Marah memang buli tapi mestilah ada sebabnya dan alasan untuk marah pun manasabahlah. Janganlah main marah-marah; Jangan sikit-sikit marah. Tak baik bah main marah-marah orang. Bikin panas hati bah tuu kalau kena marah. Dan sakit hati bah tuu kalau kena marah terutama sekali kalau kena marah tanpa alasan. Jadi, sebelum marah orang, fikir-fikirlah samada tindakan itu manasabah atau tidak. Tapi kalau boleh kita janganlah main marah-marah kio. Bagus lagi kalau orang buat kesalahan atau kesilapan kita tegurlah bagus-bagus, barulah kita dihargai dan dihormati. Dan teguran itu besar kemungkian berhasil. Kerana biasanya orang mendengar teguran yang baik. Jadi, Cakap bagus-baguslah kalau mau tegur orang.
Jangan main teriak-teriak atau main maki-maki kerana cara ini tak akan berhasil dan tidak akan didengar orang. Kerana Cara ini tak baiklah. Jadi, Cakaplah dengan sopan dan dengan suara yang terkawal; ada kesabaran.
Biasanya, kalau kita main marah-marah, orang pun akan panas hati dan kemungkinan akan marah balik. Dan ini boleh mengakibatkan "perang lidah" atau perang mulut. Sebab itu, elakkan main marah-marah supaya permusuhan dan kebencian tidak timbul. Sebaliknya cakaplah bagus-bagus supaya persahabatan dan kehormanian sesama dapat dikekalkan. Musuh jangan dicari dan kawan pula jangan disakiti hatinya. Ok, demikianlah perkongsian hari ini. Bah! Jangan marah-marah ah....
Ruangan bagiku untuk memberi SHARING atau PERKONGSIAN mengenai beberapa Pedoman dan Inspirasi yang mungkin berguna kepada sesama insan. Semoga sharing ini membawa sesuatu yang baik kepada setiap pembaca.
Monday, August 8, 2011
Thursday, July 21, 2011
Jangan salahguna bah!
Kalau pandai, janganlah salahguna itu kepakaran untuk kasi jahat atau buruk atau kasi rugi sama orang lain. Ada orang yang pandai didalam dunia Internet, mereka salahgunakan kepandaian mereka dengan menghantar maklumat yg jahat kepada orang lain atau kawan-kawan mereka dengan menggunakan nama orang lain atau nama kawan sendiri atau nama ahli keluarga mereka. Mereka menyembunyikan identiti/nama mereka sendiri dan orang lain yang mereka kenakan! Misalnya, menghantar "VIRUS" kepada orang lain supaya rosak sistem komputer mereka; menerbitkan gambar atau "upload" gambar/clips video yang diubah-suai dengan tujuan untuk memalukan atau memburuk-burukkan orang lain. Sesungguhnya, perbuatan dan tindakan seperti ini adalah jahat, tak bermoral dan berdosa! Hentikanlah perbuatan ini. Jestru, Gunakanlah kepandaian dan kepakaran anda untuk membuat kebaikan dan membawa kebaikan kepada sesama manusia.
Ingatlah.....apa yang kita tanam, begitulah buahnya yang akan kita dapat. Jadi, kalau kita menjahat-jahatkan orang lain yang tak bersalah kepada kita, suatu hari nanti kita akan "kebalikan" juga bah tuu dengan perbuatan kita sendiri. Kata orang, "buat baik berpada-pada, buat jahat, sekali jangan." Bah! Bagus-bagus bah kita hidup didunia nii. Jangan buat jahat bah! Tidak bagus tuuu...
Friday, May 20, 2011
Kasi beranak wang@duit.
Kebanyakan kita bukanlah mempunyai pendapatan atau gaji yang banyak sangat. Dan biasanya apa yang kita terima atau dapat kebanyaknya dibelanjakan untuk keperluan didalam rumah. Cukup juga lah tapi kadang-kadang hampir-hampir tak cukup. Ada tinggal sikit-sikit dan nii simpang dimana? Bank? Bagus tu. Selamat dan terjamin. Hujung tahun "bunga wang" dapat berapa? Sikit saja? Terlalu sikit?
Kalau kita menyimpang wang di bank secara "simpanan biasa" tak hairanlah bunganya sikit saja. Biasanya 1% aje bah tuu.Mau lebih sikit? Bah cuba "simpanan Tetap(Fixed deposit). Ini bunganya lebih sikit dari simpanan biasa. Selalunya dapatlah 3 %. Tapi ada yang lebih baik daripada ini iaitu membeli AMANAH SAHAM BUMIPUTERA(ASB). Ini barulah ada banyak sikit bunganya. Tahun-tahun biasanya 5% keatas bunga ada ada bonus free lagi tuu. Ini barulah lumayan. Dulu pernah bunganya sampai 10% bah!
Walau bagaiman pun ada had atau limit untuk membeli saham ini. Hadnya RM200 ribu. Tetapi masih lumayan bah tuu. Jesteru itu, kalau anda mau "wang free" melaburlah didalam ASB atau mana-mana saham yang mendatangkan faedah/bunga yang lebih baik dari simpangan biasa & FD.
Akhir sekali, simpan sikit-sikitlah kat Akaun Simpanan Biasa untuk keperluan sehari-hari. Tapi untuk jangka masa yang panjang dan untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik daripada wang anda, baguslah simpan lebih banyak didalam Akaun Amanah Saham Bumiputera. Kalau ada duit simpanlah, sikit-sikit pun tak apa, yang penting ada menyimpan atau menabung wang demi kedudukan kewangan yang lebih baik dan kukuh. Inilah yang dikata Bijak Menyimpan.......Ingatlah kalau dah simpan duit kat bank atau beli saham, janganlah balik-balik korek .......nanti tak dapat menikmati hasil dan bunga wang tersebut. Sabar-sabarlah. Tungguh sehingga wang dah berbunga barulah kasi keluar sikir-sikit mengikut keperluan. Inilah yang dikatakan Bijak menimpan bah...Hehehehe...OK! Selamat menabung wang...dan jangan lupa beli saham ASB! Inilah cara kasi beranak duit@wang yang mudah dan senang dan menguntungkan lagi tuu....Cubalah kiooo....
Wednesday, May 18, 2011
Jangan....
Kehidupan hari ini banyak sekali yang boleh membuat kita terpengaruh dengan iklan-iklan yang mempamerkan dan mengajak kita agar memiliki apa yang mereka iklankan. Mereka menawarkan perbagai pilihan yang konon-konon membuat hidup lebih senang dan menyeronokkan. Meskipun memang ada juga kebenaran sikit-sikit apa yang mereka perkatakan tapi tak sepenuhnya. Kerana kalau kita terlalu terpengaruh dgn iklan-iklan berkenaan maka "bingkarap"(muflis) lah...kita. Jestru itu, janganlah mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang menawarkan perbagai barangan yanga menarik dan canggih. Apa yang penting kita utamakan didalam kehidupan ialah memastikkan kita sentiasa mempunyai keperluan asas yang mencukupi seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal(rumah sendiri bah!). Barang-barang yang lain bulilah dianggap perkara kedua atau ketiga. Kalau kita ada kemampuan dan barang itu memang membawa kebaikan didalam hidup misalnya kereta(2nd hand pun OK bah tuu, yang penting ada kurita dan tak berhutang!).Maka dapatkan satu kereta tapi tak payah bergaya betul kecuali mampulah. Cukuplah ada kereta biasa-biasa saja yang penting ada untuk dipakai pegi karaja atau pergi sembayang atau pegi makan angin. Jgn terlau bergaya, lalu membeli kereta yang mahal-mahal tetapi membebankan & menyusahkan diri kerana setiap bulan terpaksa membayar bayaran ansuran kereta yang tinggi. Bah...Beli dulu yang sederhana bah. Dah kukuh ekonomi, barulah beri yang buli-buli sikit. Dah .....tu barulah beli yang memang ada "klass" lah.(Hehehe..).
Bah, apa yang ini ditekan didalam sharing kali ini ialah jangan mudah terpengaruh dengan iklan-iklan. Kita mesti bertindak bijak didalam hal untuk memiliki sesuatu. Kerana kalau tak hati-hati didalam hal berbelanja, nanti kedudukan kewangan akan mudah "kering" dan terjadilah kemarau panjang tanpa kewangan yang kukuh. Jestru itu, sebelum berbelanja, fikir-fikirlah samada barang yang ingin dibeli atau dimiliki itu benar-benar kita perlukan atau tidak. Dan tidak menjejaskan dan "membahayakan" kedudukan kewangan anda. Jadi, pandai-pandailah membeli dan jgn terlalu "boros" nanti sekejap saja bocor dan kering itu dompet.
Akhirsekali, Kata orang: "Segala-gala didalam hidup pakai wang tapi wang bukanlah segala-gala didalam hidup. Kerana ada yang lebih penting daripada wang." Apa tuu? TUHAN LAH BAH! Heheheh...
Thursday, March 31, 2011
Satu satu bah!
Bila banyak kerja yang perlu disiapkan macam binggung pula yang mana satu yang perlu dibuat dulu kerana macam semua pun penting dan semua pun perlu disiapkan dengan cepat. Tak payah panik sangatlah. Lihat dan selediki semua kerja yang perlu dibuat dan buat pernilaian berdasarkan kepada :
1) Penting sekali dan perlu dibuat dengan cepat;
2) Penting sekali tapi tak mendesak;
3) Penting tapi boleh ditunda sehingga beberapa hari/minggu
4) Tak penting boleh ditunda sehingga bulan/tahun depan.
Jadi berdasarkan kepada panduan diatas, buatlah kerja anda menurut kepentingannya. Jangan terburu-buru nanti kerja tak baik terpaksa dibuat lagi. Ingatlah bila mau buat sesuatu kerja, buatlah sebaik-baik yang mungkin supaya ianya berkualiti, bermutu, dan tak perlu dibuat berkali-kali. Sekali aje buat, dah OK dan bagus lagi tuu..
Janganlah buat kerja alang-alang atau "sinsai-sinsai" . Kerja yang kurang bermutu dan tak bagus nanti terpaksa dibuat lagi dan lagi. Hal ini menyebabkan orang hilang kepercayaan kepada kita dan membajir masa serta merugikan kepada kedua-dua pihak. Dan satu lagi, jangan buat dua kerja didalam masa yang sama. Jangan ikut itu peribahasa "sambil menyelam minum air." Nanti sakit minum air yang tak dimasak, kan rugi sendiri! Jadi buat kerja satu, satu bah! Dan buat baik-baik. Ini macam barulah ada mutu kerja dan berkualiti dan orang pun harap & percaya kepada keupayaan & mutu kerja kita. Dengan reputasi dan maruah diri terjaga dan terpelihara malah tersebar luas. Nah, kan baik macam nii, banyak orang hormat kita kerana buat kerja baik-baik. Kalau buka bisnes pasti laku punya! Hehehe...

Thursday, February 24, 2011
Fikir-fikirlah...
Kebanyakan kita bukanlah kaya sangat. Tapi tidak juga miskinlah. Inilah yang dikatakan kita ini adalah orang yang berpendapatan sederhana. Cukup makan dan tak juga kebuluran atau kelaparan. Pendek kata kita mempunyai dan memiliki keperluan asas yang kita perlukan. Tapi yang anehnya, banyak diantara kita yang berpendapatan sederhana atau miskin mempunyai tabit yang tidak sihat dan buruk. Dua tabit yang biasa melanda dikalangan orang-orang sederhana dan termasuk juga orang-orang miskin ialah tabiat suka merokok dan meminuman keras secara berlebihan. Inilah "penyakit" yang sebenarnya boleh dibendung dan diatas tapi terlalu sayang ditinggalkan oleh para pegamal dan perlakunya. Kenapa? Tak sayang nyawakah? Susah sudah mau kasi tinggal? Sakit kalau tak merokok? Sakit kalau tak minum?
Yaaa.....kalau kita tak rela untuk berhenti merokok dan meninggalkan minuman keras, sudah pasti kita mempunyai seribu macam alasan untuk mempertahankan tabit kita yang berguna dan tak berfaedah ini. Tapi fikir-fikirlah.....kebaikanya untuk berhenti. Ingatlah mungkin kesengsaraan dan ketidak-selesaan dialami untuk beberapa hari apabila berhenti merokok tapi ianya berbaloi dijangka masa yang panjang. Misalnya Pertama, tidak akan mendapat penyakit yang ada kaitan dengan tabiat merokok. Kedua, kita dapat menjimatkan wang yang digunakan untuk membeli rokok atau minuman dan wang yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih berguna.
Jadi, fikir-fikirlah perkara ini. Ubahlah tabiat yang merugikan kepada tabiat yang baik supaya kita dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat, lebih aman, senang dan bahagia.

Wednesday, February 16, 2011
Realiti Kehidupan 2
+ Bahawa suatu hari nanti kita akan pergi daripada dunia ini. Kita akan mati! Inilah realiti kehidupan yang kita tidak dapat nafikan dan sangkalkan. Ia pasti akan terjadi.
+ Jadi untuk menghadapi reliti ini maka marilah kita mempersiapkan diri dengan sentiasa melakukan yang baik dan sentiasa menjauhkan apa juga jenis kejahatan dan dosa.
+Dan sembahlah Tuhan sepenuh hati dan gengamlah pengajaranNya segenap hati.
+Jangan main-main didalam hal mempercayai dan beriman kepada Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan itu tidak dapat dipermain-mainkan. Dia tahu dan Dia melihat. Dia bukan buta!

Monday, January 24, 2011
Realiti kehidupan 1
Kehidupan ini adalah pemberian Tuhan Yang Mahas Esa,
maka dengan itu gunakanlah kehidupan ini sebaik yang mungkin.
Jangan sia-siakan kehidupan ini dengan membuat perkara-perkara
yang tidak berguna dan tidak berfaedah. Buatlah kebaikan
sebanyak yang boleh dan elakkan kejahatan dan dosa!
Thursday, January 13, 2011
Sihat atau sakit.
Dimasa muda, ingat-ingatlah masa akan datang iaitu masa tua. Sebab itu, dimasa muda jagalah kesihatan supaya tidak ada masalah kesihatan dimasa tua nanti. Ini bererti kita mesti mengambil beberapa langkah yang asas bagi menjaga kesihatan kita. Jadi, untuk tujuan ini tiga perkara yang penting perlu kita jaga: Pertama, jagalah makanan dan minuman. Jangan terlalu memakan makanan yang boleh menyebabkan kesihatan kita terjejas misalnya makanan yang berminyak dan masin-masin. Makanlah mengikut keperluan bukan mengikut sedap mulut. Demikian juga dengan minuman, jangan terlalu meminum minuman yang manis-manis dan yang beralkohol atau yang "bikin mabuk" nanti rosak badan. Maka dengan itu, kalau makan, pandai-pandailah mengawal itu "nafsu makan" dan kalau mau minum sikit-sikit bah!
Kedua, jangan malas bersukan. Aktiviti untuk mengeluarkan peluh badan adalah penting sekali. Sebab itu luangkanlah masa sekurang-kurangnya 30 minit dan 3 kali seminggu untuk tujuan ini. Tapi lebih baik jika kita dapat bersenam atau bersukan setiap hari. Kita perlu bersenam demi memastikan kesihatan terjamin. Dan akhir sekali, berhentilah "main asap." Tidak bagus bah itu merokok. Didalam jangka masa yang panjang perbuatan merokok ini bukan saja merosakkan kesihatan tetapi membazir wang. Jestru itu, berhentilah merokok dan kalau belum pandai "main asap", jangan belajar merokok.
Jestru itu, marilah kita menjaga kesihatan badan kita. Kerana kalau kita sakit bukan saja diri sendiri yang menderita dan susah tetapi kita juga menyusahkan orang lain terutama sekali ahli-ahli keluarga. Ingatlah bahawa banyak belanja bah tu kalau sakit.
Jadi, dimasa-masa muda dan apa lagi kalau dah tua jaga-jagalah diri agar sentiasa sihat dan walafiat. Kerana kalau badan sihat hati pun senang bah!!

Monday, January 3, 2011
Berkobar-kobar semangat tapi...
Pada permulaan Tuhan Baru banyak orang berkobar-kobar semangat membuat resoluti atau melakukan apa yang dirancang seperti kurangkan berat badan, lebih sabar, berhenti merokok, kurangkan minum-minuman keras, lebih loving, rajin ke Gereja, tetap berdoa, meluangkan masa untuk membaca Alkitab, tak mau berjudi lagi, luangkan banyak masa dengan anak-anak sendiri, merapatkan kasih-sayang dengan sumai/isteri, kerja kuat, simpan lebih, kurangkan belanja dengan tidak membeli barang-barang tak begitu diperlukan dan sebagainya...Pendek kata, mahu melakukan sesuatu yang lebih baik daripada tahun yang lalu. Tapi setelah beberapa hari di tahun yang baru ini, apakah semangat itu masih hidup? Masih berkobar-kobar? Atau dah mula kembali kepada kebiasaan seperti tahun lalu? Dah mula merokok lagikah? Marah-marah lagikah? Miss ke Gerejakah? Dan seterusnya....
Membuat janji atau resoluti memang mudah & senang sekali tapi untuk menunaikannya dan melakukannya setiap hari adalah satu cabaran yang besar sekali. Sebab itu, apa yang telah dirancang haruslah diperjuangkan dengan sepenuh hati. Jangan mudah mengalah. Jangan mudah putusa asa. Teruskan perjuangan meskipun dah gagal beberapa kali. Bangun & Bangkit lagi! Cuba lagi.....Jangan lemah semangat. Teruskan perjuangan demi mencapai kejayaan. Semoga apa yang dirancang dapat dicapai dengan baik. Kalau tak dapat 100% pun tak apa asalkan dapat mencapai beberapa peratus(%) misalnya 80% atau 50% atau 40%. Dapat sesuatu dah memadai daripada langsung tak dapat apa-apa. Maka dengan itu, teruskan perjuangan yang sudah dirancang. Tabahkan hati dan teruskan perjuangan. Semoga diakhir tahun ini, anda dapat berbangga dan merasa puas hati kerana mencapai sesuatu meskipun tak seratus peratus. Selamat terus mencuba dan terus berjuang. Good luck & God bless.

Sunday, December 12, 2010
Jangan mulakan...
Jangan mulakan tabiat yang mungkin dianggap oleh orang lain sebagai sesuatu yang baik dan boleh membuat anda merasa "dewasa" dan "bebas". Tapi sebanarnya tabiat ini tidak ada apa-apa kebaikannya dan tidak ada gunanya. Meskipun org mempertahankannya sebagai sesuatu yang berguna untuk kasi panas-panas badan bila kesejukan. Atau sekurang-kurangnya untuk menhalau nyamuk-nyamuk. Memang ada juga logik alasan ini bagi mempertahankan tabiat "main asap-asap" ini. Walau bagaimana pun jika kita berpandangan jauh, merokok sebenarnya hanya merosakkan kesihatan badan dijangka-masa yang panjang. Mungkin didalam lingkungan 10 tahun belum lagi terasa apa-apa. Tapi tungguhlah "hasilnya" apabila dah tua. Pasti perbagai masalah kesihatan akan timbul seperti tekanan darah tinggi, jantung rosak, kesesakan bernafas dan lain-lain lagi jenis penyakit yang ada kalitan dengan aksi merokok....Jestru itu, adalah baik dan bijak untuk tidak memulakan tabiat yang tak berfaedah ini. Jangan mulakan.....dan....kalau dah melakukannya, berhentilah demi kesihatan badan yang baik dan supaya wang yang digunakankan untuk membeli rokok dapat digunakan untuk membeli barang-barang yang lebih berguna seperti beras, sayur, daging, dan sebagainya.
Berhentilah merokok sebelum terlambat. Jangan mudah berputus ada. Jika anda mahu berhenti merokok, kuatkanlah hati dan semangat. Janga mudah mengalah kepada keinginan yang buruk dan merbahaya. Firiklah secar mendalam dan ambillah langkap untuk berhenti merokok agara hidup anda lebih aman, bahagia dan bebas dari rokok. Pilihlah cara hidup yang lebih baik. Yang pasti ialah merokok adalah tidak baik, bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga kepada sesama manusia. Sebab itu itu, pilihlah cara hidup yang lebih baik.
Sesungguhnya, Hidup tanpa rokok lebih baik daripada hidup dengan rokok. Jadi, pilih cara hidup yang baik dan sihat. Jangan merokok! Berhentilah merokok!
Friday, November 26, 2010
Saatnya akan tiba....
Sama ada kita mau atau tidak; sama ada kita bersedia atau tidak, saatnya akan tiba tanpa kita duga. Ia boleh terjadi pada bila-bila masa dan apabila ianya terjadi maka segala-gala didalam hidup kita tinggalkan.
Pada saat itu, harta yang kita kumpulkan akan menjadi harta peninggalan yang bakal diwarisi oleh beberapa orang;
Pangkat dan kedudukan dunaiwai tidak berguna langsung...
Sama ada kita cantik atau hodoh; besar atau kecil, tinggi atau pendek.....semuanya tidak bermakna sama sekali.
Yang menjadi ukuran ialah iman kita kepada-Nya dan kesetiaan kita kepada-Nya. Demikianlah keadaannya bila saatnya akan tiba.....iaitu kematian yang bakal kita lalui.
marilah bersiap untuk menghadapinya dengan beriman kepada Tuhan Allah yang Maha Kuasa sepenuh hati. Amin.

Friday, November 12, 2010
Banyak DUIT?
Bila ada banyak duit macam baru terima gaji, apa anda buat dengan wang berkenaan? Terus berbelanja beli ini dan beli itu? Atau "enjoy" terus. Pegi kat restoran atau tempat makan dan minum yang berjenama dan popular-memang sedap tapi bayaranya "mahal gila!"; Atau minum sampai mabuk-mabukkan. Tapi tak peduli yang penting puas hati. Mahal pun hantam saja,"Ada duit bah! Maklumlah baru terima gaji."
Bah, cubalah fikirkan secara mendalam, samada sifat atau perangai seperti ini bijak atau tidak. Kalau sifat seperti ini berterusan, didalam jangka masa yang panjang akan mendatangkan masalah dan kesusahan kepada diri sendiri dan mungkin juga kepada orang lain terutama sekali para ahli keluarga sendiri. Jadi, baiklah berjimat-jimat dan "pakai otak" kalau mau berbelanja. Dan jangan lupa untuk simpan duit kedalam bank.
Jadi, kalau dapat gaji gunakan gaji berkenaan untuk memberi keperluan yang penting dahulu dan membayar apa juga bil-bil(letrik,air dan lain-lain), hutang atau loan/pinjiman dan jangan abaikan perkara menyimpan wang kedalam bank. Setelah segala perkar dan hal yang penting sudah dilakukan dan diselesaikan, barulah menggunakan wang yang dianggap "baki" untuk enjoy sikit seperti pergi memakan makanan yang sudah lama anda idam-idamkan. Tapi jangan terlalu pula membelanjakan wang "baki" tuu. Kalau boleh jimat jugalah.
Pendek kata saudara dan saudari, berhati-hatilah dan berjimat-jimatlah untuk berbelanja bila ada banyak duit. Nanti baru dipertengahan bulan dah minta pinjam atau minta advance atau hutang duit kawan sudah. Elakkanlah perkara ini.Rancanglah penggunaan wang dengan baik dan teliti supaya tidak ada masalah dari segi kewangan.
Kebanyakan kita berpendapatan yang dianggap "cukup makan". Jadi, janganlah lalai didalam hal mengurus kewangan kita nanti susah, kita juga yang bertambah susah sendiri. Oleh itu, jangan boros berbelanja bila banyak duit. Pakai apa yang perlu dan simpan yang lain. Simpan sikit pun tak apa yang penting ada simpan sikit-sikit kerana lama-lama menjadi bukit juga bah tuu selepasa 10 tahun atau pada tahun-tahun berikut. OK demikianlah pedoman dan inspirasi pada hari ini. Tuhan memberkati kita semua. Amin.
Saturday, October 23, 2010
Keperluan asas manusia!
Menurut orang-orang yang pakar didalam kehidupan, manusia hanya memerlukan tiga perkara asas yang dianggap yang terpenting sekali didalam hidup manusia. Perkara itu ialah Makanan, Pakaian dan Rumah atau tempat tinggal. Bagi memastikan perkara-perkara asas ini sentiasa ada maka, manusia perlulah ada pekerjaan untuk mendapatkan wang. Ini dia boleh dapatkan samada berkerja dengan orang lain atau membuat kerja sendiri seperti berkebun dan menjalankan perniagaan;Bisnis sendirilah. Atau mengabungkan kedua-duanya seperti kata orang sambil makan gaji, buat juga kerja-kerja samping untuk menambah pendapatan. Yang penting ianya dilakukan dengan baik dan tanpa unsur-unsur penipuan dan ketidak-jujuran.
Manusia perlu gigih dan rajin demi menyediakan keperluan asas yang mencukupi bagi dirinya dan juga untuk para ahli keluarganya sekiranya ia ada keluarga.
Perkara-perkara yang lain seperti kereta, Hp. komputer, kamera, perhiasan,perabot, dan sebagainya, kita boleh hidup dgn bahagia tanpa barang-barang berkenaan. Walau bagaimana pun, perkara-perkara ini penting juga kita miliki demi membuat hidup kita lebih mudah & selesa. Tapi, kita mesti ingat bahawa barang-barang duniawi bukanlah yang terpenting sekali didalam hidup kita. Yang terpenting sekali ialah mengimani TUHAN ALLAH. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)