Sunday, April 28, 2013

Miskin;Kaya

Kebanyakan orang mahukan kemewahan dan kesenangan didalam hidup. Sebab itu, orang berusaha mengubah dan memajukan diri dengan rajin berkerja  dan tabah supaya mencapai apa yang mereka inginkan didalam hidup. Sesungguhnya, Semua orang mahu menjadi kaya!  Tetapi apa yang menyedihkan ialah apabila mereka menjadi orang kaya, mereka menjadi orang miskin didalam   bidang yang lain: Kaya tapi sombong; kaya tapi kedekut; kaya tapi malas sembayang; kaya tapi kaki judi, kaki botol; kaki perempuan., dan sebagainya. Inilah yang dinamakan miskin dengan nilai-nilai yang murni dan moral didalam hidup.
 
Kaya tetapi  tidak setia kepada Tuhan. Inilah yang dikatakan miskin rohani dan miskin nilai-nilai agama. Jadi,  didalam kontex ini,  kekayaan  yang dimiliki tidak menjadikan seseorang  sebagai orang kaya yang berhati  mulia dan beriman. Jestru, itu apbaila kita mahu mencari kekayaan, kita mestilah pastikan bahawa kita tidak lupa pada Tuhan dan tidak meninggalkan nilai-nilai yang murni dan bermoral didalam mencari kemewahan didalam hidup. Sebenarnya, kalau kita tidak dapat menjadi orang kaya tetapi dengan setia menjadi orang yang beriman kepada Tuhan Allah, kita sebenarnya adalah "Orang Kaya."  Kerana kalau Tuhan Allah ada didalam hidup kita, maka kita sebenarnya memiliki kekayaan  yang tidak terhingga. Kekayaan rohani sebenarnya,  lebih bernilai daripada  kekayaan duniawi. Jestru itu, jangan lupa pada Tuhan kalau dah menjadi orang kaya.

Wednesday, April 24, 2013

Berdoa..

Meluangkan masa untuk berdoa bererti " Tuhan adalah yang  terpenting sekali didalam hidupku." Sebab itu, didalam hal berdoa, kita haruslah menjadikan aksi berdoa sebagai satu perkara yang tidak dapat kita lepaskan. Kerana bila kita berdoa, kita menempatkan Tuhan yang pertama sekali didalam hidup kita setiap hari. Jestu itu, rajin-rajinlah berdoa dan berdoalah secara tetap. Janganlah kita lupakan Tuhan. Amin.

Saturday, April 20, 2013

Sentiasa bersifat adil


Sentiasa bersifat adil melibatkan tiga  perkara, pertama sentiasa bersifat kepada Tuhan Allah. Ini bererti sentiasa memberi apa yang sepatutnya diberikan kepada Tuhan iaitu menyembah-Nya, mengikut semua ajaran-Nya, melakukan yang baik dan menjauhkan apa juga jenis  kejahatan dan dosa. Kedua, sentiasa menghormati orang lain dan sentiasa menghormati milik dan hak orang lain dan tidak melakukan kejahatan kepada orang lain. Dan ketiga melibatkan diri sendiri. Ini bererti menjaga dan memelihara diri dengan baik. Ini termasuklah tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan dan membahayakan diri sendiri. Jestru itu, sentiasalah berlaku ADIL kepada Tuhan Allah, kepada orang lain dan kepada diri sendiri. 

Monday, April 15, 2013

Jangan terlalu bergantung...

Kita janganlah terlalu bergantung kepada orang lain untuk berjaya didalam kehidupan ini. Kita mestilah berusaha sendiri dan berkerja keras untuk mencapai keselesaan didalam hidup.  Jangan pula mengharapkan "takdir atau nasip" semata-mata untuk menikmati kebahagian didlam hidup. Kerana Tuhan memberkati  orang-orang yang bertakwa dan rajin berusaha untuk memajukan diri. Jestru itu, jangan tunggu nasip dan jangan juga main nasip didalam hal untuk memajukan diri. Kerana kejayaan didalam hidup sentiasa akan dinikmati oleh orang-orang yang tabah, jujur dan setia untuk berusaha. Jestru itu, janganlah terlalu bergantung kepada nasip atau menanti durian runtuh di depan mata kita. Berusahalah dengan tabah. Jangan malas tetapi mengharapkan kesenangan didalam hidup. Usaha yang gigih mesti ada jika kita mahu menikmati  kebahagian dan kesenangan didalam hidup.

Tuesday, April 9, 2013

Kejujuran berkerja....

Apakah anda seorang  pekerja yang rajin dan jujur? Apakah anda dengan setia dan iklas melaksanakan kerja yang anda pohon  dahulu dan menerima gaji kerja membuat kerja berkenaan?
Jam berapa anda datang ke pejabat atau tempat kerja? Dan pulang pula jam berapa anda berangkat daripada pejabat atau tempat kerja?

Kalau lambat datang ke pejabat  sekali-sekala, ini dapat kita fahami dan dapat diterima. Tetapi kalau balik-balik lambat atau hari-hari lambat datang maka, inilah yang dikatakan kurang komitment dan kurang iklas didalam melaksanakan kerja yang diamanahkan. Begitu juga kalau selalu  keluar pejabat atau hari-hari pulang awal daripada kerja. Alasan? Konon-konon mau menggelak "trafik jam".  Sifat seperti ini  mengambarkan etika bekerja yang salah. Kalau dah  ditetapkan masa pulang ialah jam 5.00 petang. Maka seorang pekerja yang jujur akan keluar daripada pejabat tetap pada jam 5.00 petang.Dan bukannya jam 4.30 pm dah berada  dijalanraya.....siok-siok(senang) memandu kereta yang berhawa dingin. Sifat seperti ini tak baik dan memang melambangkan ketidak-jujuran dan tidak bermoral.

Seorang pekerja dibayar gaji sesusai dengan perjanjian yang dipersetujuhi bersama. Pekerja dibayar gaji untuk melakukan kerja yang dia setuju untuk melakukannya dan  majikannya  pula membayar gaji berdasarkan kepada ikatan perjanjian berkenaan. Jadi kalaulah seorang perkerja selalu lambat datang kerja atau selalu sangat pulang awal, mungkin lebih baik dan adil jika gaji yang dibayar kepada pekerja berkenaan dikaji semula.

Pekerja yang malas lebih baik diberhentikan dan biarkan dia pergi mencari kerja yang lain. Rugi saja membawa gaji pekerja yang malas dan tidak jujur! Walau bagaimana pun pekerja yang rajin dan jujur sebaiknya diberi "BONUS" atau kenaikan pangkat atau gaji atau kedua-duanya sesuai dengan "terma dan syarat" yang dipersetujui bersama.

Bah.....kalau dah dapat kerja, baik-baiklah bekerja Jangan malas. Jangan curi tulang  nanti kena  potong gaji atau lebih teruk nanti  kena buang kerja pula.! Sendiri juga yang menderita dan susah.  Ingatlah bahawa adalah menjadi satu kerugian  bagi majikan atau tokey untuk membayar gaji  pekerja yang malas dan tak amanah. Tambahan pula, seorang pekerja yang menerima gaji penuh tanpa bekerja dengan baik dan jujur adalah satu  kerugian kepada diri sendiri. Kerana gaji yang diterimanya  bukanlah  "gaji bersih" tetapi "gaji kotor." Ianya tidak membawa  berkat dan  kebaikan kepada diri sendiri kerana menipu didalam pekerjaaan tetapi menerima gaji yang penuh. Jestru itu, bekerjalah dengan baik, jujur dan iklas supaya gaji yang diterima adalah halal, bersih dan diberkati oleh Tuhan yang Maha Esa..

Sunday, April 7, 2013

Jangan Putus Asa bah!

Kalau kalah didalam pertandingan. Jangan lemah semangat. Berlatih lagi dan lagi...kemudian ikut lagi pertandingan. Cuba lagi. Jangan putus asa bah!
Kalau gagal didalam perniagaan. Jangan berhenti buat bisnes. Cuba lagi secara-cara kecil-kecilan. Jangan putus asa bah!
Kalau gagal didalam perkahwinan. Jangan terlalu risau. Carilah yang lain. Jangan Putus asa bah!
Kalau tak lulus peperiksaan. Belajar lagi dan ikut peperiksaan lagi samapi lulus! Jangan mudah putus asa bah!
Kalau tak kena hari ini. Cuba lagi sehingga kena bah. Jangan mudah putus harapan bah..
Kalau gagal bertobat, cuba lagi.Perbaiki diri dengan lebih berdispilin dan buang  perkara dan sifat yang menghalang pertobatan. Jangan mudah berputus asa bah.
Kalau selalu gagal berdoa. Cuba lagi sehinggalah sifat berdoa setiap hari  itu menjadi pegangan utam didalam hidup.
Pendak kata, apa juga kegagalan yang kita alami didalam kehidupan, jangan mudah berputus
 asa. Cuba lagi dan lagi sehinggalah berjaya. Kerana kecekalan, kesabaran dan semangat perjuangan yang tinggi akan membawa kejayaan dan kebahagiaan.

Tuesday, March 26, 2013

Yang penting....

Yang penting didalam hidup ini ialah anda bahagia meskipun tak punya kekayaan duniawi yang bertimbun-timbun. Ingatlah, Janganlah terlalu gila mengumpul harta dan kekayaan duniawi kerana bila  kena timbun tanah alias mati, harta yang bertimbun-timbun tuu tak berguna juga. Sebenarnya, lebih baik menimbun harta surgawi seperti rajin berdoa, melakukan kebaikan seperti membantu orang miskin dan susah, menjauhkan dosa dan kejahatan, menderma, dan lain-lain lagi  aktiviti atau perbuatan yang bukan saja membawa kebaikan kepada orang lain tetapi juga kepada diri sendiri Sebab itu, rajin-rajinlah mengumpul harta surgawi ..........Berkat Tuhan pasti menyertai anda sekiranya semua perbuatan yang mulia itu dilakukan dengan iklas dan jujur. Amin.

Friday, March 8, 2013

Barabut/berebut

Suka barabut? Buat apa berabut-rabut? Tidak sabarkah? Ikutlah bah giliran atau barisan. Janganlah main rabut dan janganlah barabut-rabut. Bikin malu!
Ambil nombor bah dan tunggu giliran anda dengan sabar. Barulah aman dan bahagia. Ingatlah semua orang mau cepat. Itulah sebab orang datang awal supaya dapat nombor yang awal. Jadi, kalau dah lambat, janganlah main potong jalan. Nanti ada orang yang geram betul, dia ":potong" atau marah kau, baru kau tau. Memang padan muka kena maki-hamun kerana mau rabut tempat orang. Kalau binjul mata, itulah hadiah bagi orang yang tidak sabar dan tamak. Pikir diri sendiri saja. Ingatlah...kalau berada di bank kah atau di pejabat pos kah.. atau di pejabat......bah! Jangan min rabut-rabut dan jangan juga barabut. Jadilah manusia yang baik dan bersopan. Hormatilah hak orang lain dan jangan pentingkan diri sendiri saja. Ikut giliran kio....barulah kita semua aman dan damai.

Monday, February 25, 2013

Miskin tapi bahagia. Kenapa yaaa....?

Apakah anda bahagia bila melihat orang lain  lebih maju daripada dirimu?
Apakah anda cemburu melihat orang lain lebih berjaya daripada dirimu?
Apakah anda iri hati dengan  pangkat dan kedudukan yang dimiliki oleh orang lain?
Kalau jawapan anda adalah YA.................maka belajarlah menerima kelebihan orang lain dengan rendah hati. Dan berusahalah dengan  sabar dan tabah untuk memajukan diri sendiri tetapi dengan cara yang senyap. Janganlah baru maju sikit dah  cakap besar. Janganlah seperti ayam betina, baru bertelur sebiji dah riau sekampung. Diam-diam berusaha bah! Ikutilah  ibu kayu. Diam-diam berisi...Diam-diam berusaha......

Tapi kalau jawapan anda adalah TIDAK. Maka ini menandakan bahawa anda adalah seorang yang  BAHAGIA meskipun belum lagi bergelar jutawan. Mungkin didalm proses menjadi salah satu daripadanya. Betulkah? Ada harapan?

Sebenarnya...memang baik kalau dapat menjadi jutawan. Tapi kalau tak sampai ke tahap itu pun tak apa bah tuu. Yang penting.....kita ADA makanan yang cukup, ada pakaian  yang diperlukan  dan ada tempat tinggal(rumah) untuk berteduh.

Hidup kita mungkin sederhana saja tapi bahagia. Kenapa? Kerana tidak ada sebarang kerisauan dan kesusahan dan tak berhutang kepada sesiapa pun DAN  setia beriman kepada Tuhan. Inilah yang membahagiakan didalam hidup bukan harta dan wang yang bertimbun-timbun.   Pendek kata, KeBahagiaan didalam hidup bukan bergantung kepada banyaknya harta-benda kita. Kerana kita boleh hidup dengan bahagia  tanpa bergelar JUTAWAN. Hehehe......

Ada satu cerita pasal seorang yang  miskin ditanya kenapa dia sentiasa  senang hati dan happy meskipun dia tak punya banyak wang dan harta. Dia menjawap: "Aku bahagia meskipun miskin, kerana saya bukanlah orang yang termiskin didalam dunia ini. Tetapi yang benar-benar  membuat saya HAPPY ialah saya tak ada hutang  dengan sesiapa pun," katanya sambil mengukir sebuah senyuman yang manis dan lebar sekali......

"BE HAPPY AND DON'T WORRY! "

Wednesday, December 5, 2012

Demi Kemuliaan-NYA.

Kalau kita meminjam sesutau barang maka barang berkenaan perlu kita kembalikan pemiliknya'. Demikian juga kalau kita berhutang wang dari seseorang, wang berkenaan perlukan kita kembalikan kepadanya bersama-sama dengan "bunganya". Tetapi kalau kita terhutang budi, jasa, bakti, dan sebagainya daripada PENCIPTA kita iaitu TUHAN ALLAH, bagaimanakah kita dapat  membalasnya? Pastinya  sulit dan susah sekali! Tetapi, DIA tidak meminta apa-apa secara material atau benda daripada kita, DIA hanya mahu kita menghargai apa yang diberikan-NYA kepada kita dengan menyembah-NYA, mengikuti semua ajaran-Nya dengan setia dan tidak melakukan kejahatan dan dosa. Itu saja yang DIA  MAHUKAN DARIPADA KITA SUPAYA DIA DAPAT MEMBERI "HADIAH" YANG LEBIH HEBAT DAN LEBIH ISTIMEWA KEPADA KITA  IAITU KEHIDUPAN BERSAMA-SAMA DENGAN-NYA DIDALAM KERAJAAN SURGA.
 Sebab itu, marilah buat dan lakukan yang terbaik untuk-NYA  demi KEMULIAAN-NYA dan juga untuk keselamatan dan kebahagian abadi kita.Amin. 

Tuesday, November 27, 2012

Kadang-kadang

Kadang-kadang ada orang dah berkahwin pun masih berlagak seperti orang bujang. Bah! Jangan membahayakan diri sendiri dan jangan rosakkan perkahwinan yang sudah dilangsungkan. Jagalah maruah diri sebagai orang yang dah berkahwin. Pendek kata, kalau dah kahwin, hiduplah sebagai orang yang dah kahwin BUKAN berlagak sebagai orang bujang yang "gatal." Jaga dan peliharalah perkahwinan yang sudah dilangsungkan sampai selama-lamanya. Amin.

Friday, November 9, 2012

Sifat Membaca

Sifat membaca adalah satu perbuatan yang boleh membawa banyak kebaikan kepada pembaca namun ianya bergantung kepada bahan yang dibaca. Kalau   membaca bahan-bahan bacaan yang membina dan meningkatkan pengetahuan dan kepakaran, maka ianya berbaloi dan tidak rugi meluangkan masa untuk membaca bahan-bahan bacaan seperti itu. Kerana ianya membawa banyak sekali kebaikan kepada pembaca. Tapi kalau terlalu asyik membaca  bahan-bahan bacaan yang tidaklah begitu membina dan tidak menambah pengetahuan dan tidak meningkatkan kepakaran, maka aksi membaca seperti ini adalah tidak menguntungkan. Malah boleh dianggap merugiakan dan sia-sia saja. Misalnya terlalu asyik membaca bahan-bahan yang berbentuk kartun, komik, hiburan, buruk dan lucah.

Jestru itu, kalau mahu membaca, bacalah bahan-bahan bacaan yang berguna dan menguntungkan  diri seperti buku-buku yang boleh menambah  ilmu pengetahuan dan meningkatkan mutu kepakaran. Selain daripada itu, jangan lupa meluangkan masa membaca bahan-bahan bacaan yang berunsur rohani dan keagamaan sesuai dengan kepercayaan sendiri.

Pendek kata, bacalah buku atau bahan bacaan yang membina dan berguna. Elakkan membaca bahan-bacan yang tidak membina dan tidak berguna terutama sekali bahan-bahan yang mengalakkan atau mengajar  membuat kejahatan dan keganasan. Jauhilah bahan-bahan seperti ini. Jadi, bacalah bahan-bahan bacaan yang berguna, bermutu dan berkualiti supaya aksi membaca itu tidak menjadi sia-sia. Bah! Rajin-rajinlah membaca buku-buku atau bahan-bahan bacaan yang benar-benar BERGUNA. Selamat membaca dan selalulah membaca.

Sunday, November 4, 2012

Malas

Malas adalah salah satu daripada sifat -sifat manusia yang sangat merugikan dan tidak mendatangkan apa-apa kebaikan dan keuntungan. Orang yang malas biasanya tidak berjaya didalam apa juga bidang dan aktiviti yang dia sertai kerana kurang berusaha dan mudah berputus asa. Misalnya seorang pelajar yang inginkan keputusan peperiksaan yang  terbaik mestilah rajin membaca dan mengulang-kaji  mata pelajarannya dengan tabah dan sabar. Kalau dia malas, maka  kegagalanlah yang menantinya. Demikian juga seorang petani. Kalau dia mahukan hasil tanaman yang lumayan dia mestilah rajin mengerjakan kebunnya. Jika tidak, maka ladangnya tidak akan menghasilkan apa-apa yang boleh membawa kebaikan dan keuntungan kepadanya.

Begitu juga dengan halnya dengan seorang pekerja. Kalau dia malas berkerja, dia pastikan akan  diberhentikan oleh majikannya daripada pekerjaannya atau gajinya mungkin dikurangkan kerana mutu kerja yang teruk dan buruk.

Sesungguhnya sifat yang malas adalah benar-benar merugikan pelakunya. Sebab itu, kita mesti keluar daripada sifat malas dan menjadi orang yang  rajin  berusaha dan kuat berkerja supaya kita menikmati  kejayaan  dan kebahagian serta keselesaan didalam hidup.  Sama-samalah kita ingatkan diri sendiri bahawa sifat yang malas itu merugikan diri sendiri. Sebab itu, janganlah menjadi orang yang malas tetapi jadilah orang yang rajin! Jangan malas-malas bah!

Tuesday, October 23, 2012

Hujan...

"Bapa, hujan. Kita berhenti berteduh kio?"
"Kita teruskan' perjalanan."
"Basah nanti..."
"Sampai rumah tak payahlah mandi. Jimat air. Kuranglah bil air bulan nii..."
"Betul juga, ya Bapa.."
"Bah...ingat-ingatlah nak, didalam hidup sesuatu yang susah atau buruk yang kita alami, ada juga kebaikan yang dapat kita pelajari.

Marilah kita belajar sesuatu yang baik didalam setiap pengalaman yang pahit yang kita alami. Ingatlah hanya setelah guruh, kilat dan hujan berlalu barulah timbul pelangi yang indah sekali.