+ Bahawa suatu hari nanti kita akan pergi daripada dunia ini. Kita akan mati! Inilah realiti kehidupan yang kita tidak dapat nafikan dan sangkalkan. Ia pasti akan terjadi.
+ Jadi untuk menghadapi reliti ini maka marilah kita mempersiapkan diri dengan sentiasa melakukan yang baik dan sentiasa menjauhkan apa juga jenis kejahatan dan dosa.
+Dan sembahlah Tuhan sepenuh hati dan gengamlah pengajaranNya segenap hati.
+Jangan main-main didalam hal mempercayai dan beriman kepada Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan itu tidak dapat dipermain-mainkan. Dia tahu dan Dia melihat. Dia bukan buta!
Ruangan bagiku untuk memberi SHARING atau PERKONGSIAN mengenai beberapa Pedoman dan Inspirasi yang mungkin berguna kepada sesama insan. Semoga sharing ini membawa sesuatu yang baik kepada setiap pembaca.
Wednesday, February 16, 2011
Monday, January 24, 2011
Realiti kehidupan 1
Kehidupan ini adalah pemberian Tuhan Yang Mahas Esa,
maka dengan itu gunakanlah kehidupan ini sebaik yang mungkin.
Jangan sia-siakan kehidupan ini dengan membuat perkara-perkara
yang tidak berguna dan tidak berfaedah. Buatlah kebaikan
sebanyak yang boleh dan elakkan kejahatan dan dosa!
Thursday, January 13, 2011
Sihat atau sakit.
Dimasa muda, ingat-ingatlah masa akan datang iaitu masa tua. Sebab itu, dimasa muda jagalah kesihatan supaya tidak ada masalah kesihatan dimasa tua nanti. Ini bererti kita mesti mengambil beberapa langkah yang asas bagi menjaga kesihatan kita. Jadi, untuk tujuan ini tiga perkara yang penting perlu kita jaga: Pertama, jagalah makanan dan minuman. Jangan terlalu memakan makanan yang boleh menyebabkan kesihatan kita terjejas misalnya makanan yang berminyak dan masin-masin. Makanlah mengikut keperluan bukan mengikut sedap mulut. Demikian juga dengan minuman, jangan terlalu meminum minuman yang manis-manis dan yang beralkohol atau yang "bikin mabuk" nanti rosak badan. Maka dengan itu, kalau makan, pandai-pandailah mengawal itu "nafsu makan" dan kalau mau minum sikit-sikit bah!
Kedua, jangan malas bersukan. Aktiviti untuk mengeluarkan peluh badan adalah penting sekali. Sebab itu luangkanlah masa sekurang-kurangnya 30 minit dan 3 kali seminggu untuk tujuan ini. Tapi lebih baik jika kita dapat bersenam atau bersukan setiap hari. Kita perlu bersenam demi memastikan kesihatan terjamin. Dan akhir sekali, berhentilah "main asap." Tidak bagus bah itu merokok. Didalam jangka masa yang panjang perbuatan merokok ini bukan saja merosakkan kesihatan tetapi membazir wang. Jestru itu, berhentilah merokok dan kalau belum pandai "main asap", jangan belajar merokok.
Jestru itu, marilah kita menjaga kesihatan badan kita. Kerana kalau kita sakit bukan saja diri sendiri yang menderita dan susah tetapi kita juga menyusahkan orang lain terutama sekali ahli-ahli keluarga. Ingatlah bahawa banyak belanja bah tu kalau sakit.
Jadi, dimasa-masa muda dan apa lagi kalau dah tua jaga-jagalah diri agar sentiasa sihat dan walafiat. Kerana kalau badan sihat hati pun senang bah!!
Kedua, jangan malas bersukan. Aktiviti untuk mengeluarkan peluh badan adalah penting sekali. Sebab itu luangkanlah masa sekurang-kurangnya 30 minit dan 3 kali seminggu untuk tujuan ini. Tapi lebih baik jika kita dapat bersenam atau bersukan setiap hari. Kita perlu bersenam demi memastikan kesihatan terjamin. Dan akhir sekali, berhentilah "main asap." Tidak bagus bah itu merokok. Didalam jangka masa yang panjang perbuatan merokok ini bukan saja merosakkan kesihatan tetapi membazir wang. Jestru itu, berhentilah merokok dan kalau belum pandai "main asap", jangan belajar merokok.
Jestru itu, marilah kita menjaga kesihatan badan kita. Kerana kalau kita sakit bukan saja diri sendiri yang menderita dan susah tetapi kita juga menyusahkan orang lain terutama sekali ahli-ahli keluarga. Ingatlah bahawa banyak belanja bah tu kalau sakit.
Jadi, dimasa-masa muda dan apa lagi kalau dah tua jaga-jagalah diri agar sentiasa sihat dan walafiat. Kerana kalau badan sihat hati pun senang bah!!
Monday, January 3, 2011
Berkobar-kobar semangat tapi...
Pada permulaan Tuhan Baru banyak orang berkobar-kobar semangat membuat resoluti atau melakukan apa yang dirancang seperti kurangkan berat badan, lebih sabar, berhenti merokok, kurangkan minum-minuman keras, lebih loving, rajin ke Gereja, tetap berdoa, meluangkan masa untuk membaca Alkitab, tak mau berjudi lagi, luangkan banyak masa dengan anak-anak sendiri, merapatkan kasih-sayang dengan sumai/isteri, kerja kuat, simpan lebih, kurangkan belanja dengan tidak membeli barang-barang tak begitu diperlukan dan sebagainya...Pendek kata, mahu melakukan sesuatu yang lebih baik daripada tahun yang lalu. Tapi setelah beberapa hari di tahun yang baru ini, apakah semangat itu masih hidup? Masih berkobar-kobar? Atau dah mula kembali kepada kebiasaan seperti tahun lalu? Dah mula merokok lagikah? Marah-marah lagikah? Miss ke Gerejakah? Dan seterusnya....
Membuat janji atau resoluti memang mudah & senang sekali tapi untuk menunaikannya dan melakukannya setiap hari adalah satu cabaran yang besar sekali. Sebab itu, apa yang telah dirancang haruslah diperjuangkan dengan sepenuh hati. Jangan mudah mengalah. Jangan mudah putusa asa. Teruskan perjuangan meskipun dah gagal beberapa kali. Bangun & Bangkit lagi! Cuba lagi.....Jangan lemah semangat. Teruskan perjuangan demi mencapai kejayaan. Semoga apa yang dirancang dapat dicapai dengan baik. Kalau tak dapat 100% pun tak apa asalkan dapat mencapai beberapa peratus(%) misalnya 80% atau 50% atau 40%. Dapat sesuatu dah memadai daripada langsung tak dapat apa-apa. Maka dengan itu, teruskan perjuangan yang sudah dirancang. Tabahkan hati dan teruskan perjuangan. Semoga diakhir tahun ini, anda dapat berbangga dan merasa puas hati kerana mencapai sesuatu meskipun tak seratus peratus. Selamat terus mencuba dan terus berjuang. Good luck & God bless.
Membuat janji atau resoluti memang mudah & senang sekali tapi untuk menunaikannya dan melakukannya setiap hari adalah satu cabaran yang besar sekali. Sebab itu, apa yang telah dirancang haruslah diperjuangkan dengan sepenuh hati. Jangan mudah mengalah. Jangan mudah putusa asa. Teruskan perjuangan meskipun dah gagal beberapa kali. Bangun & Bangkit lagi! Cuba lagi.....Jangan lemah semangat. Teruskan perjuangan demi mencapai kejayaan. Semoga apa yang dirancang dapat dicapai dengan baik. Kalau tak dapat 100% pun tak apa asalkan dapat mencapai beberapa peratus(%) misalnya 80% atau 50% atau 40%. Dapat sesuatu dah memadai daripada langsung tak dapat apa-apa. Maka dengan itu, teruskan perjuangan yang sudah dirancang. Tabahkan hati dan teruskan perjuangan. Semoga diakhir tahun ini, anda dapat berbangga dan merasa puas hati kerana mencapai sesuatu meskipun tak seratus peratus. Selamat terus mencuba dan terus berjuang. Good luck & God bless.
Sunday, December 12, 2010
Jangan mulakan...
Jangan mulakan tabiat yang mungkin dianggap oleh orang lain sebagai sesuatu yang baik dan boleh membuat anda merasa "dewasa" dan "bebas". Tapi sebanarnya tabiat ini tidak ada apa-apa kebaikannya dan tidak ada gunanya. Meskipun org mempertahankannya sebagai sesuatu yang berguna untuk kasi panas-panas badan bila kesejukan. Atau sekurang-kurangnya untuk menhalau nyamuk-nyamuk. Memang ada juga logik alasan ini bagi mempertahankan tabiat "main asap-asap" ini. Walau bagaimana pun jika kita berpandangan jauh, merokok sebenarnya hanya merosakkan kesihatan badan dijangka-masa yang panjang. Mungkin didalam lingkungan 10 tahun belum lagi terasa apa-apa. Tapi tungguhlah "hasilnya" apabila dah tua. Pasti perbagai masalah kesihatan akan timbul seperti tekanan darah tinggi, jantung rosak, kesesakan bernafas dan lain-lain lagi jenis penyakit yang ada kalitan dengan aksi merokok....Jestru itu, adalah baik dan bijak untuk tidak memulakan tabiat yang tak berfaedah ini. Jangan mulakan.....dan....kalau dah melakukannya, berhentilah demi kesihatan badan yang baik dan supaya wang yang digunakankan untuk membeli rokok dapat digunakan untuk membeli barang-barang yang lebih berguna seperti beras, sayur, daging, dan sebagainya.
Berhentilah merokok sebelum terlambat. Jangan mudah berputus ada. Jika anda mahu berhenti merokok, kuatkanlah hati dan semangat. Janga mudah mengalah kepada keinginan yang buruk dan merbahaya. Firiklah secar mendalam dan ambillah langkap untuk berhenti merokok agara hidup anda lebih aman, bahagia dan bebas dari rokok. Pilihlah cara hidup yang lebih baik. Yang pasti ialah merokok adalah tidak baik, bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga kepada sesama manusia. Sebab itu itu, pilihlah cara hidup yang lebih baik.
Sesungguhnya, Hidup tanpa rokok lebih baik daripada hidup dengan rokok. Jadi, pilih cara hidup yang baik dan sihat. Jangan merokok! Berhentilah merokok!
Friday, November 26, 2010
Saatnya akan tiba....
Sama ada kita mau atau tidak; sama ada kita bersedia atau tidak, saatnya akan tiba tanpa kita duga. Ia boleh terjadi pada bila-bila masa dan apabila ianya terjadi maka segala-gala didalam hidup kita tinggalkan.
Pada saat itu, harta yang kita kumpulkan akan menjadi harta peninggalan yang bakal diwarisi oleh beberapa orang;
Pangkat dan kedudukan dunaiwai tidak berguna langsung...
Sama ada kita cantik atau hodoh; besar atau kecil, tinggi atau pendek.....semuanya tidak bermakna sama sekali.
Yang menjadi ukuran ialah iman kita kepada-Nya dan kesetiaan kita kepada-Nya. Demikianlah keadaannya bila saatnya akan tiba.....iaitu kematian yang bakal kita lalui.
marilah bersiap untuk menghadapinya dengan beriman kepada Tuhan Allah yang Maha Kuasa sepenuh hati. Amin.
Pada saat itu, harta yang kita kumpulkan akan menjadi harta peninggalan yang bakal diwarisi oleh beberapa orang;
Pangkat dan kedudukan dunaiwai tidak berguna langsung...
Sama ada kita cantik atau hodoh; besar atau kecil, tinggi atau pendek.....semuanya tidak bermakna sama sekali.
Yang menjadi ukuran ialah iman kita kepada-Nya dan kesetiaan kita kepada-Nya. Demikianlah keadaannya bila saatnya akan tiba.....iaitu kematian yang bakal kita lalui.
marilah bersiap untuk menghadapinya dengan beriman kepada Tuhan Allah yang Maha Kuasa sepenuh hati. Amin.
Friday, November 12, 2010
Banyak DUIT?
Bila ada banyak duit macam baru terima gaji, apa anda buat dengan wang berkenaan? Terus berbelanja beli ini dan beli itu? Atau "enjoy" terus. Pegi kat restoran atau tempat makan dan minum yang berjenama dan popular-memang sedap tapi bayaranya "mahal gila!"; Atau minum sampai mabuk-mabukkan. Tapi tak peduli yang penting puas hati. Mahal pun hantam saja,"Ada duit bah! Maklumlah baru terima gaji."
Bah, cubalah fikirkan secara mendalam, samada sifat atau perangai seperti ini bijak atau tidak. Kalau sifat seperti ini berterusan, didalam jangka masa yang panjang akan mendatangkan masalah dan kesusahan kepada diri sendiri dan mungkin juga kepada orang lain terutama sekali para ahli keluarga sendiri. Jadi, baiklah berjimat-jimat dan "pakai otak" kalau mau berbelanja. Dan jangan lupa untuk simpan duit kedalam bank.
Jadi, kalau dapat gaji gunakan gaji berkenaan untuk memberi keperluan yang penting dahulu dan membayar apa juga bil-bil(letrik,air dan lain-lain), hutang atau loan/pinjiman dan jangan abaikan perkara menyimpan wang kedalam bank. Setelah segala perkar dan hal yang penting sudah dilakukan dan diselesaikan, barulah menggunakan wang yang dianggap "baki" untuk enjoy sikit seperti pergi memakan makanan yang sudah lama anda idam-idamkan. Tapi jangan terlalu pula membelanjakan wang "baki" tuu. Kalau boleh jimat jugalah.
Pendek kata saudara dan saudari, berhati-hatilah dan berjimat-jimatlah untuk berbelanja bila ada banyak duit. Nanti baru dipertengahan bulan dah minta pinjam atau minta advance atau hutang duit kawan sudah. Elakkanlah perkara ini.Rancanglah penggunaan wang dengan baik dan teliti supaya tidak ada masalah dari segi kewangan.
Kebanyakan kita berpendapatan yang dianggap "cukup makan". Jadi, janganlah lalai didalam hal mengurus kewangan kita nanti susah, kita juga yang bertambah susah sendiri. Oleh itu, jangan boros berbelanja bila banyak duit. Pakai apa yang perlu dan simpan yang lain. Simpan sikit pun tak apa yang penting ada simpan sikit-sikit kerana lama-lama menjadi bukit juga bah tuu selepasa 10 tahun atau pada tahun-tahun berikut. OK demikianlah pedoman dan inspirasi pada hari ini. Tuhan memberkati kita semua. Amin.
Saturday, October 23, 2010
Keperluan asas manusia!
Menurut orang-orang yang pakar didalam kehidupan, manusia hanya memerlukan tiga perkara asas yang dianggap yang terpenting sekali didalam hidup manusia. Perkara itu ialah Makanan, Pakaian dan Rumah atau tempat tinggal. Bagi memastikan perkara-perkara asas ini sentiasa ada maka, manusia perlulah ada pekerjaan untuk mendapatkan wang. Ini dia boleh dapatkan samada berkerja dengan orang lain atau membuat kerja sendiri seperti berkebun dan menjalankan perniagaan;Bisnis sendirilah. Atau mengabungkan kedua-duanya seperti kata orang sambil makan gaji, buat juga kerja-kerja samping untuk menambah pendapatan. Yang penting ianya dilakukan dengan baik dan tanpa unsur-unsur penipuan dan ketidak-jujuran.
Manusia perlu gigih dan rajin demi menyediakan keperluan asas yang mencukupi bagi dirinya dan juga untuk para ahli keluarganya sekiranya ia ada keluarga.
Perkara-perkara yang lain seperti kereta, Hp. komputer, kamera, perhiasan,perabot, dan sebagainya, kita boleh hidup dgn bahagia tanpa barang-barang berkenaan. Walau bagaimana pun, perkara-perkara ini penting juga kita miliki demi membuat hidup kita lebih mudah & selesa. Tapi, kita mesti ingat bahawa barang-barang duniawi bukanlah yang terpenting sekali didalam hidup kita. Yang terpenting sekali ialah mengimani TUHAN ALLAH. Amin.
Saturday, October 16, 2010
Wang@Duit
Wang bukanlah segala-galanya didalam hidup ini.
Tapi didalam hidup ini segala-galanya perlukan wang.
Sebab itu jangan "sesuka hati" buang duit.
Pandai-pandailah pakai duit. Dan gunakanlah duti untuk kebaikan dan bukan utnuk kejahatan. Bah, carilah duit dengan cara yg HALAL. Bukan secara HARAM nanti KARAM diakhir hayat.(Fr.Pak Janggut).
Tapi didalam hidup ini segala-galanya perlukan wang.
Sebab itu jangan "sesuka hati" buang duit.
Pandai-pandailah pakai duit. Dan gunakanlah duti untuk kebaikan dan bukan utnuk kejahatan. Bah, carilah duit dengan cara yg HALAL. Bukan secara HARAM nanti KARAM diakhir hayat.(Fr.Pak Janggut).
Wednesday, October 6, 2010
Keluarga dan Kawan
Kita berkenalan perbagai orang dan sebahagianya daripadanya menjadi sekadar kenalan, dan kawan biasa kita. Tapi tidak dapat dinafikan bahawa ada diantara mereka ini menjadi kawan baik kita atau best friends kita. Namun jumlah yang kita anggap sebagai best friends selalunya tidak banyak mungkin antara 2-10 orang. Dan biasanlah org2 yg kita anggap best friends, kita luangkan masa utk mereka utk cerita2 atau utk makan2, kita ingat birthday mereka, kita ingat ulangtahun perkahwinan mereka, kita kasi hadiah, kita berkunjung ke rumah mereka, kita lawat mereka di hospital, kita bantu semampu yg boleh, kita kenal anak2 dan org2 yg dekat dgn kawan kita seperti ibubapa, abang, kakak, adik dan saudara-mara mereka, kita keluar bersama mereka utk makan angin atau utk bersukan dan sebagainya. Inilah kebaikan kalau tahap persahabatan itu dah sampai tahap "best friends." Tapi kadang2 ini buli menimbulkan masalah juga. Misalnya isteri/suami beranggapan negatif dan salah-faham, bila kita masi keluar sekali-sekali dgn "gang keras" semasa disekolah dulu sehinga menimbulkan salah-faham dan menyebabkan perhubngan sumai-ister menjadi tegang dan rengang. Bila hal ini terjadi dan perkara ini adah menjadi "berat & teruk" maka hal ini ada baiknya diperbetulkan dan diterangkan dgn baik supaya "misunderstanding" atau salah-faham diantara suami-isteri dapat dielakkan.Tapi kalau bertambah buruk sehingga menimbulkan pergaduhan mungkin ada baiknya, belajar mendahulukan keluarga dulu dan kawan-kawan tuu dikemudiankan tapi jangan sampai best friends ini dibuang dan dilupakanlah. Kerana kita perlukan kawan bah!
Memang tidak menghairankan kalau suami/isteri terlalu meluangkan masa dgn kawan-kawannya terutama sekali utk aktiviti "Aramai tii" atau main lap-lap fuu(berjudilah!) maka ini menimbulkan tension, ketidak-puasan hati, kemarahan pada isteri/suami dan anak-anak. Kerana mereka merasa mcm tidak kena sayang dan tidak kena peduli. Malah tidak hairan jika timbul perasaan cemburu atau yg paling bahaya ialah bila ianya menyebabkan "cemburu buta": Jangan-jangan kamu ada hubungan yang rapat betul nii. Mantang-mantanglah saya sudah tua dan tak lawa lagi!: Kau ini asyik dgn gang kau saja! Lupa tanggungjawap kpd anak-anak! Kau ini, minummmm.....saja! Banyak karaja bah dirumah ini!
Bah......bila hal seperti ini terjadi maka ada baiknya fokus diahlikan kembali kpd yang asas dan penting. Jadi, luangkanlah masa yang lebih dengan keluarga dan kurang-kurangkanlah masa bersama-sama dgn "gang Aramai tii." Ingatlah bila ada kesusahan, masalah dan sakit-sakit isteri/suami dan keluarga juga yang jaga & pelihara kita. Maka Ngamlah bah kalau kita utamakan keluarga dulu; luangkanlah masa bersama-sama dgn anak-anak dan isteri/suami sambil membantu keraja-keraja rumah. Jangan isteri/suami saja yang merasa "beban keluarga." Kalau tidak , mungkin dihari-hari tua kita kesepian dan kesunyian kerana gara-gara jarang dirumah semasa anak-anak membesar dan asyik saja bersama dgn kawan-kawan sehingga hubungan dgn anak-anak menjadi jarang dan jauh. Dulu main jauh-jauh kini anak-anak pun main jauh-jauh juga. Kebalikan kah ni atau ketulahan? Maklumlah kata orang bagaimana acuannya, begitulah bentuk kuihnya! Bah! Belajarlah berkawan dgn keluarga, dan anak-anak sendiri dulu. Pendek kata, dahulukan keluarga sendiri(isteri/suami & anak2, saudara-mara & lain2 saudara) dan kawan-kawan pula........belakang pun buli bah tu..Yang penting jangan lupa kawan lah! Hehehe...
Tuesday, September 28, 2010
Simple tapi ....
Perkara-perkara yang sebenarnya mudah, senang & "simple" seperti mengucapan "Thank You, Terima kasih, I am Sorry, Saya Minta maaf, Selamat pagi, Good morning, Good evening, Good nite, Please...,Buli kau tulung, Tolong gia kasi itu, I am wrong, ....You are right, Anda benar, Kau betul, dan sebagainya, bukanlah perkara yang berat tapi kadang2 kerana keegoan dan kesombongan yg menguasai diri kita serta sifat yang segan & malu membuat perkara2 yang simple ini susah utk kita terjemahkan didalam hidup kita. Nampak simple tapi susah kan? Sesungguhnya inilah cabaran didalam hidup kita iaitu merendahkan hati utk belajar supaya lebih berhemah & bersopan supaya perkara2 yg simple ini dapat kita lakukan didalam kehidupan kita setiap hari. Kebiasaan kita utk melakukannya akan membuat hubungan kita dgn sesama manusia terutama sekali dgn org2 yang dekat dgn kita akan menjadi lebih baik dan mesra. Dan dengan itu "tension" atau ketegangan didlm perhubungan/persahabatan diantara kita dapat dikurangkan atau dielakkan; dan perasaan saling mengyayangi & menghormati sesama insan selaku manusia ciptaan Tuhan dapat dipupuk, ditingkatkan dan terpelihara. Jestru itu, marilah kita membiasakan diri utk melakukan perkara2 yg simple ini supaya ianya menjadi budaya didalam kehidupaan kita setiap hari. Yaaa....simple tapi susah! Walau bagaiman pun ianya mampun kita ubah jika kita mahu berubah utk menjadi manusia yang lebih bersopan & budiman.
Wednesday, September 15, 2010
Kecewa? Kenapa?
Pernahkah anda meminta/memohon sesuatu drp boss anda? Apa yg anda minta adalah baik dan tak begitu berat utk ditunaikan TAPI ditolak oleh boss! Minta naik gaji tak kena kasi; minta naik pangkat pun tak diberi pertimbangan; minta cuti pun tidak dilayan. Dan yang paling bikin sakit hati ialah alasan boss kasi semasa menolak permohonan kita pula macam tak begitu masuk akal. Tapi kerana dia boss, keputusannya terpaksa juga diterima. Melawan pun tak ada guna kerana kita adalah pihak yg memohon dan bukan pihak yg kasi lulus permohonan. Walau bagaimana pun perasaan kecewa bercampur geram tetap ada jugalah! Kenapa?
Saya fikir, kebanyakan kita apabila meminta atau memohon sesuatu kita sudah awal-awal mengharapkan jawapan yang positif. Kita tidak menyediakan diri untuk menerima jawapan yang negatif. Jadi, bila tak mendapat kelulusan maka kecewalah kita. Kadang2 perasaan ini terbawa-bawa sampai berhari-hari malah ada yg sampai bertahun-tahun merajuk, marah, kecewa, sakit hati, benci dan sebagainya. Perasaan seperti ini meskipun dapat difahami atau "understandable" tapi perasaan negatif seperti ini sebenarnya dapat kita elakkan sekiranya kita tidak terlalu mengharapan jawapan yg kita inginkan. Jadi, kita harus belajar bahawa bukan setiap permohonan atau permintaan itu ditunaikan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Jadi kita bersedialah untuk menerima jawapan "Ya" atau "Tidak" atau "Nanti dulu". Jadi, kalaulah kita ada sifat yang terbuka seperti ini maka perasaan kecewa dan geram tak akan timbul. Mungkin ada jugalah tapi sikit-sikit saja. Kerana kita dah sedar bahawa kita hanya memohon dan apapun jawapan yang bakal kita dapat, kita terima dengan baik. Walau bagaiman pun tak salah ada perasaan "harap-harap dapat" Pendek kata, kita mesti selalu bersifat optimistik dan bukannya terlalu bersifat pesimis.
Monday, August 16, 2010
Mati: Masa berjudikah?
Dulukan kalau ada orang mati, banyak betul pantang yang perlu dipatuhi sebagai tanda kesedihan & perkabungan. Misalnya keluarga si mati dan jiran yang berdekatan tidak boleh pasang radio(Kalo mau pasang pun tidak buli kuat2), tidak buli bising-bising; makanan pun tak buli sedap2, tidak buli minum minuman yg kasi mabuk(biasanya minum kopi dan milo saja dan roti plywood atau roti org mati yang berbentuk empat segi), kuching mesti dimasukkan didalam kurungan, tidak buli ketawa2, tidak buli juga bermain judi & ketam2 dan macam2 lagi pantang yg perlu dipatuhi sebagai tanya berkabung dan tanda menghormati org mati dan keluarga yg mengalami kesusahan. Disamping itu org2 yang datang biasanya memberi bantuang didalam perbagai bentuk. Misalnya memberi beras, ayam dan wang. Disamping memberi bantuan tenaga seperti menolong memotong daging2, memasak, mengambil kau api, mengorek lubang kuburan, membuat keranda dan sebagainya. TAPI pada masa kini, lain sudah. Kini pantang yang baik ini kebanyakannya tidak diikuti lagi. Kini ianya telah mengalami perubahan mengikut Konon-konon mengikut era teknologi dan modern....tapi perubahan bukan pula menjadi lebih baik tetapi mcm lebih buruk pula. Kini.....kalo ada kematian, org mesti "buka meja" ; org-org dewasa & tua main judi. sementara itu kanak-kanank pula main ketam2. dan minuman yg kasi mabuk. Perkara2 ini mengakibatkan keadaan yang bising dan tanda2 perkabungan/kesusahan tidak dihormati atau dilupakan.
Adat yang bagus hilang sudah bah! Saya fikir baguslah tidak ada perjudian pada masa susah-susah terutama sekali waktu ada kematian. Marilah kita sama bersatu hati utk menghentikan perjudian dimas ada kematian. Marilah kita Buanglah perkara in kerana ini bukan adat kita. Lagipun....ikin malu bah ini! Sesungguhnya, tidak NGAMlah berjudi masa ada org mati. Kalau suka berjudi, pilihlah hari dan masa yang lain. Tapi bukanlah dimasa ada org mati. Sebab itu, marilah kita berpantang dan berkabung dimasa ada org mati. Marilah kita mengamalkan cara kehidupan yang lebih baik sesuai dengan tuntutan & pengajaran agama yang kita anuti. Amin.
Wednesday, August 11, 2010
Bercintalah dan berdating..
Bila jatuh cinta, janganlah lupa batas-batas percintaan. Jagalah maruah diri masing-masing. Jangan sampai terlanjur membuat perkara-perkara yang tidak sopan dan tidak bermoral. Jangan terlalu siok-siok sehingga perkara lain yang lebih penting terbiar dan diabaikan. Misalnya pelajaran. Janganlah kerana asyik berdating sehingga buku-buku lupa dibaca. Ingatlah cinta itu boleh ditangguh-tangguh. Tapi buku-buku dan nota-nota pelajaran yang menanti dibaca tidak boleh ditangguh-tangguh kerana exam tetap berjalan samada anda bersedia atau tidak. Sebab itu kalau sedang dilamung cinta, bah! Pandai-pandailah bah mengatur masa untuk berdating dan masa untuk belajar. Dan berfikirlah secara waras dan logik. Tak baik bah berdating terlalu lama. Ingat-ingatlah itu pelajaran. Nanti gara-gara asyik berdating, pelajaran kena tinggal-tinggal dan akhirnya gagal didalam exam. Nah! Sendiri juga yang susah dan rugi. Kalau kena tinggal oleh kekasih kerana dia beranggapan kau tidak ngam untuk dia kerana dia mau orang yang ada otak sebagai kekasihnya. Maka hidup ibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga. Jestru itu, kalau mau bercinta, pandai-pandailah berdating secara bijak. Sesungguhnya pelajaran itu lebih penting daripada berdating. Kerana kalaulah mengalami kegagalan didalam percintaan tetapi pelajaran maju maka, kehidupan masih lagi OK dan mantap. Kerana buli cari karaja mah. Sebab itu, utamakanlah pelajaran dahulu. Hal bercinta dan berdating buli juga bah.....tapi jangan sampai pelajaran itu menjadi korban! Pendek kata, belajar dulu. Sudah Pass barulah bermain cinta atau sambung itu dating-dating. Bah....begitulah sharing hari ini. Hehehe...
Subscribe to:
Posts (Atom)






