Showing posts with label suka. Show all posts
Showing posts with label suka. Show all posts

Wednesday, October 7, 2009

Kuasa senyuman!


Salah satu daripada teknik atau pedoman yang paling senang untuk dilakukan jika kita mau orang suka pada kita ialah dengan senyuman. Yaa.....senyumlah kepada orang. Kalau terjumpa kawan atau orang yang kita kenali seperti bekas guru kita, senyumlah. Dan kalau ngam-ngam berpandangan atau bertemu muka dengan orang yang kita tak kenali, bah senyumlah. Begitu juga kalau ketemu atau kena tahan polis dijalanraya Maka, hadiahkanlah dia dengan satu senyuman yang manis sekali supaya dia pun bersifat lembut dan peramah dengan kita. Dan kalau ada orang senyum dengan kita, balaslah senyumannya. DAN kalau terjumpa "musuh" kita, janganlah buang muka, tetapi lemparkanlah sebuah senyuman yang manis. Pasti musuh kita merasa menyesal kerana menyakiti hati kita dulu. Silap-silap mungkin dia minta maaf dan belanja kita makan. Untungkan macam ini! Semuanya kerana kita senyum.
Kalau kau berniaga macam menjual-jual barang-barang di kedai atau tamu, bah, senyumlah kepada pelanggan supaya hati mereka pun lembut lalu membeli apa yang anda jual. Kalau orang tidak pandai senyum lebih baik jangan buka bisnes! Orang biasanya suka membeli di kedai-kedai dimana bukan saja pembantunya pandai senyum tetapi tokey/bossnya pun mudah tersenyum. Inilah kuasa senyuman.

Kalau kita pergi mana-mana ofis atau pejabat, dermakanlah sebuah senyuman sebelum berurusan dengan orang berkenaan. Pasti urusan akan lebih senang dan mengembirakan. Demikian juga bila bercakap dengan orang melalui talipon atau HP, senyumlah....maka, orang yang mendengar disebelah talipon/HP dapat merasakan "kesan senyuman kita." Mereka akan merasa kebaikan dan keramahan kita

Sesungguhnya, senyuman membawa beribu-ribu kebaikan kepada kita dan kepada orang lain. Sebab itu, marilah kita mengamalkannya didalam kehidupan kita setiap hari. Senyumlah! Jangan malu-malu bah! Apa yang dimalukan? Kalau kita malu mengukir senyuman, nanti kena "singkir" orang. Akibatnya, kita tidak ada kawan dan tidak ada orang mau berkawan dengan kita. Jestu itu, senyum-senyumlah selalu!

Wednesday, September 17, 2008

Suka, Sayang dan Cinta

Kita selaku manusia ciptaan Tuhan mempunyai kemampuan dan kebolehan menunjukkan perasaan kita dengan tiga cara. Pertama, perasaan suka: Perasaan ini biasanya ditujukkan kepada benda-benda dan tumbuhan-tumbuhan. Misalnya kereta, kasut, baju , bunga, gunung, bukit, pokok dan sebagainya. Kedua, perasaan sayang pula biasanya diajukan kepada binatang-binatang seperti burung, kuching, anjing, ikan, ayam dan sebagainya. Ketiga, perasaan cinta adalah khas ditujukan pertama sekali kepada Tuhan dan kedua kepada sesama manusia tanpa mengira jantina, bangsa, latarbelakang, warna kulit, kedudukan dan status seseorang.


Apabila perasaan ini tidak gunakan mengikut "kategorinya" maka, timbullah masalah seperti pergaduhan, permusuhan, prasangka, semburuh, dan marah. Misalnya didalam perkahwinan. Kalau suami terlalu mencintai keretanya daripada isterinya maka ini boleh menimbulkan cemburu atau pergaduhan. Sepatutnya, suami sukakan kereta dan isterinya pula dicintai. Ini bererti dia memberi perhatian yang lebih kepada isterinya dan bukannya kepada keretanya.



Demikian juga bila isteri terlalu cintakan kuching daripada suaminya. Maka, ini boleh menimbulkan masalah didalam perkahwinan. Sepatutnya isteri cintakan suami dan sayangkan kuching. Kalau disebaliknya, maka tak harianlah kalau suami sentiasa bermuka "asam" kerana isteri terlalu memberi perhatin yang lebih kepada kuchingnya daripada suaminya. Jadi, didalam hal ini isteri salah menggunakan perasaanya dan ini boleh mengakibatkan ketegang dan kerenggangan didalam perkahwinan.



Ada pula ibubapa terlalu cintakan kereta daripada anak mereka. Misalnya apabila anak terlibat didalam kemalangan. Dengan nada yang marah-marah mereka bertanya,"Itu kereta apa macam? Terukkah? Memik besarkah?" Sepatutnya, mereka tanya dululah pasal keadaan anak mereka dengan nada yang penuh perhatin sekali."Aduh! Aduh....kasihan....Jadi kau bagaimana? Ada luka-luka...? Tak apa itu kereta. Itu boleh bikin balik. Bah, lain kali berhati-hatilah..." Kalaulah begini sikap ibubapa, ini menunjukkan mereka cintakan anak mereka dan sukakan kereta.



Bagaimana pula dengan Tuhan? Adakah orang terlalu mencintai hal-hal duniawi sehingga tidak ada masa berdoa dan melakukan pengajaran Tuhan? Ada pula orang sanggup berkerja keras untuk mendapatkan lebih banyak wang sehingga mengabaikan kewajipan yang dituntut oleh agama yang dia anuti. Misalnya mereka tidak pergi sembayang pada hari Ahad kerana bekerja di kebun atau di sawah padi pada hari tersebut; Ada pula orang mengadakan majlis perkahwinan atau Keramaian pada hari Ahad. Sebab itu tak ke Gereja dan menyebabkan banyak umat tak ke Gereja untuk bersembayang gara-gara menghadiri Majlis Keramaian!



Sekarang, mari kita tanya diri kita sendiri: Apakah kita sering menempatkan perasaan kita ditempat yang salah? Adakah kita lebih mencintai barang-barang/hartabenda dan binatang-binatang, tumbuhan-tumbuhan daripada sesama manusia seperti adik-adik, abang, kakah, ibu, bapa, uncle, saudara-mara, dan kawan-kawan. Apakah kita lebih mencintai pekerjaan kita daripada ibubapa sendiri sehingga tak ada masa pulang ke kampung untuk melawat dan bersama-sama dengan mereka? Marilah sama-sama meluangkan masa dan merenung, samada cara kita meluahkan perasaan suka,sayang dan cinta itu kena pada tempatnya atau tidak. Kalau tidak marilah mengubah cara kita menggunakan perasaan kita dengan baik dan tepat. Sesungguhnya, cabaran kita didalam hidup ini adalah besar sekali. Kerana kebiasaan kita ialah lebih mencintai dan menyayangi benda-benda(harta-benda), tumbuhan, dan binatang ternakan daripada sesama manusia dan Tuhan. Jestru itu, marilah belajar untuk meluahkan perasaan isi hati dengan menunjukkan perasaan kita sesuai dengan kategorinya. Marilah kita belajar menyukai benda-benda dan hartabenda; menyayangi binatang-binatang dan tumbuhan-tumbuhan; dan mencintai sesama manusia dan sentiasa mencinta Tuhan lebih dari segala-galanya. Kerana Tuhan lah yang mencipta dan memberi kita kehidupan. Sebab itu, marilah mencintainya sepenuh hati kita dan sepanjang hidup kita. Amin.