Tuesday, December 10, 2013

Cinta sejati.

Cinta memang indah dan manis
Cinta itu lebih manis bila jatuh cinta.
Gara-gara jatuh cinta segala-gala dirasakan indah dan manis.
Gara-gara  jatuh cinta sanggup berkorban apa saja.
Maruah adakalanya dipertaruhkan dan agama digadaikan.
Memang macam-macam boleh terjadi bila jatuh cinta.
Tapi.....sebenarnya perasaan cinta itu ditangan sendiri.
Cinta itu boleh dibentuk, dikawal dan ditentukan bila mahu membuat pilihan.
Kalau hitam yang dipilih maka hitamlah yang didapat. Kalau putih yang menjadi pilihan maka putihlah yang bertakta didalam hati.
Walau bagaimana pun...........cinta itu tak semestinya selalu manis dan indah. Sebab
adakalanya cinta itu menyakiti dan menyedihkan kerana cinta itu tak semestinya bersatu.
Adakalanya cinta itu dihalangi, ditinggalkan, dihancurkan, dipisahkan....dan adakalanya terpaksa dilupakan dan dibuang kerana maruah dan martabat  dipertahankan. Dan kerana Tuhan diutamakan dan bukan tuah diri sendiri.
Jadi, didalam cinta apa pun boleh terjadi.........tetapi arah-tuju cinta sebenarnya terletak ditangan sendiri kerana DIA YANG MAHAKUASA memberi kebebasan untuk memilih apa yang terbaik baginya. Walau bagaimana pun DIA YANG MAHAKUASA HARUSLAH DIUTAMAKAN DAN DIDAHULUKAN  DULU. Inilah yang dinamakan cinta sejati! Jestru itu, cintailah TUHAN ALLAH SEPENUH HATIMU DAN SEPANJANG HIDUPMU.

Sunday, December 8, 2013

Cakap-cakap pasal Kehidupan.

Kitaran atau pusingan hidup manusia pada amnya  adalah  sama. Bermula sebagai bayi, kanak-kanak, remaja, orang muda, dewasa, tua dan mati. Kita masuk kedalam dunia ini tanpa apa-apa. Malah kita telanjang bulat dengan satu iringan muzik yang dinamakan "Tangisan pertama."

Membesar dengan perbagai pengalaman yang asam, pahit dan manis. Yaa....liku-liku membesar memang banyak cabaran dan rintangannya. Begitulah susah-payah membesar dan menjadi orang dewasa. Lepas tuu....kita masuk pula era beliau alias orang tua. Tahap ini pun agak  mencabar juga.

Rasa-rasa macam mau cepat-cepat mati tapi semasa muda-muda dulu tak pernah terfikir  hal mati kerana asyik berkerja dan asyik dengan hal-hal duniawi. Enjoy aje bah! Nah kini......dimasa tua-tua pun banyak betul cabaran: Lupa-lupalah, sakit-sakitlah, bosanlah, rasa macam tidak kena sayang dan tidak kena pedulilah....Dan akhirnya bersemadi ditanah perkuburan!

Bila mati, kita ditangsi oleh orang-orang yang mengenali dan mencintai kita. Kita beredar daripada dunia ini tanpa membawa apa-apa. Harta, wang, pangkat, kedudukan dan apa juga jenis harta yang menjadi lambang dan simbol kekayaan dan kemegahan kita, semuanya ditinggalkan begitu saja.

Yaa....kita lahir telanjang dan tanpa harta bila masuk kedalam dunia ini dan begitu juga bila kita keluar daripada dunia ini. Kita pergi tanpa membawa apa-apa harta juga. Nah..........cuba fikir betul-betul perkara ini secara mendalam: APAKAH berguna dan berbaloi berkerja keras secara mati-matian untuk menjadi kaya dan berharta??? Macam tidak ada guna.

Walau bagaimana pun, ada juga gunalah sekurang-kurang kita meninggalkan sesuatu untuk ahli keluarga. Meskipun ini bukanlah  suatu yang dimestikan. Tapi bagus juga ada peninggalan harta sikit-sikitlah. Sekurang-kurangnya ada belanja untuk mengubur mayat kita. Jadi, mati tidak menyusahkan orang lainlah. Kerana ada peruntukan peribadi yang telah disediakan untuk mereka gunakan pada hari "Keberangkatan daripada dunia ke dunia yang baru."  Jadi, mati bukan sekadarkan meninggalkan nama tetapi baik juga  meninggalkan sesuatu untuk orang lain dan untuk para ahli keluarga supaya mereka tidak susahlah.

Walau bagaimana pun semasa hidup, janganlah terlalu  berkerja untuk hal-hal duniawi tetapi ingat-ingatlah berkerja pada perkara yang lebih penting dan lebih utama didalam hidup iaitu hal yang berkaitan dengan Tuhan Allah. Sembahlah DIA yang maha kuasa dan lakukanlah kehendakNya dan peganglah semua ajaranNya dengan tabah dan setia. Dan jauhilah segala jenis kejahatan dan keganasan. Jangan bermain-main dengan dosa tetapi sentiasalah mencari BERKAT daripada Tuhan Allah. Inilah perkara yang terpenting sekali didalam hidup dan bukannya harta dan kekayaan duniawi.


Friday, December 6, 2013

Cuba lagi bah!

Jatuh! Bangunlah....Jangan terus bertiarap dan mencium tanah. Bangunlah teruskan perjalan dan perjuangan sehinggalah berjaya...
Gagal! Gagal ujian atau peperiksaan. Cuba lagi....Belajar bersungguh-sungguh. Tingkatkan masa belajar dan kurangkan aksi "syok-syok" dan "Jalan-jalan."
Muflis! Bisnes tak maju dan tak laku. Berusaha lagi....cuba belajar dari orang lain. Ikut kursus atau seminar perniagaan untuk menambah ilmu, kepakaran dan kecekapan. Lepas tuu...mulakan lagi...
Terjatuh! Naik lagi....Kalau kaki tidak patah. Kalau patah tunggu sehingga sembuh. Kemudian.....naik lagi sehinggalah berjaya.
Putus cinta! Cari yang lainlah.....Ada beribu-ribulah pilihan. Jangan masih lagi berpaut pada orang yang tak sudi. Mungkin anda akan mendapat yang LEBIH BAIK....
JADI...........apapun pengalaman hitam dan pahit yang telah anda alami atau lalui, janganlah berputus ada. Pasti ada penawar yang baik dan manis. Yang penting BERUSAHA DAN JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA. CUBA LAGI BAH!

Wednesday, December 4, 2013

Jangan main laju-laju.

Apakah anda suka main laju-laju bila memandu kereta atau motosikal? Kenapa? Mau cepat atau nak tunjuk "terror"? Atau nak "minta perhatian? Maklumlah kereta baru? Kereta mahal? Apa pun alasan untuk memandu dengan terlalu laju adalah tidak baik dan tidak bijak kerana ianya boelh membahayakan bukan saja diri sendiri tetapi juga orang lain. Jadi, lebih baik pandu dengan kelajuan yang sederhana atau mengikut had laju yang ditetapkan.

Kalau mau cepat sampai ke tempat yang nak ditujuh, bah! Jalan awal sikitlah supaya sampai awal. Kalau anda dah tahu untuk sampai ke tempat itu memakan masa kira-kira 30 minit, maka jalan 40 atau 50 minit sebelum itu supaya anda sampai sekurang-kurangnya 10-20 minit. Maka dengan itu, tak perlulah memandu ala pemandua F1 atau bagaikan orang yang dikejar polis.

Ada pepatah yang  berbunyi," Biar lambat asalkan selamat." Jadi, janganlah memandu denga laju sekali meskipun dah lambat sehingga membahayakan orang lain dan juga diri sendiri. Ingat-ingatlah orang yang tersayang dan sayang-sayanglah nyawa orang lain. Jestru itu, pandulah dengan  baik, cermat dan dengan kelajuan yang sederhana agar anda tidak membahayakan sesiapa pun termasuklah diri sendiri. OK. Selamat memandu dengan cermat dam selamat.

Monday, December 2, 2013

Tidak kena "layan"?

Bah...Bila kawan tidak hantar berita lagi....

Bila kawan tidak balas SMS lagi...
Bila kawan tidak "call back" lagi....
Tak perlu kecewa atau sakit hati atau berfikir buruk dan menyangka yang negatif...
Ingatlah akan beberapa kemungkinan bahawa:
1.Mungkin habis kredit;
2.mungkin tak sampai; mungkin dah tukar nombor;
3.mungkin lupa membalas; mungkin terlalu sibuk;
4.mungkin message anda tak begitu penting unuk dijawap;atau mungin tak perlu dijawap/dibalas;
5.mungkin tidak ada "mood" untuk menjawap atau membalas;
6.mungkin message anda tidak terlalu urgent untuk dijawap;
7.mungkin sengaja tak balas kerana dah bosan atau malas nak jawap;
8.mungkin ada niat nak menjawap/membalas nanti tapi nanti punya nanti dia terlupa pula;
9.mungkin dia sakit bah!
10.mungkin dia mau main jimat-jimat bah!
11.DAN MUNGKIN anda bukanlah orang yang penting sekali didalam hidupnya lagi...
12.Dan sebagainya.............Yang penting jangan main tuduh-tuduh atau main sangka-sangka yang tidak baik. Kerana didalam hal membalas atau menjawap.....itukan hak peribadi dia. Kita tidak dapat memaksa orang "melayan" PANGGILAN/SMS kita bah. Kalau kena balas/jawap "Bah Terima kasih banyak-banyak lah..." Tapi kalau tidak pun kita tetap sabar dan bersifat "gentle person". Orang berkenaan tetap  kawan mah....
Bah, jangan marah atau kecewa kio....Relax aje bah.Hehehehe.....

Wednesday, November 20, 2013

Pedoman hidup 1

Kalau kita mahu mengubah nasib dan keadaan hidup kita berikut adalah pedoman am untuk kearah  masa hadapan yang lebih cerah dan baik:
1) Mempunyai tujuan atau wawasan atau cita-cita yang jelas didalam hidup. Apa yang ingin anda capai? Banyak pilihan tetapi pilih satu perkara dahulu. Sudah tercapai yang dicita-citakan, barulah mengejar cita-cita yang baru.
2) Belajarlah sungguh-sungguh. Kerana dengan pelajaran yang baik dan cemerlang, cita-cita yang ingin dicapai lebih cerah dan lebih mudah dicapai. Jadi, jangan main-main didalam hal pelajaran. Belajarlah rajin-rajin!
3) Jangan mudah berputus asa. Kalau menemui kesukaran atau kegagalan didalam proses untuk mencapai cita-cita yang diinginkan, jangan cepat patah semangat. Bangkit dan teruskan perjuangan dengan tidak mengulang kesilapan yang lalu.
4) Berdoalah. Jangan lupa berdoa kepada Tuhan Allah. Mohonlah bantuan dan petunjuk daripada DIA Yang Maha Kuasa.

Saturday, November 16, 2013

Adakalanya.....

Adakalanya kita harus pergi untuk sampai ke suatu tempat;
Adakalanya kita perlu melihat yang kecil untuk mengkagumi yang besar;
Adakalanya kita perlu mengalami kejatuhan  supaya kita belajar bangkit dan meneruskan perjalanan hidup;
Adakalanya kita harus merendahkan diri supaya kita belajar  menolak kejahatan, ketamakan dan  kesombongan;
Adakalanya kita harus belajar menerima agar kita belajar memberi.....
Adakalanya kita harus melihat yang cacat dan jahat agar kita belajar menghargi yang berharga didalam hidup.
Adakalanya kita harus menerima cinta agar kita belajar mencintai;
Adakalanya kita harus memikirkan kematian supaya kita belajar mengakui kewujudan Tuhan Allah. Amin.

Tuesday, November 12, 2013

Hidup ini....

Hidup ini memang pemberian Tuhan. Ia adalah kurniaNya kepada kita. Jestru itu hiduplah dengan baik-baik. Jangan sia-siakan kehidupan dengan melakukan perkara-perkara yang jahat dan tak senonoh didalam hidup ini. Buatlah benda-benda yang baik dan mulia supaya kita dihormati orang dan dimuliakan oleh Tuhan.

Hidup ini akan berakhir suatu hari nanti sebab itu isilah kehidupan dengan perkara-perkara yang indah dan membahagiakan hati. Hiduplah dengan aman dan gembira. Dan Janganlah  menjadi orang bodoh dengan berfikir bahawa tidak ada TUHAN. Ingatlah hidupmu akan berakhir diatas bumi ini dan bakal menjadi penghuni tanah perkuburan. Hal ini pasti terjadi dan tidak dapat dielakkan. Dan setiap detik dan setiap hari kita menghampiri tanah yang sunyi itu. Disana akan terpacak "Papan tanda" RIP kita.

Yaaa.........sesungguhnya, hidup ini adalah anugerah Tuhan Allah! Siapa lagi yang memberinya kalau bukan DIA YANG MAHA ESA! Maka dengan itu, Sembahlah DIA DAN IKUTILAH SEMUA PENGAJARANNYA YANG MEMIMPIN KITA KE JALAN HIDUP YANG ABADI. 

Tuesday, November 5, 2013

Kepentingan Pelajaran...

Wahai para pelajar,  baik yang masih di sekolah rendah atau di sekolah menengah dan lebih-lebih lagi yang berada di Kolej atau Universiti, jangan anggap remeh atau bersifat seperti acuh tak acu  didalam hal pelajaran. Belajarlah dengan rajin dan timbalah ilmu sebanyak yang mungkin. Jangan sia-sia masa persekolahan. Masa pergi sekolah, pergilah. Jangan malas-malas. Masa masuk kuliah, pergilah jangan ponteng. Kerana kejayaan didalam pelajaran adalah banyak bergantung kepada sifat yang rajin untuk membaca bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan pelajaran.  Dan kalau menghadapi apa-apa masalah didalam pelajaran seperti tidak faham atau kurang memahani mana-mata matapelajara maka, janganlah malu-malu meminta bantuan daripada guru-guru atau professor atau daripada kawan-kawan yang pandai.

Buang sifat yang takut dan malu untuk bertanya. Beranikan diri kerana apa yang anda buat bukanlah suatu perbuatan yang jahat tetapi suatu perbuatan yang baik dan mulia. Kalau seorang tidak dapat membantu anda. Jangan putus asa. Tanya lagi lain orang sehinggalah anda mendapat jawapan pada soalan atau perkara yang anda tidak faham. Dan jangan lupa mengucapkan TERIMA KASIH  kepada orang yang telah berjasa dan berbakti kepadamu. 

Pelajaran adalah penting sekali didalam kehidupan terutama sekali untuk mengubah cara kehidupan keluarga terutama sekali dari segi ekonomoi dan kewangan. Kerana sekiranya anda berjaya didalam pelajaran maka, peluang untuk mendapat pekerjaan yang baik dan bergaji lumayan adalah cerah sekali. Sebab itu, jangan main-main semasa dialam persekolahan. Tumpuhkan perhatian kepada pelajaran. Luangkan masa yang lebih pada pelajaran. Jangan asyik ikut kawan-kawan jalan-jalan dengan agenda konon-konon mau "enjoy atau siok-siok." Boleh juga bah tuu tapi jangan terlalu membuang masa didalam perkara ini. Fokus pada pelajaran. Lain kali bila dah tamat pengajian barulah boleh "enjoy-enjoy."

Kegagalan didalam pelajaran boleh mengakibatkan kesusahan kepada diri sendiri di masa akan datang. Kerana susah mendapatkan pekerjaan yang bergaji lumayan gara-gara tidak habis sekolah. Jestru itu, belajarlah betul-betul dan jangan sia-siakan masa bersekolah. Biarlah bersusah-susah belajar dulu nanti di hari kemudian  hasilnya anda sendiri yang akan menikmatinya dengan kehidupan yang senang dan selesa. 


"SELAMAT BELAJAR; SELEMAT BERJUANG."  

Saturday, November 2, 2013

Hari para arwah

Pada 2hb November, biasanya  dianggap sebagai Hari para arwah terutama sekali dikalangan orang Kristian. Hari ini adalah khas untuk mengingati para ahli keluarga, para saudara-mara, kenalan dan semua orang yang telah meninggal dunia. Bukan sekadar mengingati mereka tetapi juga untuk mendoakan roh mereka agar mereka selamat dan menikmati kebahagian abadi bersama-sama dengan Tuhan Allah di Surga. Dan selain daripada itu, kita juga diingatkan bahawa bagaimana para arwah yang sudah mendahului kita, kita juga disedarkan bahawa suatu hari nanti kita juga akan seperti mereka juga. Mereka telah mati, kita juga akan mati. Titik perhentian kita selaku manusia adalah sama saja. TIdak kira kaya atau miskin, cantik atau hodoh, tinggi atau rendah, kita semua akan meninggalkan dunia ini suatu masa nanti. Ini boleh terjadi pada bila-bila masa tanpa amaran  dan tanda jemputan.  Jestru itu, baiklah kita sentiasa bersedia dengan saat ini iaitu saat kematian. Jangan berkata," Ahh.....lama lagi bah tuu!" Kerana saat itu boleh terjadi pada hari ini atau esok atau bulan depan atau tahun depan. Ia boleh terjadi dimana-mana saja. Mungkin semasa kita berkerja atau bersukan atau semasa menonton TV atau semasa bercuti diluar negara.

Ya....boleh terjadi pada bila-bila masa saja. Yang penting kita bersedia pada saat itu dengan menghidupi kehidupan yang baik dan beriman. Ingatlah pada Tuhan Allah selalu dan jangan buat benda-benda yang jahat dan dosa. Jagalah cara kehidupan. Peganglah dan ikutilah ajaran Tuhan dengan setia dan iklas. Dan jangan lupa membuat seberapa banyak  kebaikan dan kebajikan kepada sesama manusia tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit.

 Saudara dan saudari, kita semua akan mati suatu hari nanti. Kita bukan hidup selama-lama diatas bumi. Sebab itu, marilah kita hidup dengan baik semasa hidup diatas bumi ini. Semoga  apabila sampai masa kita menemui PENCIPTA kita yang MAHAKUASA kita akan mendapat belaskasihan daripadaNYA dan seterusnya dikurniakan kehidupan yang bahagia dan abadi. Amin.

Friday, October 25, 2013

Berkat Berdoa..

Kalau kita  percaya kepada Tuhan Allah maka, berdoalah selalu secara tetap dan konsisten dengan tujuan  untuk menyembahNya, memujiNya, memohon sesuatu daripadaNya, dan bersyukur kepadaNya atas segala perkara yang dinikmati didalam hidup ini.

Orang yang rajin berdoa biasanya lebih rendah hati, lebih penyabar, lebih menyayangi, lebih dermawan, jarang jatuh kedalam dosa-dosa yang berat, bersifat lebih jujur dan iklas, lebih setia, lebih mudah mengampuni, lebih bersopan didalam percakapan dan perbuatan, lebih menghormati dan mencintai sesama manusia tanpa mengira warna kulit, bangsa dan pegangan dan  lebih rajin membaca dan merenung Kitab Suci. Malah lebih daripada itu. Kerana ada orang beriman yang sungguh-sungguh luarbiasa. Misalnya melakukan kerja-kerja  amal dan kebajikan kepada orang lain lebih daripada kebiasaan orang lain.

Yaaa...demikianlah "BERKAT DAN PAHALA" yang Tuhan Allah berikan kepada orang-orang beriman yang rajin beribadat kepadaNya. Jestru itu, marilah kita mencuba sedaya-upaya supaya rajin berdoa agar kita lebih diberkati dan diredai oleh Tuhan Allah yang Maha Esa. Amin.

Monday, October 21, 2013

Jangan jual..

Kalau ada sebidang tanah yang memang hak-milik keluarga sejak dahulu-kala maka baiklah dipertahankan dan dikekalkan. Jangan jual kerana bukan senang untuk mendapatkan tanah dimasa kini. Susah bah! Jadi, walau apapun masallah yang dihadapi didalam hidup, jangan sekali-kali jual tanah milik sendiri. Lebih baik tanah itu diusahakan sendiri dengan menanam sayur-sayuran dan buah-buahan. Atau  disewakan dengan perjanjian bertulis yang jelas dan betul. Ini adalah untuk mengelak daripada ditipu. Jangan main cakap saja kerana cara ini bila-bila boleh berubah  kerana dipertikaikan dari semasa ke semasa. Jadi, tulis itu perjanjian yang dipersetujui bersama. Lebih baik kalau pakai peguam atau lawyer. Lebih terjamin dan selamat. 

Janganlah kerana gara-gara mahu "cepat kaya" maka tanah pusaka menjadi mangsa. Ingatlah tanah yang dijual pergi selama-lamanya dan wang yang didapati hasil daripada jualan tanah takkan berkekalan. Ianya boleh habis dan lesap didalam sekelip mata saja. Maka dengan itu, jagalah tanah pusaka keluarga dengan baik. Jangan jual.

Bah! Sayangilah harta-pusaka yang diturunkan oleh nenek-moyang. Jangan sia-siakan pemberian dan titik-peluh mereka.

Sunday, October 20, 2013

Hai Anak-anak...

Hai Anak-anak, janganlah  kamu kuat melawan ibubapa. Sayangilah dan hormatilah mereka. Dengarlah nasihat dan teguran mereka Dan jangan kecewakan dan lukakan hati mereka terutama sekali dihari-hari tua mereka. Ingatlah bahawa TANPA mereka, kamu tidak akan ada didunia ini. Tetapi Kerana mereka berkerjasama dengan TUHAN dan mencinta kamu maka, kamu wujud didalam dunia ini.Jestru itu, hargailah jasa mereka, dan cintailah mereka sepanjang hidupmu. 
YAAA..........tanpa ibubapa siapalah kita!

Friday, October 18, 2013

Lebih baik beli beras...

Baru-baru nii saya pergi ke kedai runcit. Setelah mendapatkan barang-barang  yang saya perlukan, saya ke kaunter untuk membayar. "Wah! harga rokok dah naik. RM10.50 sekotak." "Ya...baru-baru saja naik. Boss merokokkah? tanya gadis yang manis itu sambil memasukkan barang-barang yang sudah kubayar kedalam plastik."
"Tidak.Lebih baik beli beras."
"Betul tuu. Kenyang lagi.....kan!" katanya dengan senyuman yang lebar dan manis.

Bah fikir-fikirlah. Kalau anda berbelanja RM10.50 sehari untuk rokok maka didalam sebulan anda tabur RM315.00(RM10.50 x 30 hari). Ini bererti didalam setahun anda pasti  hanguskan wang kira-kira  RM3150.00(Tiga ribu satu ratus dan lima puluh ringgit). Dan dalam 10 tahun , wang anda hangus begitu saja sebanyak RM31,500). Rugi betul kan!

Bayangkanlah kalau anda simpan wang rokok itu didalam bank, sudah tentu didalam tangan anda ada RM31,500 berserta dengan "bunga" atau "faedah". Dengan wang sebanyak itu, anda boleh gunakan untuk perbagai projek misalnya  membesarkan atau mengubahsuai rumah anda, atau membeli kereta terpakai yang masih baik, atau mendapatkan sebuah motosikal, atau membeli perbagai keperluan untuk kegunaan semua ahli keluarga atau untuk belanja anak-anak  ke sekolah sampai ke peringkat yang tinggi seperti masuk ke Universiti. Jestru, itu BAGUSLAH BERHENTI MEROKOK kalau anda merokok. DAN yang belum merokok, JANGANLAH menyentuh benda nii. Kerana hidup anda lebih baik tanpa rokok.