Thursday, August 7, 2008

Sungguh-sungguh bertuah!



Saya percaya bahawa setiap manusia yang ada didalam dunia ini adalah sungguh-sungguh bertuah kerana telah diberi peluang oleh Tuhan yang Mahakuasa untuk hidup di dunia ini. Sedangkan beribu-ribu "benih kehidupan" yang tidak sempat menjadi matang dan dilahirkan. Ada pula diantara mereka yang "gugur" atau "gagal" semasa didalam perjalanan untuk bersatu dengan "telur ibu" dan seterusnya dilahir ke dalam dunia ini. Tetapi, kita semua sungguh-sungguh bertuah, kerana kita berjaya keluar dari rahim ibu kita dan seterusnya hidup diatas bumi yang indah ini. Kenapa? Kerana Tuhan mengizinkan kewujudan kita. Dia mengkurniakan kita KEHIDUPAN! Inilah pemberian-NYA Tuhan yang bukan saja yang terpenting tetapi yang teristimewa sekali. Kita memang sungguh-sungguh bertuah kerana dapat hidup didunia meskipun hanya untuk sementara waktu!


Sedar akan hakikat ini, marilah menjaga kehidupan ini dengan penuh berhati-hati. Dan sebagai tanda keiklasan kita berterima-kasih kepada Tuhan, marilah berusaha menjadi manusia yang lebih baik, dan lebih beriman dengan rajin mematuhi segala perintah-perintah-Nya dan taat berdoa serta bertakwa kepada-Nya. Marilah menyembah-Nya dengan jujur dan menjauhkan apa juga jenis kejahatan supaya kita dapat hidup dengan tenteram dan tenang tanpa kekecohan. Marilah sama-sama mencintai Tuhan sepenuh hati kita dan sesama manusia serta saling menghormati antara satu sama dengan tanpa mengira kedudukan, warna kulit, bangsa dan agama kerana kita semua adalan ciptaan Tuhan. Kita semua adalah anak-anak Tuhan. Sebab itu elakkan pergaduhan, keganasan, kekejaman,kejahatan dan perperangan.Marilah kita sama-sama hidup dengan aman dan bahagia demi iman dan cinta kita kepda Tuhan yang Maha Esa. Amin.

No comments: