Apakah anda suka main laju-laju bila memandu kereta atau motosikal? Kenapa? Mau cepat atau nak tunjuk "terror"? Atau nak "minta perhatian? Maklumlah kereta baru? Kereta mahal? Apa pun alasan untuk memandu dengan terlalu laju adalah tidak baik dan tidak bijak kerana ianya boelh membahayakan bukan saja diri sendiri tetapi juga orang lain. Jadi, lebih baik pandu dengan kelajuan yang sederhana atau mengikut had laju yang ditetapkan.
Kalau mau cepat sampai ke tempat yang nak ditujuh, bah! Jalan awal sikitlah supaya sampai awal. Kalau anda dah tahu untuk sampai ke tempat itu memakan masa kira-kira 30 minit, maka jalan 40 atau 50 minit sebelum itu supaya anda sampai sekurang-kurangnya 10-20 minit. Maka dengan itu, tak perlulah memandu ala pemandua F1 atau bagaikan orang yang dikejar polis.
Ada pepatah yang berbunyi," Biar lambat asalkan selamat." Jadi, janganlah memandu denga laju sekali meskipun dah lambat sehingga membahayakan orang lain dan juga diri sendiri. Ingat-ingatlah orang yang tersayang dan sayang-sayanglah nyawa orang lain. Jestru itu, pandulah dengan baik, cermat dan dengan kelajuan yang sederhana agar anda tidak membahayakan sesiapa pun termasuklah diri sendiri. OK. Selamat memandu dengan cermat dam selamat.
Ruangan bagiku untuk memberi SHARING atau PERKONGSIAN mengenai beberapa Pedoman dan Inspirasi yang mungkin berguna kepada sesama insan. Semoga sharing ini membawa sesuatu yang baik kepada setiap pembaca.
Wednesday, December 4, 2013
Monday, December 2, 2013
Tidak kena "layan"?
Bah...Bila kawan tidak hantar berita lagi....
Bila kawan tidak balas SMS lagi...
Bila kawan tidak "call back" lagi....
Tak perlu kecewa atau sakit hati atau berfikir buruk dan menyangka yang negatif...
Ingatlah akan beberapa kemungkinan bahawa:
1.Mungkin habis kredit;
2.mungkin tak sampai; mungkin dah tukar nombor;
3.mungkin lupa membalas; mungkin terlalu sibuk;
4.mungkin message anda tak begitu penting unuk dijawap;atau mungin tak perlu dijawap/dibalas;
5.mungkin tidak ada "mood" untuk menjawap atau membalas;
6.mungkin message anda tidak terlalu urgent untuk dijawap;
7.mungkin sengaja tak balas kerana dah bosan atau malas nak jawap;
8.mungkin ada niat nak menjawap/membalas nanti tapi nanti punya nanti dia terlupa pula;
9.mungkin dia sakit bah!
10.mungkin dia mau main jimat-jimat bah!
11.DAN MUNGKIN anda bukanlah orang yang penting sekali didalam hidupnya lagi...
12.Dan sebagainya.............Yang penting jangan main tuduh-tuduh atau main sangka-sangka yang tidak baik. Kerana didalam hal membalas atau menjawap.....itukan hak peribadi dia. Kita tidak dapat memaksa orang "melayan" PANGGILAN/SMS kita bah. Kalau kena balas/jawap "Bah Terima kasih banyak-banyak lah..." Tapi kalau tidak pun kita tetap sabar dan bersifat "gentle person". Orang berkenaan tetap kawan mah....
Bah, jangan marah atau kecewa kio....Relax aje bah.Hehehehe.....

Wednesday, November 20, 2013
Pedoman hidup 1
Kalau kita mahu mengubah nasib dan keadaan hidup kita berikut adalah pedoman am untuk kearah masa hadapan yang lebih cerah dan baik:
1) Mempunyai tujuan atau wawasan atau cita-cita yang jelas didalam hidup. Apa yang ingin anda capai? Banyak pilihan tetapi pilih satu perkara dahulu. Sudah tercapai yang dicita-citakan, barulah mengejar cita-cita yang baru.
2) Belajarlah sungguh-sungguh. Kerana dengan pelajaran yang baik dan cemerlang, cita-cita yang ingin dicapai lebih cerah dan lebih mudah dicapai. Jadi, jangan main-main didalam hal pelajaran. Belajarlah rajin-rajin!
3) Jangan mudah berputus asa. Kalau menemui kesukaran atau kegagalan didalam proses untuk mencapai cita-cita yang diinginkan, jangan cepat patah semangat. Bangkit dan teruskan perjuangan dengan tidak mengulang kesilapan yang lalu.
4) Berdoalah. Jangan lupa berdoa kepada Tuhan Allah. Mohonlah bantuan dan petunjuk daripada DIA Yang Maha Kuasa.
Saturday, November 16, 2013
Adakalanya.....
Adakalanya kita harus pergi untuk sampai ke suatu tempat;
Adakalanya kita perlu melihat yang kecil untuk mengkagumi yang besar;
Adakalanya kita perlu mengalami kejatuhan supaya kita belajar bangkit dan meneruskan perjalanan hidup;
Adakalanya kita harus merendahkan diri supaya kita belajar menolak kejahatan, ketamakan dan kesombongan;
Adakalanya kita harus belajar menerima agar kita belajar memberi.....
Adakalanya kita harus melihat yang cacat dan jahat agar kita belajar menghargi yang berharga didalam hidup.
Adakalanya kita harus menerima cinta agar kita belajar mencintai;
Adakalanya kita harus memikirkan kematian supaya kita belajar mengakui kewujudan Tuhan Allah. Amin.

Tuesday, November 12, 2013
Hidup ini....
Hidup ini memang pemberian Tuhan. Ia adalah kurniaNya kepada kita. Jestru itu hiduplah dengan baik-baik. Jangan sia-siakan kehidupan dengan melakukan perkara-perkara yang jahat dan tak senonoh didalam hidup ini. Buatlah benda-benda yang baik dan mulia supaya kita dihormati orang dan dimuliakan oleh Tuhan.
Hidup ini akan berakhir suatu hari nanti sebab itu isilah kehidupan dengan perkara-perkara yang indah dan membahagiakan hati. Hiduplah dengan aman dan gembira. Dan Janganlah menjadi orang bodoh dengan berfikir bahawa tidak ada TUHAN. Ingatlah hidupmu akan berakhir diatas bumi ini dan bakal menjadi penghuni tanah perkuburan. Hal ini pasti terjadi dan tidak dapat dielakkan. Dan setiap detik dan setiap hari kita menghampiri tanah yang sunyi itu. Disana akan terpacak "Papan tanda" RIP kita.
Yaaa.........sesungguhnya, hidup ini adalah anugerah Tuhan Allah! Siapa lagi yang memberinya kalau bukan DIA YANG MAHA ESA! Maka dengan itu, Sembahlah DIA DAN IKUTILAH SEMUA PENGAJARANNYA YANG MEMIMPIN KITA KE JALAN HIDUP YANG ABADI.
Tuesday, November 5, 2013
Kepentingan Pelajaran...
Wahai para pelajar, baik yang masih di sekolah rendah atau di sekolah menengah dan lebih-lebih lagi yang berada di Kolej atau Universiti, jangan anggap remeh atau bersifat seperti acuh tak acu didalam hal pelajaran. Belajarlah dengan rajin dan timbalah ilmu sebanyak yang mungkin. Jangan sia-sia masa persekolahan. Masa pergi sekolah, pergilah. Jangan malas-malas. Masa masuk kuliah, pergilah jangan ponteng. Kerana kejayaan didalam pelajaran adalah banyak bergantung kepada sifat yang rajin untuk membaca bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan pelajaran. Dan kalau menghadapi apa-apa masalah didalam pelajaran seperti tidak faham atau kurang memahani mana-mata matapelajara maka, janganlah malu-malu meminta bantuan daripada guru-guru atau professor atau daripada kawan-kawan yang pandai.
Buang sifat yang takut dan malu untuk bertanya. Beranikan diri kerana apa yang anda buat bukanlah suatu perbuatan yang jahat tetapi suatu perbuatan yang baik dan mulia. Kalau seorang tidak dapat membantu anda. Jangan putus asa. Tanya lagi lain orang sehinggalah anda mendapat jawapan pada soalan atau perkara yang anda tidak faham. Dan jangan lupa mengucapkan TERIMA KASIH kepada orang yang telah berjasa dan berbakti kepadamu.
Pelajaran adalah penting sekali didalam kehidupan terutama sekali untuk mengubah cara kehidupan keluarga terutama sekali dari segi ekonomoi dan kewangan. Kerana sekiranya anda berjaya didalam pelajaran maka, peluang untuk mendapat pekerjaan yang baik dan bergaji lumayan adalah cerah sekali. Sebab itu, jangan main-main semasa dialam persekolahan. Tumpuhkan perhatian kepada pelajaran. Luangkan masa yang lebih pada pelajaran. Jangan asyik ikut kawan-kawan jalan-jalan dengan agenda konon-konon mau "enjoy atau siok-siok." Boleh juga bah tuu tapi jangan terlalu membuang masa didalam perkara ini. Fokus pada pelajaran. Lain kali bila dah tamat pengajian barulah boleh "enjoy-enjoy."
Kegagalan didalam pelajaran boleh mengakibatkan kesusahan kepada diri sendiri di masa akan datang. Kerana susah mendapatkan pekerjaan yang bergaji lumayan gara-gara tidak habis sekolah. Jestru itu, belajarlah betul-betul dan jangan sia-siakan masa bersekolah. Biarlah bersusah-susah belajar dulu nanti di hari kemudian hasilnya anda sendiri yang akan menikmatinya dengan kehidupan yang senang dan selesa.
"SELAMAT BELAJAR; SELEMAT BERJUANG."
Saturday, November 2, 2013
Hari para arwah
Pada 2hb November, biasanya dianggap sebagai Hari para arwah terutama sekali dikalangan orang Kristian. Hari ini adalah khas untuk mengingati para ahli keluarga, para saudara-mara, kenalan dan semua orang yang telah meninggal dunia. Bukan sekadar mengingati mereka tetapi juga untuk mendoakan roh mereka agar mereka selamat dan menikmati kebahagian abadi bersama-sama dengan Tuhan Allah di Surga. Dan selain daripada itu, kita juga diingatkan bahawa bagaimana para arwah yang sudah mendahului kita, kita juga disedarkan bahawa suatu hari nanti kita juga akan seperti mereka juga. Mereka telah mati, kita juga akan mati. Titik perhentian kita selaku manusia adalah sama saja. TIdak kira kaya atau miskin, cantik atau hodoh, tinggi atau rendah, kita semua akan meninggalkan dunia ini suatu masa nanti. Ini boleh terjadi pada bila-bila masa tanpa amaran dan tanda jemputan. Jestru itu, baiklah kita sentiasa bersedia dengan saat ini iaitu saat kematian. Jangan berkata," Ahh.....lama lagi bah tuu!" Kerana saat itu boleh terjadi pada hari ini atau esok atau bulan depan atau tahun depan. Ia boleh terjadi dimana-mana saja. Mungkin semasa kita berkerja atau bersukan atau semasa menonton TV atau semasa bercuti diluar negara.
Ya....boleh terjadi pada bila-bila masa saja. Yang penting kita bersedia pada saat itu dengan menghidupi kehidupan yang baik dan beriman. Ingatlah pada Tuhan Allah selalu dan jangan buat benda-benda yang jahat dan dosa. Jagalah cara kehidupan. Peganglah dan ikutilah ajaran Tuhan dengan setia dan iklas. Dan jangan lupa membuat seberapa banyak kebaikan dan kebajikan kepada sesama manusia tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit.
Saudara dan saudari, kita semua akan mati suatu hari nanti. Kita bukan hidup selama-lama diatas bumi. Sebab itu, marilah kita hidup dengan baik semasa hidup diatas bumi ini. Semoga apabila sampai masa kita menemui PENCIPTA kita yang MAHAKUASA kita akan mendapat belaskasihan daripadaNYA dan seterusnya dikurniakan kehidupan yang bahagia dan abadi. Amin.
Friday, October 25, 2013
Berkat Berdoa..
Kalau kita percaya kepada Tuhan Allah maka, berdoalah selalu secara tetap dan konsisten dengan tujuan untuk menyembahNya, memujiNya, memohon sesuatu daripadaNya, dan bersyukur kepadaNya atas segala perkara yang dinikmati didalam hidup ini.
Orang yang rajin berdoa biasanya lebih rendah hati, lebih penyabar, lebih menyayangi, lebih dermawan, jarang jatuh kedalam dosa-dosa yang berat, bersifat lebih jujur dan iklas, lebih setia, lebih mudah mengampuni, lebih bersopan didalam percakapan dan perbuatan, lebih menghormati dan mencintai sesama manusia tanpa mengira warna kulit, bangsa dan pegangan dan lebih rajin membaca dan merenung Kitab Suci. Malah lebih daripada itu. Kerana ada orang beriman yang sungguh-sungguh luarbiasa. Misalnya melakukan kerja-kerja amal dan kebajikan kepada orang lain lebih daripada kebiasaan orang lain.
Yaaa...demikianlah "BERKAT DAN PAHALA" yang Tuhan Allah berikan kepada orang-orang beriman yang rajin beribadat kepadaNya. Jestru itu, marilah kita mencuba sedaya-upaya supaya rajin berdoa agar kita lebih diberkati dan diredai oleh Tuhan Allah yang Maha Esa. Amin.
Monday, October 21, 2013
Jangan jual..
Kalau ada sebidang tanah yang memang hak-milik keluarga sejak dahulu-kala maka baiklah dipertahankan dan dikekalkan. Jangan jual kerana bukan senang untuk mendapatkan tanah dimasa kini. Susah bah! Jadi, walau apapun masallah yang dihadapi didalam hidup, jangan sekali-kali jual tanah milik sendiri. Lebih baik tanah itu diusahakan sendiri dengan menanam sayur-sayuran dan buah-buahan. Atau disewakan dengan perjanjian bertulis yang jelas dan betul. Ini adalah untuk mengelak daripada ditipu. Jangan main cakap saja kerana cara ini bila-bila boleh berubah kerana dipertikaikan dari semasa ke semasa. Jadi, tulis itu perjanjian yang dipersetujui bersama. Lebih baik kalau pakai peguam atau lawyer. Lebih terjamin dan selamat.
Janganlah kerana gara-gara mahu "cepat kaya" maka tanah pusaka menjadi mangsa. Ingatlah tanah yang dijual pergi selama-lamanya dan wang yang didapati hasil daripada jualan tanah takkan berkekalan. Ianya boleh habis dan lesap didalam sekelip mata saja. Maka dengan itu, jagalah tanah pusaka keluarga dengan baik. Jangan jual.
Bah! Sayangilah harta-pusaka yang diturunkan oleh nenek-moyang. Jangan sia-siakan pemberian dan titik-peluh mereka.

Sunday, October 20, 2013
Hai Anak-anak...
Hai Anak-anak, janganlah kamu kuat melawan ibubapa. Sayangilah dan hormatilah mereka. Dengarlah nasihat dan teguran mereka Dan jangan kecewakan dan lukakan hati mereka terutama sekali dihari-hari tua mereka. Ingatlah bahawa TANPA mereka, kamu tidak akan ada didunia ini. Tetapi Kerana mereka berkerjasama dengan TUHAN dan mencinta kamu maka, kamu wujud didalam dunia ini.Jestru itu, hargailah jasa mereka, dan cintailah mereka sepanjang hidupmu.
YAAA..........tanpa ibubapa siapalah kita!
Friday, October 18, 2013
Lebih baik beli beras...
Baru-baru nii saya pergi ke kedai runcit. Setelah mendapatkan barang-barang yang saya perlukan, saya ke kaunter untuk membayar. "Wah! harga rokok dah naik. RM10.50 sekotak." "Ya...baru-baru saja naik. Boss merokokkah? tanya gadis yang manis itu sambil memasukkan barang-barang yang sudah kubayar kedalam plastik."
"Tidak.Lebih baik beli beras."
"Betul tuu. Kenyang lagi.....kan!" katanya dengan senyuman yang lebar dan manis.
Bah fikir-fikirlah. Kalau anda berbelanja RM10.50 sehari untuk rokok maka didalam sebulan anda tabur RM315.00(RM10.50 x 30 hari). Ini bererti didalam setahun anda pasti hanguskan wang kira-kira RM3150.00(Tiga ribu satu ratus dan lima puluh ringgit). Dan dalam 10 tahun , wang anda hangus begitu saja sebanyak RM31,500). Rugi betul kan!
Bayangkanlah kalau anda simpan wang rokok itu didalam bank, sudah tentu didalam tangan anda ada RM31,500 berserta dengan "bunga" atau "faedah". Dengan wang sebanyak itu, anda boleh gunakan untuk perbagai projek misalnya membesarkan atau mengubahsuai rumah anda, atau membeli kereta terpakai yang masih baik, atau mendapatkan sebuah motosikal, atau membeli perbagai keperluan untuk kegunaan semua ahli keluarga atau untuk belanja anak-anak ke sekolah sampai ke peringkat yang tinggi seperti masuk ke Universiti. Jestru, itu BAGUSLAH BERHENTI MEROKOK kalau anda merokok. DAN yang belum merokok, JANGANLAH menyentuh benda nii. Kerana hidup anda lebih baik tanpa rokok.

Tuesday, October 15, 2013
Dulu dan sekarang
Dulu memang berbeza jika dibandingkan dengan zaman sekarang. Walau bagaimana pun bukan semua yang dulu-dulu itu tidak boleh dipakai. Sebenaranya banyak perkara atau hal yang dulu-dulu masih lagi baik dipakai dan digunakan pada masa kini. Misalnya hal yang berkaitan dengan etika atau moral kehidupan. Contohnya dulu kalau getah dibiarkan di kebun berminggu-minggu pun tidak kena curi. Sekarang nii, jangan harap getah tak kena curi. "Sikarap"(sisa-sisa getah) pun kena curi!
Sekarang nii memang dah maju dan canggih. Banyak hal dan perkara yang baik yang membuat hidup manusia lebih mudah dan selesa. Walau bagaimana pun jangan terlalu terbawa-bawa atau terikut-ikut dengan arus modern kerana bukan semua dizaman ini baik terutama sekali hal yang berkaitan dengan gaya dan cara kehidupan masa kini. Kita pandai-pandailah ikut yang baik dan buanga yang buruk. Yang penting ambil dan yang tak berapa penting tinggalkan saja. Jangan terlalu terpengaruh dengan cara duniawi. Ingat-ingatlah Tuhan dan jadikan pengajaran Tuhan menjadi dasar dan inti kehidupan kerana ini yang membawa kebahagian sejati. Bukan cara duniawi. Jestru itu, marilah kita pelihara dan amalkan apa yang baik dan jauhi perkara yang jahat terutama sekali yang bertentang dengan pengajaran agama.

Monday, October 14, 2013
Bergaya OK tapi...
Tidak salah bah bergaya sikit tapi.....fikir-fikirlah dan pakai otak sikitlah. Janganlah terlalu bergaya sedangkan berhutang sini sana. Janganlah terlalu mementingkan penampilan luar seperti memakai pakaian yang berjenama dan kasut yang berjenama, jam yang mahal-mahal, handphone yang terlalu mahal sedangkan makan dan minum masih lagi bergantung kepada ibubapa. Patut dah ada kerja, pandai-pandailah belanja ibubapa seperti membeli keperluan didalam rumah seperti membeli beras, sayur-sayuran, ikan dan sebagainya. Dan tolong-tolonglah bayar bil letrik dan air. Jangan asyik terlalu bergaya dengan belanja yang mahal dengan balik-balik makan ditempat-tempat yang mahal. Bah! Ubahlah sifat dan perangai. Uruslah hal kewangan dan pendapatan dengan baik. Ingat-ingatlah.........simpan wang dan jangan terlalu pakai duit. Kerana kalau dah tak ada duit yang cukup nanti merana dan susah. Takkanlah asyik pinjam wang orang lain saja! Malulah sikit. Kasi nipis itu kulit muka sikit. Hutang dulu belum bayar, masih nak berhutang?!
Sebenarnya, biarlah tidak ada gaya. Main-main biasa-biasa saja. Tak payah ikut-ikut gaya orang lain yang memang berada dan berduit. Yang penting hati senang dan fikiran pun aman dan yang paling penting tidak ada hutang. Jadi, hidup pun RELAX saja...Inilah kebahagian hidup yang patut kita kecapi. Tidak ada gaya tapi bahagia. Hehehe........Tapi kalau mau bergaya juga, boleh bah tuu.....yang penting mengikut kedudukan kewangan sendiri dan jangan terlalu bergayalah......banyak belanja bah tuu.
Jadi, bergaya secara sederhana sajalah.....SIMPLE AND HAPPY.

Thursday, October 10, 2013
Sewa rumah
Kalau anda sewa rumah atau bilik sebanyak RM300.00 sebulan maka didalam satu tahun anda berbelanja RM3600.00 setahun. Dan didalam 5 tahun, RM18,000.00 DAN untuk 10 tahun anda "kehilangan" RM36,000.00(Tiga puluh enam ribu). Dan yang paling teruk lagi ialah rumah atau bilik yang anda sewa bukan milik anda walaupun dah membayar RM36,000.00! Jestru itu adalah lebih baik pinjam wang dari bank sesuai dengan kemampuan untuk membayar dan membina rumah sendiri. Sama juga bulan-bulan membayar tetapi bezanya ialah rumah yang anda bina dengan wang pinjaman dari bank adalah MILIK ANDA SENDIRI. Sedangkan rumah/bilik sewa yang anda bayar bulan-bulan tetap bukan milik anda selama-lamanya. Jadi, adalah lebih baik dan lebih bijak meminjam wang dari bank untuk membina rumah daripada menyewa rumah/bilik.
Bah.....fikir-fikirlah dan bertindaklah sesuai dengan kebaikan dan keuntungan dimasa hadapan. Bijak bertindak sekarang, bahagia dimasa akan datang. Buatlah yang terbaik bukan yang sekadar baik sahaja.

Subscribe to:
Posts (Atom)