hasilnya anda sendiri yang akan menikmatinya dengan kehidupan yang senang dan selesa. 


"SELAMAT BELAJAR; SELEMAT BERJUANG."  

Saturday, November 2, 2013

Hari para arwah

Pada 2hb November, biasanya  dianggap sebagai Hari para arwah terutama sekali dikalangan orang Kristian. Hari ini adalah khas untuk mengingati para ahli keluarga, para saudara-mara, kenalan dan semua orang yang telah meninggal dunia. Bukan sekadar mengingati mereka tetapi juga untuk mendoakan roh mereka agar mereka selamat dan menikmati kebahagian abadi bersama-sama dengan Tuhan Allah di Surga. Dan selain daripada itu, kita juga diingatkan bahawa bagaimana para arwah yang sudah mendahului kita, kita juga disedarkan bahawa suatu hari nanti kita juga akan seperti mereka juga. Mereka telah mati, kita juga akan mati. Titik perhentian kita selaku manusia adalah sama saja. TIdak kira kaya atau miskin, cantik atau hodoh, tinggi atau rendah, kita semua akan meninggalkan dunia ini suatu masa nanti. Ini boleh terjadi pada bila-bila masa tanpa amaran  dan tanda jemputan.  Jestru itu, baiklah kita sentiasa bersedia dengan saat ini iaitu saat kematian. Jangan berkata," Ahh.....lama lagi bah tuu!" Kerana saat itu boleh terjadi pada hari ini atau esok atau bulan depan atau tahun depan. Ia boleh terjadi dimana-mana saja. Mungkin semasa kita berkerja atau bersukan atau semasa menonton TV atau semasa bercuti diluar negara.

Ya....boleh terjadi pada bila-bila masa saja. Yang penting kita bersedia pada saat itu dengan menghidupi kehidupan yang baik dan beriman. Ingatlah pada Tuhan Allah selalu dan jangan buat benda-benda yang jahat dan dosa. Jagalah cara kehidupan. Peganglah dan ikutilah ajaran Tuhan dengan setia dan iklas. Dan jangan lupa membuat seberapa banyak  kebaikan dan kebajikan kepada sesama manusia tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit.

 Saudara dan saudari, kita semua akan mati suatu hari nanti. Kita bukan hidup selama-lama diatas bumi. Sebab itu, marilah kita hidup dengan baik semasa hidup diatas bumi ini. Semoga  apabila sampai masa kita menemui PENCIPTA kita yang MAHAKUASA kita akan mendapat belaskasihan daripadaNYA dan seterusnya dikurniakan kehidupan yang bahagia dan abadi. Amin.

Friday, October 25, 2013

Berkat Berdoa..

Kalau kita  percaya kepada Tuhan Allah maka, berdoalah selalu secara tetap dan konsisten dengan tujuan  untuk menyembahNya, memujiNya, memohon sesuatu daripadaNya, dan bersyukur kepadaNya atas segala perkara yang dinikmati didalam hidup ini.

Orang yang rajin berdoa biasanya lebih rendah hati, lebih penyabar, lebih menyayangi, lebih dermawan, jarang jatuh kedalam dosa-dosa yang berat, bersifat lebih jujur dan iklas, lebih setia, lebih mudah mengampuni, lebih bersopan didalam percakapan dan perbuatan, lebih menghormati dan mencintai sesama manusia tanpa mengira warna kulit, bangsa dan pegangan dan  lebih rajin membaca dan merenung Kitab Suci. Malah lebih daripada itu. Kerana ada orang beriman yang sungguh-sungguh luarbiasa. Misalnya melakukan kerja-kerja  amal dan kebajikan kepada orang lain lebih daripada kebiasaan orang lain.

Yaaa...demikianlah "BERKAT DAN PAHALA" yang Tuhan Allah berikan kepada orang-orang beriman yang rajin beribadat kepadaNya. Jestru itu, marilah kita mencuba sedaya-upaya supaya rajin berdoa agar kita lebih diberkati dan diredai oleh Tuhan Allah yang Maha Esa. Amin.

Monday, October 21, 2013

Jangan jual..

Kalau ada sebidang tanah yang memang hak-milik keluarga sejak dahulu-kala maka baiklah dipertahankan dan dikekalkan. Jangan jual kerana bukan senang untuk mendapatkan tanah dimasa kini. Susah bah! Jadi, walau apapun masallah yang dihadapi didalam hidup, jangan sekali-kali jual tanah milik sendiri. Lebih baik tanah itu diusahakan sendiri dengan menanam sayur-sayuran dan buah-buahan. Atau  disewakan dengan perjanjian bertulis yang jelas dan betul. Ini adalah untuk mengelak daripada ditipu. Jangan main cakap saja kerana cara ini bila-bila boleh berubah  kerana dipertikaikan dari semasa ke semasa. Jadi, tulis itu perjanjian yang dipersetujui bersama. Lebih baik kalau pakai peguam atau lawyer. Lebih terjamin dan selamat. 

Janganlah kerana gara-gara mahu "cepat kaya" maka tanah pusaka menjadi mangsa. Ingatlah tanah yang dijual pergi selama-lamanya dan wang yang didapati hasil daripada jualan tanah takkan berkekalan. Ianya boleh habis dan lesap didalam sekelip mata saja. Maka dengan itu, jagalah tanah pusaka keluarga dengan baik. Jangan jual.

Bah! Sayangilah harta-pusaka yang diturunkan oleh nenek-moyang. Jangan sia-siakan pemberian dan titik-peluh mereka.

Sunday, October 20, 2013

Hai Anak-anak...

Hai Anak-anak, janganlah  kamu kuat melawan ibubapa. Sayangilah dan hormatilah mereka. Dengarlah nasihat dan teguran mereka Dan jangan kecewakan dan lukakan hati mereka terutama sekali dihari-hari tua mereka. Ingatlah bahawa TANPA mereka, kamu tidak akan ada didunia ini. Tetapi Kerana mereka berkerjasama dengan TUHAN dan mencinta kamu maka, kamu wujud didalam dunia ini.Jestru itu, hargailah jasa mereka, dan cintailah mereka sepanjang hidupmu. 
YAAA..........tanpa ibubapa siapalah kita!

Friday, October 18, 2013

Lebih baik beli beras...

Baru-baru nii saya pergi ke kedai runcit. Setelah mendapatkan barang-barang  yang saya perlukan, saya ke kaunter untuk membayar. "Wah! harga rokok dah naik. RM10.50 sekotak." "Ya...baru-baru saja naik. Boss merokokkah? tanya gadis yang manis itu sambil memasukkan barang-barang yang sudah kubayar kedalam plastik."
"Tidak.Lebih baik beli beras."
"Betul tuu. Kenyang lagi.....kan!" katanya dengan senyuman yang lebar dan manis.

Bah fikir-fikirlah. Kalau anda berbelanja RM10.50 sehari untuk rokok maka didalam sebulan anda tabur RM315.00(RM10.50 x 30 hari). Ini bererti didalam setahun anda pasti  hanguskan wang kira-kira  RM3150.00(Tiga ribu satu ratus dan lima puluh ringgit). Dan dalam 10 tahun , wang anda hangus begitu saja sebanyak RM31,500). Rugi betul kan!

Bayangkanlah kalau anda simpan wang rokok itu didalam bank, sudah tentu didalam tangan anda ada RM31,500 berserta dengan "bunga" atau "faedah". Dengan wang sebanyak itu, anda boleh gunakan untuk perbagai projek misalnya  membesarkan atau mengubahsuai rumah anda, atau membeli kereta terpakai yang masih baik, atau mendapatkan sebuah motosikal, atau membeli perbagai keperluan untuk kegunaan semua ahli keluarga atau untuk belanja anak-anak  ke sekolah sampai ke peringkat yang tinggi seperti masuk ke Universiti. Jestru, itu BAGUSLAH BERHENTI MEROKOK kalau anda merokok. DAN yang belum merokok, JANGANLAH menyentuh benda nii. Kerana hidup anda lebih baik tanpa rokok. 

Tuesday, October 15, 2013

Dulu dan sekarang

Dulu memang berbeza jika dibandingkan dengan zaman sekarang. Walau bagaimana pun bukan semua yang dulu-dulu itu tidak boleh dipakai. Sebenaranya banyak perkara atau hal yang dulu-dulu masih lagi baik dipakai dan digunakan pada masa kini. Misalnya hal yang berkaitan dengan etika atau moral kehidupan. Contohnya dulu kalau getah dibiarkan  di kebun berminggu-minggu pun tidak  kena curi. Sekarang nii, jangan harap getah tak kena curi. "Sikarap"(sisa-sisa getah) pun kena curi!

Sekarang nii memang dah maju dan canggih. Banyak hal dan perkara yang baik yang membuat hidup manusia lebih mudah dan selesa. Walau bagaimana pun jangan terlalu terbawa-bawa  atau terikut-ikut dengan arus modern kerana bukan semua dizaman ini baik terutama sekali  hal yang berkaitan dengan gaya dan cara kehidupan masa kini. Kita pandai-pandailah ikut yang baik dan buanga yang buruk. Yang penting ambil dan yang tak berapa penting tinggalkan saja. Jangan terlalu terpengaruh dengan cara duniawi. Ingat-ingatlah Tuhan dan jadikan pengajaran Tuhan menjadi dasar dan inti kehidupan kerana ini yang membawa kebahagian sejati. Bukan cara duniawi. Jestru itu, marilah kita pelihara dan amalkan apa yang baik dan jauhi perkara yang jahat terutama sekali yang bertentang dengan pengajaran agama.

Monday, October 14, 2013

Bergaya OK tapi...

Tidak salah bah bergaya sikit tapi.....fikir-fikirlah dan pakai otak sikitlah. Janganlah terlalu bergaya sedangkan berhutang sini sana. Janganlah terlalu mementingkan penampilan luar seperti memakai pakaian yang berjenama dan kasut yang berjenama, jam yang mahal-mahal, handphone yang terlalu mahal sedangkan makan dan minum masih lagi bergantung kepada ibubapa. Patut dah ada kerja, pandai-pandailah belanja ibubapa seperti membeli  keperluan didalam rumah seperti membeli beras, sayur-sayuran, ikan dan sebagainya. Dan tolong-tolonglah bayar bil letrik dan air. Jangan asyik terlalu bergaya dengan belanja yang mahal  dengan  balik-balik makan ditempat-tempat yang mahal. Bah! Ubahlah sifat dan perangai. Uruslah hal kewangan  dan pendapatan dengan baik. Ingat-ingatlah.........simpan wang dan jangan terlalu pakai duit. Kerana kalau dah tak ada duit yang cukup nanti merana dan susah. Takkanlah asyik pinjam wang orang lain saja! Malulah sikit. Kasi nipis itu kulit muka sikit. Hutang dulu belum bayar, masih nak berhutang?!

Sebenarnya, biarlah tidak ada gaya. Main-main biasa-biasa saja. Tak payah ikut-ikut  gaya orang lain yang memang berada dan berduit. Yang penting hati senang dan fikiran pun aman dan yang paling penting tidak ada hutang. Jadi, hidup pun RELAX saja...Inilah kebahagian hidup yang patut kita kecapi. Tidak ada gaya tapi bahagia. Hehehe........Tapi kalau mau bergaya juga, boleh bah tuu.....yang penting mengikut kedudukan kewangan sendiri dan jangan terlalu bergayalah......banyak belanja bah tuu.
Jadi, bergaya secara sederhana sajalah.....SIMPLE AND HAPPY.

Thursday, October 10, 2013

Sewa rumah

Kalau anda sewa rumah atau bilik sebanyak RM300.00 sebulan maka didalam satu tahun anda berbelanja RM3600.00 setahun. Dan didalam 5 tahun, RM18,000.00 DAN untuk 10 tahun anda "kehilangan" RM36,000.00(Tiga puluh enam ribu). Dan yang paling teruk lagi ialah rumah atau bilik yang anda sewa bukan milik anda walaupun dah membayar RM36,000.00! Jestru itu adalah lebih baik pinjam wang dari bank sesuai dengan kemampuan untuk membayar dan membina rumah sendiri. Sama juga bulan-bulan membayar tetapi bezanya ialah rumah yang anda bina dengan wang pinjaman dari bank adalah MILIK ANDA SENDIRI. Sedangkan rumah/bilik sewa yang anda bayar bulan-bulan tetap bukan milik anda selama-lamanya. Jadi, adalah lebih baik dan lebih bijak meminjam wang dari bank untuk membina rumah daripada menyewa rumah/bilik.
Bah.....fikir-fikirlah dan bertindaklah sesuai dengan  kebaikan dan keuntungan dimasa hadapan. Bijak bertindak sekarang, bahagia dimasa akan datang. Buatlah yang terbaik bukan yang sekadar baik sahaja.

Sunday, September 29, 2013

Hal pakaian

Cuba berhenti sebentar dan fikirlah tentang pakaian. Berapa banyak pakaian yang anda ada? Cuba periksa almari pakaian anda. Cuba kira berapa helai pakaian yang anda miliki seperti baju-T, baju biasa, seluar panjang atau pendek, sapu tangan, sarung kaki dan sebagainya. Apakah tempat pakaian anda sudah penuh sesak dengan pakaian. Terlalu banyak? Sedikit saja atau cukup-cukup saja? 

Kalau cukup-cukup saja maka ini tidak menjadi hal dan tidak menjadi masalah. Kerana pakaian berkenaan anda perlukan. Tapi kalau banyak sekali mungkin sudah sampai masanya anda pilih yang benar-benar anda perlukan dan lebihannya anda boleh jual atau dermakan  kepada orang lain yang mungkin memerlukannya. Maka dengan ini anda bukan saja melakukan kebaikan dan kebajikan kepada orang lain, malah anda "meringankan" beban orang lain dan juga membuat hidup anda lebih "simple" dan bahagia. 

Sebenarnya didalam hal pakaian, kita tidak perlu menyimpan terlalu  banyak pakaian. Kita simpan apa yang kita perlukan dan gunakan. Jadi ini bererti,  kalau kita membeli pakaian yang baru maka ada baiknya pakaian yang lama dan masih baik, diberikan atau didermakan kepada orang lain yang memerlukan pakaian. Simpan banyak-banyak pun bukan kita pakai juga. Jadi lebih baik berikan kepada orang lainlah...Tapi ingatlah pakaian kita kita berikan atau dermakan mestilah didalam keadaan yang baik dan masih boleh dipakai. Jangan sekali-kali memberi pakaian yang  dah lapok dan buruk kepada orang lain. Berilah yang masih baik dan boleh dipakai. OK? Bah, selamat mencuba...


Monday, August 19, 2013

Terus-teranglah!

Kenapa tak datang? Sibuk bah! Kenapa tak siap kerja? Sibuk bah! Kenapa lambat datang? Sibuk bah! Kenapa tak sembayang? Sibuk bah!  Apakah anda biasa menggunakan perkataan "sibuk"  sebagai alasan untuk menutup kelemahan atau kesalahan  sendiri? Kenapa tak berterus-terang saja?  Tak berani? Takut jatuh maruah? Takut dihukum? Apa pun alasan anda, sebenarnya lebih baik berterus-terang saja supaya anda tidak dihantui dengan perasaan bersalah. Dam ini mengangguh ketenteraman jiwa dan hidup anda gara-gara tak berterus-terang. Jadi, Biarlah anda mungkin dipandang rendah atau dihukum kerana bercakap benar tetapi apa yang penting ialah anda mempunyai ketenangan dan kedamaian didalam hidup. Ini yang lebih mulia dan lebih penting.

Sunday, June 23, 2013

Pengorbanan...

Mengalah demi kebahagiannya....
Memberi laluan demi kemenangannya....
Menderita demi kebahagiannya...
Menangis demi kegembiraanya....
Inikah yang dinamakan Pengorbanan?
Atau satu kebodohan?
Apapun...gara-gara berkorban
pasti diri sendiri menjadi korban.

Biarlah......asalkan dia bahagia....
dan puas hati.....
demikianlah erti pengorbanan
bagi seorang yang rela berkorban.

Friday, May 17, 2013

Pantang mengalah!

Ada kata-kata hikmat yang berbunyi: Orang yang benar-benar kalah adalah orang yang tidak belajar daripada kesilapannya sendiri. Jestru itu, kalau kita kalah didalam sesuatu pertandingan atau permainan atau pilihanraya, janganlah menyalahkan orang lain gara-gara kecewa tidak menang. Tetapi, Ingatlah bahawa disebalik kegagalan atau kekalahan   ada juga sesuatu yang dapat kita pelajari.  Kerana peristiwa pahit ini boleh dijadikan sebagai satu kesempatan dan  peluang untuk  menilai diri kita sendiri secara jujur dan dengan kerendahan hati. Luangkan masa yang baik untuk menilai apa punca kegagalan diri sendiri.  Cuba renung secara mendalam supaya kelemahan itu  dapat diperbaiki. Selepas mengenal pasti puncanya, maka rancanglah  satu langkah yang baru yang bukan saja lebih berkesan dan lebih berbisa  tetapi juga lebih menarik yang mugkin dapat membawa kejayaan dan kemenangan dimasa akan datang. Pendek kata, belajarlah daripada kesilapan. Jangan  bersedih hati kerana gagal atau kalah; Jangan juga marah dan meresa kecewa. Tetapi Bangkitlah dan teruskan perjuangan. Kerana esok masa ada bah! Ini bererti masih ada  harapan dan peluang untuk berjaya. Pandanglah ke hadapan kerana dihadapan masih banyak peluang untuk mencapai kejayaan dan kemenangan. BAH! Biarlah kalah hari ini tapi sifat jangan  mengalah itu mesti diteruskan. Pantang mengalah selagi badan bernyawa! Perjuangan mesti diteruskan.............sehingga mendapat kejayaan! Tapi....berjuanglah dengan cara yang baik dan mulia supaya kejayaan yang bakal dikecapi bermakna dan diberkati Tuhan.

Sunday, May 5, 2013

Ikutlah baik-baik...

Kalau kita tidak mengikut peraturan dan undang-undang jalanraya semasa memandu kereta, kita bukan saja membahayakan diri sendiri tetapi juga nyawa orang lain. Sebab itu, kita mestilah mematuhi undang-undang dengan baik supaya kita selamat dan selesa. Nah! Begitu juga didalam hal berpegang kepada suatu agama yang kita yakini dan ikuti. Jangan lalai dan jangan berpura-pura didalam hal berpegang kepada semua ajaran yang diajar oleh agama yang anda ikuti. Kerana tidak ada guna menjadi pengikut kalau tidak  setia mengikuti apa yang diajar oleh agama sendiri. Kalau main-main saja, lebih baik tidak menjadi pengikut. Jestru, itu jadilah pengikut yang baik, setia, mulia dan kudus.