Duit atau wang adalah salah satu daripada keperluan yang penting didalam kehidupan kita setiap hari. Kita perlukan wand hampir didalam segala hal. Dari membeli bahan makanan, membayar bil-bil sehinggalah kepada bayaran untuk menggunakan tandas!
Meskipun wang adalah baik namun cara kita menggunakannya boleh mendatangkan banyak kebaikan dan juga keburukan. Sebab itu, kita mestilah menggunakkannya untuk tujuan yang baik dan bukannya untuk kejahatan.
Jika kita gunakan wang untuk membeli keperluan dapur atau barang-barang makanan, membayar bil letrik dan air, membayar wang pinjaman atau loan bank atau membayar hutang, dan melakukan kebajikan seperti memberi derma kepada orang yang memerlukan bantuan maka, ini bererti kita menggunakkan wang kita dengan baik. Dan ini bukan saja membawa kebaikan kepada diri kita sendiri tetpi juga kepada orang lain. Tetapi sekiranya kita menggunakan wang kita untuk melakukan kejahatan seperti membeli dadah, arak, rokok, membayar upah kepada para penjahat untuk melakukan kejahatan seperti membunuh maka, ini bererti kita bukan saja bersalah malah berdosa didalam hal kerana menggunakan wang untuk melakukan kejahatan dan keganasan.
Jestru itu, kita mesti ingat bahawa wang mestilah digunakan untuk melakuan kebaikan dan bukannya untuk melakuankan kejahatan, keganasan dan kekerasan. Sebab itu, marilah kita menggunakan wang yang kita miliki untuk melakukan kebaikan dan kebajikan.
Ruangan bagiku untuk memberi SHARING atau PERKONGSIAN mengenai beberapa Pedoman dan Inspirasi yang mungkin berguna kepada sesama insan. Semoga sharing ini membawa sesuatu yang baik kepada setiap pembaca.
Friday, June 22, 2012
Tuesday, April 24, 2012
Kerja
Kalau banyak kerja, memang baik sekali dikerjakan secepat yang mungkin agar ianya selesai dibuat. Buat dgn baik supaya tak payah susah-susah buat kedua kali atua ketiga kali. Buat kerja balik-balik-itu bukan saja buang masa tetapi juga bikin penat bah! Sebab itu, apa saja kerja yg perlu diselesaikan buatlah yang terbaik.
Banyak kerja bukan bererti kita perlu bertungkus-lumus untuk menyiapkannya sehingga kita "overtime" terlalu lama sehingga kesihatan pun terjejas dan hubungan kita dengan orang lain dan par ahli keluarga pun menjadi "sejuk."
Buat kerja, buat juga tapi berehatlah bila sampai masa berehat. Jangan terlalu berkerja sehingga rosak badan. Jaga-jagalah tu badan nanti sakit sendiri juga yang menderita dan kerja pun tergendala.
Ingatlah bahawa kerja yang kita tak dapat selesaikan aka diteruskan oleh orang lain sekiranya kita tiba-tiba "menyembah tanah" alias mati. Kerja tak dibawah mati bah!
Ingatlah juga bahawa berkerja tu penting tetapi ada perkara didalam hidup yang lebih penting daripada kerja iaitu beribadat & berdoa kepada Tuhan. Sebab itu, janganlah gara-gara sibuk berkerja LUPA PULA TUHAN! Maka dengan itu, janganlah kerana gara-gara kesibukan berkerja, TUHAN pula diabaikan dan diketepikan. sedangkan kerja pula diutamakan dan didahulukan. Ingatlah bahawa yang terpenting sekali didalam hidup kita selaku manusia ialah TUHAN. Sebab itu, kerja boleh kita ketepikan buat sementara waktu demi meluangkan masa untuk berdoa kepda Tuhan dan untuk membaca serta merenung Firman Tuhan&Alkitab.
Kesimpulannya ialah, KITA BOLEH ABAIKAN DAN KETEPIKAN KERJA KITA TETAPI TUHAN, JANGANLAH SEKALI-KALI KITA ABAIKAN DAN KETEPIKAN. jESTRU ITU, DAHULUKAN TUHAN DAN KEMUDIANKAN PERKERJAAN.

Monday, March 12, 2012
Gara-gara kahwin.
Ada orang gara-gara mau kahwin, sanggup berhutang sana sini kerana mahukan majlis perkahwinan yang meriah dan gemilang! Meskipun, tidak salah buat perkahwinan secara besar-besaran tapi kalau tak mampu, secara sederhana pun cukuplah bah! Yang penting sudah kahwin.
Bah, Kalau tidak cukup duit, bagus jangan kahwin dulu bah. Tunggu sehingga ada kewangan yang mantap, barulah kahwin. Tidak bagus bah main hutang-hutang didalam hal berkahwin. Nanti sudah kahwin tidak pula bahagia kerana asyik membayar hutang.
Biarlah majlis perkahwinan itu sederhana yang penting tidak berhutang. Maka dengan itu permulaan kehidupan suami-isteri dapat bermula dengan baik dan tanpa apa-apa kerisauan dan kebimbangan. Kerana semuanya "selesai" dan tidak ada apa-apa hutang selepas berkahwin.
Sesungguhnya, Hidup tanpa hutang menyenangkan hati dan menceriakan fikiran serta membahagiakan kehidupan.Amin.

Tuesday, February 21, 2012
Harta & wang.
Harta & wang adalah menjadi "kegilaan" umat manusia. Manusia berusaha & bertungkus-lumus utk mendapatkan harta & wang yang banyak. Kerana ingin bergelar org kaya. Meskipun, hal ini tidaklah dilarang tapi kita janganlah terlalu tertumpuh kepada hal mengumpul harta & wang sehingga perkara yang penting sekali didalam hidup kita lupa.
Jangan LUPA TUHAN ALLAH. Lupa mencari & mengumpul harta & wang tidak apa. Tapi jangan sekali-kali lupa pada TUHAN ALLAH. Kerana diakhir hidup, kita akan bertemu dengan-NYA.
Kalau kita ada rezeki yang banyak sehingga mendapat harta & wang yang banyak, jangan lupa melakukan kebajikan kpd orang-orang yang miskin dan memerlukan. Ingatlah harta & wang yang kita dermakan secara iklas kpd orang lain akan menjadi "harta surgawi." Sebab itu, janganlah lalai didalam hal menderma.
Ingatlah harta & wang tidak akan kita bawa mati, yang kita bawa adalah iman dan perbuatan amal kita. Jestru itu, berimanlah sepenuh hati kepada Tuhan Allah dan jangan lupa melakukan kebajikan kepada sesama manusia semasa hidup di dunia ini.

Tuesday, January 24, 2012
Keluhan ibubapa?
Ada Ibubapa diam-diam menderita.Ada kalanya mereka meluahkan Keluhan....
"Biarlah......setelah bersusah-payah
membesarkan anak-anak
mereka "bercakap besar"
kerana berpelajaran tinggi
Namun hakikatnya tak berubah
anak-anak berpelajar tinggi
kerana titik peluh ibubapa.
Biarlah anak-anak tak ada masa lagi
untuk bersama-sama dengan kami
kerana sibuk.
Harap-harap apabila kami
dah jadi abuk mereka takkan
mencari kami.
Kerana yang penting
kami sebagai ibubapa
dah mencuba sedaya-upaya
memberi yang terbaik untuk
kebahagiaan mereka.
Biaralah mereka seolah-olah
dah lupa pada kami.
Hakikatnya mereka tetap
anak-anak kami!
(BAH! INGAT-INGATLAH IBU-BAPA ANDA!)
"Biarlah......setelah bersusah-payah
membesarkan anak-anak
mereka "bercakap besar"
kerana berpelajaran tinggi
Namun hakikatnya tak berubah
anak-anak berpelajar tinggi
kerana titik peluh ibubapa.
Biarlah anak-anak tak ada masa lagi
untuk bersama-sama dengan kami
kerana sibuk.
Harap-harap apabila kami
dah jadi abuk mereka takkan
mencari kami.
Kerana yang penting
kami sebagai ibubapa
dah mencuba sedaya-upaya
memberi yang terbaik untuk
kebahagiaan mereka.
Biaralah mereka seolah-olah
dah lupa pada kami.
Hakikatnya mereka tetap
anak-anak kami!
(BAH! INGAT-INGATLAH IBU-BAPA ANDA!)
Saturday, December 24, 2011
Yang pasti didalam hidup ini...
Memang banyak sekali yang tidak pasti didalam hidup ini namun kita boleh menyatakan bahawa ada beberapa perkara yang pasti terjadi didalam hidup kita ini, antaranya ialah:
1.Yang bermula pasti akan berakhir: Hal/perkara ini dapat kita lihat atau perhati didalam banyak perkara. Yang paling nyatalah semua orang yang hidup didunia ini suatu hari nanti akan mati-masuk kedalam kuburan.
2.Harta-benda: Segala titik peluh kita utk bertungkus-lumus utk mengumpul harta-benda yg dianggap suatu "kekayaan" akhir-akhirnya kita tinggalkan begitu saja apabila kita meninggalkan dunia ini. Jadi, jangalah terlaku gila mencari harta-benda.
3.Kecantikan atau ketampanan kita tidak akan berkekalan kerana bila kita sampai kpd tahap org tua-tua, muka dan wajah tetap berkeropot juga!
4.Kepintaran dan kepandaian kita pun ada hadnya kerana bila kita sudah benar-benar tua alias nyanuk, kita mana lagi pandai. Pelupa sudah bah!
5.Badan yang sihat dan tegap pun akan lenyak begitu saja. Ini pasti terjadi apabila kita mati dan badan kita menjadi rebut dan menjadi tanah. Jadilah....janganlah terlalu sombong kerana cantik atau tampan. Kerana semua itu akan berakhir.
Pendek kata, yang benar-benar pasti yg akan terjadi didalam hidup kita ialah kita akan MATI BAH SUATU HARI NANTI. SEBAB ITU, SEDIA-SEDIALAH SEBELUM TERLAMBAT. Imanilah Tuhan Yesus sepenuh hati dan cintailah Tuhan Allah seiklas hati dan sayangilah sesama manusia dgn baik. Dan Bertobatlah dan buatlah yang baik-baik sebelum kematian menwarni kehidupan kita. Amin.

Saturday, December 17, 2011
Buatlah yang terbaik....
Kebiasaan dan kecenderungan kita selaku manusia ialah membuat sesuatu hal atau kerja adalah berdasarkan kepada fikiran "asal siap". Dimana cara kerja seperti ini tidaklah begitu mementingkan kualiti dan mutu hasil pekerjaan. Kerana yang dianggap penting ialah kerja itu siap dan ini membuat mutu kerja itu tidak begitu baik pun tidak begitu diperdulikan. Ini adalah satu cara kerja yg tidak baik dan merugikan. Kerana kerja yang tidak dibuat dengan baik memyebabkan hasil kerja itu tidak tahan lama dan tidak bermutu. Maka ianya akan mudah rosak dan terpaksa dibuat lagi. Bila keadaan ini berlaku, bukan saja masa terbuang tetapi kos atau biaya pekerjaan juga bertambah. Ini bukan saja menyusahkan tetapi benar-benar membazir tenaga dan kewangan. Jestru itu, kita haruslah belajar dan jadilah berkerja dengan baik sebagai pegangan didalam hidup kita supaya mutu dan hasil pekerjaan kita baik dan diakui serta dihormati.
Sifat berkerja dengan baik sesungguhnya menguntungkan semua pihak dan mengembirakan semua pihak juga. Sebab itu, kita mesti buang tabiat "asal siap." Kita mesti belajar melakukan sesuatu hal atau kerja dengan baik agar mutu pekerjaan terjamin dan martabat diri kita tetap disanjung dan dihormati. Jestru itu, marilah kita buang sifat pekerjaan yang tidak baik kerana ini bukan saja merugikan tetapi ianya juga bertentangan dengan pengajaran agama dan menyimpang dari nilai-nila etika pekerjaan. Sebab itu, kita mestilah bekerja dengan baik kerana kita dibayar atau digaji bukan untk memberi pekerjaan atau perkhidmatan yang buruk dan tak berkualiti tetapi, kita diberi upah untuk berkerja dengan baik dan menghasilkan mutu kerja yang baik. Jadi, Jangan malas dan jangan main-main berkerja. Kerjalah baik-baik! Pendek kata, bila membuat sesuatu hal atau kerja, buatlah yang terbaik!

Sunday, November 13, 2011
Berpura-pura..
Berpura-pura adalah satu drp sifat yang tidak baik dan merugikan diri sendiri. Misalnya bila ada "Boss" ada beberapa pekerja bekerja pun berlakun. Mereka mau tunjukkan kpd "Boss" bahawa mereka adalah pekerja yg rajin dan baik. Jadi, mereka pun kerjalah bagus-bagus. TETAPI bila "Boss" tidak ada, mereka bertukar rupa & sifat. Mereka tidak berkerja dgn baik. Mereka malas dan banyak bercerita drp berkerja. Bila kedapatan maka mereka memberi perbagai alasan: penatlah(Mmg berkerja penat bah! Adakah kerja tak penat?, Panaslah(Mmglah panas kerana bukan kerja didalam ofis/pejabat), gaji kecillah(Macam mana nak kasi naik gaji kalau mutu & kualiti kerja tak baik) dan macam-macam lagi alasan.
Macam juga tuu budak-budak sekolah/para pelajar ada yg pura-pura pegi sekolah tapi tak sampai kat sekolah kerana "ESCAPE" pegi jalan-jalan atau lepak-lepak sanaaaa...Supermarket atau bangunan perniagaan. Patut utamakan pelajaran supaya masa hadapan pun cerah utk mendapatkan pekerjaan yg baik & bergaji lumayan.
Ada juga org pura-pura didalam hal percintaan & perkahwinan. Dah kahwin dan beranak pun masi lagi "main kayu tiga"(Kena pukul dgn kayu besar baru tau!).
Bah! Janganlah main pura-pura. Buat yang betul-betul bah. Jangan berlakun. Jgn main wayang. Yang rugi tuu diri sendiri juga. Sebab itu kalau mau buat sesuatu buatlah dgn iklas dan jujur. Jgn kasi buduh org lain dan diri sendiri. Buatlah yg betul-betul punya. Barulah kita dihormati orang dan kita pun dipercayai dan disenangi oleh orang. Jadi, janganlan berpura-pura. Jangan berlagak. Kalau tak tahu, kasi tahu tak tahu supaya org buli tolong mah. Atau org pun tak mengharap apa-apa dari diri kita. Kalau tahu, jangan pula berbohong. Pura-pura pula tak tahu pada hal pandai. Jgn "kuburkan" kepandaian & pengetahuan anda. Tolong bah org lain kalau tahu. Jgn bersifat kedekut.
Jadi, Buatlah yang terbaik & yang betul. Jangan asyik berpura-pura atau berbohong atau temberang nanti diri sendiri juga yang rugi dan merana. Jujur dan iklaslah didalam segala hal.

Thursday, September 15, 2011
Pedoman am...
1.Bah...kalau ada kerja, kerjalah bagus-bagus. Jangan malas...Ingatlah gaji diberikan bukan untuk kemalasan tetapi pekerjaan yang dijalankan. Jadilah pekerja yang baik,iklas & jujur. Barulah padan menerima gaji setiap bulan.
2.Bah...dah kahwin jadilah suami atau isteri yang baik. Janganlah dah berkahwin pun masi hidup macam orang bujang. Ingatlah tanggungjawap sebagai orang yang dah berkahwin.
3.Bah..kalau ada duit, pandai-pandailah berbelanja. Gunakan wang untuk kebaikan ahli-ahli keluarga. Jangan asyik kasi belanja kawan-kawan dan orang lain sedangkan ahli-ahli keluarga sendiri diabaikan. Jangan begitu bah!
4.Bah...baguslah berhenti merokok. Membakar duit bah tuu dan bikin sakit. Berhentilah sebelum "KO" gara-gara merokok. Berhentilah supaya hidup lebih "OK."
5.Bah...Janganlah gara-gara dah bergelar "Tuan" dan kaya lupa pula Tuhan. Ingat-ingatlah bahawa TUHAN LEBIH PENTING daripada gelaran "Tuan."

Saturday, September 10, 2011
Tinggal & Meninggal
Kita tinggal didunia ini bukanlah untuk selama-lamanya. Suatu hari nanti kita akan meninggalkan dunia ini. Sama ada kita telah menjadi manusia yang berjaya atau gagal, berpangkat atau tidak, kaya atau miskin....kita semua akan pergi. Satu per satu kita akan pergi. Kemana? Sudah pasti badan kita akan menuju kepada tanah perkuburan tetapi roh kita kembali ke hadapan Pencipta kita iaitu Tuhan Allah yang Maha Esa. Sebab itu, kita harus usahakan dan mencoba sedaya-upaya menjadikan kehidupan semasa tinggal di dunia ini suatu kehidupan yang baik, bermoral, beragama dan setia kepada Tuhan sampai kepada hafas kita yang terakhir. Kerana meskipun kehidupan didunia ini akan berakhir tetapi selepas kita meninggalkan dunia ini, kehidupan kita akan bermula iaitu satu kehidupan yang baru. Tetapi semasa ada baik atau jahat, bahagia atau sengsara kehdiupan kita selepas kita meninggalkan dunia ini adalah bergantung kepada kehidupan kita semasa hidup didalam dunia ini. Sebab itu, marilah kita menjadi manusia yang sungguh-sungguh menyembah Tuhan Allah dan mengikut segala Pengajaran-Nya sesuai dengan tunjuk-ajar yang diberikan oleh Tuhan Yesus, Anak Allah yang dihantar-Nya bukan saja untuk mewartakan Khabar Gembira tetapi bertindak selaku Penebus dosa dan Penyelamat umat manusia.
Secara am, Tuhan Yesus mengajar kita utuk mencintai Tuhan Allah segenap hati kita dan mencintai sesama manusia seperti kita mencinti diri kita sendiri(Injil Markus 12:28-31). Kegagalan kita untuk metaati Pengajaran Tuhan bererti kegagalan kita mencintai Tuhan dan sesama manusia dan ini adalah satu dosa besar. Sebab itu marilah kita, jauhkan dosa dan segala jenis kejahatan kerana dosa mendatangkan maut( Yakobus 1:15). Jestru itu, marilah kita tinggal baik-baik semasa hidup didalam dunia ini supaya apabila kita meninggalkan dunia ini, kita tidak akan ketinggalan utuk memasuk Kerajaan Surga. Amin.
Labels:
cinta,
dosa,
Firman Tuhan,
maut,
meninggal dunia,
Tinggal,
Yesus
Thursday, August 18, 2011
Jalan terus....
Kata-Kata pendorong dan pembangkit semangat diatas ini kira-kira boleh diterjemah seperti berikut: Tidak apa bah tuu, bagaimana lambat sekali pun kau berjalan asalkan kau tidak berhenti! Kata-kata ini memang ada kebenarannya tapi kalau kita mampu berjalan laju sikit, jalanlah laju sikit supaya cepat sampai. Tapi kalau ada masalah, bah palan-palan jalanlah yang penting tak berhenti. Jalan terus meskipun ada rintangan. Pendek kata, jangan mudah berputus asa. Teruskan perjalanan dan perjuangan. Ingatlah bahawa ketabahan dan kesabaran adalah kunci kejayaan dan kemajuan. Kalau mahu maju, kita mestilah berjalan terus meskipun langkah tuu kecil saja. Yang penting kita mulakan langkah pertama kerana perjalanan seribu kilometer bermula dengan langkap pertama. Jalan punya jalan lama sampai juga; Buat punya buat akhirnya siap juga tu karaja! Jangan mengaku kalah sebelum mencuba. Jangan takut bah untuk mencuba dan belajar perkara yang baru.
Monday, August 8, 2011
Hal Marah.
Marah memang buli tapi mestilah ada sebabnya dan alasan untuk marah pun manasabahlah. Janganlah main marah-marah; Jangan sikit-sikit marah. Tak baik bah main marah-marah orang. Bikin panas hati bah tuu kalau kena marah. Dan sakit hati bah tuu kalau kena marah terutama sekali kalau kena marah tanpa alasan. Jadi, sebelum marah orang, fikir-fikirlah samada tindakan itu manasabah atau tidak. Tapi kalau boleh kita janganlah main marah-marah kio. Bagus lagi kalau orang buat kesalahan atau kesilapan kita tegurlah bagus-bagus, barulah kita dihargai dan dihormati. Dan teguran itu besar kemungkian berhasil. Kerana biasanya orang mendengar teguran yang baik. Jadi, Cakap bagus-baguslah kalau mau tegur orang.
Jangan main teriak-teriak atau main maki-maki kerana cara ini tak akan berhasil dan tidak akan didengar orang. Kerana Cara ini tak baiklah. Jadi, Cakaplah dengan sopan dan dengan suara yang terkawal; ada kesabaran.
Biasanya, kalau kita main marah-marah, orang pun akan panas hati dan kemungkinan akan marah balik. Dan ini boleh mengakibatkan "perang lidah" atau perang mulut. Sebab itu, elakkan main marah-marah supaya permusuhan dan kebencian tidak timbul. Sebaliknya cakaplah bagus-bagus supaya persahabatan dan kehormanian sesama dapat dikekalkan. Musuh jangan dicari dan kawan pula jangan disakiti hatinya. Ok, demikianlah perkongsian hari ini. Bah! Jangan marah-marah ah....

Thursday, July 21, 2011
Jangan salahguna bah!
Kalau pandai, janganlah salahguna itu kepakaran untuk kasi jahat atau buruk atau kasi rugi sama orang lain. Ada orang yang pandai didalam dunia Internet, mereka salahgunakan kepandaian mereka dengan menghantar maklumat yg jahat kepada orang lain atau kawan-kawan mereka dengan menggunakan nama orang lain atau nama kawan sendiri atau nama ahli keluarga mereka. Mereka menyembunyikan identiti/nama mereka sendiri dan orang lain yang mereka kenakan! Misalnya, menghantar "VIRUS" kepada orang lain supaya rosak sistem komputer mereka; menerbitkan gambar atau "upload" gambar/clips video yang diubah-suai dengan tujuan untuk memalukan atau memburuk-burukkan orang lain. Sesungguhnya, perbuatan dan tindakan seperti ini adalah jahat, tak bermoral dan berdosa! Hentikanlah perbuatan ini. Jestru, Gunakanlah kepandaian dan kepakaran anda untuk membuat kebaikan dan membawa kebaikan kepada sesama manusia.
Ingatlah.....apa yang kita tanam, begitulah buahnya yang akan kita dapat. Jadi, kalau kita menjahat-jahatkan orang lain yang tak bersalah kepada kita, suatu hari nanti kita akan "kebalikan" juga bah tuu dengan perbuatan kita sendiri. Kata orang, "buat baik berpada-pada, buat jahat, sekali jangan." Bah! Bagus-bagus bah kita hidup didunia nii. Jangan buat jahat bah! Tidak bagus tuuu...
Friday, May 20, 2011
Kasi beranak wang@duit.
Kebanyakan kita bukanlah mempunyai pendapatan atau gaji yang banyak sangat. Dan biasanya apa yang kita terima atau dapat kebanyaknya dibelanjakan untuk keperluan didalam rumah. Cukup juga lah tapi kadang-kadang hampir-hampir tak cukup. Ada tinggal sikit-sikit dan nii simpang dimana? Bank? Bagus tu. Selamat dan terjamin. Hujung tahun "bunga wang" dapat berapa? Sikit saja? Terlalu sikit?
Kalau kita menyimpang wang di bank secara "simpanan biasa" tak hairanlah bunganya sikit saja. Biasanya 1% aje bah tuu.Mau lebih sikit? Bah cuba "simpanan Tetap(Fixed deposit). Ini bunganya lebih sikit dari simpanan biasa. Selalunya dapatlah 3 %. Tapi ada yang lebih baik daripada ini iaitu membeli AMANAH SAHAM BUMIPUTERA(ASB). Ini barulah ada banyak sikit bunganya. Tahun-tahun biasanya 5% keatas bunga ada ada bonus free lagi tuu. Ini barulah lumayan. Dulu pernah bunganya sampai 10% bah!
Walau bagaiman pun ada had atau limit untuk membeli saham ini. Hadnya RM200 ribu. Tetapi masih lumayan bah tuu. Jesteru itu, kalau anda mau "wang free" melaburlah didalam ASB atau mana-mana saham yang mendatangkan faedah/bunga yang lebih baik dari simpangan biasa & FD.
Akhir sekali, simpan sikit-sikitlah kat Akaun Simpanan Biasa untuk keperluan sehari-hari. Tapi untuk jangka masa yang panjang dan untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik daripada wang anda, baguslah simpan lebih banyak didalam Akaun Amanah Saham Bumiputera. Kalau ada duit simpanlah, sikit-sikit pun tak apa, yang penting ada menyimpan atau menabung wang demi kedudukan kewangan yang lebih baik dan kukuh. Inilah yang dikata Bijak Menyimpan.......Ingatlah kalau dah simpan duit kat bank atau beli saham, janganlah balik-balik korek .......nanti tak dapat menikmati hasil dan bunga wang tersebut. Sabar-sabarlah. Tungguh sehingga wang dah berbunga barulah kasi keluar sikir-sikit mengikut keperluan. Inilah yang dikatakan Bijak menimpan bah...Hehehehe...OK! Selamat menabung wang...dan jangan lupa beli saham ASB! Inilah cara kasi beranak duit@wang yang mudah dan senang dan menguntungkan lagi tuu....Cubalah kiooo....
Subscribe to:
Posts (Atom)